Urumqi (sebut urumci) ialah ibu negara Xin Jiang. Sebelum terbang aku ada baca sikit-sikit, sebutnya Urumqi ialah hub untuk laluan sutera. Terus aku terbayang pedagang-pedagang naik unta lalu padang pasir bawa hasil dagangan. Sebab itu yang aku belajar dulu untuk subjek Sejarah. Bercampur dengan kisah pergolakan dan kawalan ketenteraan yang ketat di Xin Jiang. Kesimpulan yang aku rasa ialah, Urumqi seperti sebuah pekan kecil, lebih kurang macam Limbang, Sarawak.
Mula-mula sampai aiport, oh besar juga (sebab international kan). Keluar dari airport, okay besar giler kereta kebal dengan dua orang tentera siap bersenjata lengkap beruniform. Naik kereta menghala ke hotel (tengah bandar) ambil masa dalam 30 minit melalui highway bertol! Tiada padang pasir apatah lagi unta lalu lalang. Kebanyakannya kenderaan jenama China. Macam-macam. Aneh-aneh. Kadang-kadang nampak juga jenama Volkswagen, Honda, Toyota. Tapi majoriti jenama kebangsaan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi
Masuk tengah bandar, waaaaa besar. Bangunan pencakar langit penuh sana sini. Dah macam Kuala Lumpur ja aku tengok. Tapi Kuala Lumpur lebih jam. Adalah sekali merasa jam versi Urumqi semasa perjalanan pulang dari Burqin (hali kelima). Itu pun sebab kawalan keselamatan plus orang balik kerja.
Seperkara yang unik tentang Urumqi ialah papan tandanya. Maklumat ditulis dalam kaligrafi China dan jawi bahasa Uyghur. Mula tu cubalah nak baca kunun. Tapi tersedar, ini bukan bahasa Arab. Tapi bahasa Uyghur yang ditulis dalam Jawi.
Apa yang aku nak cerita lepas ni tentang Urumqi adalah berdasarkan pemerhatian yang sangat terhad. Kami disini tiga hari tapi malam baru sampai di hotel. Tak sempat pun nak jalan-jalan sekitar Urumqi. Sekadar lalu lalang (ketika naik kereta) atau berjalan di hari pertama pergi cari laghman (mi tarik) di sebuah restoran. Tu aje. Takpelah. Meh aku kongsi info...
Kedai-kedai makan banyak. Isu kebuluran tak wujud. Portion besar-besar. Kami sokmo kongsi makan. Dan semua yang aku nampak ialah kedai makan yang halal. Moi yang bagitahu sebab dia baca nama kedai. Kalau nama keluarga 'ma', biasanya muslim. Takpun pekerjanya pakai ala-ala kopiah atas kepala. Hotel pun banyak. Betul-betul sebelah hotel kami, ada lagi seketul hotel. Selain itu, kami berpeluang nampak dua tiga buah masjid. Tapi tenggelam dek pembangunan. Nampaklah kubah sipi-sipi, jadilah. Nak dengar azan memang jangan haraplah kan. Nak solat dalam tu? Tak dibenarkan. Lelaki ja. Ehmmm...
Disini yang naik motorsikal, tak pakai helmet. Siap boleh duduk dengan gaya ayu (pembonceng). Bas banyak dan ada laluan khas untuk bas. Masa kami datang, depan hotel naik rel untuk komuter atau seumpamanya.
Banyak tempat menarik kalau gi google sekitar bandar Urumqi. Ada Grand Bazaar tuk shopping barang Xin Jiang, ada Muslim street food macam di Xi'an, jual pelbagai makanan orang tempatan. Khabarnya, street food ni berhampiran masjid. Tapi seperti yang aku khabarkan di perenggan awal, masa kami terhad di Urumqi. Tu pun minta Incik Lang bawa kami ke Grand Bazaar, amik pic pun jadilah. Dah malam, apa lagi yang mampu kami buat. Huhu
Pendek cerita. Urumqi sebuah bandar maju. Penuh dengan kawalan keselamatan. Polis biasa ada, polis SWAT pun ada. Kalau jumpa dengan polis SWAT, sah kami kena turun kereta, disoal (ini part feveret Moi), dicatatkan perjalanan dan maklumat passport. 15 minit confirm burn.
Sementara nak tunggu sarapan jam 8.30 pagi, berjalan la sikit di sekitar hotel.
Acah-acah tahan bas. Sekali bas berhenti, gabra pulak.
Banyak tempat menarik kalau gi google sekitar bandar Urumqi. Ada Grand Bazaar tuk shopping barang Xin Jiang, ada Muslim street food macam di Xi'an, jual pelbagai makanan orang tempatan. Khabarnya, street food ni berhampiran masjid. Tapi seperti yang aku khabarkan di perenggan awal, masa kami terhad di Urumqi. Tu pun minta Incik Lang bawa kami ke Grand Bazaar, amik pic pun jadilah. Dah malam, apa lagi yang mampu kami buat. Huhu
Pendek cerita. Urumqi sebuah bandar maju. Penuh dengan kawalan keselamatan. Polis biasa ada, polis SWAT pun ada. Kalau jumpa dengan polis SWAT, sah kami kena turun kereta, disoal (ini part feveret Moi), dicatatkan perjalanan dan maklumat passport. 15 minit confirm burn.
Tatkala ini kami rindukan abang SWAT. Kahkah. Masa kena tahan kemain berdebar. Dah tiada , terindu pulak. Haaaipppp!
No comments:
Post a Comment