"Senaman intensiti sederhana telah terbukti dapat melindungi seseorang daripada penyakit termasuklah demam selsema. Walaubagaimanapun, senaman yang berlebihan boleh mendatangkan kesan sebaliknya dan mengurangkan imuniti. Oleh itu, penting bagi kita untuk mengimbangkan kedua-dua aspek tersebut".
~ Gaya Hidup Yakult Isu.31 Ogos 2017
Terjawab misteri tahun lepas macam mana aku dilanda demam flu yang teruk lepas 10km Diva Run. Bukan... bukan sebab run tersebut. Sebab utama adalah, sehari sebelum run aku dan Moi telah tawaf Bukit Jugra dengan sengalnya (aku la paling sengal sebab idea tersebut idea aku...kahkah). Naik dari jalan masjid jam 6.15 petang, turun dari jalan jirat cina dan sampai ke kereta (kereta parking berdekatan ngan masjid) jam 8.20 malam.
Esok pagi lari plak 10km di Putrajaya. Sungguh tak awesome bila workout berlebihan rupanya.
Aku memang berazam nak menambahkan bilangan hari workout. Kalau tahun sebelum 3 kali, tahun ni nak 5 kali seminggu. Payah! Payah bila workout tu bajet nak yang bagus-bagus, yang sempurna. Sampailah gym kolej dinaik taraf. Aktiviti zumba stop terus. Nak ke gym luar, malas nak keluar malam. Mengharapkan cycling je la. Mencabar nak setup basikal bila petang-petang sibuk nak arrange masa nak amik kembar latihan kompang dengan aku pun baru belajar beradaptasi dengan masa mengajar yang banyak.
Last two weeks, mulalah malas - tak workout lansung. Bila tak workout, balik dari ofis aku rasa seperti tenagaku telah disedut oleh kuasa jahat. Jam 6.30 petang mula dah menguap macam singa betina. Selepas solat maghrib mata mula berat. Esok pagi kelam kabut tak iron baju eh macam-macam nak setel.
Sungguh tak best. Aku perasan, biasanya kalau petang gi gym, badan rasa segar ja nak wat macam-macam kat rumah. Mood pun jadi baik-baik. Mengantuk awal tatap mengantuk. Tapi mengantuk normal leh control. Penyelesaian? Kena workout la kan?
Aku perati, kawasan rumah aku ni ramai ja atok-uwan pelbagai bangsa jalan-jalan pagi-petang. Jalan je kot. Kalau tuk aku macam tak cukup workout berjalan ni. Ececece. Kan aku da cakap aku kalau nak workout tu nak ajet-ajet bagus je. Tapi itu dululah, dah terdesak macam ni, aku belasah jugalah berjogging dari rumah pusing kolej balik rumah. Dapat juga 3 km. Berpeluh puas hati jugalah.
Tiga hari berturut-turut aku jogging, dah lenguh plak lutut. Usia plus kasut tak sesuai agaknya. Sudahnya Sabtu lepas aku berjalan. Dah sama macam atok-uwan. Leh tahan juga penatnya. Akhirnya aku sedar aku ada peluang tuk bersenam hari-hari kalau macam ni. Balik kerja, tukar baju, pakai kasut dan jalan. Kalau ada extra energy leh jogging pe de hal.
Tayah bersenam over-over lama-lama pun sebenarnya, 20-30 minit setiap hari adalah lebih baik dari bersenam kaw-kaw 2-3 jam tapi tuk dua atau tiga kali seminggu ja. Tuk capai yang 20-30 minit tu aku rasa lebih realistik.
Masa berjalan tu, jumpa sunrise. Sebenarnya hari-hari leh jumpa, tapi kadang keluar dari rumah terawal, kadang kabus tebal, kadang awal tebal.
Rezeki sunrise cun-cun je bila aku mula rasa, eh okay pa berjalan ni. Siap selisih ngan uwan-uwan, ditegur "Awal ekau keluar, dah nak balik". Aku senyum dan jawab dalam hati, "Rumah den kek atas ni yo. Starting point dari atas gitu."
Moga istiqamah aku bersenam hari-hari korang, Insha Allah.
Usaha!
No comments:
Post a Comment