Sebelum Covid-19, sebelum MCO, sebelum keajaiban ini bermula. Oh, bagi aku semua yang terjadi sekarang ialah keajaiban. Tak pernah terlintas akan terjadinya begini walau pun aku species overthinking... Sungguh ajaib.
Taman Permainan Kegembiraan. Untuk bersaing dengan keajaiban yang aku tulis di atas, cuba sebut tajuk entri guna nada Doraemon. Comel bukan?
My briskwalk view without...
... and with clouds.
And one with coconut tree.
Taman permainan di awal pagi. Setiap hari antara jam 0715 hingga 0745. Asalnya aku ikut housemate pusing kolej, lama kelamaan aku seorang ja yang berpusing sebab aku ke kolej awal ya ampun. Paling bosan bila kegigihanku pusing kolej atau bahasa lainnya briskwalk menjadi bualan ramai (acah-acah ramai). Aku tukar route. Masuk astaka. Briskwalk atas trek. Jauh dari orang dan view Subhanallah cantik. Hari-hari briskwalk, hari-hari tangkap gambar. Sekali buat update Insta, yang selebihnya tak tahu nak buat apa. Capture pic semata-mata sebab cantik. Rupanya simpan untuk buat kenangan di blog.
Kolam renang Morib Golf Club
Taman permainan setiap petang Selasa. Nak menyampaikan ke sini ya amat malas sebab ambil masa dalam 30 minit. Tapi kalau dah sampai, seronok. Hampir setiap hari aku workout guna lower body. Sesekali berenang, boleh guna a whole body and lower impact. Aku selalu anggap berenang untuk rehatkan otot selain release tension. Bunyi air bila aku rendam kepala tu... damai sungguh.
Taman rekreasi Bukit Pilah.
Taman permainan hujung minggu. Dating dengan roommate di sini terutamanya bila tak nak berlama-lama workout. Dekat dan puas hati dengan masa satu jam lebih. Bukit Pilah banyak menyimpan kenangan aku tertonggeng, tergolek dan belajar sesuatu. Belajar untuk mati dalam husnul khotimah. Bila aku downhill aku bershahadah, banyak berzikir menyebut nama Allah. Sejujurnya lebih banyak dari aku berzikir atas sejadah. Astagfirullah 😔
Bukit Jugra bersama awan seakan-akan gula-gula kapas gaisss...
Taman permainan setiap hari Isnin. Sekitar jam 1630 dah mula hiking. sebab rakan mendaki ada komitmen nak menguruskan anak-anak. Matahari memancar, panas litlit masuk hutan terus redup. Dapat sedut oksigen segar pula tu. Aku kalau ada aura nak demam, atau flu ke sinilah aku pergi. Alangkan sihat, kalau seminggu ulang dua kali hiking pun aku on ja.
16 Mac 2020. Sehari sebelum MCO bermula. Momen di taman permainan sebelum disedut kapal UFO.
No comments:
Post a Comment