Sunday, August 12, 2018

Catatan Penerbangan KL - Guangzhou - Urumqi

Dalam hidup, paling lama aku terbang ialah tahun lepas. Ke Hanoi. Hampir empat jam, itu pun keras bontot. Kali ni, KL ke Guangzhou empat jam lebih. Guangzhou ke Urumqi hampir lima jam lebih. Total sembilan jam lebih. Erk

Jenuh aku fikir apa nak buat to kill the time, selain makan dan tido.

Ini antara tools membunuh masa dalam penerbangan yang lama. Buku catatan, pen ajaib dan yang tak termasuk dalam gambar iaitu pensil, pemadam dan pensel warna.

Disebabkan selalu sangat-sangat terbang dengan AirAsia, gambaran awal tentang Southern China Airline ialah sama seperti AirAsia. Rupanya lain. SCA tayangkan movie. Lima kali terbang, aku boleh layan tiga movie. Tak sempatlah rasa sendu bila boleh layan movie. Biarpun ada movie aku pejam, bangun pejam bangun. Tahu-tahu dah ending.

Keterujaan sekali lagi, bila aku experienced connecting flight for the first time. Bila kami lewat terbang (40 minit) dari KL ke Guangzhou, Kak Ita timbulkan isu, sempat ke kita kejar flight dari Guangzhou ke Urumqi. Pastu Moi terangkan pung pang pung pang... Aku tak ambil peduli, sebab fahaman aku pasti sempat. 

Rupanya, ditinggalkan flight itu mungkin. Walau pun pasti diganti flight lain, mungkin di offer penginapan (kalau esok hari baru ada fligth ganti) dan sebagainya. Itu pun kalau connecting flight dengan syarikat yang sama. Kalau syarikat berbeza, tiket burn, sekian terima kasih. Isu besar disini, gangguan kepada perjalanan kami nanti.

Namun, Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami terbang dari Guangzhou ke Urumqi mengikut jadual. Alhamdulillah tambah satu lagi pengalaman bermakna.

Tiba di Banyunport, Guangzhou. Perkenalkan Kak Ita. Baru berpencen, ligat beliau terbang sana sini. Aku berharap aku juga akan seperti beliau, diperluaskan rezeki menyaksikan keindahan dunia ciptaan Ilahi. Aamiiin. Kami menonong berjalan (takut terlepas flight), yang dua tu tenang bergambar pergi toilet siap. 

Mesin ni canggih, scan pasport dia (mesin) akan cakap, "Sila letakkan empat jari tangan kiri anda", lepas tu "Sila letak empat jari tangan kanan anda".... Berbahasa Melayu! Pelancong Korea, bahasa Korea, Jepun bahasa Jepun. Wow!

Niza, tangan pecah-pecah sebab alergi. Mesin tak dapat imbas jari-jari tangan kanan beliau. Melalui mesin ni, Niza kategori tak lepas. Aku berdebar, ah sudah lepas ke member seorang ni. Kak Ita bagitahu, kalau jadi macam ni, standby surat doktor. Kalau ada apa-apalah. Alhamdulillah, sampai di imigresen, lepas sebab diimbas tangan kiri ja. Fuhhhhh... Lap peluh.

Berjalan jauh untuk sampai ke bahagian connecting fllight (ini sedia maklum), nasib-nasib je kalau dekat tapi biasanya memang jauh lebih-lebih lagi kalau international airport. Sampai sini, waaaa ada makanan ringan dan air free. Waaaa... 

Sempat snap amoi yang excited dengan air dan makanan free.


Aku pun excited! Kemain amik pic.

Tak sempat nak teguk, dah dipanggil ke boarding gate. Harhar. Disebabkan air tak lepas, cepat-cepat aku togok sambil berdiri tepi tong sampah sebab nak cepat. Moi tapau biskut, tapi air tin cepat-cepat pulangkan semula.

Bandar Guangzhou. Dapat dipandang, tapi belum rezeki nak explore. Moi cerita, Guangzhou syurga shopping.

Imigresen kali ni lebih ketat. Kena tanggal kasut. Periksa badan lebih detail, tapi sopan minta kebenaran bila nak pegang kepala. Selama aku di China, imigresen yang periksa badan dengan terperinci ni semua perempuan. Alhamdulillah mereka peka dan sensitif dengan isu gender. Jadi no worries kalau nak melancong ke China.

Sekali lagi, berjalan jauh nak menyampaikan boarding gate. Tak silap aku gate paling hujung. Tak mengapa, kami enjoy. Lagipun airport besar, cantik, kemas. bersih. Banyak kedai nak cuci mata.

Melekat di Starbuck, Banyunport Guangzhou. Beranilah lama-lama sebab dah nampak boarding gate.


Sepanjang-panjang kami berjalan nak menyampaikan boarding gate, nampak orkid putih. Cantik. Berteka-teki, plastik atau ori?

Istimewa satu lagi tentang Banyunport ialah kewujudan bilik tukar pakaian. Peluang ni. Jomlah solat jamak dalam tu. Alhamdulillah, lepas satu kewajipan. Tapi kiblat tawakaltu 'alallah. 

Akhirnya, kami depart dari Guangzhou jam 1600. Dijangka tiba di Urumqi dalam 4 jam 50 minit lagi. Penerbangan jauh namun tak rasa sangat sebab amaze dengan pemandangan. 

Hai Woody Woodpecker!

Snowcapped di sebalik awan. Subhanallah

Snowcapped dan lembah. Subhanallah weiiii cantiknya. Ni aku ulang tengok, aku terharu sebab Allah izinkan aku tengok pemandangan seumpamanya.

Mukabumi menghampiri wilayah Xin Jiang.


Terpesona dengan pemandangan begini bila menghampiri wilayah Xin Jiang, teruja bila nampak snow di celah-celah lembah (gambar kanan). Persoalannya, snow kah itu? Kak Ita kata mungkin bayang sebab mukabumi kawasan rendah kan. Di Xin Jiang sekarang musim panas. Kalau winter, tak heran sangat. Melainkan gambar kat atas, snow atas gunung itu logik. Marilah kita kaji geografi nanti.

Alhamdulillah, kami sampai juga di Urumqi International Airport jam 2100. 9.00 malam tapi cerah macam jam 7.00 petang. Waktu sama macam waktu di Malaysia. Kadar kecerahan ja berbeza. Kami disambut terus oleh Incik Lang, pemandu kami. Punya besar nama Moi atas kertas. Alhamdulillah kami tak perlu tunggu lama.

Oh, selain disambut oleh Incik Lang, kami juga disambut oleh sebuah kereta kebal, dan tentera diluar airport. Terkejut mulanya, tapi mental dah bersedia. Melalui pembacaan awal, Xin Jiang ialah wilayah yang pernah bergolak (atau sedang bergolak), tak pasti. Yang pasti aku tak berani nak snap pic. Huhu

Seperkara lagi, orkid putih cantik di Banyunport Guangzhou ialah ori. Sekian. Sambung lagi nanti. 😊

No comments: