Monday, February 28, 2011

Air 7 kupang....

7 kupang = 70 sen... Wujud lagi kah air berharga 7 kupang? (bahasa utaranya) Rupanya ada la wehhh... Masa Si Bongsu beli ayaq kat kafe Orion... Dengan excitednya dia kata....

"Air harga 7 kupang ni..."

muka punya gumbira macam twin dapat lollipop. Masa dier ckp tu aku takde la rasa terperanjat...Tapi bila pikir balik, memang tak penah lagi jumpa air berwarna warni bawah RM1 skang. Paling murah RM1..Air mata air pun mahai....


Ni dier air 7 kupang - capture guna nfon Lin
Control abang kat belakang tu makan....

Ntah apasal

... mencurah2 lak idea aku nak berbelog hari ni. Maybe sebab semalam mengada dan kena marah dan kelaparan buat otak aku cair. Aku patut tulis novel. Mesti tak laku...huhu...

Kalau la korang perasan ini entri yang keempat aku tulis hari ni je... tu tak termasuk yang tersembunyi kat belakang ni ... ada dalam dua entri..yang belum published ada empat. Haaaa...amik korang... baca jangan tak baca.... Ada gak entri aku yang agak HOT! maybe kena tapis ngan mana2 Lembaga Penapisan Negara... rasa macam tak lepas lak.....sebab kang ada lak yang campak telur kat aku nanti...(Kalau nak campak, campak la telur rebus yer...)

Owh..perasan tak lagi satu, follower aku dah bertambah... Thanx anak sedara. Kihkih.. 3 bulan berbelog, 3 follower... Blogger promote dan main paksa2 lak orang jadi follower.....hehe... Eh.. I Luv U all tau. Bye.

Aku Yang Beriya2 Nak... Dia lak...

yang beli nfon baru.... Lin, aku nak volunteer jadi spy merangkap Sherlock Holmes tuk menyiasat Misteri Tetiba Beli Nfon Baru.... Mesti ada apa2 ni....Huhu...
Aku dengki sebenarnya merangkap jeles.... Romantic hubby u... aku tumpang gumbira melihat kau gumbira... Macam tajuk lagu lak...

Actually thanx to kawan2 IT merangkap kawan2 kutu merangkap kawan2 bergosip sebab memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penulisan belog aku ni. Bersemangat suruh aku gantikan nfon zaman paleolitik aku ni, mengingatkan aku update blog, siap suruh aku buat Ads tu...Fuhhh.... Kalau la betul2 aku dapat USD70 sebulan... aku bagi Unit TM 17%... ok tak? Yang lagi 83% leh wat modal beli set make up yang terkini. Pastu leh wat keje tambahan - Kelas make-up ala gothic, ala manja mengada, ala arabic, ala pembunuh bersiri dan sebagainya. Mungkin leh terima tempahan tuk andam mengandam....Fuhhh... kaya kita weiiii.....

Rutin Hari Isnin....

Hari Isnin nan indah....Rutin aku akan selalunya sama jer. Berlari gi punch card, pastu pakai pulak kain yang sendat (Baru perasan setiap Isnin aku akan pakai kain lipat sisi...Huh!Misteri) Nak melangkah pun susah. Terpaksa angkat kain macam nak harung banjir sebab nak berlari kan...? Bawak lak beban-beban tambahan. Tak cukup kat belakang, kat sisi pun ada....

Dah punch card (Macam nak beli tiket konsert, sume berasak2 nak punch dulu. termasuk aku) wat lak body stepper, naik ke kubikel nak letak beban. Ucap i luv U pada anak2 kaktus... sebelum turun balik ke computer lab... bermandi peluh, nasib baik masuk bilik berair cond. Masuk kelas, senyum, menyindir dan mengajar......Aku sukaaaa.....Isnin.....

Jom suka Isnin ramai2..... Jom la....^__^
Isnin itu bukan nama orang, tapi nama hari.....Sekian Terima Kasih!

Sesat? I Like...(cepat like gak...)

Aku banyak kali sesat... banyak2 kali... dan sebab tersesat la aku terer jalan.(dengan gaya riak...isk berdosa..^__^)..Tadi sekali lagi aku 'sesat' di area Lapangan Terbang Subang. (aku bukan sesat sebenarnya..aku belajar jalan baru..) Dan hasilnya aku berjaya meneroka jalan lagi... tepuk tangan tuk aku.

Setakat ni aku rasa, leh cover hampir 75.78% area di Selangor. So, jangan ada ati nak campak aku di tepi jalan dengan alasan nak menakut2kan aku. Aku leh hidup... (riak lagi...!)

Tapi aku surender, taknak 'sesat' di KL. Maaf zahir dan batin. Korang bayar pun aku tak hingin...errrr... maybe kalau USD1juta aku redah gak kot..mata duitan!

Friday, February 25, 2011

Why 'Life With a View'

Aku sebenarnya dah plan nak citer macam mana aku dapat idea namakan blog aku Life With a View.

Idea ni sebenarnya datang dari sebuah filem romantik yang bertajuk Room With A View. First time tengok di TV berapa ntah (yang pasti bukan TV7, TV8, TV9 atau TV Al-Hijra) pada tahun 2000++. Dah lama.... Dan masa di USM, kalau gi library bahagian video memang video ni la aku pinjam. tengok banyakkkkkkk kali. Memang banyak dan tak tipu. Aku ada video nya aku download dari YouTube. Aku ada e-booknya. Dan aku hampir-hampir beli novelnya di MPH. Tapi seperti biasa husben aku suka menghalang walaupun aku nak beli guna duit aku sendiri. (Aku pasti akan beli! dan aku memang degil!)

Muvie ni adaptasi dari novel yang ditulis pada tahun 1908 oleh E.M Foster

Ni poster Muvie yang aku suka tu. Year 1986.Best picture tu!

Pakcik Foster memang tak hensem (terus terang cakap. Takde ayat2 berlapik) Tapi romantic gilerrrr.... i luv u!
Ada dua versi muvie tapi aku lebih suka versi pertama... that gurl so cute, so sweet, so adorable and that guy make my heart melt...*sigh*

Antara scene yang aku suka, suka, suka... sangat suka!

Dalam scene ni, her fiance bz baca buku dan diorang berdua main tickle2 ibu jari kaki....Sweetnya!

Ada lagi satu scene ending yang memang sangat2 best sebab akhirnya diorang kawin dan honeymoon di tempat pertama diorang jumpa.... tapi gambarnya kategori 18sx. Tak sesuai letak kat belog aku. Belog orang lain ok kot....hehe

So. itu la sebab aku letak title blog Life with a View... Tukar Room jadi Life... Takkan nak letak Room lak kan...? Dan aku memang sangat menggilai, menjiwai, mendalami, menikmati citer ni... baca novel dier mesti lagi best! Kalau la ada sapa2 nak hadiahkan mesti lagi best kan...

Aku Dan Tapai Ubi Part3

Kuang Kuang Kuang....
Baik aku cepat2 keluarkan first statement.... AKU BERJAYA MAKAN TAPAI UBI BANTING BARU... mengelakkan fitnah2 kepada bibik tercinta...

Balik umah aku terus lari pecut ke peti ais (nangis Usain Bolt kalau dia tengok aku lari secara live), Masih nampak TAPAI UBI berdiri megah sambil berpegangan tangan berdua-duaan. Aku memang yakin yang aku memang ada jodoh yang kuat ngan TAPAI UBI. Aku pun makan (rasa-rasa macam tak baca bismillah)..memang... sedappppp. Aku sebenarnya suka menerai TAPAI UBI seluruh Malaysia. Dan setakat ini aku rasa baru kali kedua aku jumpa TAPAI UBI yang sedap. So, no wonder bibik aku hilang akal, lupa daratan mahu pun lautan last week dengan menyapu bersih sumer TAPAI UBI yang aku beli.

Dah, aku tak ngidam dan takkan mengada2 lagi bercerita pasal TAPAI UBI sebab aku dah puas makan. Punyala tamak, aku makan dua bungkus. Dan bungkusan kedua aku tak lalu nak abiskan pun.... Twin wat main cucuk-cucuk dan angkat dan jatuh dan cucuk dan angkat dan jatuh lagi.....
Bila nak tidur.... Panas.... Hehehe... Tamak dan tamak. PADAN MUKA...


Ni gambar Tapai Ubi yang paling hampir sama macam di Banting Baru yang aku leh google sumbangan empunya blogger itu. Thanx
**Tak puas ati amik gambar orang. Tengah kumpul duit nak beli nfon Sony Ericson dengan kamera 5 megapixel... nanti aku masuk gambar yang real...^__^

Thursday, February 24, 2011

Aku dan Tapai Ubi Part 2

Semalam gi lagi pasar Banting Baru ngan Mak Buyung. Tingin nak makan nasi kerabu dan nak beli gak TAPAI UBI yang maid aku belasah last week. Ok, memang aku dah makan TAPAI UBI ahad lepas, tapi aku nak, nak, nak, nak, nak, nak gak TAPAI UBI pasar Banting Baru. Memang aku mengada-ngada... Cakapla dalam hati kecil atau dalam pankreas atau dalam ginjal, aku tak kisah pun...sebab gaji aku masih lagi RM****.67. Tak luak sesen pun... Teringat, hari ni gaji la weiiii... Weeeee (term twin kalau naik slide ilham dari ibu penyayang yang kurang mithali)

Ok, aku mandi before makan. Mandi selepas makan memang tak best. Lepas mandi, tengok TAPAI UBI yang melambai-lambai manja pada aku, tengok nasi kerabu yang cekak pinggang ala2 ibu tiri dalam citer Bawang Putih Bawang Merah... Aku sebenarnya lapar, kalau aku makan TAPAI UBI yang manja mungkin akan memudaratkan aku. Dah la kat sini sebatang kera. Mengenangkan betapa pedihnya perut time kena gastrik, aku terus amik nasi kerabu. Bila dah makan nasi kerabu (tak banyak pun, setengah jer, tu pun dinasihatkan akak yang jual nasi tu sebab aku sebenarnya mintak suku..) kenyang giler. Eh, aku tak baca alhamdulillah pun malam tadi. Cakap skang aci tak.."Alhamdulillah..."... dan terus rasa full macam makan 2 bungkus nasi penuh. Maka terabaila TAPAI UBI idaman aku tu.

Pagi ni, aku buka peti ais. Nampak lagi TAPAI UBI tu, Hampir2 nak breakfast ngan TAPAI UBI. Tapi, bila terkenang Mr. Gastrik, terus tak jadi. Makan roti expired (ajaran skandal C -roti letak dalam peti ais tahan lama) ngan Ya Allah lupa lagi nama jem yang mahal tu. Serius mahal sebab 1 botol yang lansing harga RM9.89. Bukan nak berlagak sebab beli jem mahal, tapi itu la satu2 jem yang natural sweet, without sugar added.. katanya la. Aku kan nak berdiet konon... Eh, kembali ke citer asal... Dan akhirnya aku tak makan lagi TAPAI UBI tu.

Dan, skang aku cuma berdoa moga-moga aku tak sambung lagi entri Aku dan Tapai Ubi Part 3, sebab kalau sekali lagi maid aku belasah TAPAI UBI idaman tanpa ingatkan majikan comel dier... Aku akan.. akan... akan.... nangis...Uwaaaa....!

**Marila kita menadahkan tangan agar sekurang2nya satu TAPAI UBI tu akan kelak menjadi jodoh ku jua...Aminnn

Wednesday, February 23, 2011

Ha... Tau Pun Senyap.

Hari ni Si Bongsu MC manja gitu. So aku pun gantikan kelas dier. Maaf aku memang tak tau nak ngajar kelas orang lebih2 lagi kalau sesi bersambung2 ni. Memang tak reti sebab gaya pengajaran berbeza. Gaya aku : gaya manja, bergaya, nakal, sinis tepuk menampar berlapik dan perli memerli sedikit sebanyak. Gaya Si Bongsu : No Idea. Len kali kena team teaching ngan mamat perasan ni.

Masuk2 kelas, students wat muka konpius + terpinga2 + terkagum + terkesima dan sebagainya.... sampai aku cakap "Why u look at me like that? Am I too beautiful?" Serius aku cakap... Lantakla korang nak kata per ngan lecturer IT yang memang cantik dan anggun ni walaupun tanpa secalit mekap!

Pastu aku puji la diorang, kata diorang la kelas yang paling terang hati yang diajar oleh Si Bongsu, yang paling laju wat keje, yang paling hebat, yang paling WOW la kesimpulannya. Aku terangkan sedikit sebanyak dengan broken english aku ni then aku suruh diorang wat keje.

In the middle of the class, tetiba terbentuk satu group dihujung class, bercakap punya la kuat. Sampai aku tau per yang diorang bincangkan. Ayam 7 ekor cukup tak, mustard, dan bla bla bla... ok, tak kisah la korang nak berbincang pasal party pe yang korang nak organized tapi perlu ke cakap kuat2? Aku dah jeling2 manja, senyum2 kambing, renung2 laser... pun tak de perasaan. Dannnnnnnn, aku tegakkan badan aku...

"Sos barbeque tak nak beli?"
"Charcoal jangan lupa...."

Diorang gelak2... Pastu jadi senyap. Dan masing2 bersurai wat keje balik. Ayat2 cinta aku cam jampi lak kan? Jeng Jeng Jeng...Sekian Terima Kasih!

Port team Jalan-Jalan Cari Makan : Part I

Di bawah ni aku akan senaraikan port kami unit TM (cehhh... setakat 3 orang pensyarah IT yang tegar gi makan di sana-sini pun leh dikira Unit TM ke?) gi Jalan-Jalan Cari Makan.

Area covered : Banting, Jugra
Time : Biasanya waktu rehat 1 -2 petang.(perkataan 'biasa' di boldkan. Ertinya? Jeng jeng jeng...
Hari : Ikut suka hati perut yang ada kaitan rapat gak ngan duit.Faham kan?kan?kan?

Port biasa o maybe pergi kali pertama pastu tak pergi2 dah...
1. Ani Sup Utara : Suasana sangat kondusif (mcm dalam kelas lak), menarik, eksklusif, interior decorator memang best la. Makanan macam Sup Ani Utara kat mana2 yang korang jumpa... sama jerr.. tak berubah lansung! Memang sangat konsisten. (Satu lagi perkataan tak tahan dengar)

2. Gerai Cendol Kamaruddin Banting : Suasana memang sangat klasik. Tepi jalan raya, bawah tempat parking keta. Kamarudin tu hensem gak (memandai aku cakap hensem, ntah2 Kamarudin tu nama arwah moyang datuk sebelah mak dier) Korang duduk jer, dier terus prepare cendol tuk korang. Takyah order pun, takyah nak kelip2 mata o kenyit2 mata, takyah nak buat bunyi2 mulut panggil dier. Dier dah faham. Menu sangat simple cendol atau rojak atau ko boleh blahhh..... kalau nak order nasi paprik, bukan dier yang tampar2 manja, aku yang tamparkan untuk pihak dier..(eh, emo nya aku!). Tapi memang sedap la cendol n rojak dier. Kalau skandal belanja lagi sedap...^__^

3. Gerai Dengan Payung Kaunter Zakat Pantai Kelanang Yang Kakak tu Ramah Tamah : Nama memang panjang, sebab takde nama kan. Meh akak saya namakan gerai akak sebagai.... ehmmmm....Gerai Sume Makanan Pedas Sedunia Ala Thai. Okay tak? Atau letak Thai's Paradise (Wow! Syabas Ct Norhana! Syabas!) Baru ada Umpphhh... Makanan yang akan terpahat di ingatan aku hingga akhir hayat ialah Megi Kerabu - pedas banget! pedas giler! dan memang pedas la. Tapi tu la makanan yg aku akan order bila gi sana. Makanan yang lain pun sangat sedap. Even air masak yang akak tu buat pun sedap (Okay Ct Norhana, ko memang over!)

Okay setakat tu jer. Tu sebab aku letak Part I. Mesti korang tertunggu2 entri aku pasni yang aku akan update bulan depan...Hahaha.. Saja nak menyeksa batin follower tegar aku (Satu lagi ayat tak tahan dan perasan)...Cau cin cauuuuu...
**Eh eh... rasa nak hug, sambil berbisik.."sabar yer ada 6 hari jer lagi tuk bulan depan..Sabar tau!"...kihkih

Tuesday, February 22, 2011

Antara Aku dan Tapai Ubi

Pada suatu hari, aku telah membeli tapai ubi sebab ngidam nak makan...(Apa?Apa? Asal ngidam jer pregnant ker? Sambil sinsing lengan baju tak puas ati). Ada 3 bungkus tapai ubi dibeli dengan harga singgit je. Mungkin sebab letih + bz konon2... Terlupa nak makan. Esoknya aku teringat dan mencari-cari tapai ubi tu, dalam peti ais takde, dalam kabinet atas takde, dalam kabinet bawah pun takde, dalam tin biskut lagi la takde... Dannnnnn... aku nampak bungkusan tapai ubi tu@daun pisang dalam plastik sampah. Aku kira... mari kita kira sama-sama... 1, 2, 3.... uwaaa... Bibik aku dah sapu bersih sume tapai ubi tu...

Nasib baik takde Batu Belah Batu Bertangkup kat Jugra ni, kalu idak tak pasal2 aku majuk dan melarikan diri ke sana... isk..isk..isk (sambil kesat air mata ala2 Mak Si Pekan tak dapat makan telur ikan tembakul)

4 hari selepas hari kejadian, aku memang berazam akan mencari gak tapai ubi di Pasar pagi Banting bertemankan skandal...(Chin Siew Moi layak dipanggil skandal ke? Hehe...) Jejak je kaki ke Pasar Pagi tu... gerai pertama yang kitorang ketemu ialah gerai yang jual tapai ubi... Fuhhhhh.... aku ngan tapai ubi memang ada jodoh!

"Akak nak 17 tapai ubi.."
"Dik akak jual 3 RM1. Cane nak bagi 17...?"
"Ok la bagi RM1..."

Gembira tul aku, rasa nak lompat tali ... Siap lompat siap silangkan tangan dengan sebelah kaki tu...

Psst... aku tak lompat tali di pasar. Giler per, muka comel, lompat tali!

Monday, February 21, 2011

Aku nak....

Aku nak....
1. Bersolek tebal2. Nak letak eye shadow, lukis eyebrow, concealer, lipstick revlon (cehh demand lak), blusher, bedak asas, bedak tak asas dan apa2 yang sewaktu dengannya... Tapi aku nak pinjam, tak nak beli sebab aku sangat yakin aku takkan pakai forever n ever...Sapa ada full set make up? Angkat tangan. Yang tak ikhlas nak bagi pinjam angkat kaki...

2. Bersedekah banyak2, nak belanja kawan selalu, nak menggembirakan orang lain dengan pemberian kita... So, sapa yang kata aku kedekut, sebab pakai nfon Nokia zaman paleolitik, meh sini aku hug... (biarla org keji, tapi kita tetap balas dengan baik... kan? kan? kan?)

3. Pakai contact lens. Dah lama aku dok pikir samada nak beli contact lens or nak beli spek baru. Rasanya berat ke arah contact lens. Penah try dulu, memang tak best sebenarnya, tapi tu dulu... maybe skang dah len. Perempuan kan suka terseksa kerana nak cantik? Saya perempuan. T.I.T.I.K.

4. Nak bergaya di rumah. Recently aku jatuh cinta ngan diri sendiri. Subhanallah. Dan rasa nak menghargai diri@nak cantik dengan memakai baju ketat macam sarung nangka, dan seluar buggy ala2 zaman Elvis Presley. (Cantik ke?...Suka ati aku la...^__^) Dah usha kat satu kedai ntah pe ke namanya... baru RM10. Kalau beli 5 baru RM50. So, aku tak kedekut kan...?

5. Aku nak naik exercise tiga kali seminggu. Biar aku cergas dan tak malas macam hari ni. (Tapi baru semalam hike Bukit Jugra... Dasar pemalas...) Esok kau mesti berubah Siti Norhana! Kawan2 kalau aku malas gak sok, korang tampar aku dengan manjanya... OK?

Tu aje aku rasa. Aku ni sebenarnya banyak wish list... Tapi yang selebihnya kalau aku ingat aku tambah kat entri lain lak...DARE TO DREAM!!!

Thursday, February 17, 2011

Apa Ada?

Apa ada dalam handbag aku?
Paling tak tahan - sudu...

Apa ada dalam hati aku?
Takde apa2 sebab takde mood.

Tu jer entri orang takde mood hari ni.
Sekian, Terima Kasih.

**Tapi keje stil jalannnnnn....

Wednesday, February 16, 2011

Terkenang-Kenang lak...

KES A
Tempat kejadian : Bilik guru.
Masa : Tengah free - takde kelas
Hari : Panas
Port : Bawah kipas angin

Dialog :-
Cikgu A : Nape ko tak nak make-up? Pakai la eye shadow, mascara, concealer, bedak asas, bedak alas dan bla bla bla......

Aku : Bukan apa. Kita kerja bukan tempat ber air-cond. Panas, turun naik tangga... Nanti make-up cair. Nampak comot. Kalau keje kat tempat ber air-cond lain la.

Cikgu A mengangguk2 kan kepalanya tanda setuju ngan kenyataan kukuh lagi berasas aku tu.

KES B
Tempat kejadian : Kubikel pensyarah
Masa : Tengah free - takde kelas
Hari : Panas
Port : Bawah blower air-cond

Dialog :-
Pensyarah A : Nape ko tak nak make-up? Pakai la eye shadow, mascara, concealer, bedak asas, bedak alas dan bla bla bla......

Aku : Hehe...
(dasar memang tak reti dan malas pakai make up.Jawapan Kes A tu wat alasan jer!)

Ok per tak pakai make-up. Cukupla pakai moisturizer + bedak baby jer. Kalau tak cukup minum air baru pakai lip gloss sebab bibir jadi kering. Muka memang fresh dari ladang!Macam ni pun, ada gak yang sayang per...Fewittt...^__^

Hari ni memang B.E.S.T giler! Giler B.E.S,T!

Setelah minggu2 yang lepas jadi lemah, tak bermaya. Berbeza ngan hari ni. Rasa2 dapat kuasa bola naga yang ke lapan di samping dapat menguasai ke empat2 elemen - Air, Water, Earth dan Fire Bender... Oh Avatar! Bila lagi nak layan kartun ni?

Pagi2 buta call yang tersayang... Nasihatkan apa yang patut. Amni! Ibu rindu!

Dan kul 8 - 9.30am terus wat keje pasal ada slot wacana ilmu. Siap nota multimedia. Ok!Memang aku tak buat sorang2, tapi menyumbang gak kan? kan? kan? Memang rasa berguna betul hari ni kepada agama, bangsa dan negara. Disamping itu dapat belajar add html dalam blog lagi walaupun tak berapa nak menjadi sangat. Tapi belajar kan? Memang seronok sangat2 bila semua berada di track yang cepat, tepat lagi telus.

Aku tengah gembira ni, meh sini hug aku... Kot leh transfer kegembiraan itu. Sharing is Caring...

Monday, February 14, 2011

Bank oh Bank!

Hari ni aku gi Maybank (Hari ni hari Isnin dan sok Selasa cuti Maulidur Rasul) Orang punyala ramai gilerrrrrrrrrrr... Punya la gilerrrrrrrrrrrr... ramai! ^__^

Aku berdiri 1 jam 7 minit.Serius!Bukan nombor aku suka suki nak letak. Tapi memang 1j7m. Aku sempat kira berapa biji tanglung yang dorang gantung. (Jawapannya : 18) dan berapa banyak mende yang aku tak tau apa namanya dilekatkan di dinding bank (Jawapannya : 9). Ada satu pasu yang diletakkan bunga sakura...eh eh sakura ker namanya...alaaa yang warna pink tu. Memang cantik! Rasa nak angkut bawa balik ke umah. Gerenti ceria... Ada 10 kaunter. Kaunter 7 dan 8 tuk pengeluaran ASB/ASN. Kaunter selebihnya untuk urusan bank. Yang dok kat kaunter depan sangat ceria walaupun keje banyak. Yang dok kat belakang kaunter. Muka masam giler.

Bila start boring, aku mula la tersenyum ngan sapa2 je yang aku rasa nak senyum. Bila aku terpikir nak interview pak guard, nombor aku dipanggil lak. Kalau idak, dah ada sorang kawan keje security guard...^__^

Moral of the story : Jangan gi bank pada hari Isnin!!!!!

**entri hari ni patutnya... Lupa nak letak n pensyarah IT ni tak pandai nak wat scheduled...Jahil tul!

Smart Tag vs Tunai

Aku ada Smart Tag. Aku ada tunai.
Tapi cane kalau di Plaza Tol. Aku tag ngan Smart Tag tapi akhirkan ngan tunai?
Tak ke pening jurutol tu... Ngan aku2 sekali pening...
Kah Kah Kah... Memang lawak sedunia. Patut aku tanya nama jurutol tu, amik num nfon.
Pura2 nak berkenalan...Leh gak cover line!

Okla aku admit... Semalam memang aku agak excited kot. Semenjak amik keputusan berpindah ke Banting, rasa macam takkan sampai@jumpa lagi sume mende/makhluk/bangunan atau apa2 sahaja yang berada di area Subang ni..Tak sangka leh jumpa lagi rupanya. Macam yang aku bagitau dalam entri sebelum ni - macam nak futher study kat Switzerland konon. Memang emosional gak aku! 7 tahun tau!

The conclusion is :-
1. Aku dah tak buta highway dah wei...Leh gi Damansara dr Banting!
2. Savvy ngan rim BlackRacing memang best wat lap. Tak caya? Meh aku bawakan...

Saturday, February 12, 2011

Mari Derma Darah..

Darah aku A+, memandai lak aku tambah '+' tu. Confirm A tapi tak pasti '+' tu. First time derma setelah diberikan galakan oleh rakan sejawat. Kelihatan ngeri tempat kejadian dengan darah dan wayar yang berselirat. Memang tak berseri lansung tuk aku derma satu tong dram.So aku derma satu beg je 450ml..hehe

Menderma darah ialah kerja yang mulia tau. Jangan bagi alasan takut kena jarum! Hari ini kita tolong orang. Mana tau satu hari nanti kita atau orang-orang yang kita sayangi mengalami something2... Ketika itu mungkin orang lain lak akan tolong kita. Aku pernah berniat gak mendermakan organ badan. Tapi belum daftar lagi..Tak tau mana nak daftar. Almaklumla nak derma wang ringgit kurang mampu, derma darah o derma organ pun jadila.

"Nape ngantuk ni? Adakah kesan menderma darah?"
Cehh Cik Puan Siti Norhana - itu alasan malas nak wat keje la tu.....^__^

Friday, February 11, 2011

Ter HOTTTT dua tiga hari ni.

Aku sebenarnya malas nak tulis pasal mende2 misteri+mistik+apa-apa yang sewaktu dengannya sebab aku tak suka. Nanti aku sendiri yang jadi penakut! Tapi takleh nak ignore itulah mendenya yang dok berada di fikiran aku! Hafiz ko memang J.A.H.A.T! Luahan hati aku dan merangkap rakan se blok aku Nita.

Aku dah pindah barang skett2 ke kuarters. Dan aku memang percaya pada makhluk2 lain ciptaan Allah selain manusia. Juga aku percaya kalau ruang tu tak berpenghuni lebih dari tiga hari memang akan ada makhluk lain yang akan tumpang kasih. Ye la diorang takde rancangan RMK, apa ke tuk bina umah tuk diorang.

Masa aku tengok rumah ngan Lin, aku baca gak apa2 ayat yang aku tau sebelum masuk umah walaupun aku ni pun bukannya baik sangat. Hati takdela plak rasa apa2... Aku memang tak nak sixth sense ni... tak nak aku tengok rupa makhluk2 ni. Then aku spend satu hari basuh umah ngan husben + anakanda. Balik ke Puchong, alhamdullillah anak2 aku especially yang twin tu takde plak terganggu, menangis malam ke apa ke... so menguatkan lagi keyakinan aku tuk dok di situ bersama twin n bibik.

Tapi semalam, pensyarah Kokurikulum yang kami selalu buli tuk buka pintu gym buka citer serammmmm la plak. Buat aku takut! Aku belum pernah lagi bermalam kat situ, tu yang aku berdebar sangat. Aku cuma pikirkan anak-anak aku. Memang aku kurang mithali tapi aku masih ada lagi jiwa keibuan..

So, kepada makhluk2 itu, leh tak korang jangan kacau kami semua. Takyah la nak tunjukkan muka korang, takyahla nak sepah2kan barang, atau asyik menyusun atur perabot. Kalau dah rajin teramat, wat je diam2 takyah nak bagitau kat sumer orang yang korang sibuk menghias rumah. Pesan gak kat anak atau cucu korang nak main guli, main kat tanah. Mana ada orang main kat umah? Korang dok je wat keje masing-masing, kami wat keje kami. OK? Ya Allah, lindungi kami satu Kolej...

Sepinya Sepi.....

Sepinya.....
takde kawan2 di kubikel...
takde ke sapa2 nak sms aku...?
takde sapa nak bergurau senda...
takde sapa yang nak dibuli...
takde sapa nak call ker?
takde sapa nak bergosip..

Apa kata....
jangan layan sangat perasaan....
ada keje nak dibuat kan?...
tengah buat la ni.... tapi nak marking Impress....
so faham-faham je la yer... (yang tak faham buat-buatla faham)


** Entri zaman batu biler yang aku draft kan masa jiwa tengah kacau kot. Nasib baik ada sebab aku dok terkebil-kebil depan laptop + belog sendiri, tak tau nak letak entri per...

Thursday, February 10, 2011

Entry tertunda.... Tajuknya: Shake Your Body...Shake...C'mon...

Hehe.... Berbelog lagi tuk memenuhi permintaan satu lagi follower tegar. Biarpun follower aku ada satu, yang satu lagi tu ngada, hide la plak. So, total actually 2 tak termasuk secret admire yang shy shy cat nak jadi follower. Owh adik-adikku + anak sedara ku, bila nak follow on call?

Semalam hari Selasa petang ialah hari exercise seKolej. Sapa yang paling awal? Kami!(sambil angkat 2 tangan + 1 kaki) 3 pensyarah IT yang memang excited terrlebih alwiz and forever. Gym pun tak bukak lagi. Siap call Adik Hafiz suruh buka gym. memang excited terlebih! Pastu wat gym mcm rumah sendiri. Yeahaa...

Setelah wat apa yg patut dalam gym tu, instructor pun datang...Dia datang...teng teng teng... dengan lenggang lenggoknya....ulang 2x untuk feel lebih! Dan hari ni, len macam lak kareografinya, instructor kata hari ni khas tuk pinggang... so pe lagi, twist, mambo, cha cha sume masuk...lion dance je belum lagi.. Memang shake, shake dan shake. Bukan Chocolate Shake atau Milk Shake atau Cafe Latte Shake. Shake badan la...Memang all out, memang best, memang.... ehmmmm i love u la Kak Jem merangkap instructor semalam.

Hasilnya, biseps, triseps, muscle S.A.K.I.T.... ek eleh...^__^
Lagi satu... sebelum kelas nampak cam gumuk jer dr cermin, selepas kelas jd kurus! Wow!!

Wednesday, February 9, 2011

Aku dah tau!

Rasa berdosa lak membelogkan diri masa berkursus. Tapi minta maaf abg penceramah, sy memang mengantuk sangat. Dari saya tido + kang berdengkur lak...baik sy berbelog. Betul tak Ustaz yang ramah tamah?

Memang mengantuk tahap goku ke, tahap powerpuff girl ke, tapi doraemon pun best gak, ada poket ajaib. Bosan dah guna gaban! Tapi yang aku belajar dr hari ini ialah:-

1. Kalau nak jadi cikgu, mesti pandai buat lawak + nakal + noty skett pun ok. Supaya students tak bosan + tido + tak concentrate dalam kelas.

2. Masa break, jgn makan nasi lemak o roti canai banjir sebab gerenti mengantuk bila sambung kursus. Makan la buah-buahan tempatan o luar negeri ke. Feel better.

3. Text yg merepek2 pada sapa2 yg sudi membaca. Tak harap balasan pun, just nak wat exercise jari jemari, maybe bleh berhubung ngan otak supaya tidak mengantuk.

4. Kalau ada sapa2 jatuhkan barang volunteer kutipkan. Kalau takde barang yg jatuh, jatuhkan la brg sendiri, lebih jauh lebih bagus, then kutip sendiri. Jangan lak nak penaya kawan suruh kutip. Tapi kalau wat pun best gak. Volunteer gak amikkan air mineral tuk ibu mengandung padahal aku takde la haus sgt.

5. Senyum, terutamanya pada sapa2 yang kita tak kenal. Kalau dapat yang pemalu lagi best... hehe.Yang dah kenal, jemu dah senyum.^__^

6. Gi toilet secara duet, single tak best sebab on the way ke toilet leh bergosip, pastu lalu lak kat kelas kawan... ketuk cermin kelas kuat2 then wat tak tau...lalala...hehe.

Ada lagi ker. Tu je kot.
**Dipaksa oleh follower yang tegar tuk update belog supaya hilangkan mengantuk. Dahla dok kat sebelah ni jer...^__^

Tuesday, February 8, 2011

Lalu jap jer.

Wahhh... rindunya kat belog sendiri.
Bot kecik saya nak tumpang lalu kat pelabuhan ni.
Sambil-sambil bagi ikan aku makan....
Nah makan prosperity beger ni tuk lunch
high class tul ikan-ikan aku...

Kejap je, weiii la...
*nak cover line, sebab tak concentrate dengan kursus.

Sunday, February 6, 2011

Minggu Bz Sedunia.

Perlu bersiap sedia dari hari ni. Kerana start esok MAYBE akan jadi minggu bz sedunia. Untuk aku je la kot. Takkan tuk org lain lak. Tapi kalau nak sehati dan sejiwa bz bersama-sama pe salahnya.I like!

Satu perkara yang aku perasan sejak aku berada di kolej ni ialah... bila time free, memang giler free. Sampai tak tau nak wat per. Siap bukak panggung, gi melawat kedai cendol,dan mcm2 lg la xtvt kitorang. Dan bila time bz, memang bz giler sampaikan jln tak cecah tanah.untuk menunjukkan betapa bznya aku. Pegang kertas ni, teringat kertas tu. Pegang pen drive yg ini, teringat pen drive yg itu. Bila la agaknya keje aku jadi yang sedang-sedang saja. Tak sikit tak banyak?

Next week.jeng jeng jeng... aku ada kursus 3 hari takde malam. Di kolej je pun. Tapi memang takde masa tuk aku bersosial ngan blog apatah lagi FB.Pastu disambung lak ngan org besar2 kat Putrajaya nak datang memantau sume fail2 kitorang. Aku malas nak fikir, kalau org besar2 tu nak marah, aku bajet nak senyum je sambil angguk kepala mengaku kesalahan sendiri. Janji jangan potong gaji aku udahla. Seterusnya hari khamis kami dr unit TM nak kena open table lak, nak wat soalan peksa+nota kuliah tuk silibus baru next semester, hari jumaat memang akan full, dan sabtu aku nak pindah umah. Ahad, Isnin, Selasa... banyak mende rasanya nak dibuat di umah yang baru nak didiami ni.

Sibuknya aku konon. Tapi yang pastinya kasih sayang ku akan diagihkan seadilnya. Terutamanya pada yang seorang ni. Yg akan berjuang ketitisan yg terakhir tuk cover satu bangunan yg ada 7 makmal komputer. Ko leh buat mcm Naruto tak yang leh membahagikan diri ko sama banyak dengan bilangan makmal...hehe...
Just Do It! bak kata iklan Nike.

Saturday, February 5, 2011

Bila aku balik kampung.

Happy Chinese New Year. Dah lima tahun tak balik kg masa raya Cina (macam la aku sambut CNY)sebab confirm jalan jam. Tapi tahun ni tertarik2 lak nak balik kg. Alhamdulillah tak jam pegi dan balik. Dan yang paling best dapat jumpa ngan kakak dan adik2 (Cuma yg dok kat Kelantan je yang tak balik) sebab leh bergosip dan dengar+reka citer2 seram @ bergosip.Hehe...

Masa di kg... antara yg best nak di citerkan...^__^

1. Anak sedara aku telah menggaram dan mengkunyitkan ikan rebus. Garam dan kunyit tu diurut secara perlahan2 ke atas ikan rebus sebab kalau wat secara ganaz@biasa akan tercabutla isi ikan tersebut. Memang lawak. Aku tukang ketawa..hehe

2. 2nd day di kg, kami ramai2 g Teluk Batik. Dan first time aku jadi takde mood nk mandi laut tapi aku rendam gak sekerat badan sebab twin. Laut punyala kotor, air surut, orang ramai giler, hujan kejap2 on off mcm iklan chipsmore. Kejap ada, kejap takde. Dan ms nak mandi air bersih org beratur mcm lebuh raya PLUS! Aku amik keputusan taknak mandi dan basahla seat keta aku sebab aku naik je keta pakai baju ms aku mandi laut td. Nasib baik keta aku... kalau keta orang...? Ada lak yg jalan kaki balik umah dr Teluk Batik ke Teluk Intan...Fuhhh leh kurus aku!

3. Adik bongsu aku yg darjah 6 dok citer pasal cikgu Sains dier yg dikatakan mempunyai kuasa ghaib lagi seram. Hasilnya result Sains adik aku memang gempak abis. Hati aku cakap.."kreatif gak cikgu Sains dier, nape tak tau awal, kalau idak leh gak diaplikasikan masa mengajar matematik kat skolah dulu. gerenti sume exstudents kesayanganku lulus ngan cemerlang"...macam2!

4. Adik aku yg no. 5 baru beli MyVi SE. Aku pun test drive keta dier pagi tadi masa nak beli roti ranai. Feel naik keta baru memang best giler. Rasa nak beli keta baru petang ni juga. Tapi SABARRRR ye Cik Puan Siti Norhana. Tunggu plat keta Perak sampai ANA ye.Skang baru AHJ.Lama tu, kira sempatla aku nak kumpul duit wat bayar downpayment..

5. Yang paling best.. aku dah ada kat umah pun skang ni. Tak sabar nak update blog. Iskk... giler belog dah aku ni!

Pe yang best bila korang balik kg? Bz jadi orang harapan masa kenduri ker? Terperangkap dalam jam ker? Atau berat badan dah naik dengan jayanya ker..? Oppsss. lupa nak timbang berat!Mesti timbang skang..Bye

Uwaaaa.....naik 1kg lagi!

Tuesday, February 1, 2011

Izinkan aku fikir sekarang!

Hampir pasti aku akan berpindah ke Banting. Kunci kuarters pun dah ambil.Semalam gi tengok umah.Dan nampak cam OK.Umah bukan masalahnya skang.Tapi ex-bibik yg akan keja ngan aku nanti.Dr. Fadilah Kamsah cakap 95% dari apa yg kita fikirkan tidak akan terjadi. Tapi macam mana kalau masalah aku akan tergolong dalam yang 5% tu? Oh tolongla aku.

Aku akan dok sini ngan twin. Dan aku memang brcadang nak anta ke baby sitter.Kawan aku dh tolong tanyakan pun.Mcm ok tapi ntah napa husben aku beria-ia nak tanya exbibik yg baru lari dari umah kwn aku.Ikutkan hati aku memang taknak dia, tapi disebabkan malas nak bertekak ngan husben aku pun turutkan je la. Dan skang aku rasa seram lak nak dok ngan dier sekurang2nya 6 bulan lagi.

So, pada yang berkenaan (anda tahu siapa yang sy maksudkan!)... Sila la pinjamkan telinga, hati dan perasaan tuk mendengar citer-citer seram antara aku dan bibik mulai 12 Februari 2011.
**Pssssttt.... tawaran tuk slept over akan sentiasa terbuka kan?