Sunday, October 14, 2018

Terracotta Warrior, Xi'an Part 2

Satu jam dalam kompleks pertama yang kami masuk. Leka tengok gangsa milik Dian kingdom baru keluar. Dalam kompleks ni ada dua lagi dewan pameran. Satu lagi tu pameran tentang Pompeii. Laju ja limpas. Dewan satu lagi tu...


... menceritakan bagaimana Terracotta Army dijumpai. Sangat informatif.

Lebih kurang 1 jam 30 minit baru keluar mencari di manakah lokasi sebenar pahlawan tanah liat.

Ikut suka hati ja berjalan, mana-mana pintu yang kami nampak, kami masuk.

 Horei, ketemu

Tapi mana Terracotta Army?

Yang kami nampak hanya serpihan Terracotta Army yang sudah pecah dan rosak ๐Ÿ˜ž

Oh, di sini letaknya kereta kuda seperti illustrasi di atas. Itu sebab kawasan ni kelihatan lorong-lorong  untuk roda-rodanya. Serius, masa aku tengok tempat ni, tak dapat otak nak digest kenapa banyak lorong-lorong sampailah Moi terangkan. Tak tahu pulak aku jumlah sebenar kereta kuda yang dimuatkan di sini. Kereta kuda 'real' pun kami tak nampak, atau tak perasan. Jadilah dapat tengok illustrasi.

Keluar dari sini. Mencari lagi sebab aku ada baca sebuah blog, katanya ada tiga pit. Yang kami pergi tadi, tak tahu pit berapa.

Jumpa!


Hai pahlawan tanah liat! Aku tunggu 20 tahun tuk jumpa kalian semua.

Hati sedikit berbunga. Aku jumpa pahlawan tanah liat bersama-sama kudanya!

Kisahnya, punya dahsyat Maharaja Qin merancang bagaimana beliau mahu 'mengkebumikan' tenteranya, lengkap. No wonder, Terracotta Warrior merupakan 7 Wonders of the World! 



Pit ni (masih tak tahu pit keberapa masa ni tau ta, sengalnyer), penuh dengan Terracotta Warrior yang berpangkat. Kira pembesar-pembesar la ni.

Dah keluar dari pit tak tahu nombor berapa, baru jumpa peta. Maknanya yang awal tadi kami masuk Pit No 2, lepas tu Pit No 3, yang belum ketemu ialah Pit No 1 (yang paling luas). Kami merancang nak ke Pit No. 1 (selepas jumpa peta rasa konfiden), sekali terpergi juga ke kawasan lain. Haha.

Kedai souvenirs dan juga restoran. Hikmahnya tersesat, dapat cool kan diri sebab kawasan ni berhawa dingin. Agak-agaknya di Pit No 1 nanti ada harapan ke nak capture pic close and personal dengan pahlawan tanah liat?

 Dah kira close sangat dah ni ngan durang. Alhamdulillah jadilah.

 Kami guna pintu belakang, tu sebab gambar bontot dulu. Nampak ta,betapa ramainya orang atas nun sedang mengabadikan kenangan? 

Menghampiri

 Berjaya meloloskan diri

Subhanallah, raut wajah, kening, mata, segalanya tak sama. Obses Maharaja Qin nak bawa setiap perincian dari askar, jeneral, kereta kuda, kuda dan segala-galanya ke alam sana. Misterinya, Maharaja tu sendiri sampai sekarang tak jumpa mana makamnya.

Dah sampai, hora hore... Bila aku tengok pic ni aku senyum sendiri mengenangkan betapa struggle nya kami nak mendapat pic acah-acah tada orang di kiri kanan. Walhal... hanya travelmate aje yang tahu. Berebut! Aku dapat pic yang senonoh ni atas ihsan Kak Ita. Dan bila masing-masing dah dapat pic yang sewaktu dengannya, terus lari.

Bagi peluang orang lain lak wei...

 Puas hati masing-masing. Baru boleh pulang ...

 Perkarangan

Tudung dah macam langsir ๐Ÿ˜‚

No comments: