Mukadimah aku dah citer pada entri 10 Tips Berjimat Untuk Melancong bagaimana kami terjebak ke trip KL -> Miri -> Kuching -> Kuala Lumpur pada 31 Januari - 3 Februari 2016 yang lepas. Aku ada mention yang aku membayangkan Miri ni macam pekan kecil. Rupanya bayangan aku hanyalah satu gurauan yang agak kasar, sebab yang kecil tu Limbang, bukan Miri. Huhu
Jenuh pulak aku nak susun itenary di Miri sebab kami hanya bermalam satu hari. Meh sini aku bagitau. Di Miri ada banyak tempat menarik untuk kita terjah. Nak puas hati, aku cadangkan itenary 3 hari 2 malam. Insha Allah puas hati explore Miri.
Pendapat peribadi aku, Miri sesuai untuk mereka yang suka nature dan sight seeing. Nak food hunting atau shopping ada baiknya ke Kuching ja. Jelas bukan? :)
Hari pertama di Miri kami ke Gua Niah. Disebabkan flight kami tiba jam 9.30 pagi, jadi kami gerak ke Niah dalam jam 10.00 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri. Alhamdulillah kereta sewa kami sampai tepat pada waktunya. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam (termasuk sesat dan isi petrol). Guna ja Waze awal-awal, jangan buang masa.
Sampai di National Park Niah, terus diterpa rasa yang sukar digambarkan. Sebab sunyi dan sepi. Hehe. Aku bayangkan ramaila orang kot yang keluar masuk sebab hari Ahad. Sekali tu tidak rupanya. Nasib baik ada banyak kereta parking di parking lot.
Landmark Gua Niah dan mereka memakai pakaian yang sangat sesuai untuk explore gua. Syabas bete! Syabas!
Patutnya, sampai ja situ, terus gi kaunter beli tiket masuk (aku dah tau kena ada tiket, tapi kami terpinga-pinga tak tahu di mana nak beli). Ada satu bangunan batu warna putih besar punya dekat depan pintu masuk. Kat situ patut beli tiket. Ini kami melilau-lilau lak. Sampai di jeti dah kena patah balik ke hadapan pulak. Adus. Masa itu emas.
Entry park ~ RM10 untuk warganegara Malaysia.
Berjalan ke jeti untuk ke trail Gua Niah di seberang sana.
Ya, ada buaya. Aku perasan, sumer sungai di Miri ada papan tanda ni. Jadi tak heranlah kalau masa banjir hari tu, buaya boleh tersadai di tengah jalan raya.
Pakcik ni comel. Perkhidmatan bot ni mula beroperasi jam 7.00 pagi hingga 7.30 petang. Bayaran RM1 ja. Tapi jam 5.30 petang harga dah lain. RM2 kalau tak silap. Jadi RM 1.50 (Harga tertakluk pada tarikh 31 Januari 2016)
Kami sampai Kuala Gankira jerk. Nanti aku bagitau kenapa. :(
Berita baik semua. Laluan ke Gua Niah ialah laluan kayu yang mudah. Di sepanjang perjalanan akan nampak semua yang cantik-cantik ni. Just enjoy the view.
Kami bertembung dengan si kecil ni. The tiniest squirrel in the world!
Close up!
Jumpa gerai ni, ada baiknya lepak jap minum dulu ke. Sebab the real journey will begin soon. Ala janganlah seram, tak susah mana pun. Naik turun tangga je. Peniaga ni dari Rumah Panjang Chang. Belilah air sekurang-kurangnya di sini. Mesti durang happy.
Tak jauh dari gerai tu, kita akan sampai Gua Dagang. Bergambar je tapi tak membaca. Perjalanan balik baru nak baca. Puiii... Padanlah tak sampai ke Painted Cave... Waaaa
Tahniah, sampai sini maknanya kamek dah berjalan sejauh 2.8 km.
Gua Dagang view. Cantik dan unik! Dan silalah baca info yang disediakan k.
Masa ni kami tak tau mana jalan dia. trail bercelaru. Tapi jangan risau. Jalan je kut mana. Pastikan sampai kat tangga ni. Inilah real journey yang aku mention di gerai tadi tu. Mueheheh. Naik turun tangga sikit. Tak biasa workout memang mengah sikit lah. Slow-slow je.
Serius aku cakap. View adalah lebih cantik dari apa yang nampak di gambar. Sumpah tak tipu. View je tau, bukan orang... :P
Berjalan kira-kira 1 km, akan jumpa rumah ni. Berhenti amik pic dulu dan ke kiriiiiiii pusing! Jangan terus. Kalau terus nanti ta pusing satu gua lak. Kalau dah sampai sini (especially naik belon) ada baiknya amik peluang seratus peratus.
Semua orang (termasuklah kami) pasti akan tertarik untuk ke tangga sebelah kiri gambar. Better no. Itu ialah jalan keluar. Ke kiri semua, kiri... (ada signboard)
Yeahhh... kiri. Inilah entrance to Great Cave. Nyalakan headlamp masing-masing. Pakai facemask (kalau tak tahan bau guano). Standby wet tissue/sanitizer kalau spesies pembersih sikit.
Di dalam sangat gelap tapi ada laluan kayu. Takde headlamp memang agak payah nak jalan. Terbatas. Menghala ke Kuala Gankira dan Painted Cave lebih gelap. Ini aku pakai flash dari CSC. Nampaklah sikit cenggini.
Siap ada tempat rehat kau dalam ni. Nak sampai sini agak gelap dan kena turun tangga yang agak curam. Tangga agak licin, thats why attire kena sesuai. Nampak akak tu siap ber Whatsapp dalam Gua Niah. Kelas kau.
Masa ni masing-masing blur (Kes tak baca dan faham betul-betul info di Gua Dagang dan map yang dibekalkan di kaunter tadi). Kami sebenarnya cuba nak ke Painted Cave. Dikhabarkan ada lukisan yang berusia beribu tahun kat situ.
Aku dan Lin cuba dulu jalan ikut trail, sementara yang dua lagi tunggu kat shelter. Jalan punya jalan, jumpa jalan masuk ni...
Maaf blur. Gelap dan berdua. Aku dan Lin gagahkan juga turun dan masuk ke dalam situ. Nampaknya ia memang menuju ke Painted Cave. Kalaulah aku baca betul-betul sebelum sampai sini, mungkin kami akan lebih bersedia dari segi mental untuk berjalan sejauh 1.1 km ke Painted Cave. Mihmihmih. Masalahnya mental tak bersedia. Gelap baq hang. Hanya kami berdua. Tapi kat dalam tu adalah lebih kemas dan lebih bersih dari laluan yang kami dah tempuhi awal tadi.
Dalam mental tak bersedia tu, jauh juga la kami masuk dalam sampailah Lin bersuara, "Aku macam nampak signage". Zruppppp meremang terus tengkuk aku. Terus bagi arahan belakang pusing. Masa aku perasan laluan yang kemas dan bersih dalam ni pun aku dah terlintas "Mesti ada 'orang' jaga ni". Poyo masing-masing. Walhal Lin maksudkan signage tu ialah papan tanda kat luar seperti menunjukkan jangan masuk (yang sebenarnya tak pun).
Hahaha. Tapi aku yakin ada hikmahnya. Bayangkanlah dua orang kawan lagi duk menunggu kat shelter sana. 1.1 km jauh untuk keadaan yang gelap. Kalau aku jog lainlah cerita. Aku rasa kalau ada ramai geng dan kalau kami gerak lebih awal (kami start jam 12) Insha Allah kami akan sampai Painted Cave.
We should see this inside Painted Cave. Thank you TripAdvisor. Thank you Sarawak Forestry.
Belum ada rezeki namanya.
Map ni dibekalkan masa di kaunter. Ikutkan; kami (aku dan Lin) hanya sampai di Moon Cave. Shelter tempat lepak dua orang rakan kami mengadap Lubang Hangus.
Lubang Hangus.
Maka kami pun bergerak keluar dari Gua Niah. Perjalanan balik kami dapat tengok orang panjat nak amik sarang burung layang-layang.
Aku capture banyak scene. Tapi sumer blur. Aduhaiiii tingginya macam mana dia panjat oiiiit. Hanya nampak kayu sebatang, tada tangga apatah lagi kren nak angkat durang jauh nunnnnnn ke atas. Memang patut harga sarang burung ni mahal!
Laju je Nita turun, dan aku amik pic nya dari atas. Dah macam atas permukaan bulan pulak aku tengok. Oh, rumah tu ialah ofis untuk menguruskan bisnes sarang burung layang-layang di Gua Niah. Itulah sebabnya susah nak majukan Gua Niah sebagai satu tempat perlancongan. Part by part inside this cave is under few companies.
Tapi apa yang disediakan di sini bagi aku dah cukup baik. Dapat tengok kekuasaanNya dah cukup membahagiakan aku. Hadap entri ni setengah hari pun dah buat aku seronok. Hehe.
Kami ambil masa tuk explore Gua Niah pergi dan balik dalam empat jam lebih (sampai Moon Cave). Jalan memang slow. Sibuk amik gambar. Yang penting jauh lebih awal dari itenary sebenar. Dalam jam lima kami dah selesai solat jamak di masjid berdekatan pun. Pastu baru rasa lapar. Haha. Last makan masa dalam flight jam tujuh pagi lebih kurang.
Ini ialah fast food restaurant yang femes di Sarawak. Yang penting halalnya terjamin. Susah juga rupanya nak cari makanan halal di Batu Niah ni. Lepas makan kami ada misi mencari Tusan Beach. Hehe. Penuh kenangan. Sambung nanti. Insha Allah.
Next entry done
Tusan Beach, Miri
Kami ambil masa tuk explore Gua Niah pergi dan balik dalam empat jam lebih (sampai Moon Cave). Jalan memang slow. Sibuk amik gambar. Yang penting jauh lebih awal dari itenary sebenar. Dalam jam lima kami dah selesai solat jamak di masjid berdekatan pun. Pastu baru rasa lapar. Haha. Last makan masa dalam flight jam tujuh pagi lebih kurang.
Tiga suspek dipercayai gagal tuk tapau makanan. Nak makan tepi pantai kunun. Chettt. Sudahnya tapau dalam perut masing-masing.
Ini ialah fast food restaurant yang femes di Sarawak. Yang penting halalnya terjamin. Susah juga rupanya nak cari makanan halal di Batu Niah ni. Lepas makan kami ada misi mencari Tusan Beach. Hehe. Penuh kenangan. Sambung nanti. Insha Allah.
Next entry done
Tusan Beach, Miri
Moga bermanfaat. Bye! :)
8 comments:
hahaha... aku bace ngan excitednye... sok gile wei!! by the way, tambang bot tu, after 5.30pm is rm1.50.
whoaa..best best..terus terasa macam nak g lagi sampai dpt masuk painted cave... aku ke tu yg dekat permukaan bulan tu? nape aku kecik??? lol
nits
lin : dah tukar ke RM 1.50 ^_^
nits : kau la tu, sapa lagi... poyo :P
mane ko tau tu aku? ade pengenalan diri pon wei.. ^;^
Oh silap... maafkan saya. tu bukan nita. tu labah-labah... :P
salam awak.
boleh tak share itinary...tempat sewa kereta n so on..
salam unknown, itinerary leh klik pada link yang sy bagi di hujung setiap entri. sewa kereta: kami sewa pada kawan travelmate saya. insha allah sy tanyakan dan letak di ruangan komen kelak.
Hi. TQ share. saya plan nk g Miri Mac 2018 ni. sy tengah preggy and ada anak 8 tahun..dulu mmg suka panjat gunung pn tp xtau skrg.. sy pl risau sbb sungai Niah tu ada buaya..risau kt anak. ok ke?
Post a Comment