Sunday, February 6, 2011

Minggu Bz Sedunia.

Perlu bersiap sedia dari hari ni. Kerana start esok MAYBE akan jadi minggu bz sedunia. Untuk aku je la kot. Takkan tuk org lain lak. Tapi kalau nak sehati dan sejiwa bz bersama-sama pe salahnya.I like!

Satu perkara yang aku perasan sejak aku berada di kolej ni ialah... bila time free, memang giler free. Sampai tak tau nak wat per. Siap bukak panggung, gi melawat kedai cendol,dan mcm2 lg la xtvt kitorang. Dan bila time bz, memang bz giler sampaikan jln tak cecah tanah.untuk menunjukkan betapa bznya aku. Pegang kertas ni, teringat kertas tu. Pegang pen drive yg ini, teringat pen drive yg itu. Bila la agaknya keje aku jadi yang sedang-sedang saja. Tak sikit tak banyak?

Next week.jeng jeng jeng... aku ada kursus 3 hari takde malam. Di kolej je pun. Tapi memang takde masa tuk aku bersosial ngan blog apatah lagi FB.Pastu disambung lak ngan org besar2 kat Putrajaya nak datang memantau sume fail2 kitorang. Aku malas nak fikir, kalau org besar2 tu nak marah, aku bajet nak senyum je sambil angguk kepala mengaku kesalahan sendiri. Janji jangan potong gaji aku udahla. Seterusnya hari khamis kami dr unit TM nak kena open table lak, nak wat soalan peksa+nota kuliah tuk silibus baru next semester, hari jumaat memang akan full, dan sabtu aku nak pindah umah. Ahad, Isnin, Selasa... banyak mende rasanya nak dibuat di umah yang baru nak didiami ni.

Sibuknya aku konon. Tapi yang pastinya kasih sayang ku akan diagihkan seadilnya. Terutamanya pada yang seorang ni. Yg akan berjuang ketitisan yg terakhir tuk cover satu bangunan yg ada 7 makmal komputer. Ko leh buat mcm Naruto tak yang leh membahagikan diri ko sama banyak dengan bilangan makmal...hehe...
Just Do It! bak kata iklan Nike.

3 comments:

mohd jais said...

sibuk bebenor lah tu.tu yg sampai tido ngorok tu mlm td.hehehe.lov u so much

siti norhana said...

penat belajar la wehh

lin said...

alahai... so sweet la hubby ko...x tahan bab ngorok tu.. kuikuikui...