Setel di Miri
Gua Niah
Tusan Beach & Canada Hill
Taman Awam & Miri City Fan
Miri Crocodile Farm & The Grand Old Lady
Kuching
Waterfront Kuching
Kampung Budaya ialah satu tempat pelancongan yang highly recommended untuk dilawati jika sampai ke Kuching. Jarak dari Kuching Park Hotel ke Kampung Budaya ialah sejauh 34.8 km, mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan.
Hari tu kami keluar awal. Lepas breakfast di hotel terus zoom menghala ke Kampung Budaya. Pagi tu, Kuching hujan renyai. Namun semua positif memikirkan, di sana mungkin tak hujan. The power of positive thinking. Alhamdulillah tak hujan walau pun cuaca mendung sepanjang hari.
Sampai di kawasan Kampung Budaya agak awal. Belum dibuka lagi pun. Melalui pembacaan, katanya ia berhampiran dengan Damai beach dan kaki Gunung Santubong. Melilau mencari mana ke agaknya spot yang menarik tersebut. Pastu pura-pura tersesat masuk Damai Beach Resort (strictly for their guest only). Guard datang nak halau, aku buat muka kesian bertanya mana hala ke Kampung Budaya kunun. Walhal nak cover line. Tak best ah kena marah ngan guard. Dah la perantau.
Selepas adegan episod pertama dan terakhir dengan pak guard Damai Beach Resort, kami mencuba masuk simpang mana tah. Tiba-tiba nampak signboard ke Damai Beach. Follow dan...
Mungkin inilah spot nya.
Damai Beach
Puncak Gunung Santubong di litupi awan.
View kat sini memang cantik. Tah pesal, kurang pulak aku amek gambar pantai, menghala ke Gunung Santubong aje kerjanya. Heh. Memang damai sungguh kat sini. Dahla angin kuat. Kalau pakai sari dah sah macam Kajol dalam Dilwale agaknya.
Nikli hai dil se yeh dua...
Rang de tu mohe gerua...
Rang de tu mohe gerua...
Klik klik klik amik gambar. Timeout. Kami pun bergerak ke destinasi utama dalam itenary. Kampung Budaya. Ha, yang ini memang lawak. Hahahaha. Aku gelak siap-siap dulu sebelum cerita. Kami masuk kereta nak zoom ke Kampung Budaya. Rasanya dekat-dekat sini je. Yang benarnya, kami dah nampak pun pintu ke Kampung Budaya. Tapi masing-masing kata itu pintu belakang. Hahahahahaha. Adeh. Nak mencari pintu depanla kunun ni walhal pintu yang tadi tu la pintu utamanya. Awal lagi kot. Harusla tutup (dan nampak macam pintu belakang).
Macam sengal je masing-masing naik kereta, pusing-pusing sampai kami menghala semula ke jalan nak balik ke Kuching. Nasibla tak jauh sangat kami pergi. Hahahahaha. Sampai kena on Waze semula, dan akhirnya kami berpatah balik di tempat kami parking awal tadi. Kali ni barulah nampak ada tourist van sama-sama ngan kami. Hehe.
Di pintu 'belakang' cum pintu utama Kampung Budaya, Sarawak. Haha
Kalau hujan berpanjangan tadi, mungkin kami tak dibenarkan explore sebahagian rumah suku kaum etnik di Kampung Budaya. Safety purpose, sebab kebanyakan rumah kena naik menggunakan tangga. Tangga batang sebatang pun ada. Memang bahaya sketlah. Kena berhati-hati walaupun tak hujan.
Tangga tiang sebatang.
Di sini ada tujuh buah rumah suku kaum etnik di Sarawak yang boleh kita explore. Konsepnya sama seperti Taman Mini Malaysia di Melaka. Kelebihannya ada orang dalam setiap rumah tuk tunjukkan kita kebudayaan suku kaum secara spesifik. Ada makanan tradisional lagi dalam setiap rumah. Haaa part tu yang aku suka. Walau pun berbayar, tapi hipster habis rasanya makan kudap-kudapan santai-santai di setiap rumah. :)
Semua ni hanyalah sebahagian dari apa yang anda akan dapat lihat dan alami di Kampung Budaya Sarawak. Satu pengalaman yang sangat berharga. Bayaran masuk ke sini RM63++ termasuk GST. Mesti pergi. Pilih waktu dan cuaca yang sesuai k. Sebab anda mungkin tak mahu ketinggalan untuk menyaksikan persembahan kebudayaan di sini.
Perghhh... Terbaik betul ayat promosi aku. Haha.
Persembahan kebudayaan ni memang mengasyikkan. Best. Seronok. Best! Dalam sehari ada dua kali. Sekali pada jam 11.00 pagi dan sekali lgi pada jam 4.30 petang. Di akhir persembahan, artis kebudayaan akan ajak penonton yang sporting berjoget lambak. Tengok makcik di atas. Sporting habis.
Selesai persembahan jangan lepaskan peluang bergambar dengan artis kebudayaan ni.
Sekali lagi ayat promosi aku cap ibu jari. Hehe.
Selesai semuanya dalam jam 12.30 tengahari. Siap beli souvenir lebih tepat fridge magnetic Cultural Village di sini. Masa nak balik, angin semakin kuat. On the way ke destinasi seterusnya, hujan turun mencurah-curah. Redha.
Bacalah entri terakhir ni, bagaimana kami explore nature dalam hujan lebat 😅
Semoga bermanfaat. Bye! :)