Minggu ni isunya dua puluh jam solid dalam kelas seminggu. Sebelum hadap, aku rasa aku boleh bawa ngan chill nya. Sekali dah hadap, it's not easy bebeh. Nope!
Kawan-kawan push bos kami supaya mengadakan perjumpaan dengan bos besar. Beriya-iya kawan-kawan push. Aku masih bajet-chill-stress-cool, emosi ding-dong-ding-dong. Alhamdulillah, satu perjumpaan berjaya diadakan Selasa lepas jam empat petang.
Semasa perjumpaan, ada banyak usul yang dihadapkan bersama-sama cadangan penyelesaian. Aku ada usulkan beberapa penyelesaian masa sembang-sembang dalam unit, tapi bila menghadap orang besar-besar ni, berat sungguh mulut aku nak bercakap. Sampaikan kawan-kawan senggol-senggolan cubit-cubitan suh aku bercakap.
Akhirnnya aku bercakap juga, bukan satu tapi tiga perkara terus. Dah alang-alang kan. Walau pun kena bash sikit, tapi aku puas hati sebab aku dah bercakap. No regret omputih bilang.
Keluar dari bilik mesyuarat jam 6.30 petang, aku tengok langit biru. Aku cakap ngan kawan-kawan unit, kita dah buat apa yang kita patut buat. Kalau ada penyelesaian, Alhamdulillah rezeki. Kalau sama macam ini juga untuk tiga atau lima tahun akan datang pun Alhamdulillah rezeki.
Aku bagitahu lagi, aku nak berhenti merungut kepenatan, merungut untuk macam-macam mulai hari itu. Tenaga yang ada aku nak tumpukan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih 'smart'. Sendatnya jam mengajar membuka mata dan jiwa aku untuk banyak perkara.
Sebagai manusia, aku rasa kami sudah berusaha. Selebihnya kita berserah. Dan waktu itu aku baru sedar, Allahuakbar...
Ini baru betul redha dan tawakal!
Jadi pendidik jiwa kena kental. Gambate!
No comments:
Post a Comment