Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan - Nostalgia #3


Salam Dari Jugra dan Salam Ramadhan Kareem

Sekali lagi pen'psiko' an diri sendiri berjaya dengan meletakkan tajuk entri dengan #3 lak. Sebab bila ada #1 mesti akan menyusul #2 dan seterusnya #3 la pula kan? Jadinya aku ingin mengimbau pula zaman puasaku masa di matrikulasi.

Kalu di sekolah menengah rumahku dengan sekolah hanya 7kilo, kali ni jarak matrikulasi dengan rumah mak abah beratus kilo. Hamek kau. Matrikulasi dulu tak sama macam sekarang yang lebih berpusat. Matrikulasi dulu ikut universiti masing-masing. Aku dapat USM makanya matrikulasi I adalah di salah sebuah SBP di utara tanah air yang terkenal dengan nama SOKSEK sebab teramatlah panjang dan banyaknya 'S' untuk singkatan sekolah ni.

Ramadhan di sini hanya setahun tapi aku paling ingat part makan sebab kawan yang rapat dengan aku masa tu namanya Aisyah, badan ya amat slim, tapi makan...Subhanallah. Motto kami masa di matrikulasi I ialah dilarang miss makan di dewan makan. Orang lain motto sumernya merujuk kepada kecemerlangan akademik. Tapi kami? Harmoni sangat kenangan yang aku ada kan?Hikhik.

Okay back to the main point - yang aku nak highlight sebenarnya masa bersahur. Hari Selasa (tu dia... ingat hari tu) menu dia yang superb ialah nasi ayam. Inilah satu-satunya sahur yang orang akan beratur panjang nak makan. Meriahnya sahur sama macam berbuka puasa. Minggu pertama, ya kami lambat turun makanya menyumbang kepada panjangnya barisan. Tapi minggu kedua dan seterusnya...huh? Jangan harap nak lambat lagi bila modus operandi diubah sama sekali. Kami turun awal, kasi stress kat pokcik mokcik DM bila kami buat muka kesian kelip-kelip mata 15 kali bila tengok makanan ta siap lagi. Memang psiko kami ni.

Satu lagi aku memang nak puji la DM kat sekolah ni sebab makanannya sedap walaupun simple jer. Mungkin dimasak dengan penuh kesungguhan dan kasih sayang.Ecehhh Wah!

Okay, sambung pula masa aku di Matrikulasi II. Matrikulasi II aku dihabiskan di Desasiswa Gemilang, dan berbuka bersahurku dihabiskan di kafe Desasiswa Gemilang, USM. Kalau Matrikulasi I juadah berbuka bersahur agak mewah, tapi di Matrikulasi II juadahnya berkadar lansung dengan Ka-Ching! Menu tetap bersahur ialah nasi lemak. Hari-hari pun nasi lemak. Nasi lemak pun hari-hari Sebab harganya tetap dan aku boleh bajet supaya ta kebuluran hujung bulan. Janji makan, apa pun layan. Patutlah kolestrol aku tinggi sekarang ni (alasan).

Tak semena-mena aku teringat satu cerita pasal sorang kawan aku. Dia satu bilik ngan aku. Kalau aku ni boleh dikategorikan sebagai miskin, dia boleh dikategorikan sebagai fakir.Kalau aku makan nasi lemak hari-hari, dia makan biskut lemak hari-hari. Mau ta hadam nasi lemak yang aku makan bila mengenangkan dia. Bila aku nak belanja dia nasi lemak, memang dia ta kan mau punya. Last-lastnya aku tipu dia, aku cakap ada si polan-si polan belanja sumer org. Kalu macam tu baru dia nak terima.

Dan sekarang dia dah gemuk dah pun. Makan banyak la teww.. (i miss our memory together...isk)


Eh!TuAjeLahKali.Bye.