Showing posts with label kuala pilah. Show all posts
Showing posts with label kuala pilah. Show all posts

Monday, April 20, 2020

Weekly Ride : Bukit Pilah Bike Park (All Time Favourite Route)

Kalau tanak berlama. Tapi teringin nak offroad. Zooommm... ke Bukit Pilah. Kalau berpindah ke Banting Insha Allah November nanti, tempat ni bakal aku rindui. Di Banting jenuh ahhh nak cari jalan offroad yang dekat rumah macam ni lagi 😭

Tiba-tiba hari tu suami ajak bergambar sini. Sebab dah biasa datang memang tak pernah pun teringin nak bergambar.

 Tapi ye juga, buat kenangan. Nanti kan nak pindah.

Bikepark.



Bukit ni takdelah tinggi mana. View pun takde macam Bukit Jugra. 

Tapi aku salute dengan komuniti rider kat sini boleh buat bikepark. Banyak trail berpusing-pusing. Mencabar bukan main-main. Aku berani kata mencabar sebab aku tak ingat berapa kali aku pernah tertonggeng dalam hutan ni. Dan sampai ke sudah aku tak berani nak downhill dari beberapa spot

Yang tak berani tu aku je la. Suami okay ja.


Tapi kalau berbasikal, tak dapat nampak semua ni. Hiking guna jalan offroad ja boleh.

Wednesday, April 8, 2020

Weekend Ride : Bukit Langkap 07032020.

Cik Abang duk bercerita tentang Bukit Langkap. Bukit Langkap itu... Bukit Langkap ini... Aku dengarkan aje. Sampailah dia cakap, jom set satu hari pergi Bukit Langkap. Aku macam errrr... Sebabnya satu ja. Ralat nak tinggalkan kembar semenjak aku jadi weekly ibu. Sahlah ride ni akan ambil masa lebih dari satu jam. Masa... masa...

Sehinggalah hari Jumaat berkenaan, aku balik Pilah dan kembar tiada sebab menghadiri perkhemahan di D'Kok. Sayu rasanya, dahlah jarang-jarang nak jumpa. Aku ajak suami jenguk kembar. Suami bagi greenlight.

Hari Sabtu jenguk kembar. Naik basikal. 

Haha... Macam hebatkan? Tak hebat mana sebab kami angkut basikal, parking di masjid dan makam Tuan Tulis. Lepas tu baru berbasikal naik Bukit Langkap, on the way balik boleh jenguk kembar. Begitulah perancangannya.


 
Halfway... mengah! 

Masa ni aku ingat selesai sudah dan boleh patah balik. Rupanya tidak, perlu teruskan perjalanan, hala sana tu. Tapi syiok ah sebab downhill. Panjanggggg pulak tu downhill-nya. Aku duk ulang tanya, bila nak patah balik? Kepanjangan downhill tu buat aku tak senang sebab kena patah balik kot. Terbayang dah macam mana gaya nak uphill nanti. Cik Abang kata sampai jumpa dataran. Dataran? Dataran?...




Dataran. Imaginasiku ialah dataran macam di route kambing pendek. Rupanya lain.

Takpe yang penting selamat sampai. Lepak jap. Photoshoot jap. Akhirnya yang dinantikan tiba. Uphill...

Masa ni kalau cik Abang bagi kata-kata semangat... aku marah. Haha. Mental wei.

Dia takpelah, siap boleh turun basikal amikkan pic aku mengayuh. Pastu kejar aku semula. Kurang asam. Apapun, Alhamdulillah ada kenangan kayuh di Bukit Langkap. Kira ride paling jauh sebelum MCO bermula. Dan mungkin juga ride akhir kami berdua di bumi Pilah sebelum kami sekeluarga berhijrah ke Banting Selangor.

Mungkin, sebab aku pun tak tahu apa yang terbaik Allah aturkan. Untuk kami. Untuk kita semua.  

Pending entry is done and I am happy!

Wednesday, July 25, 2018

Kayuhan Kembali

Salam dari Senaling,

Sekian lama bercuti akhirnya...

Kembali

Lama da ta cycling. Semenjak Ramadhan. Ada la juga buat zumba aerobic main sepak-sepak bola ngan kembar Syawal hari tu. Tapi cycling tak juga sampailah weekend lepas. Perancangan demi perancangan akhirnya.

Biasanya, kalau lama sangat tak cycling aku akan mula dengan jalan Senaling - Seri Menanti. Tak keji sangat treknya. Okaylah untuk newbie kembali. Jadi aku request nak santai-santai kayuh kesini sebagai satu permulaan.

 Kalau kata santai, memang akan santai tu yang boleh wat photoshoot jangan main-main. Kehkeh.

Eksyen eh brader ni, disua durian kerek habis muka awak ya. Alhamdulillah empat tahun merantau ke Pilah, ini kalilah aku dapat menyaksikan musim durian di Pilah. Tahun-tahun sebelum, tak semeriah ini. Pokok durian memang banyak. Sangat banyak. Tapi takde, tu aku hairan kawan-kawan saudara mara luar duk la cakap, waaaa meriah ah Pilah ngan durian. Meriah apanya. Tak nampak buah pun (adala juga tapi sikit sangat). 

Tahun ni, ohhhhh inilah dia. Tu yang cycling kali ni, kepala duk dongak. Hepi tengok buah durian bergantungan di sana sini. Hepi tengok buah durian milik orang. Heeee

Kemain kami berhenti posing sana sini... sekaliiiiiiii awan mendung berarak kelabu. Seperti tiba-tiba ja. Ah sudah. Nasiblah kami memang dalam perjalanan pulang, tapi leh tahan jugalah jauhnya. 7km ada lagi ni. Apa lagi option yang ada melainkan pecut balik. Sungguh-sungguh pecut, Alhamdulillah ngam sampai Taman Bahgia Delima (dalam 1 km lagi nak sampai rumah), hujan rahmat turun mencurah. Lebat tak terhingga. 

Kami berhenti di depan deretan kedai, aku turun dari basikal rasa nak cramp kaki. Haha. Aku plan nak santai, DIA plan yang lebih baik. Pecut terus, ngam sangat. Hujung minggu tu aku makan tanpa tapisan keselamatan. Membujur lalu melintang sapu.

Alhamdulillah, berat masih maintain sedap mata memandang. Ingat! PerancanganNya adalah yang terbaik. Sedang belajar bersangka baik ni. Mohon doakan 😀.

Sunday, October 15, 2017

Ride with Joy, Kuala Pilah

Salam dari Senaling,

Minggu lepas minggu yang sendat. Sendat dan sibuk. Berkesempatan untuk rasa sendat dan sibuk maknanya aku dan keluarga sihat, maknanya DIA berikan kami nikmat kesihatan, nikmat keselamatan, nikmat kekuatan, nikmat kelapangan masa, dan macam-macam nikmat lagi. Alhamdulillah.

Semalam, aku dan Incik Suami berkesempatan join Ride with Joy 2017, di Kuala Pilah. Suami kata fun ride offroad. Kedengaran pelik, sebab jarang fun ride ialah offroad. Paling penting, fun ride tu sendiri. Maknanya seronok-seronok naik basikal masuk kebun, bukit, kampung, hutan...

Berkumpul jam 6.30 pagi. Mula kayuh jam 7.00 pagi. Tapi kami bangun tidur jam 6.15 pagi. Nak kena sediakan sarapan berat tuk kembar sebab tak tau jam berapa nak habis. Biasa kami sediakan nasi lemak. Makan sampai tengahari konsepnya.

Alhamdulillah suami dah siapkan sumer bahan tuk nasi lemak kecuali masak nasi. Alhamdulillah juga suami dah standby basikal, glove, helmet, kasut dalam kereta, tinggal jalan je. Hehe. Kalau beliau punya plan, haruslah aku follow sebab beliau punya semangat juang memang tinggi. 

Dapat keluar dari rumah jam 6.30 pagi. Fuhhh sempat-sempat. Sampai kat tempat parking, kunci basikal pulak tinggal di rumah. Patah balik. Kelam kabut jadinya. Alhamdulillah dekat. Alhamdulillah start kayuh jam 7.15 pagi.

Disebabkan fun ride, mula tu mental bersedia untuk fun. Petang sebelum, datang King Khairi bawa perkhabaran. Aku tak dengar sangat sebab dia cerita kat suami sebenarnya, tapi bunyinya agak menyeramkan. So, shift mental. 

Jadi aku kayuh pagi tu dengan tagline, "aku sayang jantung aku". 

Untung pakai baju merah, tudung merah tak sempat nak gosok; sebab berbeza dengan crowd. Nampak dari jauh.

Trail kayuhan kali ni memang best. Paling best compare dengan Jamboree Seri Menanti, jauh lebih best dari Kota Warisan 360. Tuk rider cam aku paling best lah. Sebab aku sayang jantung aku. Kalau tuk rider extreme mungkin lain pandangannya.

View cantik ride kali ni. Keluar dari hutan tiba-tiba nampak 'dessert'. Subhanallah terus aku berhenti. Memang cantik sungguh. Setakat kamera 8MP, macam ni je lah yang leh aku share.

View cantik ni sebenarnya belakang perumahan aku je. Tapi kami takut nak masuk sini berdua sebab takut harimau. Terus terang je lah aku cakap. Negeri Sembilan macam bersepah-sepah je tiba-tiba dengar bunyi mengaum, kucing hutan, babun dalam kelas, students menjerit dia pun menjerit sama-sama lari huru-hara, monyet satu famili kenduri pucuk betik sambil lepak atas pagar rumah tak ajak.. eh #thisispilah yo

Disebabkan tagline aku sayang jantung aku, maka kayuhan aku pagi tu ikut degupan jantung. Kalau aku leh dengar jantung berdegup sampai telinga. Aku stop kat tepi. Pandang bawah tengok rider lain kayuh atau tolak basikal. Enjoy pulak aku tengok view camtu sambil Incik Suami tunggu aku kat atas. Kahkah 

 Wajah hipokrit. Nampak kamera senyum acah-acah fun kunun. 

Sepanjang mengayuh, banyak kali aku dengar rider lain cakap... ini bukan ride with joy ni. Untung ada orang sudi bawa perkhabaran seram, kalau tak aku pun join cakap sama camtu.

Untuk itu, aku bersyukur Ya Rabb untuk semua nikmat ini. Aku kira ini ride kami yang terakhir untuk tahun 2017. Cuba nak cari fun run lak dengan baki 2017 tinggal beberapa bulan je lagi. Kembar teringin nak join fun run waktu malam. Request kemainnnn spesifik. Insha Allah akan carikan.

Tu aje entri taip hari Ahad, publish hari ni.
Nampak tak betapa fokusnya aku bekerja.

Bye sayam-sayam sekalian. Have a nice holiday!

Thursday, August 25, 2016

Edisi Emosi : Oh Olympic Rio

Salam Dari Senaling,

Olympic Rio 2016 melabuhkan tirai. Aku tak tengok pun penutup temasya berprestij ni, tapi aku dah boleh agak betapa gahnya perasmian penutupan. Dengar-dengar tuan rumah Olympic Tokyo 2020 keluarkan Doraemon malam tu. Best betul kalau hadiah sampingan empat tahun nanti ialah pintu suka hati. Nak juga satu. Haha

Aku layan mana-mana game yang aku enjoy nak layan macam volley ball, basket ball, renang, badminton, dan acara balapan. Bedanya kali ni, tetiba terminat lak nak tengok acara terjun platform, terjun papan anjal; sebab ada atlet Malaysia yang berpotensi nak dapat pingat. Bersemangat kenegaraan juga aku rupanya.

Tapi tidak seemosi ketika aku menyaksikan permainan badminton. Yang ini memang emosi sungguh. Aku menyaksikan ketika beregu negara kita tersangkut shuttle di jaring ketika servis untuk game point. Dua kali hoihhh. Terganggu dah emosi aku ketika itu.

Itu sebab masa DLCW main aku bantai tido awal. Aku malas nak tengok. Aku bajet kalau aku terjaga dari tido maknanya DLCW menang. Incik Suami ngan anak-anak yang layan mesti sorak gembira punya. Sampai ke pagi aku lena. Tup-tup jam smartphone berbunyi. Mean? 5.30 pagi uda.

Mean? Gigih aku buka Facebook. Gigih. Scroll scroll scroll. Aku dah boleh agak, sebab wall kawan-kawan sepi sesepi-sepinya. Tapi nak juga mengais luck. Akhirnya...

Breaks my heart into pieces.
thank you ste.india.com for the pic

Kesian Chong Wei. Tiga kali Olimpik. Tiga kali perak. Chen Long pun satu. Kasi la can pada Chong Wei. Terakhir kot. Waaaaaa

Yes I know. Adat pertandingan menang kalah. Tapi... Ah bercampur baur emosi ini.

Bingkas aku bangun.
Bersiap.
Kalau aku tak bangun dan bersiap.
Nescaya aku akan melepek atas pembaringan.
Emotional.
Lifeless.

Punya emosi hingga begini jauh aku kayuh. 37.7 km hoihhh jauh giler da tuk aku ni.

Aku bagitau partner in crime lain kali aim masa bukan location.
Within thirty minutes, how far we can go, then stop.
Patah balik biasanya amik masa lebih dari tu sebab nak menikmati keindahanNya.

Lagi pun tuk healthy lifestyle je kot.
Bukan aim nak gi Olimpik. Hehe.

 Thank you and bye loves...


Sunday, May 15, 2016

Gunung Angsi 2016

Salam dari Senaling,
 
Impian kami sebenarnya nak cycling pusing Bukit Putus, tapi disebabkan satu jejari rim basikal best friend patah maka kita hiking je Gunung Angsi. Baik.
 
Aku dah pernah pergi pertama kalinya ke Gunung Angsi pada 2014. Cerita lanjut leh klik sini. Cuma tuk entri kali ni aku nak pesan SATU perkara ja. Penting! Sebab dah banyak kali kena tapi tak beringat juga.
 
Pesanan mutlak : Tolonglah kerat kuku jari kaki sebelum hiking. Tekanan sangat terasa bila nak turun gunung. Aku da kena tiga kali. Sungguh poyo ganda tiga ploh dua. Adehhh...
 
Selebihnya nak belanja gambar jer. Hehe.

My favourite pic. I envy him so much. Cuba juga nak buat macam ni. Haram ta jadi. Itulah alam. Indahnya ia setiap inci setiap detik. Kalaulah lensa dapat capture semua keindahan alam yang tampak di pandangan mata dengan begitu terperinci; Memang maksimum Wow akak bagi. Nampak tak betapa kurangnya ilmu fotografi akak. Masih belajar dan akan terus belajar.Sebab akak minat.

Satu lagi pic yang aku suka. Ralat bila ada timer plak. Nak buat sekali lagi pic macam ni pun bukan main payah.

Pic ni dicapture masa aku nga lari di trail Gunung Angsi yang landai. Tak plan any action. Tapi dapat momen macam ni. Teringat pulak aku pada Bella dalam cerita Twilight. :)

Sama tak? Sama tak? Mihmih
 credit photo to google.
 
Ni best friend I yang jejari rim basikal patah tu punya idea. Punya banyak pic dia macam ni dalam camera memory. Aku pun try juga posing macam ni. Ya, memang nampak rare. Nampak hipster. Nampak remaja. Puiii. Tuk akulah. Tuk orang lain mungkin lain pendapatnya. :)
 
Kesimpulannya; Mula hiking memang rasa excited dan seronok. Sampai ke puncak pun aku masih okay lagi. Bila nak turun, mulalah terasa sesal seberat 0.00005g. Tambahan pula aku mengalami simptom-simptom kes berulang. Kes lupa nak kerat kuku jari kaki. Tah bila nak insaf. T_T
 
Tapi bila tengok balik semua pics. 
Rasa nak ulang naik gunung lagi plak.
 
Species hikers memang normal kot rasa macam ni. Kot. Kan?
 
Next time hiking. Ingat Allah. Ingat kuku kaki.
 
Daaaa... Bye!