Dari Rainbow Scenic Beach aku fikir jauh lagi nak menyampaikan ke Burqin, tup tap eh dekat ja rupanya. Mula tu fikir, mengada ah abah driver ni tanak berhenti di bunga matahari walhal driver ja... terus aku tampar diri sendiri. Orang tu memang driver, tugasnya memang bawa ja kami ke mana-mana yang kami request, tapi dia buat lebih dari itu. Sangat banyak. Contohnya di Muslim Street Food, Burqin...
...beriya dia minta harga diskaun tuk roti Uyghur sampai kena sound dengan tokey kedai. Ala macam biasalah kan, harga tuk local lain, harga tuk tourist lain. Tapi beliau, tuk kami pun dia minta harga local. Setakat tak berhenti tuk amik pic di celah bunga matahari tu picisan sangat tau.
Sebenarnya aku pun tak pasti nama ala-ala pasar malam di Burqin ni. Disebabkan banyak makanan dijual sepanjang lorong, aku namakanlah ia sebagai Street Food, dan memang ramai (atau majoriti atau semua) Muslim, akhirnya jadilah ia Muslim Street Food, Burqin. Bijak ta?
Kami sampai awal, jadi masih kurang orang. Abah driver nak ajak kami makan satu lagi signature dish di Xin Jiang. Ikan air sejuk. Dia yang pilih kedai makan (yang pastinya paling sedap paling murah). Tagline diulang-ulang oleh beliau sepanjang perjalanan kami ni. Siapa yang untung? Siapa yang untung?
Selesai makan, selesai shopping kami balik hotel. Rehat-rehat, chill-chill sambil intai street food dari tingkap hotel yeay. Dekat sangat hotel kami di Burqin dengan kawasan ni. Sangat dekat. Sungguh dekat...
... dan sebelah malamnya kami pergi lagi ke sini. Bangunan sebelah kanan dalam gambar ni ialah hotel kami. Bilik aku yang nun sana tingkat dua, tujuh dari hujung. Dari bilik boleh nampak kedai, boleh dengar suara orang serta boleh hidu bau asap.
Sebenarnya aku pun tak pasti nama ala-ala pasar malam di Burqin ni. Disebabkan banyak makanan dijual sepanjang lorong, aku namakanlah ia sebagai Street Food, dan memang ramai (atau majoriti atau semua) Muslim, akhirnya jadilah ia Muslim Street Food, Burqin. Bijak ta?
Burqin's Muslim people.
Kecoh pilih apa nak makan. Kecoh supaya makanan yang di order mampu dihabiskan.
Selesai makan, singgah sini. Shopping segala makanan kesihatan seperti kurma merah pelbagai saiz, badam, walnut, goji berry, buah tin, kismis dan macam-macam lagi.
Siapa tak happy dapat shopping cenggini? Siapa?
Selesai makan, selesai shopping kami balik hotel. Rehat-rehat, chill-chill sambil intai street food dari tingkap hotel yeay. Dekat sangat hotel kami di Burqin dengan kawasan ni. Sangat dekat. Sungguh dekat...
... dan sebelah malamnya kami pergi lagi ke sini. Bangunan sebelah kanan dalam gambar ni ialah hotel kami. Bilik aku yang nun sana tingkat dua, tujuh dari hujung. Dari bilik boleh nampak kedai, boleh dengar suara orang serta boleh hidu bau asap.
Antara yang sempat kami snap. Souvenir tak banyak. Nak beli keychain, fridge magnetic memang tak jumpa. Yang banyak ialah gelang, dan perhiasan ala-ala jade. Paling banyak, makananlah 😁.
No comments:
Post a Comment