Tuesday, January 21, 2014

Aku di Tahun 2014

Salam dari Jugra,

Akhirnya tiba jua kita ke tahun 2014. Alhamdulillah di kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk menempuh tahun baru ni. Usia pun makin menginjak. Ehem...Tapi apa ada pada nombor? Nombor hanyalah sekadar nombor. (Ayat klise orang yang tak mengaku dah tua) Yang penting aku akan selalu perasan aku muda. Jadi janganlah konpius kalau nampak aku di badminton court menyebabkan korang tertanya-tanya, "Main badminton ke wat aerobik?". Untuk pengetahuan semua, aku leh wat aerobik sambil main badminton. Hehe

Asal tahun baru ja mesti orang tanam azam kan? Kalaulah azam tu boleh berbuah, aku rasa semua penjaja buah-buahan akan gulung tikar. Aku takde azam. Serius  takde. Cuma tetiba aku terperasan yang aku tertanam azam secara tak sengaja.Ecehhh...TERtanam sangatlah kan? Asalnya aku baca artikel di FB yang kawan share. Satu sal homemade frozen food dan satu lagi sal healthy lifestyle. Terus terpengaruh. Kesimpulannya, selain leh wat aerobik sambil men badminton aku juga senang dipengaruhi.

Back to the main point.
Homemade Frozen Food (HFF). Apa tuh? Pendek citer HFF ialah untuk menggalakkan kiter makan di rumah tanpa perlu menghuru harakan dapur terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerja. Konsepnya sangat mudah. Hujung minggu, pulun memasak tuk stok 1 minggu. Siap masak, letak sumer makanan tu dalam bekas kecik-kecik comey-comey kat bahagian sejuk beku dalam peti es. Nak makan ja, kuarkan dan panaskan. Mudah bukan?

Minggu paling ekstrem aku prepare makanan. Siap buat dua kek terus. Tunggu! Jangan kagum dulu. Kek itu hanyalah kek batik dan cheesekut jerk...kuikui

Kebaikannya, (1) Tayah penat nak pikir samada nak masak atau makan kat umah (2) Jimat duit.  (3) Mudah dan cepat. (4) Tetamu datang mengejut pun tak heran. (5) Hujung minggu dah ada aktiviti jadi tidaklah aku meroyan nak berpeleseran ke mana-mana shopping complex. (6) Tiada lagi bicara manis menghiris hati meracun jiwa menyatakan yang aku tak rajin memasak (7) Jimat masa.

Tapi yang peliknya, aku prepare breakfast, prepare lunch dinner, bekalkan makanan tuk Amni bagai, aku sendiri makan di kafe Orion. Tehehe.

Citer Healthy Lifestyle lak. Berita biasa kalau aku baca hal bersenam ni ialah, bersenamlah tiga kali selama 30 minit seminggu. Tapi kali ni artikel ni bunyinya misteri sikit. Dia tulis situ, jadikan rutin untuk bersenam sebanyak 6 kali seminggu. Ekstrem kan? Aku hanya membaca. Macam tak menusuk ke jantung pun penyampaian artikel tu. Tapi bila aku congak darab tambah bahagi, Nahhhhh....Bukan sekadar 6 kali seminggu, 7 kali seminggu aku pulun bersenam. Nampaknya aku lebih misteri jika dibandingkan dengan artikel tersebut.

Jadual tak sengaja namanya. Aku tak rancang pun nak wat cenggini awal tahun 2014. Tau-tau ja penuh aktiviti. Nampak tak aplikasi pepatah apakah yang dilaksanakan dengan jayanya di sini?

Kebaikannya (1)Aku gembira. (2)Aku gembira. (3)Aku gembira. (4)Aku gembira. (5)Aku gembira. (6)Aku gembira.

Memang tiada yang lain kalau bersenam ni melainkan kegembiraan. Nak kurus kalau bersenam tuk aku memang idaklah melainkan aku sukat dan timbang makanan yang aku nak makan atas kitchen scale. Nak putih mulus pun memang takan dapat kalau bersenam ni. Muka jadi tan lagi aderlah. Tapi aku okay ja. Ramai je aku tengok calon Miss Universe muka tan. Kalau nak perasan macam Miss Universe pun aku rasa macam layak je, macam boleh je...^_^

Kegilaan terkini. Berbasikal.

Alhamdulillah...permulaan yang sangat awesome untuk tahun 2014. Syukur, dan terima kasih kerna terpilih untuk dianugerahkan perasaan gembira dan awesome dari-Nya. Moga istiqomah hendaknya sampai bila-bila. Aaaamiiinnnn...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!