Friday, February 9, 2018

Hati Manusia Allah Pegang. Ingat tu!

Salam dari Senaling,

Semalam, rutin hari Khamis ialah senamrobik di gym kolej. Selain Khamis, Selasa pun aku on. Niat asal nak bersenam tuk diri sendiri, kalau kawan-kawan atau pelajar nak join lebih happening. Hampir setahun aku incharge senamrobik, tu pun atas permintaan kawan-kawan. No fees, sebab memang niat nak lepaskan diri sendiri. Kalau tak, bila nak bersenamnya?

Lumrah manusia, awal-awal memang bersemangat. Lama kelamaan, semangat pudar dihurung kesibukan; urusan anak-anak, duduk jauh, dan lain-lain. Aku faham takdelah paksa pun sebab niat tuk diri sendiri kan? Last nya adalah dua ke empat orang yang meneruskan aktiviti percuma ni, ta nak putus harapan. Promosi tetap on dan on melalui grup Whatsapp. Tak jemu-jemu, walau pun kadang-kadang aku copy and paste jer message lama.

Sampailah Selasa semalam. Kebetulan di kolej pun ada program 10 on 10, anjuran KKM untuk menurunkan 10kg dalam 10 minggu. Pelajar dan pensyarah terpilih ja yang boleh join. Okay, takpelah kan. Puak-puak tu buat senamrobik gak, tapi di dewan besar. Bersyukur aku leh teruskan program aku tak kacau durang. Jadinya hari Selasa hari tu, ada empat orang je. Seorang pensyarah (aku lettew) dan 3 orang pelajar. Akak yang selalu join kurang sihat dilanda flu yang agak heavy. Takpelah. Rezeki masing-masing. Walaupun kurang havoc tapi on tetap on. 

Habis di gym, gi cari Incik Suami di dewan, dan oh program senamrobik 10 on 10 (yang on sama time tadi) masih lagi berterusan. Meriah nampaknya plus pelajar-pelajar pun turut sama. Kawan-kawan pensyarah yang terpilih melambai-lambai. Aku agak durang ajak join sekaki. Aku senyum dan geleng kepala sebab baru habis bersenam empat orang tadi kan. Berniat nak balik je. Keluar ja dari dewan, eh terdetik lak rasa terkilan.

Dan terus rasa tada mood nak meneruskan rutin senamrobik-Selasa-Khamis.

Hari Rabu berlalu, Khamis pagi dalam kepala duk mereka alasan, nak quit memberikan khidmat masyarakat yang kalau aku quote dalam interview nak dapatkan HLP, gerenti interviewer gelak guling-guling. 

Kalau rasa nak berpeluh, pandai-pandailah menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi masing-masing.

Terkilannya aku dah sama level ngan uwan-atok. Aku syak ini simptom perempuan nak datang bulan. Tapi memang sungguh-sungguh takde mood.

Takde mood sampai jadi malas nak wat kerja. Ini malas ke kesan terkilan sebenarnya aku pun da naik confuse ni. Haha. Malas nak update jurnal, aku baca blog walkonwings by Diana Ishak. Ehhh... ngam pulak entri dia ngan jiwa serabut aku skang ni.

Aku quote ayat pendek je lah. Nak tahu lebih lanjut bacalah sendiri kat sana. "Letih nak bagi orang percaya, sebab hati dia Allah yang pegang. Yang senang, buatlah sesuatu biar Allah percaya pada kita".

Ya... itulah dia. Aku memang letih da nak ajak kawan-kawan, mehla bersenam, meh meh. Tak, takkan kurus dengan hanya bersenam. Kena jaga makan. Yang pasti (tuk akulah) rasa happy, rasa puas, rasa energetic sangat lepas bersenam. Itulah pun punca utama aku masih aktif bersenam sampai sekarang. Istilah aku, badan rasa sedap. Jomlah jomlah kawan-kawan, release stress. Sampai di gym, krik krik krik. Penat dan give up nak memberikan kesedaran bahawa sesuatu perlu dikorbankan untuk datang ke gym dua kali seminggu. 

Patutlah aku give up, penat dan lesu sebab aku buat kerja susah. Nak menyedarkan kawan-kawan sampai tak sedar yang pegang hati mereka ialah Allah.

Sudahnya hari Khamis (yang aku duk berbelah bahagi nak proceed ke tak), habis kerja tak extend jam, terus balik rumah. Tukar baju, amik wudhuk, baca Quran sementara nak masuk Asar. Doakan kesejahteraan kawan-kawan (moga kita sihat sama-sama dengan bersenam sama-sama atau bersenam dengan keluarga, buatlah apa pun). Tambahan aku doakan sekali moga terbuka hati pelajar aku supaya dia lebih ambil berat dengan proses pencarian ilmu.

Yasss, itulah yang mudah, jaga hubungan denganNya, meminta dan mengadu hanya padaNya. Jaga solat, tadabur Quran, amalan-amalan sunat, buat mana yang dapat, sedaya upaya. Dalam hati hanya ada al-Quran, ada DIA. Gituuu... (teringat baru mula nak berzikir, kalau tak lagu Havana Oooo La La yang aku duk humming kan 😅)

Kan senang, antara aku dan DIA... ja.

Gerak ke gym, ada seorang pelajar menunggu (tu pun dia kurang sihat). Dalam hati aku lega, janji bukan sorang-sorang. 5 minit pastu, datang tiga orang pelajar lagi. Wahhh... hepi dehhh. Seronok da aku ada 4 orang plus aku jadi 5 orang. 

Start jam 5.40 petang dan tak lama lepas tu berduyunnnn tiba, secara berperingkat. Allahuakbar. Penuh gym, sesak. Bersyukurnya aku. Aku hanya jaga hubungan denganNya untuk satu waktu tak sampai satu jam pun, DIA berikan apa yang aku harapkan. Alhamdulillah.

Cer bayangkan kalau kita jaga hubungan kita dengan hanya DIA berjam-jam? Wow!

Wednesday, February 7, 2018

Second Thought

Sell the only house.

Pay house loan.
Pay personal loan.
Pay auto loan.

Zero debt.

Take 6 months unpaid leave.

Travel backpackers to ASEAN countries.
Find side income by doing something me love.
Blogging, photograph-ing, photobook-ing, cycling, hiking, workout or maybe...

... wandering.

Wanna join?