KM Negeri Sembilan merupakan kolej matrikulasi yang pertama dibuka tahun 2000, bersama-sama KM Melaka. Tidak hairanlah struktur binaannya hampir sama. Blok bata besar-besar segebuk segedebak bangunan asrama, makmal komputer, bilik tutor, kafe... Tak caya meh sini tengok.
Pada sesiapa yang pernah pergi kolej-kolej lain, seperti KM Selangor yang baru sedekad, memang tak tertandinglah keusangannya. Tapi... KMNS bersih dan suci. Pada siapa yang tercampak ke KMNS, anggap jelah kau sedang bercuti di country side. Udara nyaman, burung berkicau, lotong si pemalu bertebaran.
Disebabkan rumah ya amat dekat, maka haruslah kami sekeluarga menghadiri hari terbuka sempena KMNS Dua Dekad hari tu. Aku kan dah jadi alumni, dapatlah jemputan untuk Majlis Makan Malam (nama dia havoc aku tak ingat), dapat juga jemputan untuk main bola jaring... tapi semuanya samar-samar. Nak ke ta nak join. Terutamanya bola jaring lah. Tiga ke empat kali juga aku buat keputusan. Dolak dalik okay tak okay, on tak on...
Sudahnya, tak on.
Tetap aku hadir, sebab nak membeli belah, beri sokongan, jumpa kawan-kawan...
Pagi 15 Februari 2020, hari Sabtu, selepas hantar kembar latihan taekwondo, kami suami isteri jenguk kolej. Perghhhh... meriah sungguh-sungguh. Aku kata, "Jomlah kita pergi padang bola jaring, nak tengok kawan-kawan main...". Sampai padang, dari jauh aku nampak Mazuna (penyelaras acara). Aku sergah dia. Sergah ke panggil ke cuit... tak ingat.
Terus beliau berkata, "Kak Hana main ya, geng dengan budak-budak ni". Menunjuk ke arah dua budak yang duduk di situ. "Wakil Alumni kak, tak cukup seorang lagi. Ni ada dua ja ni. Akak masuk cukuplah tiga orang.." pung pang pung pang kami sembang gajah terbang. Mula tu aku acah-acah macam pemalulah tolak-tolak kunun.
Pendek cerita, aku join. Khabarnya ada dua kumpulan ja. Tak juara, naib juara. Hadiah tunai lagi tu perghhh... Tak, aku bukan mata duitan sangat pun, lebih kepada nak bagi sokongan pada kawan lama. Lagipun dah lama tak main netball. Dah lama tak tunjuk skill (bukan mata duitan sangat pun, tapi riak nak mamp** haha).
Isteri mithali minta kebenaran nak main netball sambil selfie sekeping acah-acah sweet.
Keputusannya... tak cerita main macam mana terus keputusan. Gelojoh bukan?
Tak nak cakap ah dapat nombor berapa, nanti riak kahkah...
Asalnya kata dua kumpulan, tiba-tiba muncul lagi satu kumpulan. Barulah meriah kategori alumni.
Haaaa... bagitahu lagi nak gaya macam mana. Sekali lagi suruh posing, aku mungkin berada di ring basket ball belakang tu pulak. Don't play-play aaahh...
GS pada hari tu, dah budak-budak kalut tanak shoot.
Tapi okay gak main tiga sebelah. Pertama kali main style begini. Bolehlah nanti dipertimbangkan untuk main gaya ni lagi untuk suka-suka petang-petang. Tak yah tunggu sampai 14 orang. Jenuh nak kumpul.
Bersama pengadil dua keping.
Hadiah tempat pertama beratus juga. Macam RM100 ke RM120 ke RM150. Aku tak ingat. Mazuna akan tolak yuran penyertaan dari situ. Iyelah, kan aku ni bidan terjun. Kalau yang proper, kena bayar yuran. Tapi duit tu aku bagi terus ke budak-budak satu team aku ja tadi. Kan aku dah kata aku tak materialistik (tapi riak heeee)
Saja nak tunjuk, meriah sebenarnya acara ni. Acara lain lagilah meriah. Terutamanya bola tampar.
Selesai ja game, kembar dah ada. Suami ambilkan. Ambil sekeping buat kenangan.
Sekeping lagi gaya Amin korek gigi guna lidah... Padan muka, remaja nanti, tengok semula gambar mesti menyesal.
Banyak acara yang berlaku hari tu selain game. Ada gerai jualan (di KMNS durang panggil HARUM untuk singkatan apa aku tak ingat), tapi kali ni lebih meriah, ada macam-macam-macam-macam. Empat kali macam aku taip.
Terpaling ingat aku lepak di gerai Abang Man. Minum, belanja dan jualkan kelapa muda yang Abang Man tanam dikeliling kolej. Abang Man ni staff makmal Sains, rajin berkebun, humble orangnya. Dengan dialah aku kena sedushum sekali, sal Amni yang aku tak berapa nak redha dia duduk asrama hari tu. Cerita lebih panjang kat sini. Itupun kalau rajin membaca. Aku rajin 😜
Selain tu, jumpa ramai ex-students dari pelbagai batch. Sembang sikit-sikit, rakam gambar sikit-sikit (tapi gambarnya tak sampai ke aku cis), gossip sikit-sikit, bagi nasihat sikit-sikit.
Bila nak balik, jumpa ex students ni. Terpaling keep in touch. Alia Fatima namanya.
Bab ingat hari jadi (menghargai) orang aku serahkan padanya. Setakat ni, bukan setakat birthday aku, birthday kembar dan Amni pun dia ingat. Salute sungguh aku ngan dia ni. Nasib birthday suami dia tak nak ingat 😁
Pending entry is done and I am happy!
No comments:
Post a Comment