Dari jalan besar menghala ke Kuala Pilah↔ Seremban selalu nampak papan tanda ~ Makam Tuan Tulis. Teringin juga nak pergi. Sebab? Saja. Saja nak mengimbau zaman sekolah rendah 1989 - 1990. Aku dah mula duduk di asrama. Warden asrama rajin bawa kami beriadah hujung minggu ( bahasa sekarang orang panggil brisk walk), berjalan dari asrama melawat segala macam makam kaum kerabat sultan Perak.
Jadi, saja nak baca sejarah. Nak pergi saja-saja, memang tak harap suami nak bawakan. Nak pergi seorang macam malas. Sudahnya tengok ajelah papan tanda, sambil berbisik perlahan... "Teringin nak pergi..."
Hari Jumaat berkenaan, aku balik dari dari Banting. Kembar tiada sebab menghadiri perkhemahan di D'Kok. Sayu rasanya, dahlah jarang-jarang nak jumpa. Aku ajak suami jenguk kembar. Suami bagi greenlight.
Hari Sabtu jenguk kembar. Naik basikal.
Macam hebatkan? Haha. Tak hebat mana sebab kami angkut basikal, parking di masjid. Lepas tu baru berbasikal naik bukit Langkap, sambil terus jenguk kembar.
Pagi Sabtu, seperti yang dirancang gerak ke Kg Talang, parking di masjid. Masjid Tuan Tulis. Eh?
Makam Tuan Tulis? Masjid Tuan Tulis? Masjid dan makam Tuan Tulis tulisnya di papan tanda. Wah boleh singgah nanti ni.
Hebat Tuan Tulis ni. Warak orangnya. Menjadi kesayangan orang. Tenang orangnya ni. Tak jumpa pun tapi aku dapat rasa orangnya baik banget.
Nak tunjuk yang tinggi macam menara tu dibina bersama oleh Tuan Tulis bersama penduduk kampung sejak tahun 1920 an. Wow.
Aku masuk ke dalam, nak melawat makamnya. Niat nak sedekahkan Al Fatihah. Makamnya dibilikkan siap ada penghawa dingin. Sebelum melangkah masuk, ada amaran dicetak ditampal di pintu kaca. Memaklumkan pengunjung, tak boleh memuja dan apa-apa bentuk khurafat adalah dilarang. Patutlah berbilik siap ber grill bagai.
Melangkah masuk, bau setanggi. dan... terperanjat aku tengok kubur Tuan Tulis. Serius terperanjat. Sebab tak macam kubur. Bentuknya seperti seketul batu yang sangat besar. Aku pernah ziarah Makam Sultan Abdul Samad di Jugra, Banting. Kubur sultan macam kubur biasa. Kubur-kubur sultan kaum kerabat Diraja Perak yang aku rajin ziarah zaman sekolah rendah pun penampakannya macam kubur biasa. Tapi, kubur Tuan Tulis luar biasa. Untuk aku lah. Pertama kali jumpa kubur macam ni.
Disebabkan terperanjat, aku tak ambil sebarang gambar. Jadi aku terangkan aje, selebihnya visualkanlah sendiri. Tak pun jemput ziarah makam Tuan Tulis di Kg Talang.
Takpe aku google kan. Musim MCO ni, rajinku bukan kepalang. Terima kasih portal rasmi MDKP.
Adalah aku baca sedikit info tentang Tuan Tulis yang dikhabarkan sangat penyayang terhadap binatang. Kerbau Tuan Tulis lansung tak pernah makan di kebun orang kampung sebab sudah di beri amaran oleh Tuan Tulis kepada kerbau-kerbau beliau. Jadi orang kampung tak kisah pun kalau kerbau Tuan Tulis berkeliaran di kebun mereka. Tuan Tulis juga memberi makan kepada burung merpati, yang seperti 'dipeliharai' beliau secara terbuka. Ketika Tuan Tulis meninggal, kelihatan burung-burung merpati ini seperti mengiringi Tuan Tulis hingga ke tanah perkuburan dan kemudiannya burung-burung itu hilang entah kemana. Banyak lagi info tambahan yang ditulis tapi aku ingat bahagian binatang ja hehe.
Nah, lanje gambar sekuntum bunga yang cantik di luar masjid Tuan Tulis. Warna Selangor, tiberrr...
Pending entry is done and I am happy!
No comments:
Post a Comment