Friday, August 31, 2018

Four Season Amusement Hotel, Jia Dengyu

Lokasi hotel berhampiran dengan main entrance  ke Kanas. Berhampiran dengan kawasan shopping. Berhampiran dengan balai polis. Walking distance.

 Hotel kami di Jia Dengyu. 

Seharian di Kanas, inilah tempat kami melelapkan mata satu malam. Ikut plan kami akan ke Hemu Village keesokan harinya. Aku rasa (dah sampai Malaysia) baru nak rasa, kalau kami tiada perancangan ke Hemu, besar kebarangkalian kami kembali ke Burqin malam tu juga. Kebanyakan bas memang berduyun bawa pelancong balik petang atau sebenarnya malam berkenaan ke Burqin. Tu sebab kami ja lalalala boleh shopping sampai jam 11.00 malam.

Di lobi hotel menunggu Niza dan Kak Ita

Sesampainya kami di hotel, receiptonist hotel dua orang bercakap sesama sendiri yang kami nampak profesional dari cara kami berpakaian. Moi terjemahkan, aku cakap baguslah begitu. Maknanya segala abang SWAT yang tahan kami di check post pun nampak kami begitu hendaknya. Bukan kelihatan seperti pengganas-ada-bom-dalam-backpack

Bagusnya pekerja hotel ni bila seorang dari receiptonist terus bagitau arah matahari terbit. Kami memang dah plan nak jamak pun sebenarnya, tak sempat bertanya sudah diberitahu. Terima kasih! Pastu bergaduh manja pulak berdua tu sebab arah Kaabah ialah matahari terbenam. Iyolah dik, mana-mana pun boleh. Pandailah kami pusing mana yang patut nanti. Hehe. 



Ini bilik Kak Ita dan Niza. Aku tak sempat pun nak amik pic. Haruslah berdua ni lambat turun. Interior bilik lebih kurang ja, beza sikit tang syiling. Aku dan Moi syiling rata dan sama-sama tiada aircond. Sejuk Ya Rabb di Jia Dengyu. Alhamdulillah travel ramai-ramai ni, ada banyak pic boleh pilih-pilih. Mana tak sempat nak capture, member cover capture kan.


View depan bilik. Subhanallah cantiknya background. Ni musim panas (summer). Cer bayangkan autumn, colorful kejadiannya. Bayangkan winter, harus putih suci background nya! Ya Allah terasa nak pergi lagi. Tapi mengenangkan perjalanan yang panjang serta ongkos juga siapa nak jadi translator (Moi sah tanak ulang pergi tempat yang sama)... maka marilah kita memanjatkan kesyukuran. Ini yang Allah nak beri. Alhamdulillah.

Pic pertama aku post di Insta. Masa aku amik pic, aku ta nampak apa ke rupanya. Dalam bas dari Kanas kembali ke Jia Dengyu baru perasan. Subhanallah ciptaan Ilahi. Ini sedang berjalan ke main entrance untuk beli tiket ke Kanas. Sebelum tu kena game dengan Moi. Cisss...

Depan hotel pagi keesokannya. Hujan rahmat.

Sedia sejuk, sejuk lagi. Alhamdulillah. Tah macam mana, breakfast di hotel ni sekali pakej dengan dinner. Malam semalam kan kami kenyang dengan shopping, maka tak breakfast lah kami hotel. Naik bilik semula, sental makanan yang tak habis makan semalam, Niza buka beg Doraemon, aku pulak habiskan Milo 3in1 yang dibawa dari Malaysia. Ngam 4 sachet. Masing-masing keluarkan bekalan makanan. Kenyang semuanya baru turun ke lobi hati senang gembira. Terlupa yang abah driver pun tak dinner dan sah-sah dia takde bekalan makanan macam kami. Hoho.

Kesudahannya? Singgah breakfast di kedai ala RnR semalam. Makan lagi, yeahhh. 

Wednesday, August 29, 2018

Pekan Kanas, Perkampungan Kanas dan Tasik Kanas

Sepanjang kembara sembilan hari, aku rasakan tempat ini paling istimewa. Terpegun aku menyaksikan keindahan Tasik Kanas dan kawasan sekitarnya. Subhanallah.

Selesai lunch, sambung perjalanan. Tak sempat nak panas bontot, eh dah sampai hotel. Hehe. Ler dekat je rupanya dengan tempat kami lunch tadi. Check in, masuk bilik, solat dan turun untuk ke Kanas. Tempat nak beli tiket sesak penuh orang. Ramai bukan main. Apa pilihan yang kami ada. Beratur sajalah sabar-sabar, eh takdelah lama mana pun sebab kaunter yang dibuka banyak.

Bayar tiket dan bersedia untuk naik bas ke Kanas city. Bas pun banyak, bukan isu besar sebab beratur sekejap bas datang berduyun-duyun. Sepanjang perjalanan wahhhh cantiknya air warna hijau emerald weh. Cantik. Geram rasa nak terjun tapi air sungai deras kemain. Dari Jia Dengyu ke Kanas city mengambil masa satu jam! Patutlah abah driver risau kalau kami lambat. 

Air dari salji yang cair di pergunungan.

Sampai di Kanas, dah kena mencari balai polis lapor diri. Melilau cari rupanya balai polis terletak di kampung Kanas. Pekan Kanas dan kampung Kanas takdelah jauh mana. Tapi bila mencari-cari terasalah kejauhannya. Nak kejar masa pun sama. Risau tak sempat nak ke tasik Kanas.

Selesai lapor diri, naik bas lagi ke tasik Kanas pula. Nasiblah tak jauh sangat. Adalah dalam 15 minit. Sampaiiii...

Perkenalkan tiga tempat berbeza ini ya...

Pekan Kanas. 

Kampung Kanas

Tasik Kanas

Di sekitar Tasik Kanas, aktiviti utama ialah berjalan-jalan photoshoot. Selain tu ada juga water rafting, dan naik cruise pusing tasik. Kami pilih aktiviti utama sahaja. Moi ajak water rafting, tapi aku rasa macam terkejar-kejar nak pusing jalan-jalan, nak water rafting dan baju macam kurang sesuai pulak rasanya. Nak jimat duit pun ye kot. Heeee.

Pilih-pilih mana berkenan di hati.

Pokok rhu banyak di sini. Pic kanopi seperti ini wajib di ambil. Sekian.

Pic bersama di Tasik Kanas sebelum kami berpisah. Aku dan Moi, Kak Ita dan Niza. 

 Naik ke atas jumpa kawasan ni. Photoshoot.

 Turun ke bawah, berjalan jumpa kawasan ni. Photoshoot.

Naik ke atas semula, photoshoot.

 Jumpa kawasan lapang ni, photoshoot.

 Patah semula laluan mula-mula kami sampai. Kes nak puaskan hati nak celup kaki dalam air hijau.

Nak celup kaki atau nak terjun terus?

Mula masuk tadi ramai orang di sini. Sekarang dah kurang, jom photoshoot.

Alhamdulillah, puas hati aku di Kanas lake. Dah takde rasa, macam nak pergi lagi ke sini lagi. Jadi Alhamdulillah. Punya syiok ber photoshoot, baru teringat nak balik. Masa nak balik baru teringat Kak Ita dan Niza. Haha. Tadi kan terpisah dan takde buat apa-apa perjanjian. Kembali ke tempat naik bas, barulah nak mencari, meneka, dan meninjau-ninjau.

Akhirnya kami buat keputusan kembali ke Kanas city. Mungkin mereka menunggu di sana.



Sampai di Kanas city, photoshoot lagiSementara menunggu kununnya. Mana tau kalau-kalau terserempak, tapi tidak pula terserempak. Sudahnya kami buat keputusan untuk naik bas kembali ke Jia Dengyu. Mungkin mereka dah sedap tergolek atas katil di hotel nun.

Tantadaaaa... jumpa Kak Ita dan Niza di tempat menunggu bas. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang, bas akan berhenti turunkan penumpang di beberapa spot yang menarik untuk apa lagi kalau bukan photoshoot.

Moon Bay. Bentuk ini lah yang melambangkan Xin Jiang Kanas National Geopark.

Dragon Bay. 

Pic di atas aku amik dari tingkap bas. Tak turun pun di spot ni sebab lambat respon dengan pertanyaan driver bas. Dia cakap Mandarin kot. Moi translate pun tetap aku blur. Sudahnya berdushum bas berlalu pergi.


Ada air bawah batu ni. Moi kata kaedahnya ialah celup tangan, renjis-renjis air pada kawan/orang lain sambil doakan yang baik-baik, Insha Allah akan dimakbulkan. Insha Allah tu aku la yang tambah sendiri. Aku tanya Moi, nak aku renjis-renjis dipilis ke kat dia. Tak payah! Jawabnya.

Oleh itu aku menyendukan saja diriku di tiang ini.

Akhirnya kami sampai di Jia Dengyu jam 9.00 malam.

Sambung shopping di gerai-gerai sekitar kawasan ni. Untunglah hotel walking distance ja.

Shopping sampai 11.00 malam sehingga dinner diabaikan.

Keluar kedai ni ja, eh dah gelap. Pura-pura terkejut. Balik ke bilik dah malam pun. Sejuk kemain. Oh, tak lupa nak lapor diri di balai polis Jia Dengyu. Menunjukkan kami selamat sampai tak tertinggal di tepi Tasik Kanas. Sayang kemain polis ngan tourist seperti kami 😊.

Balik bilik, solat dan tidur. Kesian abah driver, tunggu kami nak dinner sama tapi kami tak muncul-muncul. Dia ada mesej Moi (kalau dia mesej kami, kami bukan faham pun). Tapi Moi baca mesej pagi esoknya... Aduiii... 😅

Tuesday, August 28, 2018

Foodhunt (3) Kawaplar. Checked.

Sampai di Jia Dengyu (masa tu aku tak tau pun tempat tu Jia Dengyu hehe) abah driver ajak lunch. Kalau aku tak silap, lebih kurang jam 12.30 atau 1.00 petang memang peak hour. Bas dan kereta penuh di kawasan ni (kawasan ni penuh dengan bangunan). Macam RnR lebih kurang lah kalau di Malaysia.


Kawaplar atau kebab kambing penuh rasa rempah istimewa. Sedap. Char koay. Sedap.

Laghman lagi. Roti berminyak dan sayuran. Yang hijau sedap. Yang sayur putih tu rasa sayur. Hehe

Kawaplar/kebab kambing dibuat segar. Order baru bakar. 

 Chef pun sado. Herher. 


Perkenalkan isteri dan anak kepada chef sado belakang sana tu. Excited jumpa kami. Dia suruh anaknya ucap Assalamualaikum kepada kami. Eh, sebak pulak aku rasa. Sebak sebab kami tanya tentang tempat solat. Kan mula tu aku ingat Jia Dengyu tu jauh lagi. Dia kata disini tak boleh solat. Nak tutup aurat dengan sempurna (macam kami) pun tak boleh. Kena nampak telinga dan leher macam yang durang pakai tu. Yang sudah berkahwin ja boleh 'bertudung' Xin Jiang style. Lain-lain, no never. Sedih haih.

Mak, anak, menantu semua kerja di sini. Perniagaan warisan keluarga. Moga terus maju. Moga dalam lindunganNya selalu.

Kawaplar, tah napa gambar gegar. Lapar agaknya.

Khabarnya kambing ni haiwan ternakan tuan kedai, disembelih segar. Terus aku terbayang rumah mereka sah yurt. Kambing merata-rata keliling rumah. Kot la. Sebab aku tak nampak pulak kawasan perumahan. Kawasan ni pun penuh kedai, tiada rumah pun.

Kawaplar ialah satu lagi makanan dalam wishlist. Alhamdulillah Allah izinkan kami rasa. Sebenarnya banyak tempat dapat kau jumpa/rasa kawaplar. Di Burqin ada, di Urumqi ada, di Xián pun ada. Kami makan kawaplar di dua tempat. Di sini dan di Burqin.

Di sini sedap tapi mahal sikit. Di Burqin pun sedap tapi kami putuskan di Jia Dengyu lebih sedap, tapi murah. Yang membezakan ialah kuantiti rempah yang ditabur atas samsa. Tu aje. Kambing tataplah kambing. Ke lain ke macam mana?

Monday, August 27, 2018

Catatan Perjalanan Burqin - Jia Dengyu

Kali pertama sampai pekan Burqin, jam 1.00 pagi. Tak nampak apa. Abah driver cuma cakap, Burqin ialah pekan yang penuh dengan hotel, hotel dan hotel. Ramai tourist dari Urumqi akan singgah di Burqin sebelum menyambung perjalanan ke satu lagi tourist attraction di wilayah Xin Jiang, Tasik Kanas.

Hotel kami, Tourist Buerjin Hotel memang... waaaaa lobi hotel interior deco memang hebat. Tapi bilik tempat kami melelapkan mata, aku tak mampu nak capture. Mengantuk, nak tidur nak tidur nak tidur ja once dah check in. Sekejap sangat sampai aku tak ingat macam mana interior bilik kami. Yang pasti, breakfast best lagi di Xilaishun Hotel, Urumqi dan disini kami makan pakai tray stainless steel ala-ala di asrama. 

Itu kenangan di Tourist Buerjin Hotel, Burqin.

Bertolak jam 9.30 pagi menuju ke Jia Dengyu dan terus ke Kanas pada hari yang sama. Abah driver bising sebab kami lambat katanya. Risau dia kami tak sempat nak sampai ke Kanas. Bas terakhir dari pekan Kanas ialah pada jam 8.30 malam. Kau lambat kau tinggal. Nak beratur beli tiket. Nak kena lapor diri di balai polis lagi. Risau tau dia macam abah-abah. Tu sebab aku panggil dia abah driver. Bersyukur kami dapat driver (bukan tourist guide ya) merangkap tourist guide, merangkap abah, merangkap segalanya. Beliau jaga kami dengan baik. Alhamdulillah dipertemukan dengan driver macam ni.

Perjalanan. Subhanallah tercantik terpegun terkagum Subhanallah di sepanjang perjalanan menghala ke Jia Dengyu. Cantik sungguh.


Pertama, ladang bunga matahari.

Walaupun lambat, walaupun dibebel, sudi juga abah driver berhenti di satu spot ladang bunga matahari. Dari jauh, waaaa Alhamdulillah dapat bergambar di celah-celah bunga matahari. Sekali dah dekat, Allahuakbar tinggi weiiiii pokoknya. Bunga matahari tu pulak, besar dan gemuk-gemuk. yang tengah-tengah tu (tah apa aku nak panggil) sebesar muka sendiri!


Kisah benar. Gemuk dan besar.

Photoshoot di celah-celah. Heh tenggelam, confirm.

Kedua, yurt.

Pembacaan awal tentang yurt ialah tempat tinggal kaum nomad. Konon-konon kami ni nak tidur di yurt tapi tak jadi, disebabkan kekangan masa. Pertama kali jumpa yurt yang real, ialah ketika ke Ghost World City. Durang guna yurt untuk letak barang-barang. Kali ni jumpa yurt lebih real, kediaman orang nomad di sekitar Jia Dengyu.

Ada yurt terletak hampir dengan jalan utama. Aku kira mereka  ni berniaga. Ada yurt yang dijadikan tempat penginapan pelancong, ada yang berniaga makanan, ada yang berniaga susu unta, madu dan macam-macam lagi. Bagi yang mahukan privasi, yurt mereka jauh dari jalan utama. Ada yang terletak nunnnn jauh di bawah lembah tepi sungai sana.

Yurt sebuah keluarga yang mahukan privasi. Mungkin.

Banyak yurt disepanjang jalan. Ada sesetengah yurt aku nampak dia buka bahagian tengah-tengah bumbung tu. Mungkin untuk mendapatkan cahaya matahari. Moi kata yurt ni diperbuat dari kulit binatang. Sifatnya, portable. Kalau musim sejuk, mereka akan berpindah ke Burqin. Berjalan kaki bersama-sama binatang ternakan. Macam dalam filem yang pernah aku tonton. Tapi ini yang real punya.

Ketiga, binatang ternakan.

Excited nampak kuda. 

Excited nampak unta.

Excited nampak biri-biri melintas jalan sampai jalan jam.

Lebih excited nampak pengembalanya berkuda berlatar belakangkan lembah dan gunung. Wow! 

Lembu pun ada. Tapi kami tak excited sebab di Malaysia bersepah-sepah. Lagak eh lagak.


Keempat, landskap.

Berbalam-balam.

Semua gambar di atas diambil dari dalam kereta. Kira yang ini menjadi. Lain-lain samada gegar, nampak refleksi cermin kereta, kabur atau sebagainya. Yang cantik ni, tahan oh aku guna CSC Olympus bertripod, turunkan cermin kereta, tahan di bingkai cermin baru ketik. Gagah weiii nak amik gambar buat kenangan. Inipun tak dapat menandingi apa yang aku nampak menggunakan lensa beratus ribu pixel ciptaan Allah ~ mata.

Sampai di Jia Dengyu, ngam masa untuk lunch. Satu lagi wish list foodhunt, checked!😁