Monday, June 4, 2018

Merungut

Akulah ratu rungut tu. Dulu.
Sekarang, pun masih merungut.
Tapi lebih berhemah, beringat dan bersederhana.
Hajat dihati, tanak merungut lansung.
Macam tak realistik ja hajat tu.
Baiklah, aku merungut juga tapi diam-diam.

Paling hampir kejadian merungut melampau ni pada tahun lepas (2017). Kejadiannya ialah kami, pensyarah Sains Komputer di Negeri Sembilan kekurangan tenaga kerja selepas kawan-kawan seramai enam orang bergerak keluar untuk kebaikan. 

Mula tu aku nak chill, tapi bila mengajar banyak jam ditambah kerja-kerja tambahan, tantadaaaa masa tu lah aku mula melagukan lirik-lirik berbaur rungutan. Merungut, merungut, merungut, merungutttt... (nyanyi ikut bait lagu Selangit-Mas Idayu). 

Sampai satu tahap, aku belajar untuk redha dan percaya bahawa semua yang berlaku hanya untuk kebaikan kepada semua ahli unit umumnya. Sehingga ke tarikh ini, kami masih berdua belas, tanpa tambahan ahli baru. Alhamdulillah, memang benarlah perancanganNya. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mengetahui.

Terkini minggu lepas semasa minggu MPPB. Sedia maklum aku jadi mentor tunggal untuk menguruskan segalanya untuk mentee-mentee ku. Dalam dua belas pensyarah Sains Komputer, empat orang dari kami jadi mentor tunggal. Lapan orang lagi ada pairing. Disebabkan ada geng, aku pun chill ja. Tak merungut. Yassss!

Tiba hari kejadian, depan bilik tutor. Eh eh ehhhh... yang tiga kawan konon mentor tunggal satu geng tiba-tiba datang penyelamatnya. Sudahnya aku sorang-sorang ja yang terpilih menjadi tunggal selamanya. Masa tu, masa tu... aku dah mula rasa tak best. Mood dah mula goyang kiri kanan depan belakang. Aku dah ada rasa nak meroyan. Tapi untunglah sel-sel otak dapat berhubung dengan baik. Seperti tak berbaloi kau meroyan, tenaga yang ada baik aku gunakan untuk handle aktiviti. Be positive, Allah bantu.

Slowly aku cool down sendiri. Hikmah Ramadhan Kareem. Agaknya, maka nafsu amarah agak terkawal. Sudahnya aku handle sorang-sorang tung-tang-tung-tang. Sampailah part borang-borang-borang... Haaaa ini memang part paling renyah dalam sejarah pendaftaran pelajar baru. Saban tahun tak pernah gagal buat aku kerja lebih.

Tapi tahu apa? Semua 16 orang mentee berjaya melengkapkan semua borang. Adalah lima ke enam orang yang tersalah saksi, tersalah itu ini. Tapi semua minor mistake. Allahuakbar! Kiranya disuruh hantar hari tu pun aku boleh usahakan. Subhanallah indahnya dunia aku rasa.

Semalam, sekali lagi berita terbaru tergempar terviral aku kira. Kami tak dapat bonus raya dan wujudnya Tabung Harapan Malaysia. Tak dapat bonus, apa rasanya? Alhamdulillah, untuk aku, aku rasa biasa-biasa ja. Once diumumkan (oleh Incik Suami), aku kata takpelah. Kita masih mampu. Raya tetap on gitu. Cuma berfikir peruntukan mana nak guna untuk duit raya. Insha Allah ada. Tak banyak, sikit pun boleh kan?

Serius tak rasa apa-apa, beraya sakan in the term of  baju raya, selendang, kasut, kuih dan muih beraneka macam memang dah lama tiada. Pupus ikut umur ke faktor apa aku pun tak pasti. Untung je Amni dan kembar pon sama. Budak-budak ni hepi untuk makanan je. Material, memang kurang. Aku siap cakap ngan kembar, baju raya takde tapa ke? Kembar cakap... Tak apeeee.
credit pic from utusan.com.my
Tabung Harapan Malaysia. Ada tabung untuk negara okay. N.E.G.A.R.A. Wow! Comel pulak aku rasa. Hikhik. Alhamdulillah, sepanjang aku bernafas merasa juga aku akan sejenis kecomelan ini.Ini bukan double meaning. Membayangkan tabung, terbayang tabung Hello Kitty pink dengan mini mangga, mini kunci. Paling best, siap ada muzik bila masukkan duit syiling. Comel bukan?

Ada jugalah yang aku dengar, atau terbaca. Tiada bonus, tabung pulak muncul. Alhamdulillah Allah kurniai aku ketenangan tanpa rungutan menerima berita. Yang tegang tu, mungkin dah ada plan nak buat apa dengan duit bonus (sebab sepertinya pertama kali tak dapat bonus raya sepanjang perkhidmatan). Aku doakan, tegangnya sebentar, tenangnya lama selama-lamanya. Percaya selalu, Allah pemberi rezeki mutlak.

Ringgit tak dapat, tapi kesihatan, kekuatan, keselamatan, ketenangan, kenikmatan dapat! Insha Allah
Weeeiiii tambah sakan raya kita nanti 😀.

No comments: