Saturday, July 20, 2013

10 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Hari Jumaat, penghulu segala hari memang hari yang membahagiakan. Hari terakhir berkerja sebelum menghadap cuti dua hari. Ditambah pula dengan tiada apa-apa aktiviti wajib petang Jumaat dan tiada latihan SIPMA, tiada latihan basket. Wah wah wah. Rasa nak senyum sampai ke telinga, tapi tak mampu ja.

Maka tengaharinya bolehlah mempertimbangkan aktiviti merayau. Ikut member ke 2Ply. Dia nak beli bahan untuk buat tat nenas dan almond london. Aku? Beli penapis minyak besar punya. Bajet macam nak buka kedai makan lak feel nya. Alang-alang membeli, biarlah besar terus. 


Menu 10 Ramadhan :-
Ikan Goreng Bebola Ikan
Senangin Stim
Cendawan Kuah Lada Hitam
Pisang Goreng tertunda & Kurma Abang Yusoff
Air Bandung

Aktiviti sahur ku. Aku tak pernah ambil peduli waktu imsak u alls. Aku kira azan subuh ja. Selesai makan nasi biasanya jam 5.30 pagi. Air kosong satu gelas. Bersama supplemen sekalian. Kemudian buat air panas samada coklat, nescafe atau teh tarik. Sumer pun 3 in 1, jadi tolonglah jangan kagumkan daku.

Bawa sumer tu dan bertapa depan TV. Buka Astro Oasis. Sambil dengar zikir (punyalah malas nak berzikir, gi tumpang zikir orang...T_T), Main Candy Crush atau buka FB, sambil minum air panas, air kosong selang seli, makan supplemen. Hingga azan subuh di Astro Oasis. Baru aku berhenti. Menyeramkan tak perangai aku tu?

Tapi tuk pengetahuan sumer, waktu Subuh di Jugra adalah beza dalam 1 ke 2 minit dengan subuh KL. Maka aku yakin aku masih tak terlajak waktu. Jadi simpan ja la niat nak takut-takutkan aku tu baik-baik, hokey? Hehe
Eh!TuAjelahKali.Bye!

No comments: