Wednesday, September 12, 2018

Muslim Street Food, Burqin

Dari Rainbow Scenic Beach aku fikir jauh lagi nak menyampaikan ke Burqin, tup tap eh dekat ja rupanya. Mula tu fikir, mengada ah abah driver ni tanak berhenti di bunga matahari walhal driver ja... terus aku tampar diri sendiri. Orang tu memang driver, tugasnya memang bawa ja kami ke mana-mana yang kami request, tapi dia buat lebih dari itu. Sangat banyak. Contohnya di Muslim Street Food, Burqin...


...beriya dia minta harga diskaun tuk roti Uyghur sampai kena sound dengan tokey kedai. Ala macam biasalah kan, harga tuk local lain, harga tuk tourist lain. Tapi beliau, tuk kami pun dia minta harga local. Setakat tak berhenti tuk amik pic di celah bunga matahari tu picisan sangat tau.

Sebenarnya aku pun tak pasti nama ala-ala pasar malam di Burqin ni. Disebabkan banyak makanan dijual sepanjang lorong, aku namakanlah ia sebagai Street Food, dan memang ramai (atau majoriti atau semua) Muslim, akhirnya jadilah ia Muslim Street Food, Burqin. Bijak ta?

Burqin's Muslim people.

Kami sampai awal, jadi masih kurang orang. Abah driver nak ajak kami makan satu lagi signature dish di Xin Jiang. Ikan air sejuk. Dia yang pilih kedai makan (yang pastinya paling sedap paling murah). Tagline diulang-ulang oleh beliau sepanjang perjalanan kami ni. Siapa yang untung? Siapa yang untung?

Kecoh pilih apa nak makan. Kecoh supaya makanan yang di order mampu dihabiskan.

Selesai makan, singgah sini. Shopping segala makanan kesihatan seperti kurma merah pelbagai saiz, badam, walnut, goji berry, buah tin, kismis dan macam-macam lagi.

Siapa tak happy dapat shopping cenggini? Siapa?

Selesai makan, selesai shopping kami balik hotel. Rehat-rehat, chill-chill sambil intai street food dari tingkap hotel yeay. Dekat sangat hotel kami di Burqin dengan kawasan ni. Sangat dekat. Sungguh dekat...


... dan sebelah malamnya kami pergi lagi ke sini. Bangunan sebelah kanan dalam gambar ni ialah hotel kami. Bilik aku yang nun sana tingkat dua, tujuh dari hujung. Dari bilik boleh nampak kedai, boleh dengar suara orang serta boleh hidu bau asap.


Antara yang sempat kami snap. Souvenir tak banyak. Nak beli keychain, fridge magnetic memang tak jumpa. Yang banyak ialah gelang, dan perhiasan ala-ala jade. Paling banyak, makananlah 😁.


Tuesday, September 11, 2018

Kejohanan Futsal 2018: KM Johor


Pada tarikh yang sama ada Matrix Viper Challenge di KM Negeri Sembilan. Pilih di pilih. Tak kena di sini pasti kena di sana. Konsep pasti aku akan terlepas boleh la pergi Uganda nak bercuti panjang (kunun) tiada okay. Tiada.

Asalnya coach bola KAKOM yang ajak aku gi KM Johor. Alasan kerana ada budak perempuan. Ye juga, takkanlah cikgu lelaki (Syuk dan Reza) ja yang nak iring pelajar walhal ada budak perempuan. Roommate pun bagi greenlight. Jadi on la kita.

Sepatutnya kami gerak ke Johor Jumaat tengahari, tukar jadi pagi jam 7, tukar lagi jam 5 akhir sekali jam 4.30 pagi. Kes menumpang bas KM Perlis sebab bas kami rosak lalalala. Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang kami menumpang lalu. Tak usahlah banyak bunyi, kita redha ja.

Haruslah redha sebab aku kena tinggal dengan bas. Kesian agaknya Syuk nak suruh aku bersilat jam 4.30 pagi naik bas. Aku pulak sejenis offline handphone kalau tidur, memang jam 6.00 pagi la aku baca mesej. Syuk ajak aku tumpang kereta dia, bersama-sama anak dan isterinya. Alamak lomah kaki den.

Mungkin aku blur sampai aku boleh terlupa yang aku boleh ja drive bawa Savvy ke Johor. Sejak ada driver, paling jauh aku drive sendiri sampai pekan Pilah menyebabkan aku terkedu pagi tu. Jam 8.30 pagi kami gerak ke Johor berkonvoi. Ketika melalui jalan Dangi yang tenang dan sunyi, aku ketawa sendiri. Baru ja dua ke tiga hari lepas, terdetik hati nak drive seorang diri membawa diri lah lebih kurang. Bukan merajuk lebih kepada nak me time, drive layan lagu layan scenery.

Terima kasih Ya Rabb. Betul-betul aku drive seorang diri layan lagu layan scenery, bezanya berkonvoi dengan Syuk.

Game bermula jam 3.30 petang. Badi basketball membawa sampai futsal bila budak perempuan dapat satu kumpulan dengan KM Labuan. Untung ja KM Labuan tak bawa team lelaki. Kalau tak, sekali juga agaknya. Haha

Futsal team bersama the real coach, Reza, Syuk dan Kama. Aku? Invisible coach, itu sebab aku tak kelihatan dalam gambar.

Peringkat kumpulan, futsal lelaki layak ke suku akhir. Perempuan? Kalah dengan lambungan syiling. Haaaaa part yang ini memang aku menyampah. Walau pun sekarang aku dah cool down, tetap aku rasa kenapa kami tak terfikir nak keras ja buat sepakan penalti. Tak tahu apa nak cakap pada team perempuan masa tu, bayangkan... kalah kerana lambungan syiling. Untung sangat beragama Islam. Bolehlah aku cakap, Allah belum izinkan sebagai penyembuh hati.

Alangkan yang basket aku bawa enam tahun pun aku tak berapa nak pandai, inikan pulak futsal! Dah... Tanak aku bawa game lain selain basket... dan guli. Congkak pun boleh(kot) aku pertimbangkan.

Futsal lelaki Alhamdulillah layak ke final menentang KM Kedah, dan akhirnya menyandang Naib Johan Kejohanan Futsal dengan aggregat 3-1. Hei okay sangat tu. KM Kedah bawa tiga budak KAKOM bola sepak, manakala player KM Negeri Sembilan sungguh pure, semuanya pertama kali menglibatkan diri dalam aktiviti ala-ala KAKOM ni.

Tahniah guys.

Jam 1230 majlis tamat. Ahhhh sudah, nak buat apa lepas ni. Budak-budak tak lepas nak balik. How? Nak menumpang pun tak tahu macam mana. Jenuh aku arrange dengan KM Selangor, lepaslah tiga orang. Enam balik sendiri, berbaki sembilan orang, syukur Reza volunteer nak handle dan akhirnya jam 4.30 petang hari yang sama aku sampai Pilah, dan terus...

...ke kolej makan mihun sup. Sempat weiii.

Seperkara yang aku dapat kali ni ialah, aku dah tanak bawa kejohanan seketul macam ni. Aiyoooo... pishang. Asyik dengar students sebut pishang la cikgu, pishang la cikgu. Masa tu aku bukan faham sangat, yang aku tahu boring super gila. Gila mana lah sangat budak-budak ni maksudkan... haaaa amik kau memang boring tahap tak tahu nak mention macam mana. Itulah dia pishang!

Bila pishang, aku makan banyak 😂

Monday, September 10, 2018

Rainbow Scenic Beach, Burqin

Aku paling blur tentang tempat ni sebab tak buat pembacaan awal. Tapi aku yakin, mesti cantik sebab Moi masukkan dalam itinerary kami. Sesampainya di sini, pertama nampak power station, wah excited. Kedua nampak bunga matahari. Tak seluas yang kami singgah hari tu, tapi teringin nak bergambar di celah-celah bunga matahari sebab kelihatan pokoknya tak begitu tinggi. Ketiga, eh tak banyak kereta/bas, tak ramai orang. Ini pelik, adakah maksudnya tempat ni kurang best?

Masa ni aku rasa, mesti tak lama kami di sini. Tak ramai orang maknanya kurang jadi tumpuan pelancong. Sifat manusia pelik-aneh-gedik. Orang ramai kau bising, orang tak ramai pun kau bising. Bilakah agaknya hati aku ni nak rasa lapang, tenang dan redha? 

Seperti biasa, beli tiket dulu. Tapi kali ni ta kena lapor di pondok polis pulak seperti di Ghost City dan Kanas. Haaaa sah dah tempat ni biasa-biasa. Tak lama lepak sini, confirm!

Masuk pintu utama, kawasan seperti padang jarak padang tekukur. Macam kawasan baru dinaik taraf sebagai kawasan pelancongan. Ehmmmm satu jam ja ni. Berjalan ke kawasan utama, mata aku nampak biasa-biasa scenery nya.

Takpe kita pose sedas...

... dua.

Selepas bergambar, Kak Ita minta mahu berehat tak nak follow kami. Berjanji-janjian bila jam berapa di mana mahu jumpa. Pengajaran selepas peristiwa di Kanas tempoh hari. Baiklah.


Paling ketara yang aku (kami) nampak menarik ialah lighthouse ini. Jauh saujana mata memandang di bawah panas teriknya mentari memang awalnya aku malas nak menyampaikan ke sana. Kalau kawan-kawan kata, jom lah keluar, aku rasa aku akan keluar dari tempat ni tanpa banyak soal.

Alhamdulillah, Moi dan Niza bersemangat nak berjalan. Jadi I follow...  On the way dan bila dah sampai...

 

 ... heh kemain pulak kau berposing


Lepas tu Moi dan Niza nak ke arah sebelah lagi. Dari menara paling tinggi di kawasan ni memang akan nampak banyak terrace dan di hujung nun siap ada jambatan ala-ala jambatan gantung. Moi beriya-iya nak cari rainbow beach, sebab kalau dilihat dari sini serius aku tak nampak mana warna-warninya.

Seperti yang aku khabarkan, sejenis follower maka aku ikutkan aje Moi dan Niza.


Dari salah satu terrace barulah kami nampak warna warni tebing sungainya. (1)Coklat (2)Merah (3)Jingga (4)Ungu (5)Putih (6)Kuning (7)Hijau yang tak kelihatan dalam gambar di atas. Masa tu barulah tersedar yang kami terlama di bahagian yang kurang penting. Dari pintu masuk, patutnya kami habiskan lebih masa di bahagian kanan. Itupun untunglah Moi dan Niza beriya-iya nak berjalan, kalaulah aku... dah balik dah rasanya dan seterusnya menyesal. 



View banyak yang cantik-cantik sebelah sini. Warna batuannya pun memainkan peranan. Waktu ni kalut dah masing-masing sebab berjanji dengan Kak Ita, terlewat setengah jam masa, tetap juga...

 ... bergambar,

bergambar,

dan bergambar,

...serta bergambar, masa ni dah tak tau nak gayakan apa. Duk terfikir, cane Kak Ita menunggu kami.

Hampir sejam menunggu (dari masa yang dijanjikan), total hampir dua jam lebih dalam tempat ni, teka siapa yang marah kami. Bukan Kak Ita tapi abah driver. Dia kata tak pernah lagi dia bawa tourist spend masa hampir lima jam dari tempat makan buah sampailah ke sini. Kami rasa semua tourist tu menghadapi simptom yang sama, rasa tempat ni biasa-biasa dan tak nampak bahagian kanan yang lebih menakjubkan.

Alhamdulillah, dapat kawan species Dora the explorer. Kalau tak, menyesal besar! Masa kami keluar dari tempat ni, berduyun local tourist datang. Kami ja yang cekal, kuat dan tabah datang tengahari centung. Muka aku sunburn teruk, tetap... puas hati.

Dah buat perangai, ada lagi hati nak bergambar di celah-celah bunga matahari, heh sori abah driver nak layan. Membebel-bebel masa kami minta dia berhenti di situ. Hahahaha... Iyola, mohla balik Burqin. Harus lapar giler beliau melayan kami-kami ni 😂.

Sunday, September 2, 2018

Catatan Perjalanan Jia Dengyu - Burqin

Perancangan hari ni ialah ke perkampungan Hemu di mana tinggalnya suku kaum Tus. Istimewanya disini ialah rumah mereka diperbuat dari batang pokok hemu. Selebihnya yang aku rasa lebih kepada photoshoot view yang cantik-cantik la kan.

Takdir Ilahi hujan turun. Tak lebat tapi abah driver kata awan gelap di perkampungan sana. View khabarnya lebih kurang Kanas, bezanya ada binaan rumah yang aku mention kat atas tadi. Memang ya pun, aku pernah tengok video dan memang itulah keistimewaannya. Kalau hujan, pic kurang cantik atau mungkin lansung ta dapat amik pic kalau turunnya lebat.

Berkira-kira, pertama yang bagus kos kurang sebab harga nak masuk sana hampir RM100++. Tah dapat amik pic tah tidak. Kalau cancel plan, maknanya kami berpeluang jalan-jalan ke Burqin.

Apa-apa hal sarapan dulu dan ada masa untuk berfikir lagi. Mana tau tiba-tiba matahari muncul.


Selepas sarapan riang ria, awan tetap berarak mendung kelabu.

Kesudahannya ialah tak pergi Hemu Village. Jomlah teruskan perjalanan ke Burqin. Disebabkan ada masa yang diluangkan, kami request nak turun amik gambar kalau jumpa unta liar tepi jalan. Kemain permintaan. Semalam ada nampak tapi rushing nak kejar Kanas. Seperkara lagi kalau unta peliharaan harus kena bayar duit untuk amik gambar. Alang-alang dah berjimat, jomlah jimat terus.

Haruslah jumpa. Alhamdulillah.

Hai unta liar tepi jalan.

Mehla amik sekeping bersama abah driver ~ Mr. Lang

Disebabkan kami behave (ye ke?) abah driver berhenti singgah di satu lagi tourist attraction tepi jalan. The Kazakh Cultural Park of Akkungay Grassland Stone Statues. Teringin juga kununnya nak masuk, tapi bila dengar harga tiket, cancel terus. Kata nak jimat tadi kan? Haha.

 Luas rupanya. Baru perasan. Patutlah tiket mahal. Nasiblah Niza ada amik pic.

Disebabkan tak masuk nak jimat kununnya, kami ke seberang jalan bergambar apa ke lagi. Tu yang seberang jalan sana tu kawasan Kazakh Cultural Park of Akkungay Grassland Stone Statues.



Pada ketika aku menaip ni, baru aku faham kebimbangan abah driver dengan tabiat bergambar kami yang extreme ku kira. Masa ni kami berada di luar kawasan tourist attraction tau, bergambar sahaja bukan membaca atau ada apa-apa aktiviti pun, tapi kami biasanya teringat nak kembali ke pangkal jalan hanya selepas satu jam atau lebih berlalu.

Ta dapat ke Hemu, bergambar di rumah ala-ala Hemu pun jadilah.

Sejujurnya aku suka gambar di atas. Kontra jelas. Aku pulak pakai warna merah wow. Antara yang aku belajar; masa travel sila pakai warna terang biar dalam gambar kau menonjol gitu. Tapi kalau perangai/posing kau pelik-pelik , Insha Allah pun akan menonjol jangan risau. 

Macam ni 😜

Selesai buat perangai aneh-aneh, perjalanan kami teruskan. Walau pun menempuh jalan yang sama, tetap rasa takjub dengan pemandangan di kiri kanan...

... dan hadapan jalan.

Perkenalkan speed trap bersama CCTV bersepah-sepah di wilayah Xin Jiang. 30km/j siput tau siput.

Menghampiri Burqin, kami singgah ala-ala RnR, nak ke toilet taraf lima bintang kunun. Sekali toilet kunci daaa... 

 Singgah kedai buah paling hampir dengan toilet lima bintang.

 Beli sebiji sambil merisik khabar kunci toilet tersebut.

Tahu apa jawapannya? Alaaaa pergi ja ke kebun jagung berdekatan dan lepaskanlah di sana. Baiklah... Cancel!

Duduk dan makan je lah buah sambil melemparkan senyuman manis. Nasib bukan terdesak.

 
Shopping lagi. 

Terjebak beli madu ni. Semua Moi punya pasal.

Masa kami sibuk membeli, abah driver sama-sama masuk campur. Tolong check kan madu tu asli ta. China kan terkenal dengan barang fake. Alangkan telur pun boleh di fake kan. Pastu dia bising (style abah-abah) bila Kak Ita beli  candy susu unta (bentuk bulat-bulat). Katanya banyak gula. Tak bagus! Baikkan driver kami? Alhamdulillah.

Sejam lebih juga di kedai buah ni, pastu sambung perjalanan ke Rainbow Beach Scenic jommmm.

Saturday, September 1, 2018

Foodhunt (4) Uyghur Bread. Checked.

Kami ke tempat makan yang sama untuk sarapan pula kali ni. Abah driver memang sifu untuk tempat makan yang sedap, murah dan halal semestinya. Ulang dua kali di tempat yang sama, aku yakin di sekitar Jia Dengyu (tumpuan tourist) tempat makan ni memang yang terbaik. Itu pun, abah duk ulang kata di Burqin makanan lebih murah. 

Alaaa lebih kurang kat Malaysia lah kan. Tempat tumpuan pelancong haruslah harga mahal. Nak murah sarapan pergilah warung Kak Nor, bawah pokok depan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Teh tarik kat sini memang terbaik. Tetiba.


Cara minum teh, Xin Jiang's sytle. Pakai mangkuk excuse me. Teh ada rasa masin, dan sesungguhnya tiada gula. Susu kambing ke susu unta atau susu lembu yang dicampurkan dalam tu, aku pun tak pasti. Sesuailah sejuk-sejuk minum teh panas.

Kami-kami ni dah kenyang belaka, tapi dah alang-alang ke sini meh la pekena roti Uyghur. Foodhunt no 4 checked.


Uyghur bread. Sedap dimakan panas-panas, baru keluar dari tempayan. Kalau macam di atas, kejung keras sedikit liat tapi tahan lama. Buat bekalan pengembara yang bermusafir gitu.


Makan roti Uyghur cicah sup. Asalnya kami minta sup, sup kosong dibaginya, rasa nak nangis. Hahaha. Minta tambah daging kambing, adala dua ke tiga hiris dia letak. Kat sini protein meriah dimakan tengahari ke malam je agaknya. Sudahnya minta tambah lagi organ dalaman. Tuk aku sebab yang makan dari hujung ke hujung aku ja.

Bermain-main ya kamu. Terlebih karbo rasanya ni.

Terlebih karbo tapi minta pau kambing pulak. Siapa yang lapar sebenarnya?

Bukan sepatutnya beliaukah?


Stall untuk membakar samsa (yang kami makan lunch semalam)

 Oh, ini rupanya cara pembuatan roti berminyak yang (pun) kami makan semalam.

Roti samada roti uyghur atau roti minyak (maaf tak tau nama spesifik), dua-dua tasteless sesuai dimakan dengan sesuatu yang lain seperti sayur-sayuran atau cicah sup dan apa-apa sewaktu dengannya. Pau kambing sedap! Sup kalau banyak protein plus organ dalaman (tuk tekak aku) memang sedap. Teh ~ aku prefer teh O lagi.