Saturday, June 18, 2011

Citer Terpendam Dari Hati Seorang Blogger Yang Malas Nak Update Belog

Fuhhhh...panjang tajuk entri.
Saja nak cover line pasal da lama sesangat ta update belog.

Bz . Malas . Line Internet Down = TRUE

Memang SO TRUE yang aku malas update belog n aku akan bagi seribu tujuh puluh lima alasan.

Pe ker tajuk utamanya...Owh, citer terpendam. Hari ni aku bukak folder pic n tengok banyaknya gambar yang di snap. Then tercetusla idea2 tuk berbelog. Gagah aku menaip tuk 5minit lagi...5minitttt.....

Tau ta apa ini? Ini ialah handbag organizer yang berkurun lama aku carik merata tempat di seluruh Malaysia. Nasib baik je aku ta carik kat Indonesia, Zimbabwe atau di Khortoum, Sudan. Macam melampau la kan? (Padahal kat Selangor ja aku carik...)

Dan ini ialah hadiah dari rerakan tercinta Amoi dan Lin sempena b'day ku yang ke 33. Terharu daku... Dan skang aku telah menggunakannya secara impak maksima. Dari organizer ke handbag terus aku buat skang. Kesannya aku bawak beg sempoi gi merata tempat dan ramai orang ingat aku macam student dari jauh.

Ulang suara... DARI JAUH!
(kang ada lak kata aku perasan muda belia)

Kesimpulannya, aku sangat bahagia dan gembira ngan hadiah ni. Thanx frenz...
B'day aku 7 Mei skang dah 17 Jun...
Tengok? Tengok? Da berapa lama aku simpan citer ni...
Kuang, Kuang, Kuang...
Dah, tu jer. Nak balik dah...

Friday, June 3, 2011

Panjang ke Pendek?

Da lama ta update belog since perasan sibuk....hehe
Tapi memang sibuk pun..since our subject jadi subjek teras, dengan 18j seminggu bila orang len 4-8j seminggu...owhhh memang heaven....

Meh senaraikan kebaikan atau omputeh cakap advantages bila subjek jadi subjek teras
1. Leh pegang mikrofon bila bagi lecture. Dengar suara lemak dan merdu ja kuar dari speaker dewan

2. Bebudak akan lebih mengenali. Gi mana2 akan ada pelajar yang senyum2 n tegur..."Madammmm...". Rasa cam Diva jap la kan...kihkih. Kalau semester lepas memang susah nak tengok student tegur. Ye, la jumpa 2j satu minggu. Dah la muka pun macam student kan. Pastu sengaja ta nak pakai tag nama...supaya 110% nampak macam student, then bila ketawa kuat2 di kafe ta da sapa nak gosip dan cakap..."eh, eh lecturer ni....harap muka ja cute tapi ketawa macam langsuir..."

3. Kul 4.15 bila stat nak bergosip, tetiba tetiba ada student datang nak tanya pasal distributed computing, cloud computing bagai.... so, ini la masanya tuk bagi ajaran sesat...

4. skang meja leh diserabut kan sesuka hati sebab ada alasan nak marking kertas tutorial 3 kelas...TIGA kelas tau bila member len 4-5 kelas...hahaha

Ok...Tajuk ta da kaitan ngan entry... ta...saja nak bagitau, masukkan entri pendek pun ok pa...janji update...(motivasi bagi blogger yang mula malas nak hapdate blog tercinta)