Hari Jumaat (17 November 2017), buat pertama kali aku di KMNS, kami keluar gi kolej orang. Selama ni dah dua kolej juga yang datang melawat kolej/unit kami. Dalam masa empat tahun Kolej Matrikulasi Pahang dan Kolej Matrikulasi Melaka dah sampai wat lawatan muhibah pun ke sini.
Tahun ni tah apa mimpi Ketua Unit, dimasukkannya dalam takwim, dan aku lah penyelaras programnya. Aku dah leh agak apa kriteria yang menyebabkan aku dipilih menyelaraskan program ni. Mesti sebab aku ex-KMS. Aku seronok ja, senang nak berurusan sebab ramai gu kat sana.
Lima bulan sebelum nak pergi, dah bagitau siap-siap Ketua Unit KMS. Ketua Unit aku melahirkan kerisauannya kerana terlalu awal aku contact. Ulang-ulang beliau cakap, weiii awal lagi la. Kahkah.
Geng Pilah conquer bas awal.
KMS vs KMNS
Obvious sangat sayang kat aku. seplastik Larrie bekalan pulang.
Sampai unit KMS, aku buat macam unit aku. Riuh rendah unit aku kerjakan. Rindu ah ngan kawan-giler-ini. Tapi itulah, Negeri Sembilan memerlukan aku ecehhhhh. Macam-macam aktiviti kami rancang terutamanya bahagian RnD lah selain ilmu-ilmu ghaib yang lain.
Aktiviti paling top...
Ofkoslah shopping kepek di Fazz Kerepek, Banting. Siap tokei kerepek bekalkan kami macam-macam sebab beliau excited tengok bas KMNS. Anaknya dulu ex KMNS. Tu aje, bukan sebab bas kami design nya meletop atau rare.
Nah lanje gambar penuh bas KMNS yang jadi penyebabkan kami dapat kerepek free hari tersebut.
Entri paling lejen pernah aku post dalam blog ni. Tahun 2017 punya baru nak post hari ni. Baru perasan, sebab ada dalam draft. Hehe
No comments:
Post a Comment