Sunday, February 21, 2016

Taman Awam Miri & Miri City Fan

Salam dari Senaling,

Hari pertama di Miri
Gua Niah
Tusan Beach & Canada Hill

Kami check out dari homestay jam 7.00 pagi. Itenary hari ni agak sendat. Nak pergi semua tempat kalau diizinkanNya. Awan berarak  mendung lak tu. Berdebar juga tapi harus yakin dengan aturanNya. Merancang sudah. Berusaha sudah. Berdoa sudah. Yang tinggal kini hanyalah tawakal. :)

Breakfast di MyHomestay Miri memang hipster habis. Roti, planta, kaya, gula. Air bancuh sendiri. Paling awesome ialah atmosphere masa breakfast tu. Sembang-sembang wak lek wat cool masing-masing. Hingga terlupa tujuan asal check out awal-awal tadi. Hehe.

Good Morning Miri!
 
Jam 7.30 pagi kami gerak ke Taman Awam Miri. Taman awam pun nak pergi?  Harus! Taman awam ni unik. Aku belum jumpa (setakat ni) taman sepertinya di mana-mana tau...

Berhampiran Taman Awam Miri ada ikon kuda laut ni. Memandangkan Marina Bay tutup untuk renovation, maka bergambar di sini pun kamek da happy habis.


Di sini ada titi gantung merentas keseluruhan taman. Jauh juga menapak dari hujung ke hujung.

View dari atas titi. Taman ni bersih, kemas dan terjaga. Untung orang-orang Miri ada taman macam ni. Cantik untuk beriadah.
 

Selesai di sini, kami zoom ke Miri Fan City yang terletak berdekatan dengan Taman Awam Miri.

Landscape Miri City Fan cantik sangat. Lin bijak menggunakan ruang mencari perspektif yang cantik. I envy you bebeh. :)

Nampaknya aku perlu lebih banyak membaca dan berlatih menggunakan compact system camera ni. Hehe. Alhamdulillah, walau pun Miri hujan renyai pagi tu, tapi bila kami sampai di spot yang dirancang, automatik hujan berhenti. Siap bergambar bagai, masuk kereta untuk ke next spot, hujan kembali renyai. Rezeki kami pada hari tersebut. Alhamdulillah again and again. ^_^

Selesai di Miri Fan City jam 9 pagi plus minus. On Waze, next destination ~ Miri Crocodile Farm.

Here we go... 
Moga bermanfaat. Bye! :) 

No comments: