Showing posts with label pending entry is done. Show all posts
Showing posts with label pending entry is done. Show all posts

Monday, April 20, 2020

Weekly Hike : Bukit Jugra (All Time Favourite Spot)

Sepuluh tahun lalu aku dah bercerita tentangnya di sini dan di sini. Tahun ni cerita lagi. Tahun depan lagi. Tahun-tahun depan cerita lagi. Tak jemu-jemu. Tak pernah jemu. Mungkin sebab bukit ni paling hampir dengan tempat kerja. Habis kerja boleh terus zoom hiking, dan turun... nah selesai hari ini punya workout. Tak pun aku akan berbasikal panjat Bukit Jugra. Pun layan.

Sebenarnya di Banting lebih tepat di KM Selangor aku ada banyak opsyen untuk workout. Lebih pelbagai. Selain hiking dan berbasikal, aku ada geng swimming, ada coach untuk main tenis, ada partner nak main badminton atau squasy, brisk walk, nak jog trek pun ada. Tapi entah kenapa kalau pergi ke Bukit Jugra samada tuk hiking atau berbasikal hari-hari aku tak jemu. Tak tahu nak khabarkan betapa istimewanya Bukit Jugra di hatiku.

Kalau berbasikal bolehlah dapat view ni.




Kalau hiking banyak view yang lebih pelbagai untuk aku tengok.

Kebanyakannya cantik-cantik. Tapi ada sekali tu, menakutkan. Aku dan Fida jumpa monyet... monyet ke? Besarnya Masha Allah. Macam beruk. Tapi kurus. Kalau dia merangkak, merangkak ke? Ya Allah tak tahu nak describe, tapi setinggi anjing. Ntah apa tah sebenarnya dia. Aku pun tak tau.

Asalnya aku nampak dulu. Dia di atas sebatang pokok yang tumbang sedang memerhatikan kami. Automatik aku terus berhenti tunggu Fida mendekat. Aku berbisik, "Fida kau nampak tak?" Masa tu aku sedang berkira-kira nak berpatah balik, risau diterkam ia.

Pada tika itu, 'monyet' tu berlari melintas kami dan menghilang. Nasiblah Fida pun nampak, walau pun hanya bahagian belakang. Maknanya realiti. Kalau tidak, malam tu aku tak boleh tidur rasanya. Haishlaaaa.

Takut... takut pun. Esok lusa tulat tetap juga kami kunjungi Bukit Jugra. Alhamdulillah sekali tu aje ia menampakkan diri. Tapi musim MCO ni, Bukit Jugra trail hutan dilarang masuk. Iyela, faham kena kawal pergerakan. Cumanya nanti kalau berakhir semua ni, tape kuning ni ada lagi tak? 

Ehmmmm... rindu.

Weekly Ride : Bukit Pilah Bike Park (All Time Favourite Route)

Kalau tanak berlama. Tapi teringin nak offroad. Zooommm... ke Bukit Pilah. Kalau berpindah ke Banting Insha Allah November nanti, tempat ni bakal aku rindui. Di Banting jenuh ahhh nak cari jalan offroad yang dekat rumah macam ni lagi 😭

Tiba-tiba hari tu suami ajak bergambar sini. Sebab dah biasa datang memang tak pernah pun teringin nak bergambar.

 Tapi ye juga, buat kenangan. Nanti kan nak pindah.

Bikepark.



Bukit ni takdelah tinggi mana. View pun takde macam Bukit Jugra. 

Tapi aku salute dengan komuniti rider kat sini boleh buat bikepark. Banyak trail berpusing-pusing. Mencabar bukan main-main. Aku berani kata mencabar sebab aku tak ingat berapa kali aku pernah tertonggeng dalam hutan ni. Dan sampai ke sudah aku tak berani nak downhill dari beberapa spot. 

Yang tak berani tu aku je la. Suami okay ja.


Tapi kalau berbasikal, tak dapat nampak semua ni. Hiking guna jalan offroad ja boleh.

Sunday, April 19, 2020

Konmari Method

Satu dunia kenal kakak ni. Pengemas dan orangnya memang comel. Senyum ja, aku suka tengok. Tak tahu samada dia acah-acah senyum sebab nak bersiaran atau memang dia macam tu. Aku tak heran. Pentingnya masa aku tengok rancangan Tidying Up with Marie Kondo di Netflix, memang ya dia senyum. Sebelum aku tengok di Netflix, aku pernah baca tentangnya di Pinterest. Dan terkini...

... aku baca komik atau tulisnya novel grafik tentang Marie Kondo.

Mana lebih best? Tonton di Netflix? Atau baca artikel tentangnya online? Atau baca novel grafik? Jawapan jujur... novel grafik di atas. Mungkin sebab aku suka manga, tetap Marie Kondo dalam buku comel seperti tuan sebenarnya.

Percubaan untuk me-Marie Kondo-kan baju, barang-barang dibawa ke Banting. Sukses.

Pending entry is done and I am happy!

Saturday, April 18, 2020

Weekly Ride : Bemban → Sungai Dua (All Time Favourite Route)

... atau aku panggil route kambing pendek. Kenapa kambing pendek? Entah. Suami panggil kambing pendek. Aku sebagai isteri mithali mengikut sahaja. Route ni dalam kategori all time favourite. Rasa nak jauh sikit dan lain sikit, ke sini lah kami mengayuh.

Panjangnya lebih kurang 40km. Kalau aku rajin kayuh, 1 jam 30 minit sampai. Kalau aku malas mengayuh 2 jam baru sampai warung Kak Nor. Tak sama ya jamnya sebab bila perempun mengayuh, dia ikut mood haha. Untung aku dapat suami penyabar. Bila dia banyak bersabar, mulalah dia arah aku macam-macam. 

Contoh, macam di bawah ni.

Naik...

... turun, arah isteri rakam gambar... Tak cantik. Tak memenuhi piawaiannya.

Naik semula...

... turun semula, isteri rakam lagi gambar. Puas hati, jadi profile pic FB ehmmm...

Kami panggil tempat ni dataran. Kawasan ni terletak di tengah-tengah perjalanan la lebih kurang.

Biasa berhenti sini, lepaskan mengah sambil ambil gambar sebab kawasan ni cantik.

Cubaan nak rakam gambar dari perspektif berbeza. Nampak macam apa?

Pending entry is done and I am happy!