Menu ni sebenarnya tiada dalam wishlist, aku tak tahu pun ada ikan air sejuk yang istimewa disini. Kira must eat, kalau sampai ke Burqin, atau juga dikenali sebagai Russian City. Dah beriya abah driver nak bawa kami makan, jadi ucapkanlah Alhamdulillah.
Ikan air sejuk tu rasanya, rasanya macam ikan-kalau-ada-air-asam lebih sedap. Tekak Malaysia tetap lah Malaysia. Di mata dunia luar biasa... aaaaaaa.... aaaa... aaa... aaaa... Setakat makanan yang Allah izinkan kami makan, aku suka Xinjiang cuisine dua ni, (1) Kawaplar (2) Sayur hijau. Tu sebab berkali-kali order. Yang lain masih istimewa mesti cuba kalau sampai sini. Jauh kot takan taknak rasa.
Tu dulu... Nanti kalau aku update cerita di Urumqi, Tulufan atau Xi'an aku tambah beberapa lagi menu lain (yang aku suka).
Haaaa... tu ikannya. Air sejuk sebab air salji yang cair dari kawasan pergunungan.
Banyak kedai makan di Muslim Street Food, Burqin yang menjual ikan air sejuk.
Ikan dibakar ja, jangan harap nak masak asam pedas atau pun kari. Dan antara menu-menu lain yang kami makan di kedai ni. Kawaplar harus ada, roti uyghur yang masih panas baru keluar dari tempayan(ke?) memang sedap berbanding di Jia Dengyu yang rotinya dah sejuk, sayur hijau aku tak tau nama dah dua kali kami order sebab sedap dan kelainan sikit ialah sayur putih tu.
Tetap yang hijau lebih sedap, yang putih sedikit berlendir ala-ala bendi. Hehe kelakar pulak aku panggil sayur hijau sayur putih, padahal Moi ada bagitahu nama. Bagitahu macam dalam bahasa Mandarin. Acaner?
Ikan air sejuk tu rasanya, rasanya macam ikan-kalau-ada-air-asam lebih sedap. Tekak Malaysia tetap lah Malaysia. Di mata dunia luar biasa... aaaaaaa.... aaaa... aaa... aaaa... Setakat makanan yang Allah izinkan kami makan, aku suka Xinjiang cuisine dua ni, (1) Kawaplar (2) Sayur hijau. Tu sebab berkali-kali order. Yang lain masih istimewa mesti cuba kalau sampai sini. Jauh kot takan taknak rasa.
Tu dulu... Nanti kalau aku update cerita di Urumqi, Tulufan atau Xi'an aku tambah beberapa lagi menu lain (yang aku suka).
Santap dulu jommm...
No comments:
Post a Comment