Wednesday, July 25, 2018

Kayuhan Kembali

Salam dari Senaling,

Sekian lama bercuti akhirnya...

Kembali

Lama da ta cycling. Semenjak Ramadhan. Ada la juga buat zumba aerobic main sepak-sepak bola ngan kembar Syawal hari tu. Tapi cycling tak juga sampailah weekend lepas. Perancangan demi perancangan akhirnya.

Biasanya, kalau lama sangat tak cycling aku akan mula dengan jalan Senaling - Seri Menanti. Tak keji sangat treknya. Okaylah untuk newbie kembali. Jadi aku request nak santai-santai kayuh kesini sebagai satu permulaan.

 Kalau kata santai, memang akan santai tu yang boleh wat photoshoot jangan main-main. Kehkeh.

Eksyen eh brader ni, disua durian kerek habis muka awak ya. Alhamdulillah empat tahun merantau ke Pilah, ini kalilah aku dapat menyaksikan musim durian di Pilah. Tahun-tahun sebelum, tak semeriah ini. Pokok durian memang banyak. Sangat banyak. Tapi takde, tu aku hairan kawan-kawan saudara mara luar duk la cakap, waaaa meriah ah Pilah ngan durian. Meriah apanya. Tak nampak buah pun (adala juga tapi sikit sangat). 

Tahun ni, ohhhhh inilah dia. Tu yang cycling kali ni, kepala duk dongak. Hepi tengok buah durian bergantungan di sana sini. Hepi tengok buah durian milik orang. Heeee

Kemain kami berhenti posing sana sini... sekaliiiiiiii awan mendung berarak kelabu. Seperti tiba-tiba ja. Ah sudah. Nasiblah kami memang dalam perjalanan pulang, tapi leh tahan jugalah jauhnya. 7km ada lagi ni. Apa lagi option yang ada melainkan pecut balik. Sungguh-sungguh pecut, Alhamdulillah ngam sampai Taman Bahgia Delima (dalam 1 km lagi nak sampai rumah), hujan rahmat turun mencurah. Lebat tak terhingga. 

Kami berhenti di depan deretan kedai, aku turun dari basikal rasa nak cramp kaki. Haha. Aku plan nak santai, DIA plan yang lebih baik. Pecut terus, ngam sangat. Hujung minggu tu aku makan tanpa tapisan keselamatan. Membujur lalu melintang sapu.

Alhamdulillah, berat masih maintain sedap mata memandang. Ingat! PerancanganNya adalah yang terbaik. Sedang belajar bersangka baik ni. Mohon doakan 😀.

Tuesday, July 24, 2018

Kami Da Kurus

Aku tak tahu kenapa post ni masuk draft. Banyak kenangan dalam satu post

1) Zaman pakai contact lens yang seksa itu. Aku tak mau dah pakai lens. Mata aku cepat kering.

2) Zaman gym kolej kami punya. Bermula dari sini aku mengumpul steps aerobik ke zumba ke aku tak pasti. Sampai skang aku masih handle aero sampai aku dah bosan jadi instructor. Kadang-kadang teringin nak follow lak.

3) Antara senarai kawan-kawan yang baik pernah aku ada dalam hidup. Alhamdulillah. Cakap ja nak yang macam mana. Yang soft spoken tu yang baju oren tu. Yang cakap lepas (aku pun lepas, dia lagi lepas) tu perempuan Cina-Kadazan. Yang suka membaca ialah mom-to-be (tiada dalam gambar) ada petikan sembang dengan dia ja. Paling penting semua ada aura positif, kurang membawang (maknanya membawang jugalah, kan), tak cepat sentap (atau tak pernah sentap), boleh kongsi masalah, dan macam-macam lagilah. Aku rasa umur aku akan panjang antara sebabnya ialah aku ada kawan-kawan macam ni. Alhamdulillah.

4) Aku pernah mencecah 56.6 kg. Whatttt? Tapi aku masih ingat saat gigih ini. Sengsara kau tahu. Haha

Nah bacalah entri lama ni (2011 umur 33 tahun). Patutlah ayat macam dak dak hipster. Kadang-kadang menyampah sendiri ngan gaya bahasa aku yang macam ni. Nasiblah aku dah berubah. Heeee

Selepas beberapa bulan kami beristiqamah g gym. Kami da kurus! Berat aku 56.6 kg tau. Guna weightscale aku. Guna weightscale kat Econsave, 61kg! Tipu dan ta leh dipercayai sebab ramai orang guna. Mesti da rosak sensor dia.

Kami kurus!!! Weeee.....

Kurus dan kurus lagi...Ta kira la dari depan atau dari sisi

Satu hari Mom-To-Be jenguk kami di gym. Mesti ta sabar nak join the club kannnnn? Tunggu sampai baby kuar ek.. Skang ta boleh! Nanti ta pasal2 kami kena ceramah pasal ibu ngandung ngan nurse klinik Kg. Bandar lak.

Aku : Sila bagi komen tentang xtvt sihat kami ni...
Mom-To-Be : Aku tengok ko memang da kurus giler.
Kalau ko kurus lagi, jadi macam aneroksia nervosa
Aku : Huh...?

Terus esok tu, aku makan roti canai, teh tarik, dan kuih keria sebijik.
Lunch? makan nasi stil suku, lauk banyak cam besa, tambah ngan goreng pisang.
Diner? Makan nasi ko...Hari ini dalam sejarah....

Sunday, July 22, 2018

Tip Kalau Terlibat Dalam Kemalangan Kecil

Salam dari Senaling,

Cuti Tahun Baru Cina laaaamaaa dulu... minor accident. 


Alhamdulillah, kenanya bahagian sisi kiri kereta. Cuma koyak bumper dan kemek tang fennel. Paling penting semua hamba Allah (yang dilanggar dan melanggar) selamat sejahtera. Syukur. Kenanya di traffic light. Dulu Savvy first time kena pun di simpang traffic light dalam kawasan paling sibuk (Damansara Utama). Masa kena tu. aku jadi panik sebab first time.

Now? Terperanjat dengan penuh rasa syukur. Tenang sungguh daku menghadapinya, mungkin sebab minor, mungkin sebab berteman. Pertamanya, kau kena bagi hon bertalu-talu, to tell the culprit plus everybody, like "Hey, you/he do something wrong and lets we fix it". Macam kejadian aku ni, yang melanggar (pemandunya) tak sedar sampai ada orang tepi jalan yang ketuk-ketuk tingkap dia dan tunjuk-tunjuk ke belakang (merujuk kepada kereta kami). Terima kasih stranger.

Kedua. Terus capai smartphone, amik gambar. Kalau yang melanggar tu nampak kau amik gambar lebih bagus. Seperti kau ada bukti yang kukuh. (Tapi pastikan yang bersalah tu orang sinun la ya!)

Pastu, berdoalah moga dia berhenti untuk selesaikannya. Ikutkan paling protokol, pergi ke balai polis buat laporan. Terutamanya kalau yang melanggar jenis tak mengaku salah. Once, dah turun dari kereta dah tahu dah spesis yang macam mana yang melanggar kita tu. Tapi kes kami, yang melanggar tu turun-turun kereta terus mengaku, "Maaflah nak, memang makcik yang salah. Pakcik ni...".

Alhamdulillah, lebih tenang aku menjadi. Dah bersalah, dan mengaku. Alhamdulillah. Perkenalkan diri siap bersalam-salaman, pastu kami ajak gi balai polis. Cik Uda dan suami ikut sama, sementara aku call anak saudara tanya macam mana-macam mana (anak saudara kami ejen insuran). Sampai di balai polis (belum masuk pun), Cik Uda pujuk kami supaya tak buat laporan. Maknanya selesaikan diluar. Ada betulnya sebab kalau hantar bengkel, kebarangkalian insuran Cik Uda akan diketuk kaw-kaw punya. Haaaaaa... macam mana ni? Macam mana ni?

Ikutkan selesai luar lebih mudah. Tapi nilai kepercayaan adalah sangat tinggi. Tiiiingggiiii. Nak suruh Cik Uda bayar berapa? Kami bayarkan dulu ke? Pastu claim

Alhamdulillah Allah kurnia idea tuk husben call ejen kereta uruskan pembelian kereta kami ni. Nizam. Alhamdulillah dijawab. Dia pesan, suruh acik tu bayar jangan kami dahulukan. Tapi berapa kami nak minta? Sudahnya Nizam ajak kami semua berkumpul di Sungai Besar, Nizam tengokkan nanti. Alhamdulillah dia memang ada disekitar tempat kejadian (Kami kena di Tanjung Karang Nizam ada di Sungai Besar).  

Jumpa, Nizam call kawan mekanik khas Proton. Hantar gambar. Dinilai kos menjangkau RM800. Alhamdulillah, tak banyak cerita Cik Uda bayar.

Jadi tip seterusnya, rujuklah pada yang arif apa yang perlu dibuat. Inshaallah penyelesaian terbaik akan kau temui.

Balik ke sarang, husben hanta kereta ke Shah Alam (Nizam yang rekemenkan). Mekanik sana kata boleh setel dengan harga RM600. Maknanya Cik Uda bayar kami lebih RM200. Kami mesej minta halalkan RM100 untuk urusan ulang alik Pilah - Shah Alam - Pilah, dan pulangkan semula RM100 pada Cik Uda. Allahuakbar, urusan kami dipermudahkan.



Tantadaaaa seperti baru. Hehe. Sebenarnya bahagian yang kemek dilanggar adalah bahagian yang sama tercalar selepas baru seminggu kami beli kereta ni. Incik Suami langgar tiang besi tong sampah kat rumah. Dia yang rasa ralat ya amat, aku tak rasa apa-apa (sebab puncanya bukan aku). Alahhh... calar je bukan kemek pun. Tau-tau ja, Allah hantarkan Cik Uda dan suami tuk melanggar kereta aku, kebetulan kenanya dibahagian calar tu. Alhamdulillah.

Benarlah, besarnya hikmah jika kita selalu bersangka baik. Dan inilah tip terakhir tuk kali ini. Bersangka baik dengan aturan Allah. Tak mudah k. Tak mudah tuk aku.

Baru hari tu, waktu hari Zumba. Budak yang pinjam speaker lewat 15 minit nak pulangkan menyebabkan kami terlewat dan aku plak da plan nak gi tengok budak basket lepas berzumba. Takut tak sempat. Marah juga aku dibuatnya. Bila dah selesai (dan aku sempat ja jenguk budak basket), rasa keji betul diri ini. Terlewat 15 minit ja dari plan asal. Allah atur lebih baik k. Lebih baik. TERBAIK. Ingat tu selalu.

Melepaskan perasaan plak. Heeee. Moga bermanfaat entri ni hendaknya. Aamiiin.

Thursday, July 19, 2018

Ar Rahnu Bank Rakyat

Salam dari Senaling,

Aku curious sal Ar Rahnu yang bersepah-sepah boleh nampak di tepi jalan. Bank Rakyat tu Bank Rakyat yang tersohor dengan pinjaman peribadi tu aku tahu (terima kasih Bank Rakyat tak sabar nak habis bayar). Tapi Bank Rakyat Ar Rahnu tu apa cer apa cer?

Awal yang aku tahu ialah Ar Rahnu tu ialah pajak emas. Tu aje. Asyik curious ja, sudahnya aku pergi panjat Bank Rakyat Kuala Pilah (biasanya pejabat Ar Rahnu berada di tingkat atas) dan pajak emas aku sambil sembang-sembang.

Hasil sembangan :
1) Aku tau dah yang semua emas aku emas tulen. Kalau ragu-ragu betul ke emas kau tu padu dengan emas atau dalam kosong berat sebab dawai ke apa ke, pergilah ke pejabat Ar Rahnu. Durang akan pastikan emas tu emas yang benar-benar emas.

2) Lepas dia check, tiba-tiba kau berubah fikiran sebab terasa konfiden level tinggi nak pakai emas yang benar-benar tulen. Tadahal. Amik emas dan beredarlah dengan senang hati.

3) Nanti dia wat kira-kira berapa yang layak kau pinjam ikut kadar emas semasa. Jangan risau masa kau bayar kau ikut hari yang kau gadai emas tu, bukan harga semasa.

4) Kalau pertama kali gadai kau layak pinjam 60% je dari kiraan beliau tadi. Kali kedua, ketiga, kelima ratus enam puluh kali kau layak dapat 70%. 

5) Apa yang kau bayar? Kau bayar kadar yang kau pinjam tambah harga upah. Harga upah dikira ikut tempoh masa berapa lama nak bayar dan adalah kira-kira berdasarkan harga emas semasa.

6) Macam mana nak bayar? Terpulang, fleksibel. Katakanlah harga emas tambah upah jumlahnya RM5000. Pastu tempoh masa nak bayar ialah 10 bulan. Kau boleh bayar RM500 setiap bulan atau boleh bayar RM1000 dalam tempoh dua bulan. Tanak bayar apa-apa pun boleh, tapi sampai bulan kesepuluh bayarlah segedebuk RM5000. 

7) Kalau tak bayar apa-apa hingga tamat tempoh, biasanya pihak Bank Rakyat akan bagi mesej, bagi masa. Kalau tak bayar juga dalam tempoh itu, barulah emas tuan puan dilelong.

Aku gatal juga nak gadai. Nak rasa apa perasaannya. Sudahnya duit tu duk dalam akaun semasa tak guna sampai sudah dan tiba waktu aku bayar semula tambah duit upah. Kiranya aku rugi RM230 (upah). Aku anggap aku pergi kursus Ar Rahnu dan terima kasihlah Bank Rakyat tolong jagakan emas aku yang sekelumit cuma.

Jadi apa gunanya Ar Rahnu? Aku fikir ia berguna jika terdesak nak guna tunai. Dari pinjam Ahlong baik gadai dulu. Pastu nanti tebuslah semula secara  ansuran dengan sedikit tambahan (upah). Tu aje. Ada lagi ke? Tapi aku rasa macam itu ja kebaikannya.

Abang Ar Rahnu sempat juga share cerita, ada syarikat jual emas/barang kemas yang buat bisnes dengan program Ar Rahnu ni. Contoh, akak X berkenan ke rantai di syarikat A. Syarikat A bawa akak X dan rantai yang dia berkenan tu ke Ar Rahnu. Kira-kira selesai semua, duit tunai syarikat A amik. Bulan-bulan campur upah akak X bayar pada bank. Kalau selesai, akak X dapatlah rantai emas yang dia berkenan tadi. Kalau tak selesai, putihlah mata akak tu. Syarikat A tatap dapat duit. 

Abang Ar Rahnu tak gemar berurusan dengan insan-insan macam ni sebab dia kata kebanyakannya tak mampu nak beri komitmen bayar semula. 

Entahlah, kalau berdisiplin boleh ja cerita Abang Ar Rahnu tu jadi kebaikan satu lagi, kan?

Wednesday, July 18, 2018

Random Thought 180718 0207

Terdetik dalam hati (banyak kali jugalah), bilalah nak update blog, nak buat Photobook, nak abiskan hafazan, nak menjournal, nak itu, nak ini, nak sunyi time di mana aku tak rasa bersalah nak buat apa yang aku suka dek rasa tanggungjawab nak spend masa ngan anak-anak sebelum masa dewasa mereka tiba. 

Nah, Allah bagi. Sekali dalam seminggu.

Salam dari Senaling,

Jam 1256 aku bangun tadi, actually awal lagi dari tu cuma aku yang terpisat-pisat takleh nak tidur jadi aku ke toilet jenguk fon. 1256 pagi! Nak tahajud macam awal sangat tak? Hehe

Tapi aku tahajud juga, apa-apa hal sebelum aku terjerumus ke lembah stalker.

Aku dapat anugerah ni selepas Ramadhan hari tu. Mungkin terdetik masa lailatul Qadr, aku agak je. Mula tu aku rasa, what is actually happened? Tak mengantuk lansung, tak boleh nak tidur dah macam dapat power sleep. Faktor usiakah? Awal-awal tu, terbangun tengok jam, dan aku cuba juga pejam-pejam mata supaya tertidur semula. Tapi... tak mahu juga. Aku rasa membuang masa. Baik aku tahajud, buat sikit hafazan, dan prepare tuk gi kerja. Kalau tidur semula nanti, terbangun Insha Allah takdelah aku buka bunga silat nak prepare itu ini.

Tapi pertama kali aku terjaga macam ni, aku terfikir tentang Tun M. Aku pernah terbaca, Tun M hanya perlu tido yang sekejap. Itu sebab beliau ada banyak masa nak fikir tentang negara.  Deep sleep tak sama setiap orang tapi kebanyakan pemimpin-pemimpin negara dikurnia deep sleep yang pendek. Aku tulis ni, agak-agak berdasarkan memori-memori lampau. Jangan quote dalam tesis, kajian tindakan pun jangan.

Tidak juga bermakna aku nak masuk dunia politik untuk menjadi seorang pemimpin. Pemimpin berat tanggungjawab. Hanya insan terpilih boleh jadi pemimpin. Aku? InshaAllah bukan aku. 

Alhamdulillah. Aku anggap ini anugerah Allah untuk aku. Supaya aku dapat tunduk sujud padaNya beryukur dengan nafas yang dihela. Last week aku terjaga 120718 0102. Aku journal berjela dalam planner. Kali ni aku berblog. Kalau dapat lagi next week, Insha Allah aku berblog lagi.

Buat kenangan, tanda Allah sayang.

Sunday, July 15, 2018

Pertengahan Tahun

Pertengahan tahun dah uiiii. Sedar tak sedar dah bulan Julai. 
Azam macam mana? Azam?

Salam dari Senaling,

Pertama kali aku buat refleksi diri, itu pun bila terimbas ig orang. Ya, bagus sebenarnya buat post mortem. Sejauh mana perginya azam kita. Sekurang-kurangnya boleh kembali semula ke jalan yang  benar (kalau-kalau terbabas lah).

Jom mula. Bismillah.

1. Aku lepaskan Amni. Aku redhakan Amni belajar di asrama dan aku dapat rasa perubahan yang positif. Aku super happy now. TQ Allah. Kembar is super manja, mudah ditegur, senang diarah dan mendengar kata. Aku memang nak nak sangat fokus sepenuhnya dengan durang tapi biasalahh kan. Kadang-kadang tengok IG lagi banyak dari berborak ngan durang. Paling penting, kalau aku tengah tengok fon dan kembar datang tuk bagitahu itu ini, aku akan letak fon dan dengar apa yang durang nak cakap. Yup itu la kot kejayaan aku tuk parenting skills tahun ni.

2. Aku struggle keras nak capai berat idaman 57.5 kg. Biasanya aku akan nampak angka tu dalam bulan Ramadhan sahaja. Nampak sahaja okay. Tapi Alhamdulillah 2018 akhirnya merasa juga aku kekal dalam julat 57kg - 59kg walau pun dah menginjak bulan Syawal. Alhamdulillah. Boleh PM untuk perkongsian hehe.

3. Perjalanan minimalis Alhamdulillah gerak walaupun tak laju. Tapi sentiasa bergerak. Dalam otak aku dah tersusun barang yang aku nak let go atau nak jual. Minimalis bukan tentang lambat atau cepat. Slow and steady tapi gerak. Asal aku bertahan tanak tambah barang dan sentiasa menganalisa barang yang tak guna hampir setahun atau lebih. Itu dah cukup baik.

4. Hafazan, Alhamdulillah dah sampai An Nazia't ayat 33. Jumlah kesemuanya 46 ayat. Aku plan bulan Julai selesai An Nazi'at dan Ogos selesai An Naba' dan yeay Juz 30 selesai. Ikut perancangan awal tahun aku selesai Juz 30 pada bulan Ramadhan. Tergelincir sikit, tapi tak mengapa. Sikit-sikitkan lama-lama habis nanti.

5. Be early, early for everything. Tapi biasalah kan... tuk ini aku leh kata aku so-so. Akan improve bersama anjakan usia. Insha Allah, mende baik Allah tolong.

6. Workout, maintain walaupun dalam bulan Syawal tak serancak sebelum bulan Ramadhan hari tu. Setakat ni dua hari memang akan lenjun baju ngan peluh. Hari-hari lain gi acah-acah ja sebab training basket.

7. Buku. Tahun lepas aku memang azam sungguh-sungguh nak baca satu buku satu bulan siap update Insta setiap kali sukses. Kali ni, aku tak buat macam tu. Tapi masih letak azam. Setakat ni, berjaya enam buku, tiga majalah ilmiah. Masih on track dan sekarang bulan Julai, aku sedang baca buku ketujuh oyeah.

8. Journalling, paling sukses aku rasa yang inilah. Gigih aku menulis, walau pun kadang-kadang backdated. Terinspirasi dengan Tun M pun ya. Membaca dan menulis memang kombo yang best. Aku terasa lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara.

9. Hobi. Photobook Alhamdulillah dah capai tujuh dan baru dihantar tadi, Insha Allah dah lapan. Blog, kalau ikut azam, sebulan dua kali maknanya dah ada 12 entri la kan. Setakat ni, lebih dari itu hehe. Alhamdulillah, mulai bulan ini akan lebih banyak aku wat Photobook dan update blog. 

10. Kerjaya, Alhamdulillah kejayaan paling besar aku rasa ialah tak pegang fon kalau waktu kerja. Majoriti waktu memang tak pegang. Kesannya kerja aku memang jalan ah tapi aku selalu ketinggalan keretapi. Kahkah. Early minutes work, ya Alhamdulillah aku dapat buat yang ini. Rezeki aku dapat partner yang melengkapi kemalasan aku. Hehe. Aku malas buat soalan, aku rajin buat rubrik. Partner kerja aku vice verse. Maka Alhamdulillah, yang untung para pelajar la kan.

11. Cabaran paling besar setakat ini ialah, teknologi maklumat a.k.a smartphone. Ikutkan aku tanak tengok lansung tapi macam tak boleh tah la belum cukup ilmu nak detox teknologi ke belum cukup azam tak kuat semangat ke macam mana tah aku ni. Tak boleh tak lansung, mungkin kena wat timeblock. Satu jam sehari? Cane cane?

Kena cari solusila macam ni. Doakan menjelang 2019 aku dapat kongsi tip nak less tech. Sis cuba k...