Friday, September 28, 2018

Foodhunt (10) Pilaf. Checked.

Aku mula nampak Pilaf di Burqin, dijual di Muslim Street Food nya. Tapi ketika itu terkenyang. Tak best makan masa kenyang. Kurang feel dan kurang bagus membazir. Aku banyak kali mention pada Moi, dan biasanya Moi akan sampaikan pada abah driver.

Alhamdulillah, abah driver dah rancang baik nak bawa kami makan nasi pilaf di Tulufan. Makan di tempat yang sedap dan murah. Seperti biasa. Terima kasih abah driver.

Kalau aku tengok di YouTube, portion satu pinggan banyaknya Allahuakbar. Dah plan nak kongsi (macam biasa) tapi baguslah kedai ni bagi portion comel-comel dalam mangkuk. Itu pun tetap aku kongsi dengan Moi.


Kombinasi terbaik. Kewujudan sayur atau acar jeruk dan teh tanpa gula menyumbang kepada hampir habisnya aku makan nasi ni. Nasi pilaf ialah campuran nasi putih dengan sayur-sayuran dan daging kambing yang digoreng bersama. Rasa sedap, tapi quite oily. Bergenang minyak di dasar mangkuk, tu yang aku kata aku hampir habiskan. Kalau tak bergenang, Insha Allah licin. 

Seperkara lagi, aku syak minyak yang digunakan seperti minyak sapi yang menyebabkan aku rasa muak nak hadap nasi ni semata-mata. Bila diselang makan dengan sayur jeruk, rasa menu ni lebih padu.

Setakat itu cerita pasal nasi pilaf yang aku boleh kata must try! Selebihnya nak cerita sal kedai ni dan persekitarannya yang menarik perhatian.

Betul-betul depan kedai ada sinki ni. Airnya dari Karez. Haaaa... menarik bukan?


Sebelum masuk kedai, tersangkut dulu dengan mereka ni. Local people. Punya sporting.


 Betul-betul depan kedai ada orang jual buah-buahan.

 Tepi kedai, kawaplar sedang dibakar guna alat yang nampak macam antik. Nak bertanya takut kena marah.

 Seberang kedai jumpa barisan roti Uyghur bersama tukang bakarnya.

Assalamualaikummmm. Kami nak masuk amik pic. Kataku di dalam hati yang paling dalam.

Sakan kami ketik-ketik kamera/smartphone, amik pic buat kenangan disekitarnya.

Sehinggalah kereta abah driver sampai. 

Ayuh kita hentikan penggambaran ini serta merta. Yuk berada di tempat yang dijanjikan. Pantas kawan-kawan. Usah berlengah lagi atau kelak kalian akan dibebelkan 😁

Thursday, September 27, 2018

The Karez, Tulufan

 Perkenalkan, The Karez...


Pendekkan cerita, Karez ni ialah sistem pengairan yang digunakan untuk membekalkan air dari Turpan, Kumul, Sanji, Hotan, Atush, Kuqa dan sehingga ke Urumqi. Itu sejarah 2000 tahun dulu. Sekarang pun masih ada tapi tak sebanyak dulu, dan majoriti Karez yang masih 'hidup' terletak di Turpan/Tulufan.




The Karez. Air ni boleh diminum (siapa ada signboard bagitau). Tapi aku ambil jalan selamat.
 
The Karez letaknya dalam satu kompleks yang luas menempatkan pelbagai lagi tarikan di Tulufan. Hal ehwal The Karez khas ditempatkan dalam satu bangunan ala-ala muzium. Di sekitar kompleks ada macam-macam lagi. Antaranya kawasan anggur-anggur ni. Nak mention ladang macam bukan, tapi banyaklah anggur bergayut di kompleks ni.

Macam di atas kami ni...



Nak buat macam ni pun boleh, tapi tak tergamak lak kami nak memakannya. Ke boleh atau dibenarkan makan, tapi kami je tak tahu. Air anggur segar-segar di perah dari buahnya pun ada. Niza beli secawan ja buat rasa-rasa. Sebab ikutkan itinerary, kami akan ke ladang merangkap kilang anggur terbesar di Tulufan selepas ni. Rasanya memang sedaplah.

 


Tempat nak shopping souvenir pun ada. Aku beli magnetic fridge ja di sini. Minah kat atas, acah-acah amik pic dengan topi Xin Jiang pastu laju-laju letak balik.

Beriya amik pic, dah selesai baru Moi baca papan biru bawah dekat kaki Niza. Katanya, jangan sentuh. Sorry.


Tempat melepak ni ada nama, tapi aku tak ingat. Nak berlama-lama duduk sini kena bayar. Setakat nak duduk sekejap amik pic satu dua, tak payah bayar (selagi tak kena sound lah).
  
 Senibinanya ala-ala Uzbekistan dan segala -tan yang ada di muka bumi ini.

 Senibina ala-ala islamik dan memang tempat ni majoritinya Muslim, heh.

The first station westward journey in Turpan katanya weiiii.

Banyaknya tempat tapi kami ada kurang dari 24 jam di Tulufan Allhuakbar. Macam mana? Macam mana?

Wednesday, September 26, 2018

Catatan Perjalanan Urumqi ↔ Tulufan

Pagi di hotel Xilaishun, sekali lagi. Ketika breakfast berduyun budak bola sepak macam sekolah rendah lebih kurang di Malaysia, dengan wajah etnik Uyghur. Teringat ketika kami sampai di Xi'an. Aku cakap, haaa disini semua orang China muka China. Tak seperti di wilayah Xin Jiang. Pelbagai.

Manisnya kenangan. Alhamdulillah.

Hari ni kami ke Tulufan. Apa yang best di Tulufan? (1) Anggurnya dikatakan yang terbaik di dunia. (2) The Karez (3) Flamming Mountain yang dikaitkan dengan lagenda Journey to the West!

Weiii, siapa tak pernah tengok Journey to the West memang ta in lah, pada zaman itu. Femes cerita beratus episod ni. Aku suka Wukong, sebab dia suka buat hal tapi comel. Moi kata kisah lagenda ni masih di ulang-ulang pergambarannya sehingga kini. Artis je la yang berbeza, guna artis semasa semestinya.

Jarak  Urumqi ke Tulufan tak sehavoc ke Burqin-Karamay-Jia Dengyu-Kanas. Lebih kurang tiga jam dah sampai tempat pertama, The Karez. Tapi itulah abah driver bising, katanya itinerary kami pelik. Patutnya, kami tidur di Tulufan terus, dan kemudian naik train ke Xi'an (dari Tulufan) keesokan harinya. View sepanjang perjalanan (kalau naik train) sangat cantik.

Mendengarkan itu, terasa jugalah macam rugi. Kalaulah itinerary kami seperti yang abah driver cadangkan. Sungguh Wow! Dapat naik train lagi tu, pengalaman... pengalaman. Tapi manalah kami tahu. 'Kami' yang super blur terdiri dari aku, Niza dan Kak Ita lah terutamanya.

Nak buat macam mana, tiket flight dari Urumqi ke Xi'an dah dibeli pun. Mungkin ada hikmah yang DIA sahaja tahu. Senyumlah, yang ini pun dah seronok habis. Alhamdulillah.

 Wind powerstation.

Pertama kali nampak wind powerstation ialah ketika dari Burqin menuju ke Jia Dengyu. Jakun nak snap pic yang masa tu jauh, sipi-sipi ja. Kali kedua di Rainbow Scenic Beach, Burqin. Lebih dekat dan banyak serta luas. Ke Tulufan pun rupanya ada, dengan latarbelakang yang lebih Xin Jiang. Boleh agak tak part mana dalam gambar di atas yang aku maksudkan latar belakang Xin Jiang style?

Tasik garam.

Kiranya yang terbesar di China ke di Xin Jiang, aku tak ingat. Abah driver tanya nak turun ke amik gambar, Hoihhh, laju kata yao (mahu)! Hari tu sekali dah kena bebel sebab berdolak dalik yao - pu yao bila dia tanya nak ke berhenti amik gambar dengan unta liar. Ini kali takkanlah nak kena bebel lagi kan?

Peluang yang diberi harus dimanfaatkan sebaiknya.

Nak sangatkan letak muka sebelah bunga matahari. Yeay dapat. Terima kasih Allah.

Perangai di atas bukan aku ja yang teringin, semua pun. Hari tu saiz XXXL bunga matahari di Burqin. Tinggi macam NBA player semuanya. Jumpa yang sedang-sedang di Scenic Rainbow Beach, dah abah driver tak sudi nak layan pulak. Alhamdullilah jumpa on the way ke Tulufan. Tepi toilet RnR, adalah 10x10 kaki saiz petaknya. Itupun layan. Nasib abah driver ta nampak, kalau nampak gerenti dia wat ulasan masa kami naik kereta hari tu.

Kami lunch di Tulufan makan pilaf. Dinner on the way balik ke Urumqi, makan ayam pedas. Dua-dua sedap dan istimewa. Satu memang aku dah aim sejak dari Malaysia (pilaf), satu lagi abah driver perkenalkan.



Shopping time. Kat sini awalnya aku tak beli apa-apa. See I am the one without plastic hokey. Awalnya je lah. Rezeki sangat bila Kak Ita buka manisan halia awal. Dah rasa, berlari masuk semula memborong halia. Ketiga-tiganya. Paling awal habis di Malaysia, itulah juga. Siap Moi tapaukan lagi tuk aku bila aku ke KMS berkursus hari tu. Sedap sungguh.

Apa cerita abang SWAT. Ada jumpa lagi tak? Check post ada tak kat sebelah sini? Heiiii adalah jawapannya. Abang SWAT siap pesan, pastikan keluar dari Tulufan hari ni juga (sebab Moi bagitau kami balik hari). Kalau tak, akan ada masalah besar. 

Masha Allah, kalau Allah izinkan memang nak nak nak nak nak sangat kembali ke Urumqi pada hari yang sama dalam keadaan sihat sejahtera. Taknaklah kami ditinggalkan di bumi asing ni. Risau betul durang, lebih risau dari kami sendiri. Bertebaran luas kasih sayang di bumi Xin Jiang rupanya. Alhamdulillah 😍

Tuesday, September 25, 2018

Catatan Perjalanan Burqin - Urumqi

Sekali lagi kami akan menempuh perjalanan jauh 680km. Alhamdulillah sejauh itu perjalanan masih terasa seperti tak pernah lalu kawasan tersebut. Sampaikan aku rasa abah driver bawa lalu ikut jalan lain, walhal sama je jalan pergi balik Urumqi→ Burqin →Urumqi.

Aku rasa, mana-mana tempat yang aku tertidur ketika menghala ke Burqin, untuk kali ni menghala ke Urumqi, aku terjaga. Itulah sebab aku masih lagi rasa excited nak perhatikan kiri jalan.






Antara pemandangan yang kami tak nampak sebab gelap malam ketika sampai awal-awal sampai di Burqin. Baru 15 ke 30 km ja ni dari bandar Burqin.

 Papan tanda tu kata jarak terowong ni 2479m. Ecehhhhhh cehhh macamkan pandai baca.

Kalaulah autumn masa kami sampai Xin Jiang. Mungkin lebih kurang macam ni gambarannya.



Singgah gerai buah... lagi. Masa ni turun-turun terus kata jom ah makan tembikai bukan honey dew. Asyik honey dew ja.  Ikutkan Xin Jiang skang memang nga musim honey dew. Buah itu la pun yang sedap. Tapi bila lagi nak rasa yang lain, kan? Local tourist berkotak-kotak borong honey dew. Teringin juga nak borong buah-buahan tapi apakan daya. Perjalanan masih jauh.


Inilah koordinator kami yang pernah aku mention dalam entri lepas. Terserempak di salah satu RnR. Sebelum ni ada juga terserempak di Burqin, tapi sekejap sangat sebab dia rushing bawa local tourist. He's got smiley eye and his English is super good. Terasa berguna akhirnya diri ini bila boleh juga berkomunikasi dengan lancar bersama orang tempatan. Akhirnya.


Abah driver berhenti tuk izinkan kami shopping!

Jap. Jangan amaze. Dia berhenti tuk isi minyak dan kebetulan memang berdekatan dengan kawasan menjual souvenir ni.


Antara hiasan yang dijual di sini. Nasib aku tak pandai nak beli.

Berkenannya la hai dengan dam China atau XiangQi ni. Nasib juga sebab harganya kemain mahal, maka aku tak beli.


Haaa yang ini ja free. Bergambar dengan yurt peniaga-peniaga tadi. 

Restoran tempat kami lunch kali ni di Shanwu.

Perkenalkan future tokei kedai.

Alhamdulillah akhirnya kami selamat tiba di Urumqi... 

... jam 9.00 malam.
Ketika aku menaip entri ni, terasa-rasa lagi seronoknya travel ke wilayah rare macam Xin Jiang. Aku bagitau kembar, kalau Allah izinkan ibu travel, ibu nak ikut auntie Moi. Terutamanya ke China. Lebih-lebih lagi kalau nama tempat tu kau tak pernah dengar.

Harbin. Pernah atau biasa didengar atau disebut-sebut? Tak kan? Apa lagi, jomlah menabung jommm...