Showing posts with label kolej matrikulasi kejuruteraan johor. Show all posts
Showing posts with label kolej matrikulasi kejuruteraan johor. Show all posts

Wednesday, May 15, 2019

Day of Truth

Sebelum game, meh posing dulu...

 Camera official...sopan.

Kamera sendiri... penuh aksi hiks

Ada tiga pasukan netball ja, yeay dapat pingat walaupun belum mula perlawanan. Main 10 minit separuh masa wow  (sebab datang jauh-jauh takan main sekejap je kan?). Perlawanan pertama, siapa kalah akan main lagi bertemu dengan pasukan ketiga. 

Siapa dua pasukan pertama yang bertuah tu?
Kami dan pasukan tuan rumah la. 

Kebiasaan KAKOM, KMkJ ni pasukan yang kurang sedikit dek kerana kurangnya jumlah pelajar. Ingatkan boleh guna pakai untuk pasukan stafnya. No nehi kabi nehi, salah! Hebat giler KMkJ, ada seketul defend yang boleh diharap, C yang lincah terbang sana sini dan GA yang tinggi lampai. Cukup untuk menewaskan kami. Huhu.

Habis 20 minit, rehat 20 minit, standby tuk lawan KMPh pula weiiiiiii...

Dari GD bertukar GA. 

Tak sangka boleh ambil posisi GA, selama ni aku fikir aku takan mampu masukkan bola dalam net. Rupanya tidak pun. Kan aku selalu main petang-petang ngan kembar tiga orang. Bila main netball tiga orang ni, opsyen yang ada ialah main-main shooting je la. Dari situ aku aku improve.

Setakat ni, aku boleh main semua posisi tapi yang paling aku nak elak ialah C. Pernah sekali try. Rasa nak pengsan.

Habis game dengan KMPh ja mampu amik selfie happy begini, sebab menang.


Pertama kali aku bersukan rasa penat yang teramat. Di hujung-hujung masa aku sampai tak lalu nak berkejaran untuk mencipta peluang bola dibaling kepada diri ini. Lemau sungguh rasanya. Aku hanya mematungkan diri mengharapkan tiba-tiba bola dah sampai di tangan untuk aku campakkan ke net. Mungkin ditambah dengan tekanan nak menang menyebabkan penat melampau.

Apa-apa hal, selesai game kami bersorak sorai di venue yang lain. Netball ja tiga pasukan. Game lain ada lima ke tujuh pasukan. Huntong kan?

Kenangan terindah, sebelum berhijrah...

 Silver medalist. Congratulation all. Congratulation me 😊

Monday, May 13, 2019

Pilah → Pontian

Katanya gerak jam 8.30 pagi, tapiii...

Ramai ni dari kolej dan aku yang cadangkan geng netballers pakai tudung merah. Biar vahvahvah dalam gambar.

Berhenti di RnR-tatau-lokasi dan amaze dengan interior design nya. By the way, ini tandas.

Berhenti di RnR tuk shi-shi dan makan, tapi aku da kenyang (rasanya). Jual mahallah disitu, maka aku hanya makan mangga sebekas acehceh diet kunun. Rupa-rupanya makan tengahari hanya bila dah sampai Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor di Pontian jam 3.00 petang! Kejang usus aku (dan mereka) kelaparan ya hamat.

Sungguh-sungguh aku kelaparan bila sampai kedai ni.

Menu orang lapar ~ Nasi Goreng.

Masuk kedai ni satu bas. Duduk geng netballers masing-masing. Terus order. Terus minta adik waiter hantar order kami ke dapur. Adik waiter ditegah kumpul order. Macam tu punya selfish, lapar punya pasal.

Lepas makan, baru boleh berfikir. Oh, Pontian dekat dengan laut. Cantik laut, bestnya kalau bas boleh berhenti. Boleh capture moment. Sekali...

... Dahlan berhentilah tepi waterfront ni... halah halah...


Apa lagi... ini sikit ni aku letak pic...

Tak cukup di sana, berhenti pula di sini... halah halah


Berlari aku(dan netballers) turun bas amik pic. Sungguh-sungguh wooo amik pic. Dan betulkan pakai tudung merah menyerlahkan seri wajah dalam gambar? Ikutkan, baju pun aku cadangkan merah tapi ta ramai ada baju merah, tukar hitam pun okay. Janji tudung tu, tudung... 

Itu pun kecoh staf lelaki kata kami macam wanita UMNO. Katanya nak meraih undi kebetulan Tok Mat bertanding di DUN Rantau pada hari yang sama. Sabar je la... pakai hijau kang kata PAS, pink puteri UMNO, hitam katanya berkabung. Alaaa sebenarnya cemburu sebab gambar kami menyerlah lettew... 

Malas nak ambil port janji view cantik-cantik di Pontian ni.

Subhanallah 😍

Latihan

Latihan kemain, semangat tau nak wakil kolej tuk PESSKOM. Dapatlah main cukup orang, kalau tak... main tiga orang ja aku anak beranak. Main campak-campak masuk net guna volleyball, netball, dan football... penuh provokasi.

Disebabkan PESSKOM, merasalah main proper, pakai bib, ada referee...

Last practice sebelum gerak ke Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor. Buat friendly match ala kadar, dua team tarus

 Mengah ah main dengan team ni.

 Dengan team ni okay... boleh buli kahkah.
 
Dah sampai Pontian, practice lagi wooo...

Jeans pun tetap practise

 Sis cuba

 Gaya kena ada

 Sampai nak masuk senja practise nya uit. Sejenis kegigihan. Usaha kan tangga kejayaan. Kan?

GD forever dan nasib ada Kak Shima, kalau tak aku yang paling senior omaiiii 😂