Sunday, December 20, 2015

Jamboree Gomeh 2015

Salam dari Senaling,

Ini adalah jamboree terakhir aku pada tahun 2015. Insha allah tahun depan, lebih banyak jamboree menyusul. Insha allah, walau pun jamboree yang baru lepas ni terasa lebih 'sengsara' berbanding Jamboree Jeram Tengkek.

Dengan hidung tersumbat penuh mukus. Srok srek srok srek sepanjang kayuhan. Riders lain sibuk nak fikirkan strategi tuk kekalkan stamina, aku sibuk nak fikir macam mana nak keluarkan mukus yang tersumbat ni. Choiiii sangat...

Dalam kata nak kayuh laju-laju sebab nak kejar dua kenduri kawen, masa tulah pulak rantai basikal jatuh. Dua kali. Itu dah cukup tuk memperlahankan kayuhan. Lom masuk kes paha cramp. Kiri dan kanan. Berhenti lagi tepi sawah tongah paneh tuk sapu krim panas. Kenangan semua tu. Priceless. :)

Tersenyum walau pun kepala nga weng kesan flu.

Baru diizinkan Nya dapat join dua jamboree. Setiap kawasan adalah berbeza. Kalau Jamboree Tengkek dapat view air terjun. Jamboree Gomeh ada jalan keretapi. Siap kayuh atas trail keretapi.
 
 Dah serupa cowboy naik kuda. Pakai seluar padding tebal pun bontot rasa sakit.

Tak cukup dengan tu, kayuh plak kat jirat cina. Ini rare. Kayuh dalam kawasan jirat cina. Susup sebelah-sebelah ja jirat tu. Penaja pesan jangan langgar apa-apa. Nanti 'dia' bangun. Cis.

Masuk kebun getah, lalu sawah, naik turun bukit tu biasa. Tapi psiko sungguh rasanya bila dah nak hujung-hujung tu kena panjat laluan motorsikal melintas jalan keretapi. Perghhh. Otot paha masa tu memang dah tak berapa nak sihat. Tambah ngan srok srek tak henti. Aku memang tak pandang depan masa kayuh kat sini. Tunduk bawah pandang jalan lagi bagus. Kalau aku pandang depan, memang nak jer aku berhenti, tolak basikal. Haha. 

Selain kenangan dan pengalaman, paling best kalau gi jamboree ialah...

dapat finisher medal

dan

t-shirt yang awesome...


Sekian. ^__^

Thursday, December 3, 2015

Syukur Sang Suami

"Alaaaa... tertinggal lagi bekas air di gym", rungutku sebaik melangkah masuk ke rumah.

Suami diam. Khusyuk mencuba untuk melepaskan level 81 permainan Fiend di tablet Amin.

"Banyak dah bekas air Ana tinggalkan merata tempat". Sengaja ku kuatkan volume suara supaya suami maklum, maka dengan ini tiada satu pun bekas air yang tinggal di rumah untuk dibawa semasa aktiviti berbasikal atau badminton nanti.

Suami masih diam. Ini suatu misteri. Ku kira rezeki aku malam tu kerna tiada ulasan bercirikan sinikal dilontarkan. "Berkat solat dhuha agaknya", detik hati kecilku. Aku tersenyum lega, lantas beg yang ku sandang diletakkan atas meja. Tudung yang basah dek peluh semasa berzumba tadi ku lepaskan.

"Lain kali bekas air sangkut kat leher". Sekali suami bersuara. Perghhh... Terngiang-ngiang pula lagu "Sakitnya Tuh Disini" masa berzumba tadi. "Tak khusyuk agaknya dhuha siang tadi", sempat pula hati kecilku berbisik.

Ku rapati suami. Dia masih khusyuk mencuba melepaskan level 81 tersebut, seolah-olah suara tadi datang dari syiling rumah. Ku tepuk-tepuk lembut bahunya menggunakan bil Streamxy yang baru ku ambil dari peti surat tadi.

Sebaik mata kami bertemu, aku beri cadangan.
"Brand Tuuperware ja ada tali kat bekas air. Belikan ya".

Riak wajahnya... Ku kira itu ialah reaksi petanda kesyukuran sang suami kepada Yang Baqa' kerna diberi peluang dapat hidup bersama seorang isteri yang kreatif lagi bijak.

Kreatif mengatur ayat. Bijak menjawab.

Aku tersengih dan suami kekal dengan riak wajah kesyukurannya. Alhamdulillah.

Friday, November 20, 2015

Tak Lebih Tak Kurang

"Ana takpe ke?"

Terbantut rasa nak tidur.

"Takpe apa pulak ni?", detik hatiku.
"Takpe apa?", ku suarakan apa yang terdetik tadi. Mata ku buka.

Sambil mengemaskan lipatan kain sarungnya, dia bersuara, lambat-lambat, "Adik beradik Ana semuanya dah graduate. Ipar biras pun. Abang je..." sengaja dia buat ayat tergantung sebab dia yakin aku sedia maklum apa yang tersirat dalam hatinya.

"Abang je apa?", aku pura-pura tak tahu.
"Iyelah, Kak Nor kan nak konvo Sabtu ni, tinggal Abang seorang ja yang tak konvo".

"Oh, ye ke? Kalau Abang tak cakap, Ana pun tak perasan", sempat aku senyum sebelum aku pejamkan semula kelopak mata. Sengaja bagi hint pada suami. "Pergilah cepat solat Jumaat" bisikku antara dengar tak dengar. Aku tak bersedia nak buat ulasan atas penyataan dia tadi. Bukan di saat ini.

Deruman kereta sayup menjauh, membawa pergi suami dan anak kembarku ke Masjid Saidina Ali untuk solat Jumaat. Di ruang tamu, jelas kedengaran ketawa Amni menonton rancangan kegemarannya, Running Man. "Best juga kalau join Amni. Tapi kena nap juga ni. Tak seronok pulak kalau mengantuk semasa perjumpaan dengan Pengarah petang nanti".

Dalam pejam, terfikir. Along bakal konvo Sabtu ni, Abang Izal sudah berjaya menamatkan Ijazah Sarjananya dua tahun yang lalu. Kamal pula sedang gigih menyambung Ijazah Kedoktorannya, pun di universiti yang sama.

"Boringnya, asyik UM je...", timbul pula rasa hairan. Kenapa universiti yang tertua di Malaysia ni juga yang menjadi pilihan adik, kakak dan iparku untuk menyambung pengajian.

Nasib juga Baa' menyambung Ijazah Sarjananya di UIA.

Dalam pejam, fikiran melayang. Melayang jauh sejauh 230km ke kampung. Deretan gambar kami adik beradik di Majlis Konvokesyen masing-masing termasuk abang dan adik-adik ipar jelas terpampang. Idea arwah Abah untuk menggantung semua aksi kami menerima skrol di dinding ruang tamu rumah. Abah ternyata sangat bangga dengan kejayaan anak-anak dan menantu-menantunya. Terberkas dengan masa silamnya, mungkin. Berpeluang tapi tak mampu.

"Gambar-gambar keluarga kita nanti, kita gantung dalam bilik ja", cadang suamiku sambil perhatiannya fokus ke jalan Sabak Bernam - Kuala Lumpur. "Okay", pendek jawapanku. Boleh mengagak apa yang bermain di fikiran suami.

Terusik agaknya hati suami tatkala melihat deretan gambar kami dibingkaikan Abah, digantung pula di ruang tamu. Gambar menantu menerima skrol di hari berbahagia turut sama dibingkaikan. Semua. Kecuali dia. 

"Ibu...Ibu...Dah Zuhur belum?", Amni terjerit-jerit dari ruang tamu.
"Ibu..." pintu bilik dikuak. Mata sengaja ku pejam rapat-rapat, aku sedang berlakon tidur. Mengharap lakonan ku berjaya.

Pintu ditutup kembali. Aku tersenyum sendiri.

"Ibu...Ibu...Ibu...", jeritan kembar sudah kedengaran dari parkir kereta lagi. "Ibu...Ibu...", pipiku dikucup, dahi, dagu, mata. Lakonan terpaksa dibatalkan. Serta merta.

"Dah balik dah Amin, Iman", ku peluk erat anak bujangku satu per satu. Mataku buka. Melihat senyuman kembar yang akan menjangkau usia lapan, tahun hadapan.

"Di masjid tadi, pakcik tu cerita apa?", sengaja bertanyakan isi khutbah pada kembar.

"Amin tidur...", suami menyampuk. "Tersengguk-sengguk".

"Huh". Amin mencebik dan berkawad keluar dari bilik. Iman membontoti kembarnya. Turut sama mencebik.

"Yang tidur Amin, bukan Iman. Kenapa dua-dua touching lak?". Usikan suamiku tidak dilayan kembar. Ketiga-tiga permata hatiku kini leka melayan Sofea The First sementara menunggu masa bertolak untuk sekolah agama.

"Abang..."
"Ya..."
"Di masjid tadi, pakcik tu cerita apa?", sengaja ulang bertanya soalan yang sama untuk memulakan bicara.
"Cerita pasal satu Muharram detik permulaan...", suami memberikan jawapan melalui alunan nasyid popular itu. Dia tersengih sendiri dengan pitching lari, dinyanyikan olehnya tadi.

"Abang..."
"Iye..."
Ku pandang matanya dalam-dalam. Nafas ku atur kemas.

"Ana tahu Abang tiada skrol..."
"...tiada  konvo..."
"...tiada gambar berjubah. "

Lambat-lambat ku suarakan mukadimah perbualan. Menunggu, kalau-kalau ada respon.

"Tapi... Kalau abang berdiri sebaris dengan Abang Izal, Tipah, Arafat dan Tuan Hakim, ilmu abang setara dengan mereka semua". Ipar terkini suka aku gelarkan dia Tuan Hakim. Kagum aku. Muda-muda dah jadi hakim.

Suami tak menjawab. Diam. Dapat mengagak ada lagi yang nak aku sampaikan.

"Tengok dalam rumah ni aje. Abang tukarkan suis lampu, abang buat display rak, abang betulkan wayar Internet, abang buat piping, abang buatkan ampaian kain."

"Abang betulkan Samsung Ana, abang..."

"Abang upgrade basikal-basikal kita", dia menyambung. Senyum. Dari jendela kamar, pandangannya  kini dilemparkan ke basikal-basikal XDS, Exitway dan RMB yang tersusun kemas. Senyumannya melebar. Ku akui, kemahiran psikomotornya menjimatkan hampir ribuan ringgit.

"Terima kasih sebab nak kan abang". Sayu pula aku mendengarnya.
"Sama-sama. Nak solat dulu, pastu hantar Ana ke kolej ya". Dia mengangguk.

Dan kami sama-sama tersenyum. Senyum sampai hati.

Sunday, October 18, 2015

Kayuhan Putrajaya Sempena Hari Sukan Negara

Salam dari Senaling,

Aku sendiri tak sangka, first Fun Ride yang bestfrenz daftarkan ialah tuk Hari Sukan Negara yang disambut meriah di seluruh Negara pada 10.10.2015 yang lalu. Ada tiga kategori yang ditawarkan. 10km, 40km dan 120km. Sebelum ni aku join Jamboree Jeram Tengkek, 30km lebih kurang pun aku dah rasa aura kejang kat betis bunting padi ku ini. Jadinya aku suh ja bestfrenz daftarkan tuk 10km.

Sekali dah kayuh, ek elehhh... dah sampai. Macam eksyen je kan? Hehe. Tapi memang santai tul rasanya disebabkan muka buminya takde pun naik bukit cerun. Sekadar cerun bukit skala besar. Nama pun Fun Ride. Maka wajiblah rasa fun masa kayuh. Kalau rasa nak kejang, itu dah tak fun namanya. Itu hazab ride.

Moral citer, kalau ada lagi Fun Ride di Putrajaya, kita join 40km je. 120km tu memang pandang sebelah mata je lah. Pandangan nak nanges, pandangan sayu. Maaf,aku tak mampu nak kayuh sejauh itu.

In standby mode. Orang lain sibuk warming up, aku sibuk wefie.
 
Kayuhan mula lambat. Main ribu-ribu pesertanya. Lambat tu normal. Ah, itu bukan main point. Point lebih penting ialah aku dapat kawan baru. Tak berakhir di Fun Ride ni tau. Mungkin akan jadi kawan berzumba di Swan Fitness nanti. Hehe. Bersukan sentiasa menggembirakan aku. Alhamdulillah.
 
Tambah satu lagi koleksi. Yeah...I am finisher once again. ^__^
 
 Daaa. Bye kamurang... :)
 
Nota kaki tetiba : Rindu pulak rasanya nak travel ngan kawan-kawan.


Sunday, September 27, 2015

Tips Diet : Kenali Diri Sendiri

Salam dari Senaling,

Balik-balik dari kampung, wat tips diet. Nampak sangat obses nak kurus. Makan sesuka hati pastu kalut naik weight scale

Citer sal weight scale, aku ada kegilaan terkini iaitu timbang jisim badan minimum dua kali sehari. Aku leh timbang berat sebelum punch in atau punch out. Weight scale tu letaknya di mesin punch, tu yang aku rajin timbang. Dahlah datang awal, balik lambat. Mau tak gila. Tapi disebab kegilaan itulah aku kenal diri sendiri dan tahu bagaimana mahu control berat aku akhirnya. 

Citer sal weight scale lagi; aku baru je beli Bayers Digital Weighing Scale and Body Fat Analyzer dari http://www.lazada.com.my/. Harga reasonabale RM63 termasuk pos. Aku order hari Sabtu senja. Hari Isnin sampai. Bagus Lazada ni since ini pembelian pertama aku dengan Lazada. Memang terbaik. Setakat ni, Best Buy pun bagus. Dengan Best Buy aku memang dah biasa beli.

Sumer dia analyze. Bagus kan? 

Oh tak masuk lagi isi penting. Muahaha.

Tipsnya ialah; kenali diri sendiri. Sehingga kini aku dah mencuba banyak jenis diet. Sumernya menyeksakan. Hehe. Berdiet memang menyeksakan terutama tuk spesis dinasour macam aku. 

Kenali diri sendiri dengan kerap menimbang berat badan. Sebaik-baiknya masa bangun tidur. Bila aku timbang berat dua kali sehari aku leh perasan yang berat aku akan naik bila aku amik dinner. Kalau aku tak dinner jisim akan berkurang. Gitu rupanya.

Jadi setakat ni memang aku akan belasah makan apa yang aku suka siang harinya. Tapi menjelang malam, siren berjaga-jaga akan diaktifkan.

Terkini jisim aku 59.0 kg. Setakat ini aku memang lansung tak jaga dinner. Pizza kot dinner semalam. Sapa yang leh tahan? Tapi kalau aku stop makan jam 7, Insha Allah esok angkanya akan membahagiakan aku.

Pilihan di tangan sendiri. Pandai bijaklah memilihnya. 

Selain dari tu, aku seboleh-bolehnya akan exercise at least tiga kali seminggu. 
Percaya atau tidak, exercise tidak membantu anda untuk kurus. 
Jaga makan sahaja yang mampu wat kau kurus.


Tapi aku exercise juga tuk rembeskan hormon serotonin, hormon mood happy ...

 Eh, yang ini pun bisa merembeskan hormon serotoninku...
:)  senyum tak perlu kata apa-apa

Entri ni aku taip akhir tahun 2013.

Impian aku sangat nak berat 57.5kg. Orang-orang hebat selalu pesan; nak berjaya mesti letak matlamat. Akhirnya... Walau pun hanya mampu bertahan satu hari, T_T Sebab lepas tu, aku raya sakan kat Jengka. Pokcik aku yang satu ni memang suka jamu orang. Tu yang dapat 59.0 kg pagi ni. Tu pun malam raya, lepas jama'qasar aku bantai tidur jam 8, sebab kalau aku berjaga, sah kena suruh makan.

Aku ada satu lagi impian, kereta baru berplat nombor ANA XXXX. Incik suami selalu poyokan aku dengan matlamat  aku ni. Incik suami ingat aku memain? Kita tengok ja nanti. Moga Allah izinkan aku tunaikan impian tu kelak... Aaamiinn. ;)

 Daaa... Bye kamurang!

Sunday, September 20, 2015

Selamat Hari Malaysia #SehatiSejiwa - Penutup Bulan Kemerdekaan

Salam dari Senaling,

Masih lagi dalam mood #SehatiSejiwa kan? Hiks

Apa yang best nya duk Malaysia? 

Tanak citer pasal makanan sebab itu memang yang paling menarik kat Malaysia ni. Tak perlu dihujahkan lagi. Jadi kita cari point lain. Bagi aku Malaysia sangat best sebab kepelbagaian rakyatnya. Variasi adatnya. Berbagai ragam budayanya. 

Kali pertama wat part time, part time di kedai elektrik di Batu 6, Taman Desa Aman. Bos berbangsa India. Aku belajar bahawa bangsa India in love with curry...soooooo much. Bini bos aku hari-hari masakkan kari tuk husben dan pekerja dia (tak termasuk aku). Kari ikan, kari ayam, kari udang, kari kambing, kari sesaja. Tak pernah jemu k.

Di sini hari ini pun aku perasan, parents berbangsa India bila datang melawat anakanda durang, selalu tapaukan makanan. Lauk utama is curry. Sampai hari ni aku terfikir, agak-agak durang suka tak makan tom yam.

Masa aku di U, aku wat part time gak. Part time di kedai fotostat. Bos kiut aku ialah seorang jurutera cina, dan partner aku bekerja pun berbangsa Cina. Sye Hoon namanya. Dengan dia nilah aku banyak tanya macam-macam sal kebudayaan kaum Cina. Paling tak boleh lupa ialah berkenaan Hari Hantu.

Aku, Sye Hoon & Sun Photocopy, tahun 2000. Tah wujud ke lagi kedai ni kat Sg Dua?

Perasan tak, ada satu bulan dalam setahun akan nampak kaum Cina pasang colok bapak besar tepi jalan. Pastu siap ada pentas dan opera Cina lagi. Tahu tak sebab apa? Dia bagitau aku, dalam satu bulan pintu syurga (di langit) dan pintu neraka (di bumi ) akan dibuka untuk memberikan laluan kepada yang jahat dari bumi naik ke atas wat lawatan muhibah. Disebabkan hantu ni jahat, dia biasanya tak terus naik. Dia akan wat lencongan on the way nak ke atas. Kebarangkalian besar dia akan melencong tuk kacau manusia.

Jadi diwujudkan pentas dan opera supaya yang jahat tu  akan leka tengok persembahan tersebut. Sehingga terlupa nak kacau manusia. Tau-tau je, times up. Dah gi balik semula ke neraka. Begitula yang dikisahkan kepada aku. Jadi bila aku nampak colok gergasi naik tepi jalan, maka aku akan ceritakanlah pada anak-anak ku pulak. Menarikkan?

First time posting, aku dapat ke Kota Kinabalu. Bah saja la kau kat situ. Aku memang suka dengar orang Sabah sembang. Hehe. Unik. Kalau gi KAKOM memang aku selit-selit selamba ja kat penyokong Labuan. Dapat la dengar durang bersembang. Happy.

Yang paling aku tau, nama durang unik-unik bah tu. Lagi satu nama tak melambangkan agama durang. Satu kawanku itu namanya Azlan bin Guntalib. Tapi dia Kristian. Apa bangsa tak tanya. Paling penting; hensem. Haha

Semenjak ringgit Malaysia tak stabil, tempat nak melancong pun berubah 360 darjah. Melancong di Malaysia ja pun dah cukup menarik. Tengok dan kenali budaya, adat dan kepelbagaian rakyat Malaysia. Best.

Hari tu poie pasar basah kek pekan Pilah, sodap dongar tokei India tu cakap dialek nogori. 

Malaysia memang terbaik. Moga dalam lindungan Yang Maha Kuasa selalu.

Saya bangga jadi rakyat Malaysia! Korang pun begitu juga... kan?
Daaa... Bye!

Tuesday, September 8, 2015

Basikal & Rezeki

Salam dari Senaling,


Wahhhh... Hepi masa baca wasap ni sebab memang bajet nak gi KAKOM kat KMS.

Tetiba...orang kuat tak datang. Adus. Hancur jiwa. Cuak tak jadi.

Tapi akhirnya... Alhamdulillah. 

Jadi ! Berjaya naik Bukit Makam dan...

Bukit Jugra non-stop walau pun da lama juga tak cycling. Yeahhh.

Perjalanan aktiviti berbasikal ku leh la disamakan seperti teknik pembelajaran masteri. Bermula dengan asas dulu. Sekadar pusing-pusing Jugra, santai-santai tengok sungai, tengok istana lama, tengok pokok manggis, pokok durian, tengok kampung.

Seterusnya, cuba lak naik bukit. Mula-mula Bukit Makam. Itu pun menyorong sekali dua. Bila dah okay, tada sorong-sorong. Maju sikit cuba naik Bukit Jugra. Menyorong tujuh sembilan kali. Akhirnya berjaya non stop dengan basikal 7 speed. Itu jam, geng basikal KMS memang tabik spring ngan aku.

Skang? Kalau bukan basikal 9 speed, memang tanak ah nek bukit. Haha. Demand kemain. Hari tu bawa satu basikal ja dari Senaling. Satu lagi pinjam. Syukurlah member adalah isteri kepada tokey basikal. Jadi, pilih... pilih...basikal mana mau. Pilihhhh...

Lepas kayuh, gi mengambing ngan roti canai. Ngam kan? Nasib aku sedar diri. Aku pau teh tarik Incik Suami. Ikutkan nafsu aku nak sebaldi teh.

Asalnya memang nak gi tengok event olahraga KAKOM di KMS. Susah juga nak dapatkan kebenaran Incik Suami, seperti tetiba ko pe hal nak pergi KAKOM lagi. Sebenarnya aku nak jumpa kawan-kawan yang dulu sama-sama berkaraoke, bersenam, berkayuh, mengambing, meroti, melagha dan bergosip, sambil nak melawat juga makcik kat Banting (sebab raya hari tu tak sempat nak pergi)

Untung ustaz ajak gi cycling. Incik suami memang obses ngan aktiviti kayuh, maka akhirnya impianku jadi kenyataan.

Alhamdulillah.

Rezeki aku dan keluarga ada kelapangan masa untuk ke sana dan ke sini. Kalau dulu-dulu, persepsi aku lain. Tapi kalau difikirkan semula baik-baik. Itu ialah rezeki! Ya. Aku patut sujud syukur 7 tahun yang lalu. Tapi takdirNya, baru-baru ni ja aku perasan. T___T

Lepas ni, aku takan berkira lagi nak pergi melawat mak, saudara mara, atau sahabat handai. Itu tandanya aku sekeluarga dimurahkan rezeki...

Rezeki kelapangan masa.
Rezeki kesihatan.

Alhamdulillah...

Bye you all. Til we meet again and again and again...Insha Allah

Thursday, September 3, 2015

KAKOM 2015: Kolej Matrikulasi Melaka

Salam dari Senaling,

Pada 13 - 16 Ogos yang lalu, saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk membawa pelajar sempena Karnival Kolej Matrikulasi bagi tahun 2015 di Londang, Melaka. Perjalanan mengambil masa hanya selama 2 jam. Kami bertolak tepat pada jam 10.30 pagi dan tiba di Londang pada jam 12.30 tengahari.

Fuhhhh....Cukuplah kot aku wat ayat macam karangan UPSR. Penat nak fikir ayat, imbuhan dan kata hubung yang sesuai. ^___^

Seperti tahun-tahun yang lalu, aku memang akan jadi pengurus Bola Keranjang (W). Asal dari minat sebab pernah jadi player basket, terus jadi pengurus basket. Aku syak aku akan bawa team basket sehinggalah aku jadi Pengarah Bahagian Matrikulasi kelak. Baru stop agaknya. Mungkin.

Meh perkenalkan KM Melaka. KM Melaka terletak di Londang, Masjid Tanah Melaka. Ala macam KM Negeri Sembilanlah. Terletak di mukim Senaling dalam daerah Kuala Pilah. 

Di Melaka, adalah sekali tu aku wasap player basket, suh durang nikmati dunia dari mata Londang. Dia leh tanya, "londang tu apa cikgu?".Nasiblah aku jujur. Kang aku cakap Londang tu sejenis kuih tradisional kaum Baba&Nyonya. Sah dia percaya. Adehhh...

Tu, budak nombor 11 tu yang tanya Londang tu apa. Apa hokeh...bukan di mana...

KM Melaka, struktur binaan bangunan macam Negeri Sembilan juga, sebab tersenarai dalam kolej matrikulasi yang paling awal dibina di Malaysia. Jadi setakat nampak batu blok seketul-seketul tu, tada hal punya. Paling penting semua kemudahan sukan adalah sangat baik. Cuma tada trek tuk olahraga jer. Kalau ada, sah setiap tahun jadi tuan rumah.

Jomlah berdoa, dengan GST diaplikasikan di Malaysia kini, akan ada peruntukan besar tuk KM Melaka buat trek olahraga. Aminnn.

Cerita game plak. Tahun ni ikut Zon. Jadi game ala liga. Hanya ada 5 teams, jadi mulalah aku verangan nak dapat pingat tahun ni. Player pun bagus-bagus. Bertambah tinggilah angan-anganku, lebih tinggi dari pokok kelapa yang Mat Jenin panjat. Tapi kali ni aku simpan diam-diam ja angan-anganku.


Bayangkan, dua minggu sebelum KAKOM, asal terjaga malam ja aku berdoa. Asal hujan ja aku berdoa. Semoga diberikan hasil yang setimpal dengan usaha durang. Obses ke tak obses disitu. Sesampai di Londang, tidurku tak lena. Terjaga-jaga. Jadi weng sekejap aku kat Melaka.

Aku akan jadi macam ni kalau dapat player yang bukan setakat bagus, tapi dengar cakap dan baik budi bahasa. Kalau bagus je tapi berlagak, takkan aku jadi macam ni. Aku sedih kalau durang tak dapat apa-apa atas apa yang durang usahakan.

Tahun 2012 sekali.
Tahun 2014 sekali.
Menangis aku durang tak dapat apa-apa.
Mungkin bukan rezeki.
Tapi sedih tetap sedih. Sentap tetap sentap.
Manusia biasa kot aku ni...

Tapi 2015, karma berubah. Alhamdulillah. Emas akhirnya.

Serius. Aku hanya tumpang kehebatan students. Aku bukan pandai coach pun. Yang aku tau hanyalah mengilai-ngilai dari luar court macam Mak Lampir. Yang aku tau, bagi motivasi. Berdoa. Dahlah the real coach jadi PT pulaks. Berdebar aku tatau nak arah apa dari tepi court.

Alhamdulillah rezeki bila jumpa team Labuan - team yang agak kuat, hadir En. Anis (KJ Sains - dulunya mantan coach basket KML) jadi coach atas rayuan PT tersebut dengarnya. Tolong aku baca  game pihak lawan. Harapkan aku. Memang tidaklah.

Serius. Tahun ni ialah tahun paling senang aku bawa budak basket. Rezeki, atau mungkin berkat doa kucing jalanan yang sempat aku bagi makan maka semuanya dipermudahkan. Budak dalam top condition. Semua baik-baik. Petang-petang training tayah aku ugut, ancam nak guna pisau letak kat tengkuk ke apa ke. Takde.

Aku cakap sekali ja, yang durang mesti turun minimum 3 kali seminggu. Takde tacing, takde perang psikologi, simpan dalam hati, no. Tada sapa yang lebih bagus dari yang lain. Apahal terus terang. Dan Alhamdulillah setel segala.

TQ girls. U all memang bagus dan layak menang.

Dan muka sayu lelaki kat belakang tulah PT Kehormat yang sebenarnya paling layak dapat pingat dan piala iringan. Tapi nak wat cane. Nama pun PT. Oh...PT tu Pegawai Teknikal. Hehe. Nasib baik juga wife beliau partner aku. Jadi kongsi-kongsilah pingat emas tu sesama k.

Atau mungkin juga sebab ada akak ni. PDT students, bagus main, penuh teknik dan taktik. Akademik pun gempak. CGPA 4.00 PSPM yang lepas. Maka player lain respek habis. Kerja aku pun bertambah senang. Syukur Alhamdulillah.

TQ Ziha. She also Ex SEMESTIANs. Heh. Tumpang bangga.

Tapi kan, setakat ni, sumer player basketball yang aku pernah uruskan tuk KAKOM result peksa sumer gempaks. Walau pun sibuk ngan macam-macam hal akademik, ngan training petang-petang dan macam-macam lagi hal. Aku percaya durang leh berjaya sebab disiplin, kerna cukupnya kadar gas oksigen yang di peruntukkan dalam otak masing-masing, dan less stress.

Kesimpulan ; bersukan takkan menjejaskan hidup kita. Malah mungkin akan membawa seribu satu rahmat dan rasa bahagia disebabkan rembesan hormone metolin dalam badan kita. Insha Allah. Dah berusaha baru kita bertawakkal. Kan?

Program Jejak Kasih juga berjalan dengan lancar. Aku cari dia sampai ofis. Pastu bajet terperanjat lak akaks ni bila aku jumpa ofis dia. Waze kan ada...Hehe. Kalau korang percaya aku cari ofis kawan aku ni guna Waze, korang memang spesis lurus. :P


Geng kamceng masa di IPDA. 2 wanita lagi ada di Kolej Matrikulasi Perak. Okaylah, you all duk diam-diam, biar aku ja yang jumpa korang eh. Untung ada KAKOM tau. Dapat jumpa kawan lama dengan bajet sangat rendah. Siap dapat tshirt free, track top, track bottom, sport shoes...sumer pun free.

 Pingat emas ni lah yang aku angankan. Memang takleh gadai di Ar-Rahnu Bank Rakyat atau kedai gadai Hup Seng mahupun kedai gadai Arumugam, tapi ada usaha, doa, kerja keras, harapan dan macam-macam lagi dalamnya. Priceless.

Yang ini tak pernah aku harapkan. Tak pernah angankan. Piala iringan. Letak kat Unit Sains Komputer kau. Hehe.

Feel dia memang best rupanya. Patutlah atlet beriya-iya nak menang. Tak kisah apa permainan, apa acara sekali pun. Perasaan menang memang best. Tapi nak capainya, melibatkan hati dan perasaan. Ikutkan aku, malas nak bawa lagi team KAKOM. Tapi bila difikirkan semula...  Kalau masa yang aku peruntukkan untuk KAKOM ni dapat topup masa kerja aku yang aku selalu tuang. Lambat masuk ofislah. Melagha masa kerja lah. Apa salahnya.

Kalau bukan keberkatan, apa lagi yang kita harapkan dalam hidup ni? ^___^

Petang ni, leh la kot gi brisk walk se round ke dua round pusing kolej ya...
Bye
korang.

Wednesday, August 12, 2015

Selamat Hari Raya 2015

Salam dari Senaling,

Salam Aidilfitri walau pun Syawal berbaki dalam 9 hari lagi (berdasarkan tarikh entri ditaip, sebab aku suka perap entri berhari-hari baru publish). Tahun ni merupakan tahun kedua aku balik beraya ke kampung dari Senaling. Ingatkan kami akan menempuh jem, rupanya tidak. Sebab kami balik kampung satu hari sebelum raya.

Pengajaran 1; balik kampung lambat-lambat.

Tahun ni, aktiviti malam raya dan raya pertama adalah seperti biasa. Baju raya lebihkan anak-anak. Malam raya rumah mak buat takbir. Juadah raya kat kampung sebelah kawan baik penuh melimpah atas meja (tahun ni akak ipar dah beli meja makan 8 seater). Kunjung mengunjung havoc habis. Tahun ni dapat beraya 9 buah rumah ja pada hari raya pertama. Biasanya lebih 10, mungkin sebab hari Jumaat.

Tapi ada satu aktiviti ja yang tak semena-mena berubah tanpa keredhaan ku.
Aku kurang makan pada raya pertama.
Dapat melihat sahaja lemang, ketupat, rendang, sambal jawa dsb penuh syahdu.
Asal aku makan, perut memulas. Asal perut memulas tandanya aku baru lepas makan. Waaaaa....

Alkisahnya, malam raya aku makan banyak daging. Jadi aku fikir aku patut minum Cleanse Tea tuk memudahkan proses penghadaman. Lebih-lebih lagi bila beralih tempat. Proses penghadaman dan proses penyahtinjaan akan jadi tidak keruan.

Sepatutnya, jam 7/8 pagi keesokan harinya, aku patut mula ke tandas. Dalam dua atau tiga kali perut akan memulas tuk proses penyahtinjaan. Selepas tu, everything gonna be fine. SEPATUTNYA.

Tetapi apa yang terjadi berada di luar kawalan.
Asal aku makan, perut memulas. Asal perut memulas tandanya aku baru lepas makan. SEHARI SUNTUK.

Kerja aku gi beraya ialah untuk mencari tandas. Macam psiko ja mengunjungi tandas rumah orang di hari raya. Untuk mengurangkan kunjungan ke tandas, aku ambil keputusan tak makan.

Ini bukan kali pertama aku amik Cleanse Tea. Pertama kali kejadian seumpamanya terjadi. Pengajaran 2; Elakkan amik Cleanse Tea terlalu awal, perut masih tak dapat beradaptasi sebab baru je lepas berpuasa sehari suntuk. Mungkin hipotesis perlu di ambil kira.

Walau bagaimana pun, raya tetap sakan. Kawan baik dapat cuti seminggu, sama macam aku. Walaupun anak-anak sepatutnya mula bersekolah hari Rabu, tetapi raya kan setahun sekali. Inilah peluang tuk berjumpa saudara mara yang hanya dikunjungi pada musim perayaan.

Dahlah jauh di perantauan. Nak jenguk mak punya payah skang.
Ah, alasan semua tu. Paling penting, surat tunjuk sebab aku dah hantar kat cikgu kelas durang.

 Raya pertama, masa ni perut okay-okay saja lagi.

 Tahun ni, raya pertama di rumah kawan baik. Tahun lepas pun di sini. Tahun depan depan depan pun rasanya disini juga...

 After solat Jumaat, baru beraya ngan mak dan adik beradik. Yang ada anak kecik, sumer posing gaya bebas. Hehe

 Di rumah pusaka arwah mak mentua dan pak mentua (yang tak pernah kukenali)

 Raya kedua, aku pakai baju raya tahun 2014. Langkah penjimatan yang lebih rasional daripada cadangan seorang pakar motivasi di TV1. Ada ke cadangkan tak payah balik kampung tuk beraya.

Sambil raya, sambil melawat baby. Penjimatan berganda. 

Tahun ni, barulah aku rasa raya yang raya. Alhamdulillah.

Daaa...Bye. 

Friday, June 26, 2015

Tips Tanam Sayur

Salam dari Senaling,

Dua tahun lepas gigih aku taip entri sal betapa hots nya tangan aku sampai sumer pokok mati dikerjakan aku. Flashback disini. Tapi kan, tapi kat belakang rumah aku di Senaling skang, ada kebun la weh...

 Siapa sangka...

 Kat pagar, menjalar pokok ni...Teka apa?

 Pokok timun...mihmihmih

Pagi tadi aku intai dah besar dan dah mula menampakkan rupanya yang sebenar.
 
Sungguh tak ku sangka, rupanya semua orang mampu tuk bercucuk tanam. Dengan ini aku isytiharkan istilah tangan panas tu tak valid.

Semua orang boleh tanam pokok dengan ilmu. Alhamdulillah aku berguru ngan pakcik makcik suami isteri di Pasar Tani Kuala Pilah, tempat aku beli sumer anak-anak pokok ni. Aku juga berguru ngan Anie dan Liza, rakan sekerja kat ofis.

Aku kongsi ilmu ngan korang lak supaya pasni tayah dah beli sayur kat kedai, walau pun sayur tada GST...

#1 Tanah kena sesuai. Beli ja tanah hitam kat nursery, biasa boleh dapat 3 beg RM10 campur 1 beg tanah merah.

#2 Guna polybag ja tanam pokok, tayah beli pasu, pasu leceh, mungkin boleh pecah. Guna bekas mineral botol yang besar, atau bekas minyak pun leh, tapi kena cucuk-cucuk supaya air leh kuar.

#3 Nisbah tanah hitam : tanah merah ialah 3:1.

#4 Beli anak pokok, pindah ke polybag letak dulu kat tempat redup (tapi masih dapat cahaya matahari) dalam 4-5 hari, pastu baru letak luar.

#5 Jumlah air, tempat nak letak pokok bergantung kepada jenis tanaman.

#6 Pokok pandan mesti letak tempat redup forever, air kena banyak.

#7 Pokok menjalar, letaklah ia dekat pagar.

#8 Pokok cili, tanam dia condong supaya akan ada banyak cabang tumbuh nanti.

#9 Baja letak 2 minggu sekali, aku guna baja organic (tahi ayam di proses)

#10 Siram pokok dua kali sehari, aku siram pagi sekali, petang sekali.

Berdasarkan pemerhatian aku, pokok cili dan pokok timun sangat mudah mengundang pelesit. Eh, parasite. Parasit ke? Semut, hama (hama ke?), ladybird orange adalah antara yang rajin bertandang. Kalau setakat bertandang nananana, takpe juga....Ni kasi pokok rosak, cane tu?
 
Mula tu aku malas ah nak guna racun, nak organiclah kunun. Tapi bila aku tengok pokok cili dan timun semakin berlubang, kecut dan tidak bermaya... Datanglah Anie menyelamatkan keadaan. Hehe. Kena dengar kata orang berpengalaman, baru berkat ilmu. Maka belilah aku racun dari Pasar Tani.
 
Selepas sembur racun kat pokok, barulah takde pelesit ni. Aku bajet nak sembur kalau bilangan pelesit semakin bertambah. Setakat 3 hari ni, pokok cili masih terpelihara. Pokok timun dah kurang menerima kunjungan Lady Orange. Jadi tip seterusnya...

#11 Racun kena ada, tapi sembur bila perlu ja.

Setakat ni ada pokok cili, pokok timun, pokok bendi, pokok terung, pandan dan kunyit belakang umah. Tapi buah yang aku nampak baru buah timun...jadilah. Alhamdulillah

Citer belakang umah ja, depan umah...hehe


Ada pokok hiasan.
 
Tapi jenis berdaunlah setakat ni menjadi. Yang berbunga lom cuba lagi. Hehe. Asalnya ada satu, dua pasu...sekarang ni membiak, aku alihkan jadi berpasu-pasu. Dua species ja aku ada. Dapat di Selangor. Kek Pilah subur nya la haiiii... 
 
Ada pokok betik di luar pagar. Tiga pokok semuanya. Doakan berbuah segera ya.

#12 Satu gi, kalau tanam sayuran buahan masa musim hujan, adalah lebih afdal. Pokok senang nak naik compare to musim panas.

Aku niat, kalau sumer dah berbuah...kalau jiran belakang, sebelah nak amik. Silakanlah. Aku sedekah, moga dengannya pokok-pokok ni akan berbuah dengan jayanya.

Nak sedekah, gi cakap kat blog...Ko bajet jiran ko baca blog ko ke?

Maafkan saya, saya pemalu orangnya. Hikhik (ketawa sambil tutup mulut)

Wednesday, June 10, 2015

Pantai Chenang & Kampung Tok Senik

Salam dari Senaling,

Nite life happening di Pantai Chenang, Day Life happening di Pekan Kuah. Maklumat ni, tokei kedai nfon kat Pantai Chenang yang cakap. Kedai di Chenang mula beroperasi @ meriah mulai jam 12 tengahari.

Jadi aku pun wat eksperimen, dah alang-alang lepak Chenang trip kali ni.

 Hari kedua kami wat eskperimen, lepas balik shopping dari Pekan Kuah.

Bayangkan masa di pekan Kuah, sumer tokei kedai pakat-pakat tutup kedai. Wat gabra kami jer sebab tak dinner lagi. Asyik masyuk duk shopping sampai teralpa yang kami lom dinner. Memang betullah info tokei tu. Happening di Chenang. Spa, Live Band, kedai aksesori tepi jalan memang buka, most of it closed at 11.30 pm.

Kami lepak makan stimbot cucuk-cucuk kat sini. Sebelah lori ni jual ice blended buah. Nasib baik aku ada aura sakit tekak. So, aku tak layan ice blended kedai sebelah.

Masa ni lah aku jumpa kedai jual macaroon yang sedap tu.
 

Pencarian Pantai Chenang...akhirnya. Punya susah nak cari Pantai Chenang.
 
Rupanya ditutupi oleh deretan kedai sepanjang pantai Chenang. Nak sampai pantai kena pandai-pandai cari laluan celah kedai. Duk kat Holiday Villa, pantai lengang ja. Aku bajet macam kami-kami ja yang melancong ke Langkawi. Datang sini, perghhhhhh sakit mata aku. Kawan sebelah cuci mata. Ramainya pelancong.  Patutlah nite life kat sini meriah. Now I know. Hipotesis diterima.
 
Ini satu lagi...Kampung Tok Senik.
 
Ini kawan baik yang nak sangat pergi. Dia kata datang Langkawi mesti sampai kampung ni. Susah nak jumpa kampung ni. Aku pikir kampung yang kampung, so aku cari dalam aplikasi Maps, Waze, Google Earth... Tak jumpa. Nasib ada signboard, tu pun satu ja aku jumpa kat simpang nak ke Makam Mahsuri. Bila dah jumpa, oh ini rupanya kampung Tok Senik. Resort rupanya. Adeh. Memendekkankan battery life aku jer on GPS. Cis.
 
Aku paksa kawan baik aku ni turun dari kereta tuk capture pic. Nak sangat pergi kan... Apa cer pusing-pusing lepak dalam keta jer?
 

 Persekitaran Kampung Tok Senik Resort. Antaranya.

Resort ni sangat cantik. Rumah penginapannya rumah kampung berlatar belakangkan sawah padi. Memang betul-betul rasa macam dalam kampung. Nama rumahnya pun awesome, Rumah Penghulu, Rumah...alah lupa nama. Boleh gugel tuk maklumat lanjut. Tapi rumah yang besar-besar (aku bajet tuk satu family yang besar menginap) dah terbiar. Sayang. Yang tinggal rumah yang biasa-biasa ja. Serupa bilik ja kot, bukan satu rumah...

Pas tu, kami zoom ke airport, kelam kabut pack barang sebab kali ni aku tak beli extra baggage. Sumer pun cabin luggage. Tak sangka mak borong cekelat Peppero 18 kotak besar...

Disebabkan mak hepi kot sebab kami berjaya meng 'cabin luggage' kan 18 kotak Peppero tersebut, mak follow kami ke Senaling. Mak datang terus aku masak sedap. Hipokritnya aku. Yessss...Haha

Nah belanja gambar.
 
Lepas aku belanja gambar, harap-harap kawan-kawan sudilah bertandang hendaknya.
Tak nak bertandang, bertendang pun boleh...^____^
 
Daaaa...Bye korang.

Saturday, June 6, 2015

Update Blog dari SmartPhone

Salam dari Senaling,
 
Antara halangan aku menulis blog dengan lancar ialah sebab aku malas nak on laptop. Dengan teknologi terkini, patutnya itu bukan alasan kan? kan? kan? Lagi-lagi aku memang berada dalam bidang ni. Memang puiiiii betul alasan aku tu.
 
Satu hari kawan baik selamanya suggest aku update blog guna smartphone. Ya, aku ada smartphone. Pung pang pung pang jugalah dia ceramah aku sal teknologi ni.
 
Aku heran...Dan seperti aku pernah update blog guna fon. Seperti...Ah, macam mimpi pulak peristiwa aku update blog guna fon ni. Imbasan masa silam kabur dan berkabus. Jadi aku pun tunduk redha ja bila di pung pang pung pang kan. Persis wanita solehah. Tunduk dan kuis habuk di lantai.
 
Selepas peristiwa pung pang pung pang, terus aku update guna fon. Ada 4 entri Family Trip berjaya aku update di fon. Perghhhh dengan ini bolehlah aku update lebih kerap sambil verangan dapat duit dari Nuffnang. Terakhir aku check ada RM 0.21. Mungkin nanti akan naik sampai RM 210 lak. Hahahaha...gelak orang kaya.
 
Bila banyak duit lebih, bolehlah lepas tu aku bina villa persinggahan sebelah SkyBridge ni. Senang aku lain kali, tayah dah sekang mata berebut Rumah Persekutuan kalau gi Langkawi. Hahahaha...
 

Semalam, aku pun cubalah masukkan entri tu. Guna ShareIt share files. Tak main Bluetooth okay. Berlagak kemain. Pastu Sign in BlogSpot. Copy Paste bahan dari Word ke BlogSpot.
 
Hahaha...senang, senang tinggal masukkan gambar je, taip sikit-sikit. Siap verangan ada schedule entri. Kunun.
 
Akhirnya, imbasan masa silamku yang tadinya kabur dan berkabus jadi terang benderang seperti ada dua ploh satu lampu limpah di sekelilingku. Waaaaaaa...Kisah lama berulang lagi. Baru aku ingat aku memang pernah update guna fon lah. Entri jadi kelam kabut. Kejap besar kejap kecik font nya. Masalah besar memang tang font ah. Jadi tak seragam. Yang aku tambah dengan yang aku copy paste tak synchronise... Haaaa gasaklah macam mana aku eja synchronise tu. Allignment lari, paragraph lari. Waaaaaaaaaa....
 
Aku rimas tengok entri yang kelam kabut. Aku juga yang nak baca ulang kali kan? Penyelesaian?
 
Bekerja dari HTML Programming Language...Mari nangis bersama-sama...Waaaaaaaa. Tiga entri lagi menunggu untuk di copy paste. T___T

 Ini contoh HTML Programming Language. Contoh ni masih tersusun, masih boleh dibaca.

<div align="center" style="text-align: justify;"></div>
<div align="center" style="text-align: justify;"></div>
<div style="text-align: justify;">
Semalam, aku pun cubalah masukkan entri tu. Guna <em>ShareIt share files. </em>Tak main <em>Bluetooth </em>okay. Berlagak kemain. Pastu <em>Sign in</em> BlogSpot. <em>Copy Paste</em> bahan dari Word ke BlogSpot. </div>


HTML di bawah ni lah yang aku kerjakan dua hari ni. Ni pun aku dah betulkan. Tengok yang asal, wujud sampai tiga jenis font satu baris. Font size, kejap small, kejap xx-small k @___*

<span style="font-family: Georgia, serif; font-size: small;"><span style="font-size: 12pt; line-height: 130%; mso-bidi-font-size: 10.0pt;">Napa mesti <i>plan </i>tuk dua keluarga? <i>The main reason is </i>tuk berjimat. Tapi rupanya kalau pergi satu keluarga dan bawa sekali mak tuk berjimba-jimba, automatik akan jadi jimat seperti magis. Cubalah.</span></span></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<span style="font-family: Georgia, sans-serif; font-size: small


Moral citer? Kalau nak update dari smartphone adalah okay je. Tapi pastikan tiada penambahan lah. Solid itu ja cerita kau. Pic pun akan jadi kecik, taleh adjust melainkan dari HTML. Kalau tak disebabkan terpaksa, tak hingin aku bekerja dari HTML tau.

Ikutlah dari mana nak update blog sebenarnya. Tapi aku pilih  dari personal computer - laptop/desktop. Tu jer. Noktah.

Nga fikirkan tiga lagi entri di smartphone. Apa cer tu?


 

Sunday, May 10, 2015

Bengkel Flyways Khas Untuk Savvy di Durian Tunggal, Melaka

Salam dari Senaling,
Tajuk entri seperti di atas dirujuk.
Perghhhh, mantap pendahuluan entri, mungkin sedikit sebanyak terpengaruh dengan title Setiausaha Kelab Pensyarah yang disandang sebulan yang lalu. Tapi itu bukannya cerita utama yang nak di ceritakan disini.
Tak sangka betul rupanya jarak dari Kuala Pilah ke Melaka hanya mengambil masa 1 jam lebih 20 minit jer. Itulah hikmah sebenar disebalik kekurang upayaan satu-satunya kereta yang aku ada, Savvy.
Itulah intan, itulah payung, itulah permata. Bila satu hari beliau tak pick up walaupun aku tekan minyak sampai habis, galau jugalah hati aku. Terus stres. Terus kain-kain tak dibasuh, tak dikemas, tak dilipat. Makannya anak-anak hanyalah nasi dan telur goreng letak kicap. Rasa nak duduk dalam bilik memerap, men COC dan tido. Perangai macam budak-budak ni lah agaknya menyebabkan aku nampak macam budak lepasan SPM. Agaknya lah...
Meh citer sikit sal Savvy. Savvy aku Savvy manual. Spare part dia agak rare.  Kalau pergi Proton tuk servis harga memang kaw-kaw juga aku dengar. Best friend aku rajin google sal Savvy, so dia yang bagitau aku semua tu. Aku dah guna Savvy hampir 11 tahun dan body memang mantap. Enjin pun bagus-bagus saja. Body tak gegar pun bila enjin hidup dengan tombol aircond aku pulas sampai maksima.
Di Semenanjung ni, ada dua bengkel yang namanya menjadi sebutan di kalangan driver Savvy. Satu di Pandamaran Klang, apa ke nama owner bengkel. Ismail Baba, Kassim Baba...Alahhhhh sel-sel otak tak dapat berhubung dengan baik lak. Hehe... dah tau. Osman Baba namanya. Tuk Savvy-an selatan, bengkel Flyways di Durian Tunggal ni mungkin pillihan yang lebih praktikal.
En. Shah ownernya. Bengkel family. Pertama kali aku tengok ada mekanik perempuan di sini. Bengkel Flyways terletak di Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Durian Tunggal. Ada banyak bengkel auto kat sini. Nak cari bengkel ni senang ja. Penuh kereta Savvy depan bengkel.
Masa kami sampai, En. Shah tada. Dia gi towing kereta. Nak cerita pun tak tau macam mana, jadi kami wat lencongan ke Zoo Melaka di Ayer Keroh dulu. Dekat jer ngan bengkel ni. Bila nak balik, baru dapat ketemu. Punya senang En Hanif detect problem kereta. Sembang-sembang cerita, dia kata esok baru boleh amik keta. Okay, mari balik Pilah.
Bagusnya Flyways ni sebab durang akan update apa yang durang nak betulkan, atau kalau-kalau kena tukar part dalam kereta selain dari yang dibincangkan semalam. Ada juga mende yang kami suh dia tukar, tapi ikhlasnya durang aku rasa sebab kalau dia rasa tak perlu tukar dia akan kata ta payah tukar.

Bolehlah klik kat sini kalau nak tahu lebih lanjut sal bengkel ni. Kalau ada sedara mara yang pakai Savvy ke, leh la rekemenkan.


Keesokan harinya, selepas Hari Sukan Sekolah Tunku Khursiah, zoom ke Melaka semula. Amik keta dan dinner di Mc Donald Ayer Keroh. Seperti kacang ja kami ulang alik ke Melaka. Bolehlah say gud bye kepada Palm Mall, Seremban Prima dan Terminal One Seremban. Iollllllls shopping di Mahkota Parade la pulak yer.
Citer jalan lak, dari Kuala Pilah ada dua pilihan. Guna PLUS pun boleh, guna jalan dalam pun boleh. Aku guna jalan dalam. Lebih best dapat tengok kampong, rumah Melaka dan paling penting tiada tol. Lalu Ayer Mawang dan menghala ke Hutan Percha. Pastu cari jalan ke Durian Tunggal. Mudah dan jalan lengang ja. Lampu trafik pun tak banyak.
Seperti magik boleh berada di Melaka dua hari berturut-turut satu weekend. Mana lagi nak pergi lepas ni...Taman Mini Malaysia? Menara Taming Sari? Jonker Street? Bandar Hilir? Muzium Maritim? Limastiga? Desa Balqis?

Jalan...Jalan...Jalan..."Saya sukaaaaaa!"
Tu aje. Bye korang..

Monday, April 20, 2015

Off Road vs On Road

Salam dari Senaling,
 
Disebabkan mood kayuhan Jamboree masih lagi belum berakhir, maka nak share ilmu seciput aku tentang aktiviti berbasikal ni.
 
Aktiviti berbasikal boleh dibahagikan kepada dua, Off Road dan On Road. Off Road sinonim dengan MTB singkatannya atau Mountain Bike. On Road lak adalah berkenaan dengan Road Bike.
 
Off Road yang aku faham tanpa membuat apa-apa bacaan atau rujukan, ialah berkenaan dengan aktiviti berbasikal melalui jalan kampung atau jalan kebun getah/ kelapa sawit. Ada jugalah lalu jalan raya tapi sikit sangat.
 
Tayar basikal untuk Off Road pun lain sket. Lebar dan tebal sebab jalan menggerutu sokmo.
 
On Road lak biasanya layan jalan raya. Lajunya kemain, berdesup-desup. Tayar haluih, nipis giler. Rider road bike memang biasa standby tayar spare sebab senang nak bocor tayar masa ride. Lagi satu yang aku perasan, road bike rider rajin layan jauh-jauh. Minimum cecah 50km sekali jalan. Tu yang agaknya berdesup-desup larinya.
 
Tuk jiwa remaja cam aku, lebih berkenan ngan off road. Sebab kadar kesukarannya on off... Kalau layan up hill memang mencungap lah. Dapat down hill, muka ada sinyummmm. Siap leh jerit "Weeeeeeee..." menunjukkan keseronokan turun bukit. Kalau on road...errrr aku bayangkan memang cungap memanjang. Bertanjung aku kena tinggal kalau layan on road ni. Menyampah.
 
See, leh sinyum k off road masa uphill. On road? Ehmmmm...jangan harap.
 
Aku selamanya akan vote off road instead of on road...
 
Lain padang lain belalang, lain orang lain opinion kan?

Selit jap plat nombor masa Jamboree hari tu. Eksaited lagi sebab first time kan.
Kali ke-21 aku join jamboree nanti, perati tengok aku letak ke tak dalam blog ni.
 
Kalau panjang umur, Insha Allah. ^____^
Bye sumer.