Monday, August 13, 2018

Foodhunt (1) Laghman. Checked.

Laghman atau mee tarik. Kat sini memang femes dengan laghman. Kalau tanya google, laghman is must try food at Xin Jiang. Merata kami jumpa selain di bandar Urumqi. Burqin, Jia Dengyu, Tulufan. Semua ada serve laghman. Tapi kami hari pertama di wilayah Xin Jiang, dah cari laghman. Kenyang dengan nasi dalam flight. Sampai pun dah malam. Just nak lapik perut.

 Ini kedai yang kami datang untuk cuba laghman. Dekat ja dengan hotel kami. Walking distance. Driver rekemen, pekerja hotel rekemen. Orang pun ramai di kedai ni.


 Kebanyakan kedai makan yang kami sempat pergi di Barat China, akan hidangkan bawang putih mentah dan cili berminyak Xin Jiang style.

 Air teh, tanpa gula adalah satu lagi kewajipan. Duduk-duduk ja, zapppp hidang teh.

 Eh, seronok jadi pelancong. Lansung rasa tak bersalah amik pic makanan bertubi-tubi.


Haaaa inilah laghman, handmade. Semua chef di kedai makan buat sendiri mi tarik ni. Nak yang macam mana. Bagitahu sahaja. Nak halus macam mihun boleh. Nak tebal boleh. Nak sederhana pun boleh. Ada macam-macam cara nak makan laghman. Ini satu darinya. Patut kuah tu curah atas laghman dan makan. Kami lain style makan, sebab berkongsi.

 Tak tahu nama kedai. Tapi sebelah kedai ni ada kedai buah. Macam-macam buah ada dari hujung ke hujung. Geram ja rasa nak beli, tapi bila nak makannya.

 Ni satu lagi, anggur. Moi kata, nanti beli di Tulufan. Anggur tersedap di dunia letaknya di Tulufan. Wow...

Pulang ke pangkal jalan. Buat macam jalan sendiri sebab dah malam sangat. Jam 2300 lebih kurang.

Kembali ke Kompilasi Kembara Wilayah Barat China

No comments: