Friday, October 27, 2017

Resepi Mudah : Nasi Goreng Kunyit

Salam dari Senaling,

This menu special, and authentic too. Selepas aku post di Insta aku berani la cakap menu ni special dan unik. Sebab belum ada pengikut (follower adalah pengikut la kan?) yang mengaku pernah makan atau masak nasi goreng ni.


Bahan-bahan :
Nasi sejuk semalam
Udang kering (rendam sampai lembut)
Bawang besar, bawang putih
Cili padi
Hirisan daun kunyit (inilah star nya)

*Bawang, cili padi dan udang kering tumbuk sekali

Cara masak punya senang :
 Yang ditumbuk tu goreng agak-agak garing
Masuk nasi sekali ngan daun kunyit pun boleh. Nak masuk lepas nasi sebati pun boleh.
Perasakan.

 Siap. Tambah keropok ikan tamban pun best rasanya 😋

Nasi goreng ni, mak aku selalu masak masa aku kecik-kecik dulu. Dalam darjah-darjah gitu. Aku suka nasi goreng ni. Rasanya unik la tuk aku dan ala-ala nostalgia mengimbau zaman Cinderella.

Trylah mana tahu leh wat niaga dan jadi viral. Quote nama blog aku dan mak aku kalau ditemu ramah dek pengacara JJCM nanti tau. Hehe. Eh, kat blog ni memang resepi yang senang dan mudah nak cari bahan dan mudah nak masak je aku bagi. Dah, gi kesat air mata kalau resepi tahap Michelin yang kau dambakan.

Bye sayam-sayam.

Sunday, October 15, 2017

Ride with Joy, Kuala Pilah

Salam dari Senaling,

Minggu lepas minggu yang sendat. Sendat dan sibuk. Berkesempatan untuk rasa sendat dan sibuk maknanya aku dan keluarga sihat, maknanya DIA berikan kami nikmat kesihatan, nikmat keselamatan, nikmat kekuatan, nikmat kelapangan masa, dan macam-macam nikmat lagi. Alhamdulillah.

Semalam, aku dan Incik Suami berkesempatan join Ride with Joy 2017, di Kuala Pilah. Suami kata fun ride offroad. Kedengaran pelik, sebab jarang fun ride ialah offroad. Paling penting, fun ride tu sendiri. Maknanya seronok-seronok naik basikal masuk kebun, bukit, kampung, hutan...

Berkumpul jam 6.30 pagi. Mula kayuh jam 7.00 pagi. Tapi kami bangun tidur jam 6.15 pagi. Nak kena sediakan sarapan berat tuk kembar sebab tak tau jam berapa nak habis. Biasa kami sediakan nasi lemak. Makan sampai tengahari konsepnya.

Alhamdulillah suami dah siapkan sumer bahan tuk nasi lemak kecuali masak nasi. Alhamdulillah juga suami dah standby basikal, glove, helmet, kasut dalam kereta, tinggal jalan je. Hehe. Kalau beliau punya plan, haruslah aku follow sebab beliau punya semangat juang memang tinggi. 

Dapat keluar dari rumah jam 6.30 pagi. Fuhhh sempat-sempat. Sampai kat tempat parking, kunci basikal pulak tinggal di rumah. Patah balik. Kelam kabut jadinya. Alhamdulillah dekat. Alhamdulillah start kayuh jam 7.15 pagi.

Disebabkan fun ride, mula tu mental bersedia untuk fun. Petang sebelum, datang King Khairi bawa perkhabaran. Aku tak dengar sangat sebab dia cerita kat suami sebenarnya, tapi bunyinya agak menyeramkan. So, shift mental. 

Jadi aku kayuh pagi tu dengan tagline, "aku sayang jantung aku". 

Untung pakai baju merah, tudung merah tak sempat nak gosok; sebab berbeza dengan crowd. Nampak dari jauh.

Trail kayuhan kali ni memang best. Paling best compare dengan Jamboree Seri Menanti, jauh lebih best dari Kota Warisan 360. Tuk rider cam aku paling best lah. Sebab aku sayang jantung aku. Kalau tuk rider extreme mungkin lain pandangannya.

View cantik ride kali ni. Keluar dari hutan tiba-tiba nampak 'dessert'. Subhanallah terus aku berhenti. Memang cantik sungguh. Setakat kamera 8MP, macam ni je lah yang leh aku share.

View cantik ni sebenarnya belakang perumahan aku je. Tapi kami takut nak masuk sini berdua sebab takut harimau. Terus terang je lah aku cakap. Negeri Sembilan macam bersepah-sepah je tiba-tiba dengar bunyi mengaum, kucing hutan, babun dalam kelas, students menjerit dia pun menjerit sama-sama lari huru-hara, monyet satu famili kenduri pucuk betik sambil lepak atas pagar rumah tak ajak.. eh #thisispilah yo

Disebabkan tagline aku sayang jantung aku, maka kayuhan aku pagi tu ikut degupan jantung. Kalau aku leh dengar jantung berdegup sampai telinga. Aku stop kat tepi. Pandang bawah tengok rider lain kayuh atau tolak basikal. Enjoy pulak aku tengok view camtu sambil Incik Suami tunggu aku kat atas. Kahkah 

 Wajah hipokrit. Nampak kamera senyum acah-acah fun kunun. 

Sepanjang mengayuh, banyak kali aku dengar rider lain cakap... ini bukan ride with joy ni. Untung ada orang sudi bawa perkhabaran seram, kalau tak aku pun join cakap sama camtu.

Untuk itu, aku bersyukur Ya Rabb untuk semua nikmat ini. Aku kira ini ride kami yang terakhir untuk tahun 2017. Cuba nak cari fun run lak dengan baki 2017 tinggal beberapa bulan je lagi. Kembar teringin nak join fun run waktu malam. Request kemainnnn spesifik. Insha Allah akan carikan.

Tu aje entri taip hari Ahad, publish hari ni.
Nampak tak betapa fokusnya aku bekerja.

Bye sayam-sayam sekalian. Have a nice holiday!

Monday, October 2, 2017

Berkat Bersangka Baik

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah, happy sangat aku di hari Isnin ni bila dapat tahu jam mengajar dari 20 jam seminggu jadi 16 jam. Sebenarnya kembali semula ke jadual asal sebelum tiga pensyarah Sains Komputer keluar untuk sambung belajar awal September hari tu :)

Paling happy  bila empat jam yang diambil tu ialah kelas petang. Allahuakbar Allahuakbar. Sebagai morning person aku memang sukaaaaaaaaa sangat dapat jadual macam ni. Alhamdulillah jadual terkini, takdirnya semua kelas aku sendat padat awal pagi. Ehhh takpe takpe... Aku suka.

Bantuan Allah datang tak disangka, bila-bila masa, dalam pelbagai bentuk. Aku memang seboleh-bolehnya mahu bersangka baik bila kami mula mengajar 20 jam seminggu. Aku yakin ada seribu juta sembilan puluh sembilan ratus ribu empat ratus tujuh puluh lima kebaikan dan hikmah untuk apa yang berlaku.

Dan, nahhhh... inilah dia berkat bersangka baik itu kawan-kawan. Alhamdulillah

Aku bukan baik nau, tapi masih dan mahu belajar. Untuk pengetahuan semua sebelum bersangka baik tu aku apply, aku berkeluh-kesah-stress-mood swing-kelam-kabut jugalah. Bila dah tak menang tangan nak wat semua, terduduk... barulah terfikir semua ni DIA aturkan. Mesti ada hikmah disebalik aturan dan aku amik keputusan untuk berhenti merungut.

Terima kasih Ya Rabb, moga berpanjangan kegembiraan ini Ya Allah untukku, keluargaku, keluarga-keluargaku, jiran-jiranku, rakan-rakanku, pelajar-pelajarku, muslimin muslimat walau dimana mereka berada. 

Aamiiin.

Sunday, October 1, 2017

Mohla Kita Kita Bersenam Hari-Hari

"Senaman intensiti sederhana telah terbukti dapat melindungi seseorang daripada penyakit termasuklah demam selsema. Walaubagaimanapun, senaman yang berlebihan boleh mendatangkan kesan sebaliknya dan mengurangkan imuniti. Oleh itu, penting bagi kita untuk mengimbangkan kedua-dua aspek tersebut". 
~ Gaya Hidup Yakult Isu.31 Ogos 2017

Terjawab misteri tahun lepas macam mana aku dilanda demam flu yang teruk lepas 10km Diva Run. Bukan... bukan sebab run tersebut. Sebab utama adalah, sehari sebelum run aku dan Moi telah tawaf Bukit Jugra dengan sengalnya (aku la paling sengal sebab idea tersebut idea aku...kahkah). Naik dari jalan masjid jam 6.15 petang, turun dari jalan jirat cina dan sampai ke kereta (kereta parking berdekatan ngan masjid) jam 8.20 malam. 

Esok pagi lari plak 10km di Putrajaya. Sungguh tak awesome bila workout berlebihan rupanya.

Aku memang berazam nak menambahkan bilangan hari workout. Kalau tahun sebelum 3 kali, tahun ni nak 5 kali seminggu. Payah! Payah bila workout tu bajet nak yang bagus-bagus, yang sempurna. Sampailah gym kolej dinaik taraf. Aktiviti zumba stop terus. Nak ke gym luar, malas nak keluar malam. Mengharapkan cycling je la. Mencabar nak setup basikal bila petang-petang sibuk nak arrange masa  nak amik kembar latihan kompang dengan aku pun baru belajar beradaptasi dengan masa mengajar yang banyak.

Last two weeks, mulalah malas - tak workout lansung. Bila tak workout, balik dari ofis aku rasa seperti tenagaku telah disedut oleh kuasa jahat. Jam 6.30 petang mula dah menguap macam singa betina. Selepas solat maghrib mata mula berat. Esok pagi kelam kabut tak iron baju eh macam-macam nak setel. 

Sungguh tak best. Aku perasan, biasanya kalau petang gi gym, badan rasa segar ja nak wat macam-macam kat rumah. Mood pun jadi baik-baik. Mengantuk awal tatap mengantuk. Tapi mengantuk normal leh control. Penyelesaian? Kena workout la kan?

Aku perati, kawasan rumah aku ni ramai ja atok-uwan pelbagai bangsa jalan-jalan pagi-petang. Jalan je kot. Kalau tuk aku macam tak cukup workout berjalan ni. Ececece. Kan aku da cakap aku kalau nak workout tu nak ajet-ajet bagus je. Tapi itu dululah, dah terdesak macam ni, aku belasah jugalah berjogging dari rumah pusing kolej balik rumah. Dapat juga 3 km. Berpeluh puas hati jugalah.

Tiga hari berturut-turut aku jogging, dah lenguh plak lutut. Usia plus kasut tak sesuai agaknya. Sudahnya Sabtu lepas aku berjalan. Dah sama macam atok-uwan. Leh tahan juga penatnya. Akhirnya aku sedar aku ada peluang tuk bersenam hari-hari kalau macam ni. Balik kerja, tukar baju, pakai kasut dan jalan. Kalau ada extra energy leh jogging pe de hal. 

Tayah bersenam over-over lama-lama pun sebenarnya, 20-30 minit setiap hari adalah lebih baik dari bersenam kaw-kaw 2-3 jam tapi tuk dua atau tiga kali seminggu ja. Tuk capai yang 20-30 minit tu aku rasa lebih realistik.

Masa berjalan tu, jumpa sunrise. Sebenarnya hari-hari leh jumpa, tapi kadang keluar dari rumah terawal, kadang kabus tebal, kadang awal tebal.

Rezeki sunrise cun-cun je bila aku mula rasa, eh okay pa berjalan ni. Siap selisih ngan uwan-uwan, ditegur "Awal ekau keluar, dah nak balik". Aku senyum dan jawab dalam hati, "Rumah den kek atas ni yo. Starting point dari atas gitu."

Moga istiqamah aku bersenam hari-hari korang, Insha Allah.

Usaha!