Sunday, July 21, 2013

11 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Hari ni plan tah jadi macam hapa. Asalnya nak tunggu kazen datang berbuka di Jugra. Call mak, sekali mak ada di rumah Along. Haiiiiii mak, nasib instinct aku suh call juga pagi tu sal hal tanah abah tak setel nama terpadam whateverrrrr. Kalau idak tak tau lah hal ehwal mak aku dah sampai ke sini. Masa tu..."Macam mana mana ni?". Antara janji ngan kazen dan mak dah ada di sini haruslah ambil peluang berbuka bersama kan?

Pendekkan citer, kazen tak jadi datang. Inform jam 2. Memikir. Boleh kot ni berbuka di rumah Along. So, kena masak sekarang. Jam 2 baru nak kuarkan ayam dari freezer. Abang kawasan macam tak puas hati aku inform lambat. Dia suh aku beli ja lauk tuk berbuka. Aku yang degil ni haruslah ingkar kan? Keras gak nak memasak. Ulang-ulang dia sebut "Sempat ke nak memasak?"..."Sempat ke nak memasak?"...

Kalau mahu, mesti sempat punya lah. Hendak seribu daya kan?
Bukan satu juadah aku masak. Sampai dua terus. Giler degil.

Menu 11 Ramadhan :-
Kurma Ayam by me
Kari Daging Sayuran by me
Serawa pisang by mak
Nasi mentega by Along

Menu lain aku tanak sebut sebab iparku beli. So, kira tak valid. Giler berlagak.

Actually Along nga sambung belajar di UM. Kelas dia memang hari ni. Jadi tu sebab dia tak memasak. Tak sempat memasak lebih tepat. Akak ku ini terer memasak. Wat kek, biskut juadah sumer pun senang tuk dia. Sama kot macam kakak orang tu. Banyak dah aku dengar, kakak yang sulong memang pandai memasak.

Apa ke point aku citer Along  pandai memasak? Hehe

Sebabnya masa aku perhangatkan kari, Along komen..."Wanginya bau kari ko"...Wuhuhuuuuu. Satu lagi badi menjauh pergi. Shooooo  shooooo gi jauh-jauh kau. Haha. Along puji tu weh. Aduiiii. Rasa nak wat lompat bintang kat situ. Aku kan wat kari selama berpuluh tahun selalu tak jadi. Rasanya tak sedap. Letak macam-macam dah, tak gak sedap-sedap. 

Sebelum ni pun aku ada masak kari, aku perasan sendiri macam dah sedap. Masa berapa Ramadhan hari tu aku masak kari ikan pun seperti sedap. Kali ni aku masak dan Along puji...maka...dengan beraninya aku mengumumkan, aku pandai masak kari korang! Meh peluk aku ramai-ramai, meh...^_^

Serawa pisang tu, aku request mak masakkan. Tapi petang tu, masa kami nga perhangatkan, masak di dapur, mak duk relaks ja di sofa. Aku pun ta dalah order-order ngan mak lagi. Maybe mak letih. Takpelah. Aku tak kisah pun. Tapi lepas solat maghrib, tetiba mak senyap ja di dapur diam-diam. Tengok-tengok dia nga masakkan serawa tu. Hehe. Terima kasih mak and I Love You lah...^_^

Solat tarawih, mak, Along, aku dan Ida solat di rumah ja. Sebulat suara suh Along imamkan sebab dia mengantuk sungguh. Penat tu, satu hari di kampus. Kalau jadi makmum, besar kemungkinan Along akan menguap macam singa setiap 31 saat. Tapi bukan setakat jadi imam, ngan tugas bilal sekali dia sapu. Giler tamak. Haha. Sapu bersih lah Long janji ko tak tido masa tarawih.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: