Thursday, February 25, 2016

Waterfront Kuching

Salam dari Senaling,

Setel di Miri
Gua Niah
Tusan Beach & Canada Hill
Taman Awam & Miri City Fan
Miri Crocodile Farm & The Grand Old Lady

Kami touch down di Kuching jam 5 petang (lebih kurang). Ni first time aku jejak kaki ke Kuching. Alhamdulillah kereta sewa kami sampai tepat pada waktunya (sama macam di Miri). Double triple Alhamdulillah.

Company yang uruskan kereta sewa di Kuching ni aku rekemenkan pada sesiapa yang nak explore Kuching. Terbaik. Punctual. Bagus. Macam nilah buat biz, buat elok-elok. Layan customer baik-baik. Mesti ada review dari orang. Moga melimpah ruah rezeki korang. Aamiiin. Checkout website tuk booked kereta di Kuching --> www.tranazst.com

Disebabkan Nita mengajar lama di Sarawak, maka bertebaran kawan-kawannya di negeri ni. Jadi, kami ke St George School once jejak Kuching. Seperkara tentang Kuching, bandarnya besar (itu bukan isi penting), jalannya sedikit jammed pada waktu peak hour (ini pun bukan main point), most of the road is one way. Yeahhh... inilah main point nya.  

Tawaf dua kali kami nak sampai St George walau pun guna Waze. Bukan calang-calang tawaf. Jauh wooooo pusing. Ala macam KL la jugak. Tapi KL lagi scary. Mihmihmih.

Selesai sumer aktiviti Jejak Kasih, kami menghala ke Kuching Park Hotel.  Tempat untuk kami menginap 2 malam di sini. Hotel ni pun kami ambil yang paling murah. Harga tuk Quad Room RM357 dua malam dua queen beds dan breakfast tuk empat orang. Baru RM89.25 seorang. Heee. Bahagia.

Lepas check in kami menghala ke Waterfront Kuching. Sekali lagi memusing tawaf 3 kali kali tuk menyampaikan ke waterfront. Sekali pusing dah jumpa, tapi jumpa je lah, confuse mana nak parking. Kali kedua pusing, memilih tempat parking (padan muka). Kali ketiga, redha je mana nak parking. 

Bukan alang jauh eh nak tawaf. Jangan kata aku tak warning.

Waterfront Kuching adalah sangat terkenal dengan night life nya. Disebabkan kami sampai pada hari Isnin, maka tak meriah macam weekends (I guess). But worth it, tuk spend malam anda di sini.

Ada buskers. View cantik tepi sungai. Kedai makan pun banyak tuk rasa local dishes. Souvenirs pun ada. Key chain, fridge magnetic, t-shirt, batik Sarawak, kraftangan. Eh, macam-macam lah. Nak gel rambut pun ada. Abang sweet ada lesung pipit layan bersembang sal Kuching pun ada. Haha.



Ada bot penambang untuk ke seberang sungai. Harga RM0.50 - RM3.00 seorang bergantung kepada point mana korang nak pergi. Cruise pun ada. Harga RM60 per pax. Kalau naik cruise, pusing lama sikitlah sepanjang pertembungan sungai Kuching dan sungai Sarawak ni. Leh google tuk info lanjut.

Kami naik bot penambang ja tuk ke seberang sungai. Kali pertama tuk shopping Kek Lapis Sarawak dan makan malam di Baruk House. Citer later. Sebab aku bajet nak wat special entri tuk shopping & food hunting di Kuching nanti. Kali kedua, untuk ke Fort Margarita kunun dan ke Muzium Sarawak kunun. Haram tak dapat pergi. Selepas kegagalan ke Painted Cave dek kerana kurangnya membaca, sekali lagi ia berulang di Kuching. Waaaaa...

Bangsa membaca, bangsa berjaya. Tsk.

Tak dapat pergi Fort Margarita dan Muzium Sarawak, tapi dapat bergambar dengan Incik Polisi yang ramah tamah di Astana. Jadilah.

Astana ialah tempat tinggal YDP Negeri Sarawak. Lebih kurang macam istana la ye dak?

Astana dari seberang sungai

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Ada banyak info di sepanjang Waterfront. Samada nak baca atau tak je. Bangsa membaca, bangsa berjaya. Mohon terasa. T_T

Ada banyak statue kucing adik beradik di bandaraya ni. Pilihlah mana yang berkenan tuk di capture moment nya.

China Town dan Little India letaknya berhampiran dengan Waterfront. Masa ni China Town nga renovation. Macam nak suh aku repeat datang Kuching je ni kan? Eh eh...

Tugu Brooke dan antara kraftangan yang menarik untuk dijadikan kenangan.

 
Spectacular view from the lens of amateur photographer. Huhu

Apa yang aku boleh kata, ke Kuching wajib datang Waterfront ni dan explore lah semaksimum mungkin kawasan berhampiran.

Untuk kali ketiga, aku ulang. Bangsa berjaya ialah bangsa yang membaca.

Next day itenary -> Kampung Budaya, Damai Beach & Gunung Santubong

Moga bermanfaat. Bye! :)

No comments: