Showing posts with label kanas lake. Show all posts
Showing posts with label kanas lake. Show all posts

Friday, August 31, 2018

Four Season Amusement Hotel, Jia Dengyu

Lokasi hotel berhampiran dengan main entrance  ke Kanas. Berhampiran dengan kawasan shopping. Berhampiran dengan balai polis. Walking distance.

 Hotel kami di Jia Dengyu. 

Seharian di Kanas, inilah tempat kami melelapkan mata satu malam. Ikut plan kami akan ke Hemu Village keesokan harinya. Aku rasa (dah sampai Malaysia) baru nak rasa, kalau kami tiada perancangan ke Hemu, besar kebarangkalian kami kembali ke Burqin malam tu juga. Kebanyakan bas memang berduyun bawa pelancong balik petang atau sebenarnya malam berkenaan ke Burqin. Tu sebab kami ja lalalala boleh shopping sampai jam 11.00 malam.

Di lobi hotel menunggu Niza dan Kak Ita

Sesampainya kami di hotel, receiptonist hotel dua orang bercakap sesama sendiri yang kami nampak profesional dari cara kami berpakaian. Moi terjemahkan, aku cakap baguslah begitu. Maknanya segala abang SWAT yang tahan kami di check post pun nampak kami begitu hendaknya. Bukan kelihatan seperti pengganas-ada-bom-dalam-backpack

Bagusnya pekerja hotel ni bila seorang dari receiptonist terus bagitau arah matahari terbit. Kami memang dah plan nak jamak pun sebenarnya, tak sempat bertanya sudah diberitahu. Terima kasih! Pastu bergaduh manja pulak berdua tu sebab arah Kaabah ialah matahari terbenam. Iyolah dik, mana-mana pun boleh. Pandailah kami pusing mana yang patut nanti. Hehe. 



Ini bilik Kak Ita dan Niza. Aku tak sempat pun nak amik pic. Haruslah berdua ni lambat turun. Interior bilik lebih kurang ja, beza sikit tang syiling. Aku dan Moi syiling rata dan sama-sama tiada aircond. Sejuk Ya Rabb di Jia Dengyu. Alhamdulillah travel ramai-ramai ni, ada banyak pic boleh pilih-pilih. Mana tak sempat nak capture, member cover capture kan.


View depan bilik. Subhanallah cantiknya background. Ni musim panas (summer). Cer bayangkan autumn, colorful kejadiannya. Bayangkan winter, harus putih suci background nya! Ya Allah terasa nak pergi lagi. Tapi mengenangkan perjalanan yang panjang serta ongkos juga siapa nak jadi translator (Moi sah tanak ulang pergi tempat yang sama)... maka marilah kita memanjatkan kesyukuran. Ini yang Allah nak beri. Alhamdulillah.

Pic pertama aku post di Insta. Masa aku amik pic, aku ta nampak apa ke rupanya. Dalam bas dari Kanas kembali ke Jia Dengyu baru perasan. Subhanallah ciptaan Ilahi. Ini sedang berjalan ke main entrance untuk beli tiket ke Kanas. Sebelum tu kena game dengan Moi. Cisss...

Depan hotel pagi keesokannya. Hujan rahmat.

Sedia sejuk, sejuk lagi. Alhamdulillah. Tah macam mana, breakfast di hotel ni sekali pakej dengan dinner. Malam semalam kan kami kenyang dengan shopping, maka tak breakfast lah kami hotel. Naik bilik semula, sental makanan yang tak habis makan semalam, Niza buka beg Doraemon, aku pulak habiskan Milo 3in1 yang dibawa dari Malaysia. Ngam 4 sachet. Masing-masing keluarkan bekalan makanan. Kenyang semuanya baru turun ke lobi hati senang gembira. Terlupa yang abah driver pun tak dinner dan sah-sah dia takde bekalan makanan macam kami. Hoho.

Kesudahannya? Singgah breakfast di kedai ala RnR semalam. Makan lagi, yeahhh. 

Wednesday, August 29, 2018

Pekan Kanas, Perkampungan Kanas dan Tasik Kanas

Sepanjang kembara sembilan hari, aku rasakan tempat ini paling istimewa. Terpegun aku menyaksikan keindahan Tasik Kanas dan kawasan sekitarnya. Subhanallah.

Selesai lunch, sambung perjalanan. Tak sempat nak panas bontot, eh dah sampai hotel. Hehe. Ler dekat je rupanya dengan tempat kami lunch tadi. Check in, masuk bilik, solat dan turun untuk ke Kanas. Tempat nak beli tiket sesak penuh orang. Ramai bukan main. Apa pilihan yang kami ada. Beratur sajalah sabar-sabar, eh takdelah lama mana pun sebab kaunter yang dibuka banyak.

Bayar tiket dan bersedia untuk naik bas ke Kanas city. Bas pun banyak, bukan isu besar sebab beratur sekejap bas datang berduyun-duyun. Sepanjang perjalanan wahhhh cantiknya air warna hijau emerald weh. Cantik. Geram rasa nak terjun tapi air sungai deras kemain. Dari Jia Dengyu ke Kanas city mengambil masa satu jam! Patutlah abah driver risau kalau kami lambat. 

Air dari salji yang cair di pergunungan.

Sampai di Kanas, dah kena mencari balai polis lapor diri. Melilau cari rupanya balai polis terletak di kampung Kanas. Pekan Kanas dan kampung Kanas takdelah jauh mana. Tapi bila mencari-cari terasalah kejauhannya. Nak kejar masa pun sama. Risau tak sempat nak ke tasik Kanas.

Selesai lapor diri, naik bas lagi ke tasik Kanas pula. Nasiblah tak jauh sangat. Adalah dalam 15 minit. Sampaiiii...

Perkenalkan tiga tempat berbeza ini ya...

Pekan Kanas. 

Kampung Kanas

Tasik Kanas

Di sekitar Tasik Kanas, aktiviti utama ialah berjalan-jalan photoshoot. Selain tu ada juga water rafting, dan naik cruise pusing tasik. Kami pilih aktiviti utama sahaja. Moi ajak water rafting, tapi aku rasa macam terkejar-kejar nak pusing jalan-jalan, nak water rafting dan baju macam kurang sesuai pulak rasanya. Nak jimat duit pun ye kot. Heeee.

Pilih-pilih mana berkenan di hati.

Pokok rhu banyak di sini. Pic kanopi seperti ini wajib di ambil. Sekian.

Pic bersama di Tasik Kanas sebelum kami berpisah. Aku dan Moi, Kak Ita dan Niza. 

 Naik ke atas jumpa kawasan ni. Photoshoot.

 Turun ke bawah, berjalan jumpa kawasan ni. Photoshoot.

Naik ke atas semula, photoshoot.

 Jumpa kawasan lapang ni, photoshoot.

 Patah semula laluan mula-mula kami sampai. Kes nak puaskan hati nak celup kaki dalam air hijau.

Nak celup kaki atau nak terjun terus?

Mula masuk tadi ramai orang di sini. Sekarang dah kurang, jom photoshoot.

Alhamdulillah, puas hati aku di Kanas lake. Dah takde rasa, macam nak pergi lagi ke sini lagi. Jadi Alhamdulillah. Punya syiok ber photoshoot, baru teringat nak balik. Masa nak balik baru teringat Kak Ita dan Niza. Haha. Tadi kan terpisah dan takde buat apa-apa perjanjian. Kembali ke tempat naik bas, barulah nak mencari, meneka, dan meninjau-ninjau.

Akhirnya kami buat keputusan kembali ke Kanas city. Mungkin mereka menunggu di sana.



Sampai di Kanas city, photoshoot lagiSementara menunggu kununnya. Mana tau kalau-kalau terserempak, tapi tidak pula terserempak. Sudahnya kami buat keputusan untuk naik bas kembali ke Jia Dengyu. Mungkin mereka dah sedap tergolek atas katil di hotel nun.

Tantadaaaa... jumpa Kak Ita dan Niza di tempat menunggu bas. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang, bas akan berhenti turunkan penumpang di beberapa spot yang menarik untuk apa lagi kalau bukan photoshoot.

Moon Bay. Bentuk ini lah yang melambangkan Xin Jiang Kanas National Geopark.

Dragon Bay. 

Pic di atas aku amik dari tingkap bas. Tak turun pun di spot ni sebab lambat respon dengan pertanyaan driver bas. Dia cakap Mandarin kot. Moi translate pun tetap aku blur. Sudahnya berdushum bas berlalu pergi.


Ada air bawah batu ni. Moi kata kaedahnya ialah celup tangan, renjis-renjis air pada kawan/orang lain sambil doakan yang baik-baik, Insha Allah akan dimakbulkan. Insha Allah tu aku la yang tambah sendiri. Aku tanya Moi, nak aku renjis-renjis dipilis ke kat dia. Tak payah! Jawabnya.

Oleh itu aku menyendukan saja diriku di tiang ini.

Akhirnya kami sampai di Jia Dengyu jam 9.00 malam.

Sambung shopping di gerai-gerai sekitar kawasan ni. Untunglah hotel walking distance ja.

Shopping sampai 11.00 malam sehingga dinner diabaikan.

Keluar kedai ni ja, eh dah gelap. Pura-pura terkejut. Balik ke bilik dah malam pun. Sejuk kemain. Oh, tak lupa nak lapor diri di balai polis Jia Dengyu. Menunjukkan kami selamat sampai tak tertinggal di tepi Tasik Kanas. Sayang kemain polis ngan tourist seperti kami 😊.

Balik bilik, solat dan tidur. Kesian abah driver, tunggu kami nak dinner sama tapi kami tak muncul-muncul. Dia ada mesej Moi (kalau dia mesej kami, kami bukan faham pun). Tapi Moi baca mesej pagi esoknya... Aduiii... 😅