Tuesday, February 23, 2016

Miri Crocodile Farm & The Grand Old Lady

Salam dari Senaling,

Done in Miri
Gua Niah
Tusan Beach
Taman Awam Miri & Miri City Fan

Mula tu cuak rasanya nak ke sini. Kalau tengok peta, letaknya di hujung sana Miri. Menghampiri sempadan ke Brunei. Masa pulak bergerak tik tok tik tok macam tu. Scary. Flight ke Kuching jam 3.45 petang. Mujur Waze estimate kilometer dan masa tuk reach destination yang agak logik

Jom follow itenary k.

Dari Miri City Fan, lebih kurang jam 9.15 pagi. Estimate kilometer lebih kurang dalam 22.5, less than 30 minutes Insha Allah sampai. Doa banyak-banyak perjalanan berjalan lancar masa tu. Miri Crocodile Farm terletak di Kuala Baram, sangat hampir dengan simpang menghala ke Brunei. Ada juga hati nak menyampaikan diri ke pintu masuk Brunei (dapat tangkap gambar pun jadilah kunun) tapiiii... tik tok tik tok. Lain kali je lah nampaknya. Huhu

Bertiga je kami ke Miri Crocodile Farm. Seorang lagi diculik ex studentsnya.

Miri Crocodile Farm konsepnya seperti mini zoo. Tapi bilangan buaya adalah sangat banyak berbanding haiwan lain. Memang banyak giler. Kandang tuk buaya ada empat ke lima, kalau aku tak silap.



 They are dangerous, sleepy, charming, adorable, cute ... (maaf vocab terhad)

Patutnya boleh bagi makan pada buaya dan sesetengah binatang. Tapi kami bertiga ialah the one and only visitor on that time (which is Monday) maka aktiviti itu tiada. Hikmahnya aku dapat lebih masa untuk menajamkan lagi teknik mengambil gambar. 

Miri Crocodile Farm adalah sangat menarik untuk aku. Apatah lagi kalau bawa anak-anak. Wohooo. Ofkos durang akan lebih excited! Kami spend masa sampai jam 11 pagi. Seterusnya, shoot ke Grand Old Ladies di Canada Hill.

Again.

Kalau korang dah baca entri Tusan Beach, aku ada bagitau yang kami ambil angin malam di Canada Hill. Actually di sini juga adalah tempat pertama di mana petroleum di temui di Malaysia. Ya, di atas sebuah bukit bernama Canada.

 Bandar Miri pada waktu siang. Sepanjang hari awan mendung berarak kelabu. Sesekali renyai. Tapi Alhamdulillah rezeki kami dapat pergi semua tempat capture moments seperti dirancang.

Pelik tapi benar. Aku pun macam Zatul, macam tak caya kat atas bukit ada petroleum. Setahu aku di laut je. Sesungguhnya ini fakta, dan ia telah menjadi satu sejarah. Tempat ni berhenti operasi selepas berkhidmat selama 62 tahun.

Grand Old Lady yang tinggi melangit tu, bukan lady yang sebelah kiri gambar hokey... :P

Kagum aku pada yang bagi nama tempat ni the Grand Old Lady. Bijak tahap Einstein aku rasa. Disini ada diceritakan sejarah tentang tempat ni. Quite interesting. Nak lebih info, boleh masuk Muzium Petroleum berhampiran. Tapi hari Isnin (yakni hari yang kami pergi) muzium ni tutup. 

Naik Canada Hill, nak pergi muzium. Tapi muzium tutup... Hahahaha. Okay; Tak kelakar.

Hikmahnya, kami boleh lunch dengan lebih aman. Lets food hunting everybody!

Masa ni jam dah menunjukkan jam 11 menghampiri 12 lebih kurang. Wuhuuu... tik tok tik tok.  Cadangan asal nak food hunting di Luak Esplanade. Tapi cuak... cuak... cuak. So, we decide untuk lunch on the way ke airport je lah. Sepanjang jalan ke airport, susah nak cari restoran orang melayu. Sudahnya nampak Merdeka Mall. Masuk je lah. Masa tu aku dah terbayang kepsi. Isk. Gi Miri makan kepsi. Apakah sangat tau...

Redha tinggi masa tu, Janji makan. Masuk Merdeka Mall. Sekali tengok. Eh eh ehhhh... Ada Sugar Bun lah. Barulah rare. Alhamdulillah kenyang kami makan nasi dan ikan talapia goreng di Sugar Bun. Hehe.

Di Lapangan Terbang Miri, Nita di kembalikan kepangkuan kami. Muka member sedih habis. Siap cakap ta nak balik. Aku layankan aje angin kawan tu. Aku pun pernah ada rasa yang sama. 

Apa pun Alhamdulillah, trip di Miri dipermudahkanNya. Paling penting Nita ikut kami balik sampai KL. Huhu.

Journey to Kuching (WaterFront Kuching) begin afterwards. Bye Miri! Til we meet again.
 
Moga bermanfaat. Bye! :)

1 comment:

nits said...

Miri is the only ONSHORE field in Sarawak..yg lain semua offshore..so Grand Old Lady memang unik. Sebab tu miri ni terkenal dgn nick name "black gold" city.
Black gold== petroleum

Part x nak balik tu, memang betul.. :-)

nits