Thursday, February 24, 2011

Aku dan Tapai Ubi Part 2

Semalam gi lagi pasar Banting Baru ngan Mak Buyung. Tingin nak makan nasi kerabu dan nak beli gak TAPAI UBI yang maid aku belasah last week. Ok, memang aku dah makan TAPAI UBI ahad lepas, tapi aku nak, nak, nak, nak, nak, nak gak TAPAI UBI pasar Banting Baru. Memang aku mengada-ngada... Cakapla dalam hati kecil atau dalam pankreas atau dalam ginjal, aku tak kisah pun...sebab gaji aku masih lagi RM****.67. Tak luak sesen pun... Teringat, hari ni gaji la weiiii... Weeeee (term twin kalau naik slide ilham dari ibu penyayang yang kurang mithali)

Ok, aku mandi before makan. Mandi selepas makan memang tak best. Lepas mandi, tengok TAPAI UBI yang melambai-lambai manja pada aku, tengok nasi kerabu yang cekak pinggang ala2 ibu tiri dalam citer Bawang Putih Bawang Merah... Aku sebenarnya lapar, kalau aku makan TAPAI UBI yang manja mungkin akan memudaratkan aku. Dah la kat sini sebatang kera. Mengenangkan betapa pedihnya perut time kena gastrik, aku terus amik nasi kerabu. Bila dah makan nasi kerabu (tak banyak pun, setengah jer, tu pun dinasihatkan akak yang jual nasi tu sebab aku sebenarnya mintak suku..) kenyang giler. Eh, aku tak baca alhamdulillah pun malam tadi. Cakap skang aci tak.."Alhamdulillah..."... dan terus rasa full macam makan 2 bungkus nasi penuh. Maka terabaila TAPAI UBI idaman aku tu.

Pagi ni, aku buka peti ais. Nampak lagi TAPAI UBI tu, Hampir2 nak breakfast ngan TAPAI UBI. Tapi, bila terkenang Mr. Gastrik, terus tak jadi. Makan roti expired (ajaran skandal C -roti letak dalam peti ais tahan lama) ngan Ya Allah lupa lagi nama jem yang mahal tu. Serius mahal sebab 1 botol yang lansing harga RM9.89. Bukan nak berlagak sebab beli jem mahal, tapi itu la satu2 jem yang natural sweet, without sugar added.. katanya la. Aku kan nak berdiet konon... Eh, kembali ke citer asal... Dan akhirnya aku tak makan lagi TAPAI UBI tu.

Dan, skang aku cuma berdoa moga-moga aku tak sambung lagi entri Aku dan Tapai Ubi Part 3, sebab kalau sekali lagi maid aku belasah TAPAI UBI idaman tanpa ingatkan majikan comel dier... Aku akan.. akan... akan.... nangis...Uwaaaa....!

**Marila kita menadahkan tangan agar sekurang2nya satu TAPAI UBI tu akan kelak menjadi jodoh ku jua...Aminnn

3 comments:

Anonymous said...

apa kata kejap lagik kau balik dan tengok dalam peti ais.. aku rasa mcm dah aaaaaaaabiiiiisssssssss jekkk....

aku nak bagik cadangan bernas ni..lain kali beli simpan kat peti ais aku...hehehehe...

Anonymous said...

x..x... lain kali simpan dalam peyut. gerenti x ilang dimakan maid ko.. hua ha ha ha ha...

*lin*

siti norhana said...

a'ah dalam peti ais ko.. tak terpikir lak aku... aku suruh doakan moga ada lagi satu tuk aku yang comel ni....

kalau la abis gak.... next week aku beli, aku makan di pasar tu jugak. bersila atas jalan pun atas jalan la.....