Wednesday, May 15, 2019

Day of Truth

Sebelum game, meh posing dulu...

 Camera official...sopan.

Kamera sendiri... penuh aksi hiks

Ada tiga pasukan netball ja, yeay dapat pingat walaupun belum mula perlawanan. Main 10 minit separuh masa wow  (sebab datang jauh-jauh takan main sekejap je kan?). Perlawanan pertama, siapa kalah akan main lagi bertemu dengan pasukan ketiga. 

Siapa dua pasukan pertama yang bertuah tu?
Kami dan pasukan tuan rumah la. 

Kebiasaan KAKOM, KMkJ ni pasukan yang kurang sedikit dek kerana kurangnya jumlah pelajar. Ingatkan boleh guna pakai untuk pasukan stafnya. No nehi kabi nehi, salah! Hebat giler KMkJ, ada seketul defend yang boleh diharap, C yang lincah terbang sana sini dan GA yang tinggi lampai. Cukup untuk menewaskan kami. Huhu.

Habis 20 minit, rehat 20 minit, standby tuk lawan KMPh pula weiiiiiii...

Dari GD bertukar GA. 

Tak sangka boleh ambil posisi GA, selama ni aku fikir aku takan mampu masukkan bola dalam net. Rupanya tidak pun. Kan aku selalu main petang-petang ngan kembar tiga orang. Bila main netball tiga orang ni, opsyen yang ada ialah main-main shooting je la. Dari situ aku aku improve.

Setakat ni, aku boleh main semua posisi tapi yang paling aku nak elak ialah C. Pernah sekali try. Rasa nak pengsan.

Habis game dengan KMPh ja mampu amik selfie happy begini, sebab menang.


Pertama kali aku bersukan rasa penat yang teramat. Di hujung-hujung masa aku sampai tak lalu nak berkejaran untuk mencipta peluang bola dibaling kepada diri ini. Lemau sungguh rasanya. Aku hanya mematungkan diri mengharapkan tiba-tiba bola dah sampai di tangan untuk aku campakkan ke net. Mungkin ditambah dengan tekanan nak menang menyebabkan penat melampau.

Apa-apa hal, selesai game kami bersorak sorai di venue yang lain. Netball ja tiga pasukan. Game lain ada lima ke tujuh pasukan. Huntong kan?

Kenangan terindah, sebelum berhijrah...

 Silver medalist. Congratulation all. Congratulation me 😊

No comments: