Sunday, August 26, 2018

World Ghost City Wuerhe

Dari pembacaan awal, namanya menyeramkan kerana ketika angin bertiup bakal kedengaran bunyi seakan-akan suara orang bercakap, berbisik, menangis... Menjelang senja (angin bertiup lebih kuat), bunyi tersebut akan jadi lebih meriah acah-acah ada kenduri di kawasan tu.

Mungkin aku melebih-lebih, tapi lebih kurang macam itulah maksudnya.

Macam bentuk apa ke batu ni, adalah guide tu bagitahu tapi tak faham. Nasib-nasib Moi bantu translate kan.

Yang ini aku ingat. Batuan terbentuk secara semulajadi seperti singa laut pass bola pada seekor lagi singa laut.

Seperti ditarah, tapi bukan... semua ini semulajadi begini.

Satu lagi amazing view.

Kesemua batu-batu ni terbentuk disebabkan tiupan angin yang kuat dikawasan ni. Ada macam-macam bentuk, Subhanallah ciptaan Ilahi. Di sini juga merupakan lokasi pergambaran Crouching Tiger, Hidden Dragon. Aku pernah dengar tajuk filem sebab Dato' Michelle Yeoh berlakon, tapi tak pernah tengok pun.

Ya, disinilah tempatnya.

Kawasan ni luas, tapi no worries train disediakan. Siap ada nombor tempat duduk. Train akan pusing keliling sambil guide terangkan apa itu dan ini dalam bahasa Mandarin. Di tempat-tempat terpilih, train akan berhenti selama 10 minit untuk bergambar di kawasan sekeliling. Pandai-pandailah menggunakan masa. 

Kami, dah standby siap... once train berhenti, akan cepat-cepat keluar dan cari spot bergambar yang jauh dari orang ramai. Dapatlah feel kunun kami-kami ja yang berada di kawasan tu. Walhal, Subhanallah orang ramai. China sedang bercuti ya. Cuti summer. Ala-ala cuti sekolah bulan Disember di Malaysia. Boleh bayangkan betapa ramainya orang di SEMUA attraction places di China. Mampu?

Berlari nak ke kawasan ni (yang jauh sikit dari train) itu pun sebelah kanan gambar aku dah crop pic orang lain.
Acah-acah percutian eksklusif.

Alhamdulillah, selesai tour di World Ghost City Wuerhe, jam 9.00 malam. 😊

Ada ke antara kami dapat dengar bunyi ala-ala ghost tu? Takkkkk... yang kedengaran suara sendiri-sendiri ja. Sibuk berkejaran nak amik pic awesome dan ingatkan masing-masing kalau dah nak masuk 10 minit. Haha

Saturday, August 25, 2018

Foodhunt (2) Da Pan Ji. Checked

Da - Besar          Pan - Pinggan          Ji - Ayam


Ayam Pinggan Besar.

Pinggan dia memang besar, untuk seekor ayam (kampung). Kami kongsi makan berempat dengan abah driver. Jenuh nak habiskan. Kami, abah lebih tepat tambahkan dua pinggan laghman (macam keow teow aku tengok) bersama sayur (tuk Moi) tapi kami bedal sayur tu bersama-sama. Dalam Da Pan Ji, sayur yang ada dalam pinggan hanyalah cili hijau tu. Besar-besar dia potong. Rasanya, berempah. Agak pedas. Makan dengan cili bertambah pedas. Cuaca pulak panas. Ngam.

Cara nak makan, sepatutnya ratah ayam dan cili (wow) sampai ala-ala dah nak habis, baru kau curah laghman yang kau order dalam pinggan ni. Sebatikan dengan kuah ayam, sambung makan laghman pulak. Abah bagitahu, tapi kami buat cara kami.  Alangkan nak habiskan seekor ayam pun 'berusaha', tak terbayang macam mana nak habiskan laghman pulak. Aduiiii...

Alhamdulillah, makanan dalam wishlist dapat kami rasa pada hari kedua kami berada di sini 😄

Perkenalkan chef in action

Cili datang dari kebun belakang kedai

Ayam pun datang dari belakang kedai (sebelah jamban). Gemuk-gemuk ayamnya.


Summer di Xin Jiang memang meriah dengan buah-buahan. Terutamanya honey dew. Tiga kali kami makan honey dew sepanjang berada di wilayah ni. Paling sedap, paling lembut, tekstur smooth datangnya dari trak comel pak cik baju biru yang mundar mandir dua tiga kali depan kedai kami makan. Sudahnya abah belanja kami sebiji. Serius sedap. Paling sedap.

Friday, August 24, 2018

KAKOM 2018 : KM Selangor

Sekali lagi, seperti yang diidamkan semasa aku bertugas di SMK SS17 dahulu. Kali keenam Allah izinkan aku bawa team basketball. Dari pengurus, update jadi coach, update jadi pengurus-coach. Tak kisahlah apa pun jawatannya, tetap aku akan datang bantu selection, tengok-tengokkan latihan, terkini (tahun ini) aku upgrade diri aku jadi pengadil jelmaan. Hehe

Kali ini KAKOM kembali jadi centralized seperti tahun 2012 di KM Kedah dan 2014 di KM Pulau Pinang. Maknanya, kembali bertanding 16 buah kolej matrikulasi. Maksudnya, bertambah besar jurang nak mendapatkan pingat.

Waktu latihan aku tengok player perghhhh tersusun cantik taktik, teknik dan strategi. Waktu semakin suntuk tapi tup tap tup tap peroleh rezeki nak friendly match tiga kali dalam masa enam hari sebelum menjelangnya KAKOM. 

Pertama dengan Sains Tuanku Jaafar. 

 Kedua dengan kakak senior silver KAKOM 2016. 

Ketiga dengan SJKC Chung Hwa. 

Waaaa... aku rasa ini ialah friendly match terbanyak kami pernah buat sepanjang-panjang aku bawa team basketball. Satu dari tiga friendly match, kami menang. Selebihnya pihak lawan.

Takpe. Kata friendly. Jadi kita chill relax ajelah kan. Aku pun rendahkan expexctation. Sebelum friendly berangan jugalah dapat bulan ke bintang ke matahari ke. Selepas friendly, barulah berpijak dibumi yang nyata dan rata. Aku pun tah pesal rasa plain. Kalau dulu punya berdebar-debar, sekarang... faktor umur agaknya.

Khamis pagi gerak ke KMS. Patut tengahari. Awalkan sebab nak test court kunun. Dah sampai sekali tengok court baru nak prepare daaaaa... Apa nak buat. Jam 3.00 petang khabarnya boleh test court. Sekali datang, satu court ja boleh test. Dua lagi court still in progress. Untunglah juga KMNS sampai awal. Dapatlah cuba sejam. Kolej lain? Berebut-rebut. 

Ketika kolej lain menderu-deru turun. Kami bersurai pergi jalan-jalan tengok gerai. Erata. Budak-budak basket yang pergi merayau. 

Aku naik Bukit Jugra bertemankan Moi dan Fida. Heii sempat ja. Hendak kan seribu daya...

Jumaat, game peringkat kumpulan bermula. Kami Kumpulan D bersama KM Perlis, KM Kelantan dan KM Kulim. Game pertama dengan KM Perlis, menang berdebar 19 - 6. Game kedua menang lagi 13 - 2 bertemu KM Kelantan. Game ketiga, aku baru tau jam 1230 tengahari bahawa KM Kulim tak hantar team perempuan. Tak tau nak gembira ke nak apa. Gembira la kot sebab selamat main dua game ja hari pertama. Maka jadilah kami juara Kumpulan D, bakal bertemu KM Perak di suku akhir esok.

Teng teng teng... masa ni expection aku ialah, tolonglah dapat pingat buat kenangan. Lepas suku akhir sah dapat bronze. Jadilah kan dari tiada. Bukan untuk aku, tapi untuk budak-budak. Aku punya pingat dah banyak aicehhhh... Bila expectation aku begitu, maka stres lah aku menjadi. Aku selalu macam ni. Bercakap kemain ngan player, my intention is to grant you with experiences that you can bring forever and ever in your life. Medal is bonus... cehcehcehhhh.

Dalam hati, tolonglah dapat pingat warna apa tak apa, janji sesuatu untuk kenangan. Biarlah aku stres sorang-sorang. Player tak payah. Lilin sangat kan?

Suku akhir yang berdebar itu, Alhamdulillah menang lagi 17-14. Alhamdulillah, tadi aku kata nak pingat kan? Allah izinkan. Tapi sebagai manusia biasa... alang-alang dapatlah masuk final. Tapi separuh akhir tahu dah jumpa siapa. KM Labuan. Hahaha. Tak tahulah apa badi asyik jumpa KM Labuan setiap tahun (kecuali 2017 sebab basketball tak dipertandingkan). 

Permainan adalah sangat mendebarkan, fight orang putih kata. Aku puas hati sebab KM Labuan menang tak mudah. KM Labuan menang dengan mata 24-20. Beza dua basket dengan dua player utama kami penalti kena keluar court. Masa tu tak tau nak kata apa. Walau pun puas hati sebab game fight tatap rasa... Alahaiii kalaulah menang... Manusia biasa aku ni rupanya belum sampai tahap wali-wali... Sedarlah engkau, bersyukurlah...

Allah beri gangsa. Alhamdulillah. Tempat ketiga dari 15 buah kolej. Heiiii u alls awesome lah!

Team aku tahun ni quite good. Aku ada player yang boleh main dengan baik. Bukan satu tapi lebih dari itu. Cuma rezeki kami nakkkkk juga jumpa KM Labuan di peringkat separuh akhir, maka tersekatlah kami kerana aku minta pingat apa-apa warna kan tadi. Allah dah bagi jangan merungut haaaaippppp!

KMNS untuk KAKOM 2018, mendapat tempat ke-7 dengan 3 perak dan 2 gangsa. Tahniah!

Tahun depan InshaAllah ke Perlis pula. Siap-siap bawa passport lah. Mana tau Allah izinkan, bolehlah aku bersawadikap di sempadan sana. Jommm bersawadikap bersama-sama. Jom.

Thursday, August 23, 2018

Catatan Perjalanan Urumqi - Changji - Wuerhe - Karamay - Burqin

Panjang title post, sebegitu jugalah panjangnya perjalanan kami. Atas kertas tulis 680km, 10 jam. Hakikatnya 680km, 16 jam. Yang 10 jam tu aku rasa direct dari Urumqi ke Burqin (sebut buerjin). Tak kencing. Tak makan. Tak berhenti turun kereta hadap abang SWAT berkali-kali. Tak singgah Ghost City di Karamay.

Sebaik sarapan di Xilaishun Hotel, kami gerak jam 9.30 pagi. Bermulalah perjalanan kami menuju ke arah luar bandar bersama-sama Incik Lang (pasni aku mention abah ja hehe). Kereta SUV abah Lang ada sistem auto boleh kesan speed trap. Hoihhhh merata speed trap kat sini. Bayangkan, punya laju abah bawa kereta (60-70km/j) tiba-tiba slow sampai 10km/j. Patuh sungguh, sebab kalau tak patuh tertulis atas papan kenyataan ~ "Kau akan menyesal seumur hidup". Lebih kuranglah maksudnya Moi translate kan. Aku dengar pun dah seram.

Sebaik keluar dari bandar Urumqi, hadap roadblock pertama. Polis biasa ja, jadi lalala lepas. Itu pun abah berkali-kali suh kami diam, jangan pandang muka polis, buat-buat blur. Baik. Terus menuju ke pinggir bandar sebuah pekan dikenali sebagai Changji.

 Pekan Changji

Tol

Melepasi pekan Changji, kami masuk kawasan pertanian. Ladang yang kami jumpa buat permulaan ialah ladang pokok kapas sejauh 200km. Panjang giler wehhh. Sepanjang-panjang perjalanan saujana mata memandang kapasssssss ja. Tidur-bangun-tidur-bangun-tidur heiiii mengapa kapas lagi. Harharhar.

Sempat singgah RnR tuk ke tandas. Tandas di China ialah China style. Tiada kepala paip. Kami memang standby air paip satu botol ke mana-mana kami pergi. Tahi tak turun sana-sini di mangkuk tandas tu biasa, Malaysia yang merata kepala paip pun ada, inikan pulak yang tak menyediakan air. Yang rare ialah orangnya dan pintu tandasnya (tak boleh kunci atau tiada lansung pintu). Haha. Terhibur kami ketawa tak henti dengan kenangan di toilet sepanjang pengembaraan kami.

Belum campur tradisional toilet yang kami jumpa di tempat kami berhenti makan. Selain toilet semula jadi. Cerita toilet nanti sambung (kalau teringat).

Satu dari RnR yang kami berhenti tuk nature call.

Roadblock yang kedua kami hadap ialah dengan abang SWAT. Seperti yang aku cerita di entri sebelum. Setiap kali jumpa abang SWAT harus kami turun dari kereta, 'berkenal-kenalan' dengan mereka. Walau pun abah ulang-ulang zikir mantera "Diam. Jangan pandang muka polis. Buat-buat blur/ tidur". Heh jangan harapppp.

Mula tu, berdebar. Haraplah jangan kena turun dari kereta. Lama-lama... "Okay, jom kita turun kereta", walaupun roadblock tu nunnn sinun tak sampai lagi pun. Tahu memang akan kena punya. Abah terusan membebel (macam abah-abah), salahkan kami sebab pandang muka polis la, kurang blur lah. Risau sangat beliau (macam abah-abah) kami sampai lambat ke destinasi tak sempat nak explore keindahan Xin Jiang.

Aku berdebar risau polis suh tanggal tudung ja. Alhamdulillah, tiada pun. Sekadar catat perjalanan. Amik gambar passport. Soal jawab (dengan Moi ajelah mampu). Mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Xin Jiang ialah kawasan yang pernah bergolak (atau sedang bergolak). Sekurang-kurangnya kami sebagai pelancong, berada dalam kawasan yang selamat dari sebarang ancaman. Alhamdulillah.

Lanje satu view sepanjang perjalanan (tak tahu lokasi spesifik). Maaf, gambar abang SWAT wat peace tada. Alangkan polis biasa pon aku takut nak capture pic. 

Selain pokok kapas, ada juga nampak selit-selit pokok bunga matahari. Tapi tak semeriah yang aku nampak di You Tube. Kalau nak minta turun amik pic memang tak logik ja. Highway kot. Tak mengapalah. Kalau ada rezeki mesti dapat amik pic di celah-celah bunga matahari.

Now cerita tentang stesen minyak. Stesen minyak di Wilayah Xin Jiang macam kem tentera. Berpagar kawat duri gulung-gulung. Nak masuk stesen minyak kena berhentikan kereta. Diperiksa oleh pengawal keselamatan. Bonet kereta dibuka dan diperiksa. Once okay, penumpang dipersilakan turun dari kereta. Kau jalan di luar pagar tuk ke hujung jalan keluar. Pemandu ja boleh masuk.

Eh seronok masing-masing kena berjalan dari arah sana ke sini di terik sinar mentari.

Ada can nak photoshoot ala-ala di Arizona.

Satu dari stesen minyak

200km hadap kapas, abah berhenti di kedai makan. Disini, satu lagi foodhunt checked. Da pan ji (ayam pinggan besar). Selesai lunch, kami sambung sambung perjalanan ke Karamay yang dikenali sebagai bandar minyak. Masa ni mata kembali terang sebab pertama kali menyaksikannya. Sibuk turun-naik-turun-naik tingkap kereta nak amik pics (aku la tu)sampai kena tegur dengan abah. Dia tegur melalui Moi. Moi translate kan untuk kami. Jadi kurang feel, so aku turun-naik-turun-naik tingkap kereta lagi.

 
Merata-rata nampak mesin ni di sepanjang-panjang perjalanan. Perghhhh kaya Wilayah Xin Jiang dengan hasil bumi. Tadi pertanian. Now is oil!

Di sini letaknya, World Ghost City. Aku fikir hari kelima baru kami ke tempat ni (dari itinerary). Mungkin ada hikmahnya kami pergi sekarang. Cuaca pun sangat-sangat baik. Excited ja masing-masing walau pun menempuh sudah perjalanan hampir 419km. Fuhhhh...

Selesai di World Ghost City hampir 9.00 malam.

Teruskan lagi perjalanan ke Burqin (Russia Town). Waktu tu cuaca dah hampir gelap. Kurang nampak apa yang ada di kiri kanan jalan. Cuma nampak lembah berbalam-balam. Itu pun sekali lagi  kena turun dari kereta di check post, bertemu abang SWAT. Waktu kena turun, Ya Rabb cuaca punya sejuk. Sejuk sangat-sangat ditambah dengan angin kuat. Dah tau, hala ke Burqin sejuk. Tapi tak sangka sesejuk ini.

Sampai di Burqin jam 1.00 pagi. Kesian abah driver kelaparan. Kami tak rasa lapar tak rasa apa (walhal melantak biskut, roti, coklat dalam kereta). Jam 1.00 pagi, kedai dah tutup. Kalau buka pun, makanan dah habis. Sudahnya, kami balik hotel check in, excited nak jumpa katil dan abah dilaporkan makan mi segera malam tu di lobi hotel 😁

Monday, August 13, 2018

Foodhunt (1) Laghman. Checked.

Laghman atau mee tarik. Kat sini memang femes dengan laghman. Kalau tanya google, laghman is must try food at Xin Jiang. Merata kami jumpa selain di bandar Urumqi. Burqin, Jia Dengyu, Tulufan. Semua ada serve laghman. Tapi kami hari pertama di wilayah Xin Jiang, dah cari laghman. Kenyang dengan nasi dalam flight. Sampai pun dah malam. Just nak lapik perut.

 Ini kedai yang kami datang untuk cuba laghman. Dekat ja dengan hotel kami. Walking distance. Driver rekemen, pekerja hotel rekemen. Orang pun ramai di kedai ni.


 Kebanyakan kedai makan yang kami sempat pergi di Barat China, akan hidangkan bawang putih mentah dan cili berminyak Xin Jiang style.

 Air teh, tanpa gula adalah satu lagi kewajipan. Duduk-duduk ja, zapppp hidang teh.

 Eh, seronok jadi pelancong. Lansung rasa tak bersalah amik pic makanan bertubi-tubi.


Haaaa inilah laghman, handmade. Semua chef di kedai makan buat sendiri mi tarik ni. Nak yang macam mana. Bagitahu sahaja. Nak halus macam mihun boleh. Nak tebal boleh. Nak sederhana pun boleh. Ada macam-macam cara nak makan laghman. Ini satu darinya. Patut kuah tu curah atas laghman dan makan. Kami lain style makan, sebab berkongsi.

 Tak tahu nama kedai. Tapi sebelah kedai ni ada kedai buah. Macam-macam buah ada dari hujung ke hujung. Geram ja rasa nak beli, tapi bila nak makannya.

 Ni satu lagi, anggur. Moi kata, nanti beli di Tulufan. Anggur tersedap di dunia letaknya di Tulufan. Wow...

Pulang ke pangkal jalan. Buat macam jalan sendiri sebab dah malam sangat. Jam 2300 lebih kurang.

Kembali ke Kompilasi Kembara Wilayah Barat China

Urumqi, Xin Jiang

Urumqi (sebut urumci) ialah ibu negara Xin Jiang. Sebelum terbang aku ada baca sikit-sikit, sebutnya Urumqi ialah hub untuk laluan sutera. Terus aku terbayang pedagang-pedagang naik unta lalu padang pasir bawa hasil dagangan. Sebab itu yang aku belajar dulu untuk subjek Sejarah. Bercampur dengan kisah pergolakan dan kawalan ketenteraan yang ketat di Xin Jiang. Kesimpulan yang aku rasa ialah, Urumqi seperti sebuah pekan kecil, lebih kurang macam Limbang, Sarawak.

Mula-mula sampai aiport, oh besar juga (sebab international kan). Keluar dari airport, okay besar giler kereta kebal dengan dua orang tentera siap bersenjata lengkap beruniform. Naik kereta menghala ke hotel (tengah bandar) ambil masa dalam 30 minit melalui highway bertol! Tiada padang pasir apatah lagi unta lalu lalang. Kebanyakannya kenderaan jenama China. Macam-macam. Aneh-aneh. Kadang-kadang nampak juga jenama Volkswagen, Honda, Toyota. Tapi majoriti jenama kebangsaan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi

Masuk tengah bandar, waaaaa besar. Bangunan pencakar langit penuh sana sini. Dah macam Kuala Lumpur ja aku tengok. Tapi Kuala Lumpur lebih jam. Adalah sekali merasa jam versi Urumqi semasa perjalanan pulang dari Burqin (hali kelima). Itu pun sebab kawalan keselamatan plus orang balik kerja.


Seperkara yang unik tentang Urumqi ialah papan tandanya. Maklumat ditulis dalam kaligrafi China dan jawi bahasa Uyghur. Mula tu cubalah nak baca kunun. Tapi tersedar, ini bukan bahasa Arab. Tapi bahasa Uyghur yang ditulis dalam Jawi.



Apa yang aku nak cerita lepas ni tentang Urumqi adalah berdasarkan pemerhatian yang sangat terhad. Kami disini tiga hari tapi malam baru sampai di hotel. Tak sempat pun nak jalan-jalan sekitar Urumqi. Sekadar lalu lalang (ketika naik kereta) atau berjalan di hari pertama pergi cari laghman (mi tarik) di sebuah restoran. Tu aje. Takpelah. Meh aku kongsi info...

Kedai-kedai makan banyak. Isu kebuluran tak wujud. Portion besar-besar. Kami sokmo kongsi makan. Dan semua yang aku nampak ialah kedai makan yang halal. Moi yang bagitahu sebab dia baca nama kedai. Kalau nama keluarga 'ma', biasanya muslim. Takpun pekerjanya pakai ala-ala kopiah atas kepala. Hotel pun banyak. Betul-betul sebelah hotel kami, ada lagi seketul hotel. Selain itu, kami berpeluang nampak dua tiga buah masjid. Tapi tenggelam dek pembangunan. Nampaklah kubah sipi-sipi, jadilah. Nak dengar azan memang jangan haraplah kan. Nak solat dalam tu? Tak dibenarkan. Lelaki ja. Ehmmm...

Disini yang naik motorsikal, tak pakai helmet. Siap boleh duduk dengan gaya ayu (pembonceng). Bas banyak dan ada laluan khas untuk bas. Masa kami datang, depan hotel naik rel untuk komuter atau seumpamanya.

 Sementara nak tunggu sarapan jam 8.30 pagi, berjalan la sikit di sekitar hotel.

 Acah-acah tahan bas. Sekali bas berhenti, gabra pulak.

Banyak tempat menarik kalau gi google sekitar bandar Urumqi. Ada Grand Bazaar tuk shopping barang Xin Jiang, ada Muslim street food macam di Xi'an, jual pelbagai makanan orang tempatan. Khabarnya, street food ni berhampiran masjid. Tapi seperti yang aku khabarkan di perenggan awal, masa kami terhad di Urumqi. Tu pun minta Incik Lang bawa kami ke Grand Bazaar, amik pic pun jadilah. Dah malam, apa lagi yang mampu kami buat. Huhu

Pendek cerita. Urumqi sebuah bandar maju. Penuh dengan kawalan keselamatan. Polis biasa ada, polis SWAT pun ada. Kalau jumpa dengan polis SWAT, sah kami kena turun kereta, disoal (ini part feveret Moi), dicatatkan perjalanan dan maklumat passport. 15 minit confirm burn. 

Tatkala ini kami rindukan abang SWAT. Kahkah. Masa kena tahan kemain berdebar. Dah tiada , terindu pulak. Haaaipppp!

Sunday, August 12, 2018

Xilaishun Hotel, Urumqi

Jumlah hotel tempat kami menginap sepanjang sembilan hari ialah sebanyak lima buah. Inilah hotel yang mempunyai variasi makanan paling banyak semasa sarapan. Jadi tepek gambar makanan dulu.

 Pinggan aku. Pinggan Moi.

 Pinggan Kak Ita dan pinggan Niza.

Rasa. Okaylah. Terasa kecinaannya. Mungkin tak kena dengan tekak Malaysia. Tapi Alhamdulillah aku habiskan semua yang ada atas pinggan aku. Selalu-selalu aku culik makanan yang aku nak rasa tapi tak pasti boleh habiskan, dari pinggan Moi. Hehe.

Tepek pinggan baru tepek orang. Moi, Kak Ita, aku dan Niza.

Hotel ni juga tempat kami menginap paling lama. Tiga malam. Kelima-lima hotel kami diurus tempah oleh koordinator yang memiliki smiling eyes. Dia tak senyum pun, tapi nampak cam senyum. Kami jumpa beliau pada hari kelima, itu pun bertembung di RnR. Beliau uruskan local tourist. Koordinator kami bagus. Dia carikan hotel yang dekat ngan tempat makan. Walking distance. Di Urumqi, Burqin, dan Xi'an juga. 

Food hunting siri pertama. Target laghman (mee tarik). 

Untuk pengetahuan, tourist hanya boleh menginap di hotel 3 bintang dan ke atas sahaja. Itu pasal bilik kami macam bilik orang ada-ada. Mohla masuk bilik.

 Bilik kami hari pertama.

 Aku namakan bilik cermin, penuh cermin keliling bilik.

Tepi ni pun letak cermin.

Lobi hotel.

Cubaan kali pertama guna tripod. Yang setting tripod biasanya Incik Suami. Kali ni belajar buat sendiri. senget dan kurang molek. Patut zoom lebih dekat. Kurangkan bahagian bawah. Takpe aku akan belajar. Aku akan improved!


She is a muslim, but she can't wore a tudung if she work at hotel or any industry at Urumqi / Xin Jiang province. Yang boleh bertudung ialah yang berkahwin, itupun kena nampak telinga dan leher. Sedih dan betapa bersyukurnya kita di Malaysia, Allahuakbar. Nampak tu, tu belakang sana. Mesin scan. Masuk hotel kena scan. Scan beg. Scan orang. Yang merata travel pun terkejut. Aku apatah lagi. 

 Lepas breakfast, bersedia tuk memulakan perjalanan yang jauh. Sangat jauh.