Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Thursday, June 28, 2018

Aidilfitri 1439H : Edisi Famili Kecil

Salam 7 Syawal dari Senaling,

Dah seminggu berhari raya rupanya, Alhamdulillah. Terindu-rindu juga dengan Ramadhan, terutama part ringannya kami sekeluarga beribadah selain part makan berpada-pada. Tapi seperti yang aku selalu cakap ngan students, life must goes on, yeahhhh indeed. Life must goes on!

Syawal pertama di rumah mak.
Syawal pertama selepas solat Jumaat, kedua, ketiga di rumah ipar.
Syawal keempat kembali ke rumah mak (sampai jam 5.00 petang) sebab sakan beraya sampai Tanjung Karang rumah saudara mara.
Syawal kelima dalam perjalanan balik ke Senaling (home sweet home) syukur dapat singgah 9 biji buah rumah. Tiba Senaling rasa nak demam, dua hari amik masa nak recover sepenuhnya. Hehe Sakan nau beraya.

Dah bertahun-tahun memang corak raya kami macam ni. Banyak hari di rumah sebelah suami. Sikit hari di rumah mak sebab saudara mara sebelah suami baaaanyak di kampung. Manakalah makcik pakcik aku sebelah mak banyak di Selangor dan sebelah arwah Abah berlegar sekitar di Negeri Sembilan dan Pahang.

Aku kerap-kerap jumpa pakcik makcik aku di luar waktu Aidilfitri berbanding suami yang memang tunggu Aidilfitri baru berkesempatan nak jumpa (tu pun ada yang ter miss) rumah kosong takde orang.

Dan buat julung-julung kalinya Aidilfitri tahun ni berjaya disambut penuh kesederhanaan. Minimal lebih kurang, untunglah aku, famili sudi support.

Raya Pertama

 Raya Kedua

 Raya Ketiga

Raya Keempat

... dan raya kelima boleh agak apa baju raya aku (kami sekeluarga). Puas hati aku, pakai berkali-kali. Cuma ada baju yang aku dan Amni tukar pakai supaya nampak lain sikit kunun. Baju baru ada lima helai ja, biru tua satu set dan baju ala 'kelambu' warna hijau pastel. Yang lain recycle baju tahun-tahun-tahun-tahun lepas. Dan takde siapa pun tegur kami pakai baju tahun 2016 (baju melayu silver kembar dan suami) 😀.

Kelebihannya banyak selain berjimat cermat, kami sekeluarga juga balik kampung berbekalkan sebiji beg baju sederhana saiz, dan beg galas isi toileteries dan geng seumpamanya ja. Takdelah sado tangan aku nak berangkut-angkut beg baju almaklum kampung laki-bini dekat-dekat. Tu pun ada baju yang dibawa tapi tak dipakai. Otak jadi relax chill  tayah fikir nak-pakai-baju-apa, nak-pakai-baju-mana. Serabutkan otak tuk pilih nak-makan-apa, nak-makan-yang-mana ja tahun ni. 

Alhamdulillah, sikit-sikit aku berjaya meminimalkan satu lagi bahagian dalam hidup kami ~ Aidilfitri dan Insha Allah Aidiladha kelak juga akan begitu.

Bahagia pulak rasanya Hari Raya kali ni walau pun cutinya pendek. Alhamdulillah. 

Wednesday, August 10, 2016

Edisi Entri Peram : Gud Bye Syawal 1427H

Salam dari Senaling,

Syawal melabuhkan tirainya. Disebabkan cuti untuk berhari raya lebih pendek maka tak banyaklah rumah saudara mara sahabat handai yang dapat dikunjungi.

Konsep berhari raya yang aku dan keluarga amalkan ialah 'ambush style'. Caranya, target satu tempat. Biasanya aku target rumah mak pak saudara yang wajib dikunjungi. Contoh di kawasan Banting. Call dulu mak pak saudara set masa.

 Rumah makcik-makcik Banting
Rumah kazen, rumah pakcik di Kajang. 

Pada hari kejadian, tuju rumah mak pak sedara. Masa tu lah baru call seorang kawan yang berdekatan. Kalau dia tiada di rumah, kita salam-salam raya di telefon ja. Ta angkat call. Kita hantar message touching-touching tanda ingatan kekal abadi gitu.

Tacing ta? Tacing ta?

Call seorang ja dulu bukan main pukal eh. Kalau off, baru call yang lain.

Kalau ada alhamdulillah, Rezeki nak laga-laga pipi muah muah la nampaknya.

Nasib baik beliau sekeluarga bertapa di rumah hari tu. Dapatlah main laga-laga pipi. Pastu buat mushroom soup pulak. Macam tak lalu nak makan sebab kenyang. Sekali habis juga setengah bungkus roti Gardenia. Haha.

Sorang lagi kawan lama. Sedap beliau punya mee goreng.

Kanan : Kawan lama merangkap geng Fun Run, kawan Majulah Sukan Untuk Negara.
Kiri : Kawan lama sekolah menengah, ex room mate U Heights USM, Pulau Pinang.

Kawan-kawan sekolah menengah pun berkesempatan nak jumpa. Yang paling hujung tudung pink belacan tu mai dari Kedah. Gerak pagi - beraya - balik Kedah semula. Kau punya semangat memang aku salute. Paling aku salute ialah husben beliau. Melayan. Anak five heroes, kecik-kecik. Lupa nak tanya apa supplemen yang beliau suami isteri ambil. Energynya lain macam.
 
Susah sebenarnya nak berjanji-janjian. Nanti buat macam-macam. Pastu faham-fahamlah bila raya-raya ni. Jalan jam, pastu ingat nak lepak tigaploh minit, sekali terlajak sampai namploh setengah minit. Almaklumlah jumpa setahun sekali.

Pada aku, ingatan nak menziarah tu penting. Hajat di hati memang nak jumpa semua sekali. Tapi apakan daya. Moga di masa hadapan kita semua dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kelapangan masa untuk ziarah menziarahi. Amin.

Aidilfitri berakhir sudah,
Aidiladha bakal menyusul,
Entri diperam naik menyampah,
Kita kasi publish ja, jangan hold.

Ewahhhh..  

Bye loves.

Wednesday, August 12, 2015

Selamat Hari Raya 2015

Salam dari Senaling,

Salam Aidilfitri walau pun Syawal berbaki dalam 9 hari lagi (berdasarkan tarikh entri ditaip, sebab aku suka perap entri berhari-hari baru publish). Tahun ni merupakan tahun kedua aku balik beraya ke kampung dari Senaling. Ingatkan kami akan menempuh jem, rupanya tidak. Sebab kami balik kampung satu hari sebelum raya.

Pengajaran 1; balik kampung lambat-lambat.

Tahun ni, aktiviti malam raya dan raya pertama adalah seperti biasa. Baju raya lebihkan anak-anak. Malam raya rumah mak buat takbir. Juadah raya kat kampung sebelah kawan baik penuh melimpah atas meja (tahun ni akak ipar dah beli meja makan 8 seater). Kunjung mengunjung havoc habis. Tahun ni dapat beraya 9 buah rumah ja pada hari raya pertama. Biasanya lebih 10, mungkin sebab hari Jumaat.

Tapi ada satu aktiviti ja yang tak semena-mena berubah tanpa keredhaan ku.
Aku kurang makan pada raya pertama.
Dapat melihat sahaja lemang, ketupat, rendang, sambal jawa dsb penuh syahdu.
Asal aku makan, perut memulas. Asal perut memulas tandanya aku baru lepas makan. Waaaaa....

Alkisahnya, malam raya aku makan banyak daging. Jadi aku fikir aku patut minum Cleanse Tea tuk memudahkan proses penghadaman. Lebih-lebih lagi bila beralih tempat. Proses penghadaman dan proses penyahtinjaan akan jadi tidak keruan.

Sepatutnya, jam 7/8 pagi keesokan harinya, aku patut mula ke tandas. Dalam dua atau tiga kali perut akan memulas tuk proses penyahtinjaan. Selepas tu, everything gonna be fine. SEPATUTNYA.

Tetapi apa yang terjadi berada di luar kawalan.
Asal aku makan, perut memulas. Asal perut memulas tandanya aku baru lepas makan. SEHARI SUNTUK.

Kerja aku gi beraya ialah untuk mencari tandas. Macam psiko ja mengunjungi tandas rumah orang di hari raya. Untuk mengurangkan kunjungan ke tandas, aku ambil keputusan tak makan.

Ini bukan kali pertama aku amik Cleanse Tea. Pertama kali kejadian seumpamanya terjadi. Pengajaran 2; Elakkan amik Cleanse Tea terlalu awal, perut masih tak dapat beradaptasi sebab baru je lepas berpuasa sehari suntuk. Mungkin hipotesis perlu di ambil kira.

Walau bagaimana pun, raya tetap sakan. Kawan baik dapat cuti seminggu, sama macam aku. Walaupun anak-anak sepatutnya mula bersekolah hari Rabu, tetapi raya kan setahun sekali. Inilah peluang tuk berjumpa saudara mara yang hanya dikunjungi pada musim perayaan.

Dahlah jauh di perantauan. Nak jenguk mak punya payah skang.
Ah, alasan semua tu. Paling penting, surat tunjuk sebab aku dah hantar kat cikgu kelas durang.

 Raya pertama, masa ni perut okay-okay saja lagi.

 Tahun ni, raya pertama di rumah kawan baik. Tahun lepas pun di sini. Tahun depan depan depan pun rasanya disini juga...

 After solat Jumaat, baru beraya ngan mak dan adik beradik. Yang ada anak kecik, sumer posing gaya bebas. Hehe

 Di rumah pusaka arwah mak mentua dan pak mentua (yang tak pernah kukenali)

 Raya kedua, aku pakai baju raya tahun 2014. Langkah penjimatan yang lebih rasional daripada cadangan seorang pakar motivasi di TV1. Ada ke cadangkan tak payah balik kampung tuk beraya.

Sambil raya, sambil melawat baby. Penjimatan berganda. 

Tahun ni, barulah aku rasa raya yang raya. Alhamdulillah.

Daaa...Bye.