Sunday, July 28, 2013

17 & 18 Ramadhan 1434H

Salam dari Jugra,

Nuzul Al Quran berlalu dengan bacaan ayat suci Al-Quran sebanyak 15...Jangan cuba-cuba puji aku lagi sebab bukannya 15 juzuk weh, tapi hanyalah 15 ayat. Kemain lagi whatsapp ngan ex students basket ucap "Hepi Nuzul Quran, mari kita aim baca 5 juzuk Al-Quran hari ni" 

Kunun...T_T

17 Ramadhan menyaksikan satu lagi juadah berbuka aku masak dengan sepenuh hati. Tapi yang ajaibnya, pic tada. Maka menu 17 Ramadhan ialah imageless. Menguji daya imaginasi anda secara kreatif. Bersedia dengan pensel dan kertas? Eh?

Menu 17 Ramadhan :-
Wild Mushroom Soup with Garlic Bread
Pengat Labu Bersago
Sambal Ikan Bilis Petai
Sup Bayam dan Bebola Ikan
Ikan Kembung Goreng Kunyit
Lai Ci Kang


Menu 18 Ramadhan:-
 Tumis Bayam
Kailan Ikan Masin
Ikan Gelama Tau Cu
Spageti 
Lempeng Kelapa dan Sambal Ikan Bilis
Air beli dari Syarikat F&N - 100 plus & Ginger Ade 

Ada yang bertanya, napa aku masak banyak sangat? Memang aku masak banyak...banyak jenis, tapi sikit-sikit. Bayangkan capsicum hijau merah kuning ku, beli 1 Ramadhan, sampai skang ada lagi. Aku guna sepotong-sepotong ja. Kailan seikat masak dua kali. Sayur berdaun yang lain pun macam tu juga. Dua kali. Cuma daun paku ja ta mampu nak masak dua kali sebab memang sikit sangat. Kalau dibuat juga dua kali mungkin wat lekat-lekat celah gigi je lah kot.

Kalau termasak banyak, memang rezeki jiran-jiranlah. Bertukar juadah gitu. Tapi jiran-jiran pun macam chipsmore. Kejap ada kejap tada. Kejap makan di hotel, kejap ada wat majlis makan ngan students. Unpredictable. Cuma aku je keras tak nak makan kat luar. Nak-nak juga memasak. Sebab aku letak target. Hehe.

20 Ramadhan dah hampir ni weiiii...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: