Showing posts with label cycleview. Show all posts
Showing posts with label cycleview. Show all posts

Monday, April 20, 2020

Weekly Ride : Bukit Pilah Bike Park (All Time Favourite Route)

Kalau tanak berlama. Tapi teringin nak offroad. Zooommm... ke Bukit Pilah. Kalau berpindah ke Banting Insha Allah November nanti, tempat ni bakal aku rindui. Di Banting jenuh ahhh nak cari jalan offroad yang dekat rumah macam ni lagi 😭

Tiba-tiba hari tu suami ajak bergambar sini. Sebab dah biasa datang memang tak pernah pun teringin nak bergambar.

 Tapi ye juga, buat kenangan. Nanti kan nak pindah.

Bikepark.



Bukit ni takdelah tinggi mana. View pun takde macam Bukit Jugra. 

Tapi aku salute dengan komuniti rider kat sini boleh buat bikepark. Banyak trail berpusing-pusing. Mencabar bukan main-main. Aku berani kata mencabar sebab aku tak ingat berapa kali aku pernah tertonggeng dalam hutan ni. Dan sampai ke sudah aku tak berani nak downhill dari beberapa spot

Yang tak berani tu aku je la. Suami okay ja.


Tapi kalau berbasikal, tak dapat nampak semua ni. Hiking guna jalan offroad ja boleh.

Saturday, April 18, 2020

Weekly Ride : Bemban → Sungai Dua (All Time Favourite Route)

... atau aku panggil route kambing pendek. Kenapa kambing pendek? Entah. Suami panggil kambing pendek. Aku sebagai isteri mithali mengikut sahaja. Route ni dalam kategori all time favourite. Rasa nak jauh sikit dan lain sikit, ke sini lah kami mengayuh.

Panjangnya lebih kurang 40km. Kalau aku rajin kayuh, 1 jam 30 minit sampai. Kalau aku malas mengayuh 2 jam baru sampai warung Kak Nor. Tak sama ya jamnya sebab bila perempun mengayuh, dia ikut mood haha. Untung aku dapat suami penyabar. Bila dia banyak bersabar, mulalah dia arah aku macam-macam. 

Contoh, macam di bawah ni.

Naik...

... turun, arah isteri rakam gambar... Tak cantik. Tak memenuhi piawaiannya.

Naik semula...

... turun semula, isteri rakam lagi gambar. Puas hati, jadi profile pic FB ehmmm...

Kami panggil tempat ni dataran. Kawasan ni terletak di tengah-tengah perjalanan la lebih kurang.

Biasa berhenti sini, lepaskan mengah sambil ambil gambar sebab kawasan ni cantik.

Cubaan nak rakam gambar dari perspektif berbeza. Nampak macam apa?

Pending entry is done and I am happy!

Wednesday, April 8, 2020

Weekend Ride : Bukit Langkap 07032020.

Cik Abang duk bercerita tentang Bukit Langkap. Bukit Langkap itu... Bukit Langkap ini... Aku dengarkan aje. Sampailah dia cakap, jom set satu hari pergi Bukit Langkap. Aku macam errrr... Sebabnya satu ja. Ralat nak tinggalkan kembar semenjak aku jadi weekly ibu. Sahlah ride ni akan ambil masa lebih dari satu jam. Masa... masa...

Sehinggalah hari Jumaat berkenaan, aku balik Pilah dan kembar tiada sebab menghadiri perkhemahan di D'Kok. Sayu rasanya, dahlah jarang-jarang nak jumpa. Aku ajak suami jenguk kembar. Suami bagi greenlight.

Hari Sabtu jenguk kembar. Naik basikal. 

Haha... Macam hebatkan? Tak hebat mana sebab kami angkut basikal, parking di masjid dan makam Tuan Tulis. Lepas tu baru berbasikal naik Bukit Langkap, on the way balik boleh jenguk kembar. Begitulah perancangannya.


 
Halfway... mengah! 

Masa ni aku ingat selesai sudah dan boleh patah balik. Rupanya tidak, perlu teruskan perjalanan, hala sana tu. Tapi syiok ah sebab downhill. Panjanggggg pulak tu downhill-nya. Aku duk ulang tanya, bila nak patah balik? Kepanjangan downhill tu buat aku tak senang sebab kena patah balik kot. Terbayang dah macam mana gaya nak uphill nanti. Cik Abang kata sampai jumpa dataran. Dataran? Dataran?...




Dataran. Imaginasiku ialah dataran macam di route kambing pendek. Rupanya lain.

Takpe yang penting selamat sampai. Lepak jap. Photoshoot jap. Akhirnya yang dinantikan tiba. Uphill...

Masa ni kalau cik Abang bagi kata-kata semangat... aku marah. Haha. Mental wei.

Dia takpelah, siap boleh turun basikal amikkan pic aku mengayuh. Pastu kejar aku semula. Kurang asam. Apapun, Alhamdulillah ada kenangan kayuh di Bukit Langkap. Kira ride paling jauh sebelum MCO bermula. Dan mungkin juga ride akhir kami berdua di bumi Pilah sebelum kami sekeluarga berhijrah ke Banting Selangor.

Mungkin, sebab aku pun tak tahu apa yang terbaik Allah aturkan. Untuk kami. Untuk kita semua.  

Pending entry is done and I am happy!