Thursday, December 8, 2016

KAKOM 2016 : Kolej Matrikulasi Johor

Salam dari Senaling,

Kalau dulu aku jejak kaki ke Johor selama 4 jam (lokasi : Tangkak) untuk acah-acah main ping pong pun aku dah bangga campur excited giler ke Johor tuk kali pertama woiiii. Tahun ni masih di lokasi yang sama tapi lebih lama enam hari lima malam kerana apa kalau bukan KAKOM (Karnival Kolej Matrikulasi) 2016.

Satu-satunya program yang membawa aku hampir ke semua kolej Matrikulasi seluruh negara secara percuma; walau pun penuh dengan tekanan. Akak bawa team apa? Apa lagi kalau bukan basketball dik non.

KAKOM kali ni lain sikit dari tahun sebelum sebab jadi dua zon dari tiga zon. Lebih banyak kolej yang terlibat (2015 lima kolej, 2016 lapan kolej). Paling tak faham, kenapa Labuan asyik menghantui hidup aku. Dari 2012 aku tak pernah miss jumpa Labuan. Aku mention 'aku' sebab dari aku kerja di Matrikulasi Selangor sampai aku pindah Matrikulasi Negeri Sembilan kot. Dari satu zon, jadi dua zon ke tiga zon jadi dua zon balik. Asal KAKOM mesti jumpa Labuan. Haish.
Highlight KAKOM 2016 ialah tiga citer ni.
Citer #1:
Aku excited ke KAKOM kali ni sebab dapat jumpa BFF dari KM Selangor. Beliau memang biasa ke KAKOM bawa netball tak pun pertandingan yang nyanyi-nyanyi tu. Tak kisahlah kan, janji dapat curi masa sikit-sikit spend sama-sama.
Hari pertama ada mesyuarat Jurulatih Pengurus pasukan. Aku siap tengok jadual kat mana basket dan netball meeting. Bangunan sama so sampai-sampai terus roger, beliau temankan lunch dan sama-sama gerak ke bangunan tersebut. Sampai-sampai ja di bilik meeting basket. Beliau masuk, aku masih kat luar ni. Aku heran pesal dia selamba tarik kerusi, aku fikir beliau salah masuk.
Aku tegur dan cakap, "Ko salah bilik ni beb". Beliau jawab "Surpriseeeeeee...".
Dalam bilik meeting dan di tepi court yang sama kali ni. Tahniah! Surprise menjadi. Aku fikir leh spend masa sikit-sikit, rezeki dapat spend masa lama-lama. Aku nampak beliau tak senang duduk masa team beliau nga game dan aku yakin beliau juga nampak aku mengilai-ngilai macam Mak Lampir masa team aku ada game. Huhu
Citer #2:
Asal aku gi KAKOM mesti kena masuk acara pegawai. Dah takde orang lain walhal aku bukan hebat sangat pun. Tak hebat lebih tepat. Kira cam bidan terjun tuk cukupkan kuota ja. Di KM Johor kali ni acara boling yang dipertandingkan.
Pergi ke pusat boling dengan harapan -0.0007%. Happy-happy wat kurangkan tekanan game. Tapi teka apa hasilnya? Juara!
Team lelaki Naib Juara tu biasa. Dengarnya every year memang melawan ngan Melaka. Sama juga ngan tahun ni. Yang team perempuan tu Juara yang aku kurang faham mulanya 😂
Inilah dia rezeki. Kalau Allah nak bagi bila-bila masa Dia akan bagi. Bersama beliau yang dapat tempat ketiga berpasukan. Cakap tak terer lah, masuk longkang lah. First game, strike spare memanjang. Jangan ingat aku tak stalk hokay 😜. 
Belajar lagi satu teknik sal boling selepas teknik rendahkan badan dengan pusat graviti, fungsi arrow di lane dan fungsi terus luruskan tangan. Fungsi ibu jari leh PM tuk maklumat lanjut hehe.
Citer #3:
Short of coach and manager this time. Tah macam mana tah clash dengan macam-macam program KAKOM kali ni. Sudahnya aku berada di game basket perempuan ofkos dan lelaki juga. Sebelum ni aku pernah merayu nak bawa basket lelaki sebab malas nak terlibat ngan emosi player perempuan. Mengharap sangat, Allah bagi can.
Nahhhh... amek kau luruh jantung stress mencanak naik peluang tuk menang sentiasa ada kejap menjadi kejap tak menjadi shooting. Hoihhh giler!!!
Aku berdoa tuk tak bawa mana-mana team je la tahun 2017. Rehatkan emosi. Lagipun KAKOM 2017 di KM Negeri Sembilan yo...
Sejujurnya, dari pandangan kasar team perempuan lebih cerah nak bawa pingat dari team lelaki. Aku mengharapkan pingat tuk dibawa balik sebagai kenangan usaha mereka di KAKOM. Dapat emas Alhamdulillah. Dapat Perak excited. Kalau dapat Gangsa pun, da okay sangat.
Tak sangka Allah nak tolong kami bila dua-dua masuk semi. Masa semi final dua-dua jumpa Johor (tuan rumah) lak tu. Penyokong keliling court, main mental ja skang ni. Referee pun ada sedikit bias. Dah leh agak sebab tuan rumah kan. Aku cuak dari awal lagi sebenarnya. Sekali hujan rahmat turun!
Kami di bawa ke gelanggang luar! Maksud? Kurang penyokong! Semua team baru nak menyesuaikan diri, so fair bagi aku. Sungguh-sungguh aku rasa Allah nak tolong kami.  Sekurang-kurangnya tinggal referee ja ni. Okayla kan?
Game dua-dua team sangat sengit sebenarnya. Susah nak diceritakan. Aku menangis tuk semi final bukan final. Bayangkanlah betapa tuuuuutttt sangat game tersebut. Berdebar satu jam! Yang penting dua-dua dapat masuk final. Alhamdulillah.
Player perempuan tahun ni tinggi-tinggi ada skill masing-masing tak risau nak masukkan reserved. Player lelaki lak dapat seorang yang memang hebat biasa main dengan kelab siap jadi coach yang boleh rancang strategi dalam court. Rezeki. Tapi player Labuan lebih bagus dua-dua team jumpa Labuan di final. Akhirnya kami bolot pingat Perak. Jadi fahamlah kan kalau citer sal Labuan aku taip sampai satu perenggan atas nun 😅.

Team basket lelaki dan perempuan KMNS KAKOM 2016 dengan cheers mereka; "Kita training sama-sama, kita menang Perak sama-sama. Boleh tak?" "Boooleeehhhhh..."
Apa pun hasil dari KAKOM, aku yakin banyak pengajaran tersurat dan tersirat yang aku dan players dapat. Semua kontijen dapat, aku yakin masing-masing ada cerita sendiri. Bezanya aku kepoh di blog. Hehe. Seronok dapat terlibat dengan pelajar selain dari dalam kelas sebenarnya.
Walau pun begitu aku masih nak berehat setahun dari bawa team. Incik Suami request dah lama. Aku dah siap merayu ~ seperti dapat green light.
Penyelaras acara basketball KAKOM 2017 Insha Allah. Macam best ja. Macam lain ja.
Kita tengok 2017 nanti ya.
Oh, satu lagi. Sebelum aku berangkat ke KM Johor aku sempat belek pingat-pingat yang aku dapat dari KAKOM lepas.
Untuk basket perempuan.
2013 dapat gangsa.
2015 dapat emas.
Aku bisik dalam hati, "Kalau dapat perak lengkaplah semua pingat".
Ikhlas agaknya bisikan aku tu. Allah bagi.
Hadiah pelengkap dari Dia.
Bye dan Majulah Sukan Untuk Negara!

Tuesday, December 6, 2016

Aduan Awam Kasi Semangat Ja Ni

Salam dari Senaling,

Aku nak mengadu satu isu sebenarnya. Samada nak update blog atau buat Photobook dulu. Cuti tinggal seminggu lagi dan penuh dengan pelbagai program. Ikutkan hati nak siapkan semua dan boleh masuk semester baru tuk fokus kepada PdP sahaja.

Nak set target tinggi-tinggi sampai satelit MEASAT, tapi harus realistik pandang ke bawah juga bai.

Yang penting kena mulakan. Tak kisahlah Photobook atau blog. Mulakan langkah pertama. Bismillah.

Nak update tu ja dulu. Kasi set induksi sebelum mulakan langkah seterusnya 😀

Kita mudahkan hidup. Happy-happy. Yang penting hidup mesti ada kualiti.

Doakan yang terbaik. Amin.

Sunday, October 30, 2016

10 km Diva Run Princess Pinktober 2016

Salam dari Senaling,

Terus terang aku masuk run ni sebab medalnya yang super cute sukar untuk dilupakan.

Aku dah tak kisah waima aku kena run  hari Ahad esok kelija. Dah tak peduli kena fikir cara nak ke Putrajaya pagi-pagi buta. Yang aku tau satu hari, medal itu akan jadi milikku Insha Allah. Alhamdulillah, kalau bersungguh-sungguh Allah akan tolong.
 
Hi sexy... You are mine!

Bukit Jugra Fun Run 8km, Women's Night Run 5km. Kali ni 10km. Hoiiii penat! Tapak kaki siap melecet lutut betis keting sumer dah rasa-rasa. First time run 10km. Taubat nasuha kalau nak run lebih jauh dari ini nanges bawah pokok cili bila ingat-ingat semula.

I am a diva, I am a princess wuuuuu
 
Apa pun dah merasa variasi kilometer. Yeahhh.

Kami di finisher wat havoc. First time semua ni wat 10km fuhhhh... Tahniah ladies!
 
Tahun depan aku plan nak cari kelainan dalam setiap run yang aku join. picky omputih kata sambil-sambil intai lubang tabung Garfield.

Plan for Amazonian Run beginning of next year. Gambate!
Kemain kau gambate! gambate!, register pon lom lagi. Hehe

Bersukan juga satu sunnah :)

Bye loves...

Saturday, September 24, 2016

My 'English' Story

Salam dari Senaling,

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu especially time belajar, kalau kena speaking (terutamanya public speaking), memang musibat betul perasaannya. Tak tido malam. Tipu. Tido tapi kurang lena.

Famili aku bercakap dalam Bahasa Melayu sepenuh hati. Aku pulak bersekolah di kampung. Darjah 1 hingga 3 di SK Kroh. Bahasa pengantara bahasa melayu dialek utagha, tak pun Bahasa Siam. Darjah 4 di SK Sg Galah. Kawasan lombong bijih timah. Pun kampong. Darjah 5 dan 6 masuk SK Pasir Panjang Ulu. Nama pun ulu, sahih aku anak kampung, kuli-kuli sahaja...

Secondary school, barulah aku terkeluar sikit dari kampung. Dapat sekolah di pekan. Sekolah asrama. Masa ni pun berbahasa omputih masa dalam kelas English je tapi tak 100% wuuuu. Tapi kali ni aku jumpa kawan-kawan yang berhabuk English nya. Suspect habis aku cane durang boleh begitu lancar ber speaking.

Masa zaman tersebut, yang berhabuk English nya masuk Set 1. Macam aku species sapu habuk, dapatlah masuk Set 4, kelas kedua terakhir tak pun Set 3. Pernah sekali jugalah aku terlompat ke Set 1 aku syak teacher tersalah key in markah orang lain. Haha. Bertahan seminggu, pastu kembali semula ke Set 3. Lega aku, stress masuk Set 1.

Berbekalkan C4 SPM English, aku diterima masuk ke USM. Bahasa pengantara di USM tahun 1996 - 2000 ialah Bahasa Melayu. Kenangan terindah bila belajar Sains Komputer dalam Bahasa Melayu. Kayu ria. Papan induk. Bebola jejak. Korang tahu apa itu? Malas nak bagitau wekkkk. Google sendiri ya. Tapi memang terindah hingga boleh buat cerita kat students masa durang nga ngantuk dalam kelas terus duduk tegak ta ngantuk da nak dengar cisss.

Kesimpulan, hampir dua puluh tiga tahun jugalah aku berbahasa Melayu untuk berkomunikasi. English only for English class.

Realiti tak seindah mimpi, bila aku mula pergi interview untuk mendapatkan kerja. Teng teng teng...

Kompeni bukan milik Bumiputera sah-sah interview guna English. Takpe la kan. Aku dah boleh agak. Yang paling aku ingat bila aku kena interview di sebuah syarikat milik Bumiputera untuk position Database Adminitrator hati berbunga macam ada harapan nak goreng. Masa nak suh kenalkan diri n family cakap Melayu ecececehhhh senang nak jawab. Tapi masa interview sal content, hey its in English. Tergagap-gagap nak jawab amek kau.
 
Masa tu aku dah rasa macam takde harapan. Dahla masa tu ekonomi nga gawat. Mulalah teringat kawan-kawan yang dah mula bekerja.
 
Pendekkan citer, aku apply apa sahaja yang aku layak apply. Akhirnya aku diterima masuk program KPLI Sains Komputer di Jitra, Kedah. Ya aku akan jadi seorang pendidik, akhirnya.
 
Pendekkan lagi, masa mengajar di SMK SS17 Subang Jaya PPSMI mula diperkenalkan. Tahu ke apa tu PPSMI? English dalam subjek Math dan Sains. Masa ni, kacau bilau jugalah sekolah. Ada cikgu yang tak setuju dan macam-macam lagilah.
 
Aku ja chill, cool kentang.
Di suruh pergi kursus English tuk subjek Matematik. Aku pergi.
Pergi kursus English tuk subjek Fizik. Aku pergi.
Pergi kursus English tuk subjek Teknologi Maklumat. Aku pergi.
Aku pergi semua, sebab diarahkan.
 
Dalam kelas, kalau tak nak ajar Matematik atau Fizik guna English. Boleh ja. Bukan ada CCTV sambung sampai pejabat Menteri Pendidikan Malaysia pun.
 
Tapi aku cuba.
Berpeluh ketiak basah tangan ketar lutut nak pergi kelas.
Jantung berdegup lebih cepat dari biasa.
Ini Subang Jaya bukan main-main budak-budak speaking okay.
 
Tapi aku cuba.
Aku memang cuba sungguh-sungguh.
Siap kena ketawa dengan budak-budak sebab pronounce angle dalam mathematik sama macam angle yang budak kecik terbang tu.
 
Aku ingat sampai skang masa budak mengilai-ngilai ketawakan aku secara berjemaah dalam kelas, aku pusing mengadap whiteboard. Aku bisik pada diri sendiri.

"Aku akan improved! Aku akan cuba! Aku takkan putus asa".

Lepas tu banyak kali jugalah aku kena tegur ngan pelajar sal aku salah pronounce macam-macam. Tapi aku cuba. Malu takde dalam kamus hidup macam gitu kekdahnya.
 
Kalaulah aku tahu siapa yang mengilai paling kuat dalam kelas masa aku salah pronounce angle tu, aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada beliau.
 
Sebab kaulah, cikgu kau ni dah boleh speaking dengan yakinnya dalam dewan kuliah walau pun kadang-kadang vocab tak jumpa, kadang-kadang salah pronounce, dan banyak kali grammar salah aku peduli hapa.
 
Dan aku memang akan mengajar dalam English pastu aku ulang semula dalam Bahasa Melayu aku takkan penat. Aku nak semua pelajar yang aku ajar akan belajar untuk tahu betapa pentingnya Bahasa Inggeris untuk masa depan mereka.
 
Serius rupanya intipati entri aku kali ni.
Moga bermanfaat.
 
Bye loves...

Thursday, September 15, 2016

Jangan Berkira Sangat Boleh Kan?

Salam dari Senaling,

Akhirnya aku berjaya menyelesaikan misi pertama untuk Basketball Team KAKOM 2016/2017. Friendly match with their seniors.

Paling epic, seniors yang dapat hadir adalah gabungan dari dua sesi. Basketball Team KAKOM 2014/2015 dan Basketball Team KAKOM 2015/2016. Alhamdulillah.
Terima kasih banyak-banyak sudi datang, seniors. Terima kasih juniors semangat nak stay dan belajar sampai matahari tegak atas kepala di court pada hari Ahad yang indah. Terima kasih the real coach bawa anak bujang sekali berpanasan. Terima kasih basket team boys yang jadi referee dan pengkritik bebas tak berbayar tepi padang.

Hoihhhh... ramai rupanya yang mengorbankan masa hujung minggu mereka. Kau ingat kau seorang je ke yang berkorban? Puiii...

Aku kena ganti cuti hari raya pada hari Sabtu 13 Ogos 2016. Penat mental bila kena kerja pada hari Sabtu walau pun sebenarnya kau dah cuti awal Hari Raya tu tak sedar diri. Manusia biasa macam tu lah gayanya.

Lepas tu kena set tarikh nak friendly ngan ex students punya payah. Ye lah, semuanya dah bertebaran tak setempat. Macam-macam hal nak selesaikan. Mereka datang tanpa bayaran. Pusing punya pusing tarikh, akhirnya terpaksa juga aku set pada 14 Ogos 2016. Ahad.

Ya, aku bekerja 7 hari seminggu minggu tersebut.

Double penat mental jadinya. Pada ketika ini, shaiton nirrajim sudah membisikkan kata-kata jahanam. 
Boleh ja kalau tak buat friendly. 
Buat apa penat-penat nak set game.
Sabtu kerja, Ahad pun kerja.
Padan muka, sendiri cari pasal.
Patut duk rumah spend masa ngan family kunun walhal kalau duk rumah sibuk layan insta fb coc clash royale
Awal seminggu mood aku dah start swing back and fourth. 

Aku tak sedar, kini pendapatan aku lebih tinggi.
Pendapatan tinggi tanggung jawab lebih banyak.

Tak sedar kerjaya aku sekarang dipermudahkan berbanding 6 tahun lepas.
Sekarang lebih berfokus, boleh lah fikir nak buat kuiz, buat aktiviti gelak-gelak ngan students.

Tak sedar selalu curi masa ketika bertugas.
Yang ni I prefer to reserved my comment. Heeeee rasa bersalah tetiba wekkk padan muka.

Jadi kenapa merungut bila kena bertugas lebih?
Kalau bukan aku yang nak set friendly match, siapa lagi?
Takan nak syok sendiri main kita-kita ja, students tak belajar apa-apa?
Dahlah jarang-jarang turun masa players berlatih. Pastu mengidam nak dapatkan pingat emas, kecoh-kecoh nak update Facebook, Insta, blog happy-happy?


Hari Selasa dua minggu lepas tu gi IPGRM, friendly. Balik malam. Warning siap-siap, dilarang merungut. Nampak tak saya bagi dua peace sign lagi. Happy ja walau pun kalah. Hohoho

Empat minggu lepas tu set ke KMS pula. Yang ni aku tak dapat pergi sebab Amni nak UPSR minggu tu. Kalau idak terkinja-kinja hakak nak pergi tau. Aku deal ngan manager basket yang posing manja atotototo. suh beliau pula bergilir iring budak-budak kali ni.

Aku nak belajar untuk syukur sentiasa. Syukur dalam-dalam dan panjang-panjang.
Apa lagi yang ingin kita cari, kalau bukan keberkatan dalam setiap pemberianNya? Kan?

Bye loves.

Wednesday, August 31, 2016

Merdeka Fun Ride 2016

Salam dari Senaling,

Ini kali kedua aku join aktiviti berbasikal tahun 2016 selepas kenangan terindah Jamboree Seri Menanti. tak pasal-pasal naik podium huhu

Merdeka Fun Ride kali ni bersemangat kami menyelit-nyelit aktiviti berbasikal dicelah-celah kesibukan Amni nak ambil peksa UPSR seminggu lagi, hanya kerana route nya ialah Bukit Putus.

Idaman betul nak ride di Bukit Putus, bila plan persendirian tak jadi-jadi. Fikir macam-macam. Sekali da ada orang organize event, ehhh jom la jom la.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan pagi tu juga.
Organizer umumkan route berubah sebelum start kayuhan. Adoiiii putus tangkai hati ini... Uwaaaaa
Sebagai manusia biasa; Aku memang frust sungguh. Aku dapat rasa, ramai rider yang frust sama macam kami.

Ta dapat Bukit Putus, dapat Bukit Lavender Heights pun jadila.

Hati frust tapi muka ada sinyum.

Boleh pula tengah kayuh, berhenti tunggu semua rider lain sampai. Uk alohhh, rare betul Merdeka Fun Ride rupanya. Sampai sempat pula aku amik pic, terus update Insta. Epic!

Tapi... Wajib bersangka baik. Organizer pun da cakap route Bukit Putus kurang sesuai hari kejadian. Hujan lebat malam tersebut plus pembaikan jalan sedang dijalankan.  Baiklah. budak baik memang mudah redha

Berkat bersangka baik. Cabutan bertuah. Helmet! Shocking pink! MeowwwW

Pasni kalau aku masuk mana-mana Fun Ride atau Jamboree, mesti ramai yang terkesima dengan helmet ku... Yes! Diva la aku pasni weiiii... Haha
 
Selamat Hari Kemerdekaan rakan taulan.
 
Sehati Sejiwa tau kita... Bye!

Thursday, August 25, 2016

Edisi Emosi : Oh Olympic Rio

Salam Dari Senaling,

Olympic Rio 2016 melabuhkan tirai. Aku tak tengok pun penutup temasya berprestij ni, tapi aku dah boleh agak betapa gahnya perasmian penutupan. Dengar-dengar tuan rumah Olympic Tokyo 2020 keluarkan Doraemon malam tu. Best betul kalau hadiah sampingan empat tahun nanti ialah pintu suka hati. Nak juga satu. Haha

Aku layan mana-mana game yang aku enjoy nak layan macam volley ball, basket ball, renang, badminton, dan acara balapan. Bedanya kali ni, tetiba terminat lak nak tengok acara terjun platform, terjun papan anjal; sebab ada atlet Malaysia yang berpotensi nak dapat pingat. Bersemangat kenegaraan juga aku rupanya.

Tapi tidak seemosi ketika aku menyaksikan permainan badminton. Yang ini memang emosi sungguh. Aku menyaksikan ketika beregu negara kita tersangkut shuttle di jaring ketika servis untuk game point. Dua kali hoihhh. Terganggu dah emosi aku ketika itu.

Itu sebab masa DLCW main aku bantai tido awal. Aku malas nak tengok. Aku bajet kalau aku terjaga dari tido maknanya DLCW menang. Incik Suami ngan anak-anak yang layan mesti sorak gembira punya. Sampai ke pagi aku lena. Tup-tup jam smartphone berbunyi. Mean? 5.30 pagi uda.

Mean? Gigih aku buka Facebook. Gigih. Scroll scroll scroll. Aku dah boleh agak, sebab wall kawan-kawan sepi sesepi-sepinya. Tapi nak juga mengais luck. Akhirnya...

Breaks my heart into pieces.
thank you ste.india.com for the pic

Kesian Chong Wei. Tiga kali Olimpik. Tiga kali perak. Chen Long pun satu. Kasi la can pada Chong Wei. Terakhir kot. Waaaaaa

Yes I know. Adat pertandingan menang kalah. Tapi... Ah bercampur baur emosi ini.

Bingkas aku bangun.
Bersiap.
Kalau aku tak bangun dan bersiap.
Nescaya aku akan melepek atas pembaringan.
Emotional.
Lifeless.

Punya emosi hingga begini jauh aku kayuh. 37.7 km hoihhh jauh giler da tuk aku ni.

Aku bagitau partner in crime lain kali aim masa bukan location.
Within thirty minutes, how far we can go, then stop.
Patah balik biasanya amik masa lebih dari tu sebab nak menikmati keindahanNya.

Lagi pun tuk healthy lifestyle je kot.
Bukan aim nak gi Olimpik. Hehe.

 Thank you and bye loves...


Friday, August 19, 2016

Fun Run : Night Fun Run Men's Women's Health Putrajaya.

Salam dari Senaling,

Bulan lepas, aku berjaya melarikan diri pada waktu malam yang hening di Putrajaya sejauh 5km. 

Kejayaan pertama : Lari 5km non stop. Epik.
Kejayaan kedua : Catatan masa 40 minit. Yeay.
Disebabkan catatan masa peribadi aku yang baik tersebut, takde maknanya aku nak naikkan kilometer. Nak fun? Kena lari pendek-pendek ja. Haha.

Ini merupakan Fun Run aku yang kedua selepas Fun Run Bukit Jugra. Umum umum? bajet sangat kau glamer. puiii. pun tahu yang aku memang ta boleh blah ngan jogging ni. Tapi semua itu ilusi optik. Kalau nak semua pun boleh sebenarnya. 

Terpenting, bila kita ada kawan-kawan yang semangat dia superb. Keep on ajak tanpa jemu. Keep on hantar macam-macam event di group Whatsapp tanpa gagal. Walaupun dalam sepuluh event, hanya satu je event aku register. Tapi durang tak pernah putus asa untuk pujuk ajak.

The members of the group is increasing dramatically. Yeahhhh...

Event Fun Run kali ni ialah penyertaan termahal pernah aku register. Kalau sebelum ni, bayaran dalam lingkungan RM30 - RM60. RM78 mahal dah untuk aku. Tinggi juga pitch suara Incik Suami bila aku bagitahu aku dah register tuk larian ni. Aku cakap, aku nak tengok apa yang best kalau fee dia mahal. 

Yang best? Tee dia sangat berkualiti. Sayangnya terkecil dari saiz biasa yang aku amik. Tapi boleh je aku bawa gi berzumba di Body Cun Fitness yang memang khas tuk gegirl. Malah, banyak aktiviti-aktiviti lain malam tu anjuran macam-macam kompeni bertebaran di dataran tersebut. Lalu tak lalu nak beratur panjang je la. Incik Suami dan kembar yang setia menunggu dapat join aktiviti ketuk tukul besar tak tahu nama saintifiknya berjaya menang hadiah car lagi tu. 

Mini car k... Mihmih

Intermediate? Isi perut goodies bag.

Paling tak best? Cara goodies bag diagihkan. Memang failed. Beruntungnya aku dapat info awal cara pengagihannya macam mana. Tidaklah kami beratur pannnnnnjannnnnnngggggg terpinga-pinga tak tahu apa ke hal sebenarnya nak amik goodies bag kena beratur cenggini gaya.

Kesimpulan? Aku berminat untuk join any fun run in the future. :)

Weh.
Tak sangka.
Aku tak wat entri sal 8km Fun Run Bukit Jugra pun.
My first ever fun run in my life. :(

Bye loves!

Wednesday, August 10, 2016

Edisi Entri Peram : Gud Bye Syawal 1427H

Salam dari Senaling,

Syawal melabuhkan tirainya. Disebabkan cuti untuk berhari raya lebih pendek maka tak banyaklah rumah saudara mara sahabat handai yang dapat dikunjungi.

Konsep berhari raya yang aku dan keluarga amalkan ialah 'ambush style'. Caranya, target satu tempat. Biasanya aku target rumah mak pak saudara yang wajib dikunjungi. Contoh di kawasan Banting. Call dulu mak pak saudara set masa.

 Rumah makcik-makcik Banting
Rumah kazen, rumah pakcik di Kajang. 

Pada hari kejadian, tuju rumah mak pak sedara. Masa tu lah baru call seorang kawan yang berdekatan. Kalau dia tiada di rumah, kita salam-salam raya di telefon ja. Ta angkat call. Kita hantar message touching-touching tanda ingatan kekal abadi gitu.

Tacing ta? Tacing ta?

Call seorang ja dulu bukan main pukal eh. Kalau off, baru call yang lain.

Kalau ada alhamdulillah, Rezeki nak laga-laga pipi muah muah la nampaknya.

Nasib baik beliau sekeluarga bertapa di rumah hari tu. Dapatlah main laga-laga pipi. Pastu buat mushroom soup pulak. Macam tak lalu nak makan sebab kenyang. Sekali habis juga setengah bungkus roti Gardenia. Haha.

Sorang lagi kawan lama. Sedap beliau punya mee goreng.

Kanan : Kawan lama merangkap geng Fun Run, kawan Majulah Sukan Untuk Negara.
Kiri : Kawan lama sekolah menengah, ex room mate U Heights USM, Pulau Pinang.

Kawan-kawan sekolah menengah pun berkesempatan nak jumpa. Yang paling hujung tudung pink belacan tu mai dari Kedah. Gerak pagi - beraya - balik Kedah semula. Kau punya semangat memang aku salute. Paling aku salute ialah husben beliau. Melayan. Anak five heroes, kecik-kecik. Lupa nak tanya apa supplemen yang beliau suami isteri ambil. Energynya lain macam.
 
Susah sebenarnya nak berjanji-janjian. Nanti buat macam-macam. Pastu faham-fahamlah bila raya-raya ni. Jalan jam, pastu ingat nak lepak tigaploh minit, sekali terlajak sampai namploh setengah minit. Almaklumlah jumpa setahun sekali.

Pada aku, ingatan nak menziarah tu penting. Hajat di hati memang nak jumpa semua sekali. Tapi apakan daya. Moga di masa hadapan kita semua dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kelapangan masa untuk ziarah menziarahi. Amin.

Aidilfitri berakhir sudah,
Aidiladha bakal menyusul,
Entri diperam naik menyampah,
Kita kasi publish ja, jangan hold.

Ewahhhh..  

Bye loves.

Wednesday, June 22, 2016

Poyo Sungguh Bila Hati Terasa

Salam 17 Ramadhan dari Senaling,

Drama betul semalam. Bersemangat aku nak berbuka di masjid (buat pertama kali tahun ni). Seawal Subuh (ketika pengumuman berbuka puasa di buat) suami je nampak tak bersetuju. Katanya takut budak-budak tak dapat makanan. Jenuh jugalah aku meyakinkan beliau dengan masuk campur sedikit info berkenaan keyakinan dengan rezeki Allah. Siap offer kalau tak dapat makanan (yakni rezeki berbuka itu bukan milik kami sekeluarga), lepas Maghrib jom gi kepsi jew. Apa susah?

Menjelang 4 petang (masa amik anak-anak dari sekolah), mood kodok bermula. Semua kata ta nak pula berbuka di masjid. Kali ni aku keluarkan pulak info kesyukuran, info rezeki, info besederhana, info kemasyarakatan... eh macam-macam info lah tuk menyakinkan mereka dengan nada suara ustazah bagi ceramah keibubapaan di Forum Perdana. Nampaknya tak menjadi juga. Mungkin aku yang belum bijak meyakinkan orang.

Yeah, masa tu seketul kecil fed up mula muncul dalam diri.

Usai Asar, mood Iman dah swing. Muncung, tanak bercakap, muka tak puas hati. Dipujuk-pujuk pun tak berapa nak berjaya. Mungkin aku yang belum bijak memujuk anak.

Maka, total dah ada dua ketul fed up.

Lagi sejam setengah untuk berbuka, dengan harapan masih bersisa di hati. Amin pulak start engine. Dia punya agenda lagi rare. Cakap perlahan je yang dia nak berbuka puasa makan roti di rumah. Pastu berlalu pergi layan cerita di komputer. Suami desak aku pujuk Amin. Suami tak tahu yang aku belum cukup bijak memujuk anak. Disebabkan aku berazam tuk jadi isteri mithali, maka aku cuba juga pujuk.

Guess what? 

Tak berjaya la jawabnya. Siap menangis meraung macam kena cubit-cubit. Walhal aku tarbiyah guna method lembut punya hingga aku sendiri tak sangka aku boleh jadi selembut itu. Bila dipeluk bertambah kuat lak tangisannya.

Masa tu, aku bukan fed up dah. Tapi aku marah. Ya aku marah. Kurang pahala puasa aku semalam.

Jadi aku keluarkan cencaru dari peti ais, masak nasi, panaskan bubur kacang dan kuah asam pedas, keluarkan salad dan kali ni turn aku pulak yang diam seribu bahasa.

Ya, aku kecil hati. Tak berbaloi kecil hati ngan suami dan anak-anak, tapi aku betul-betul terasa hati.

Nak tenangkan hati, aku amik wudhuk, aku baca Quran. Tapi air mata aku berlinang-linang. Baca tafsir Surah An Nahl ayat 19, "Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan". Berjurai-jurai air mata aku.

Ya, Allah sahaja yang tahu yang aku terasa seperti aku seorang je dalam rumah ni yang bersemangat nak mempelbagaikan aktiviti di bulan Ramadhan. Aku je yang beriya-iya nak istiqamahkan solat Subuh berjemaah di masjid. Aku je yang mahu-mahu sangat sama-sama satu keluarga ke masjid solat tarawih. Aku je yang beriya nak bagus-bagus di bulan puasa ni. Ya aku seorang. Itu yang aku rasa.

Aku terasa seperti aku bertepuk sebelah tangan. Cinta tak berbalas macam tu.

Aku cuba nak tenangkan diri. Nak relax cool chillex. Nak let go. Tapi belum boleh lagi. "Keras hati kau Roy". Aku menangis sepanjang berbuka puasa hingga selesai Maghrib. Poyo betul. Sudahnya aku amik keputusan untuk tidur seawal jam 8.15 malam. Biar reda sikit perasaan poyo aku ni.

Aku cuba muhasabah diri. Mulut aku memang leh tahan juga lasernya. Banyak kali juga aku calarkan hati suami dengan sikap nak menang aku ni. Main Sahibba dengan anak-anak pun aku nak menang. Bayangkan. Mungkin ini juga satu peringatan untuk aku banyakkan diam dari bercakap dan menyakitkan hati orang. 

Dan bila yang dulu aku pot pet pot pet diam (belum sampai 24 jam pun), adakah ia akan menambahkan keharmonian kepada alam sejagat?

Kau rasa?

Tuesday, June 7, 2016

Fairy Cave, Wind Cave & Tasik Biru

Salam dari Senaling,

Mari #throwback journey di Sarawak. Kira last la kot entri travelogue ke Kuching ni.
Setel di Miri
Gua Niah
Tusan Beach & Canada Hill
Taman Awam Miri & Miri City Fan
Miri Crocodile Farm & Grand Old Lady

Kuching
Waterfront Kuching
Outdoor di Kuching is awesome, cumanya bila hujan terusik jugalah hati kecil ini. T_T
 
Angin semakin kuat, immediately lepas kami habis explore Kampung Budaya. Can I say immediately? Aku rasa memang immediately... (Exploremate tolong komen sikit nanti)

Alhamdulillah. Ya, syukur pada Allah sebab Dia telah perkenankan doa kami. Kami mohon dipermudahkan segala urusan (pastu list kan semua itenary dari Miri sampai Kuching yang kami rancang untuk pergi) dalam group wasap. Semuanya diperkenankan. Dari Miri lagi aku dah perasan. Sampai destinasi, walaupun awan berarak mendung dan hujan renyai, tapi bila sampai destinasi mesti cuaca cerah. Subhanallah, nikmat Allah mana lagi yang aku mahu dustakan? Mana?

Tapi yang ini, ialah plan adhoc. Tak sangka habis explore tiga tempat (Kampung Budaya, kaki Gunung Santubong dan Damai Beach) dalam masa setengah hari ja - sebab tempat dekat-dekat. Jadi apa salahnya kami ke Tasik Biru, Fairy Cave dan Wind Cave yang terletak di satu daerah pulak kan? Disebabkan itenary ni tak tersenarai dalam itenary yang didoakan saban hari, maka turunlah hujan rahmat bila kami tiba di destinasi adhoc tersebut.

Ada la rasa ralat sikit sebab aku manusia biasa. Hikmahnya; menyebabkan aku berazam nak bawa family pula ke Kuching. Mihmih. Dah tiga tahun berturut-turut ke Langkawi. Moh kita tukar angin pulak nanti ya. Insha Allah. Aamiiin.

Pssttt... info. Untuk pengetahuan semua, mencari masjid tidak semudah macam di Semenanjung. Jadi kalau dah nampak masjid tu, berhenti dan solat ja terus k.

Tasik Biru,, Fairy Cave & Wind Cave letaknya di daerah Bau. Jadi boleh habis explore tiga tempat ni dalam masa setengah hari. Perjalanannya ke dua gua tersebut tidaklah sehavoc ke Gua Niah. Tapi worth it tuk masukkan destinasi ni dalam itenary terutamanya kalau anda minat outdoor!

Hujan yang mencurah. me'limit'kan perjalanan kami. Pintu masuk ke Fairy Cave tutup terus. Berkunci bermangga. Bahaya agaknya nak naik tangga dalam keadaan hujan macam ni walau pun belum masanya tuk di tutup.
 
Hujan tapi tegar nak bergambar juga di signage ni.
 
Kami ke Wind Cave pula lepas tu. Wind Cave dibuka. Tapi kami dicadangkan untuk meninjau gua pertama sahaja atas faktor keselamatan. Aku boleh bayangkan, kalau cuaca baik. Perghhhh mesti lagi best ni. Tak mengapa, ada rezeki lagi tu tuk aku bawa keluarga pulak nanti.
 
Ini ja picture yang jadi. Selebihnya... T_T
 
Dan destinasi terakhir ialah ke Tasik Biru. Masa ni, hujannnn... fuhhhh.. Memang lebat habis. Cats and dogs omputih kata. Tapi nak juga nak juga...

Can you see the cats and dogs? Lebat teruk tapi bertuah sangat dapat kawan travel yang giler nak layan semua kegilaan ini. Bahahaha
 
Maka selesailah itenary kami pada hari kedua di Kuching. Alhamdulillah. Best sangat ke sini. Nak datang lagi tahun depan rasanya sambil kuis-kuis mouse sebab leh tahan juga harga tiket flight nak bawa lima orang ke Kuching. Mihmih

Mengharap sangat moga bermanfaatlah entri-entri ku buat insan-insan yang ingin ke Miri atau Kuching, terutamanya bagi yang suka bertadabur mencari cinta Allah melalui alam. Perghhh ayattt. Tapi betul kot, sebab kami memang banyak spend masa tuk sight seeing daripada shopping/ food hunting. :)

Bayangkan, empat hari tiga malam tanpa proper lunch. Antara senarai lunch kami ialah KitKat, biskut Tiger, roti Gardenia, pisang goreng, dan burger jual depan sekolah tuk budak sekolah tapi kami sapu juga. Hehe. Tapiiii kan... sekali shopping; amek kau.... tiga jam dalam satu kedai ja. Haha.
 
Dasar perempuan dan bermanfaatlah hendaknya perkongsian ini. Aamiiin. :)
 
Bye loves

Sunday, May 15, 2016

Gunung Angsi 2016

Salam dari Senaling,
 
Impian kami sebenarnya nak cycling pusing Bukit Putus, tapi disebabkan satu jejari rim basikal best friend patah maka kita hiking je Gunung Angsi. Baik.
 
Aku dah pernah pergi pertama kalinya ke Gunung Angsi pada 2014. Cerita lanjut leh klik sini. Cuma tuk entri kali ni aku nak pesan SATU perkara ja. Penting! Sebab dah banyak kali kena tapi tak beringat juga.
 
Pesanan mutlak : Tolonglah kerat kuku jari kaki sebelum hiking. Tekanan sangat terasa bila nak turun gunung. Aku da kena tiga kali. Sungguh poyo ganda tiga ploh dua. Adehhh...
 
Selebihnya nak belanja gambar jer. Hehe.

My favourite pic. I envy him so much. Cuba juga nak buat macam ni. Haram ta jadi. Itulah alam. Indahnya ia setiap inci setiap detik. Kalaulah lensa dapat capture semua keindahan alam yang tampak di pandangan mata dengan begitu terperinci; Memang maksimum Wow akak bagi. Nampak tak betapa kurangnya ilmu fotografi akak. Masih belajar dan akan terus belajar.Sebab akak minat.

Satu lagi pic yang aku suka. Ralat bila ada timer plak. Nak buat sekali lagi pic macam ni pun bukan main payah.

Pic ni dicapture masa aku nga lari di trail Gunung Angsi yang landai. Tak plan any action. Tapi dapat momen macam ni. Teringat pulak aku pada Bella dalam cerita Twilight. :)

Sama tak? Sama tak? Mihmih
 credit photo to google.
 
Ni best friend I yang jejari rim basikal patah tu punya idea. Punya banyak pic dia macam ni dalam camera memory. Aku pun try juga posing macam ni. Ya, memang nampak rare. Nampak hipster. Nampak remaja. Puiii. Tuk akulah. Tuk orang lain mungkin lain pendapatnya. :)
 
Kesimpulannya; Mula hiking memang rasa excited dan seronok. Sampai ke puncak pun aku masih okay lagi. Bila nak turun, mulalah terasa sesal seberat 0.00005g. Tambahan pula aku mengalami simptom-simptom kes berulang. Kes lupa nak kerat kuku jari kaki. Tah bila nak insaf. T_T
 
Tapi bila tengok balik semua pics. 
Rasa nak ulang naik gunung lagi plak.
 
Species hikers memang normal kot rasa macam ni. Kot. Kan?
 
Next time hiking. Ingat Allah. Ingat kuku kaki.
 
Daaaa... Bye!

Tuesday, May 10, 2016

Ada Apa Dengan Cinta

Salam dari Senaling,

"Ada apa ya dengan cinta?"

Ada indah.
Ada bahagia.
Ada kasih.
Ada sayang.
Ada Rangga!
Ada Cinta!

Siapa tengok Ada Apa Dengan Cinta empat belas tahun yang lalu? Pasti kenal sama Rangga dan Cinta. Pelakon utama dalam filem yang ngetop di Indonesia dan Malaysia pada zamannya. Siapa bisa menyangka yang aku kembali menonton kisah cinta mereka semalam.
 
Aku sendiri tak sangka. Haha.
 
Plan asal memang nak pergi reunion. Mini reunion lebih tepat sebab hanya tiga orang yang dikurniakan rezeki kelapangan masa semalam. Dalam Whatapps group memang dah siapkan itenary mahu ke mana dan ke mana bagi mengoptimumkan penggunaan masa.
 
Itenary asal ialah food hunt dan bowling je. Ada juga bunyi-bunyi dari Elly; ajak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2). Aku krik krik kan aje. Haha. Macam tak sempat nak layan movie kot. Lebih tepat aku rasa AADC2 tak best. :P
 
Perghhhhh. Salah sungguh rasa aku tu. Sungguh salah.
 
Cerita AADC2 sarat dengan mesej. Penuh dengan emosi. Sipi je lagi air mata nak tumpah. Kawan sebelah dah nangis pun. Mihmih. Tapi masih ada humor yang menjadikan ceritanya santai. Ehhhhh... Best la korang. Rasa nak ulang tengok pulak ni. 
 
AADC 2002 vs AADC2 2016?
Lagu-lagu dalam AADC 2002 best. Kalau korang suruh aku nyanyikan lagu dalam filem tahun 2002, aku leh nyanyikan ia dengan pitching yang ke laut. Sungguh. Tapi jalan cerita AADC2 2016 lebih menggamit perasaan. Plot cerita sangat kukuh tetapi masih kasi kita seprais. Kawan-kawan aku pun cakap macam tu tau. Kira valid lah kan pendapat aku kan?

 
Ada kait-kait sikit dengan nature yang wat aku... Oh maiii... Gagah aku amik pic ni dalam cinema, siap ada rasa takut-takut nanti bunyi plak shutter camera aku ni. Poyo ganda lima pulak aku rasa.  Macamlah dah taleh nak google nanti-nanti. Hehe

Hadiah Rangga buat Cinta. Puitis.
 
"Jika ada seorang terlanjur menyentuh inti jantungmu,
mereka yang datang kemudian hanya menyentuh kemungkinan"
 
Kisah cinta Rangga dan Cinta hanyalah satu plot cerita utama yang manis tuk ditontoni dan dihayati. Lebih manis sebenarnya ialah erti sebuah persahabatan yang ditunjukkan oleh Cinta dan rakan-rakan. Macam kena je pulak dengan kami ni.

Cinta kehilangan seorang rakan yang kembali pada PenciptaNya. Kami juga begitu.
Mereka reunion di Yogja. Kami reunion di IOI City Mall. Heh

 Itenary asal masih berjalan seperti yang dirancang. Aku sibuk nak restoran hipster. Hipster ke tu?


Bowling juga termasuk dalam itenary. Walau pun scoreboard kabur, aku tetap nak letak juga. Ehem ehem... 118 kot. Epik score ni. Kira awesome jugalah kami main dalam cakap tak reti lah, fobia terkebelakang lah, champion longkang lah. Strike spare jugalah masing-masing.
 
Penutup kisah hari tu ialah melepak di restoran Magnum. Masing-masing order makanan macam baru balik kerja setahun dari Dubai bawa USD berkepuk-kepuk. Disebabkan desertnya sangat awesome, aku lupakan je lah perangai seorang waiter disini yang betul-betul buat aku rasa nak speaking London.
 
Begitulah kisah mini reunion kami.
 
Masih terkesan aku dengan AADC2 sampai detik ini. Bukan sebab Rangga (Walau pun sahih dia sungguh awesome). The main point is friendship. Doakan selalu persahabatan kita kekal sampai syurga. Saling memberikan sokongan thru ups and downs. Always remember that we have each other. Lets cherish every moments buddies.
 
Ah, tacing...
 
Tu aje korang. Bye...

Monday, May 2, 2016

Pesta Buku Kuala Lumpur, MAEPS Serdang

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah belum pernah lagi miss mengunjungi Pesta Buku setiap tahun sejak tahun 2010. Daripada tak tahu nak beli apa (sebab follow member secara memvavi buta) hinggalah sekarang dah pandai plan nak beli apa dan nak ke booth mana.
 
Aku bagi lima bintang kepada diri sendiri atas anjakan paradigma yang awesome ini. Heee

 
Buat pertama kalinya, PBAKL akan diadakan di MAEPS, Serdang. Bermula pada 29 April - 9 Mei 2016. Wow, sebelas hari. Takan taleh spend satu hari di sini kan?

Tahun ni agak berbeda gaya aku ke Pesta Buku. Aku naik bas kolej. Tempat aku bernaung sekarang memang akan mengadakan rombongan Cik Kiah ke Pesta Buku. Kira macam annual event gitu. This year leh join, maka tanpa berlengah lagi aku bagi nama pada Incik Bos untuk sama-sama memeriahkan rombongan Cik Kiah pada 29 April yang lepas.
 
Janji jam 7.30 pagi, tapi seperti yang ku duga, lambat hampir satu jam. Tenang-tenang aja aku main Clash Royale masa menunggu tu. Adat menumpang haruslah chill, ye dak?
 
Akhirnya, jam 11 tepat kami sampai ke MAEPS Serdang. Paling surprise bila Encik Tengku (kira macam ketua rombongan Cik Kiah) buat announcement bahawa kami akan pulang pada jam 1 petang. Dua jam di Pesta Buku? Dua jammmmm???
 
Guess what? Actually aku tidaklah begitu terperanjat. Seperti sudah dibisik-bisikkan di minda bahawa aku akan balik naik kenderaan awam. Mental dah bersedia. Haaaaa... Macam tu. Asalnya pun memang nak date ngan member dari KMS. Tu yang da plan awal nak balik sendiri.
 
Walau pun member KMS tersebut ta dapat gi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Aku tetap balik sendiri.

Dengan member yang ini. Hehe.

Aku ni acah-acah je macam berani nak balik sorang-sorang naik pengangkutan awam yang route nya first time nak cuba. Alhamdulillah ada kawan sudi nak follow kegilaan aku ni. Dan dia exUPM. Dah biasa naik komuter balik kampong dia kek Pilah masa belajar dulu. Jadi confident level jadi lebih tinggi. Alhamdulillah.


Poster ni yang buat aku bersemangat nak balik naik pengangkutan awam. Shuttle bus percuma ke komuter. Moral cerita : Kalau kami yang duk Kuala Pilah gigih datang ke PBAKL dengan pengangkutan awam. Apatah lagi yang duk dekat, dan yang boleh datang ngan kenderaan sendiri. Parking dia besar giler kot.

Pendekkan lagi cerita; korang bacalah poster di bawah ni.

Banyak kemudahan dan semuanya membahagiakan. Terutamanya surau. Besar dan selesa.


Aku dah pandai membeli bahan bacaan tuk diri sendiri. Kalau dulu aku beli banyak buku untuk anak-anak je. Kali ni aku beli empat buku berbanding tahun lepas, cuma satu buku. Aku gemarkan bacaan yang santai dan penuh motivasi. Yeah aku dah boleh mengenalpasti genre buku kegemaran aku akhirnya. After six years! Dah nak menginjak usia 38 tahun 7 hari lagi (ehem ehem), baru nak enjoy membaca. Semuanya bermula dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Semuanya bermula dari rakan-rakan yang sudi mengajak.

Akhir kalam;

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Kira-kiranya aku ni berkawan dengan penjual minyak wangilah. Kan?

Tu aje. Bye!
 
 kredit buat laman web http://kualalumpurbookfair.my/ untuk semua poster di atas.