Sunday, August 20, 2017

KAKOM 2017 : KM Negeri Sembilan

Salam dari Senaling Negeri Sembilan,

Akhirnya KAKOM 2017 bertandang di kolej sendiri. Seperti yang aku mention di entri-entri lama, Alhamdulillah tak bawa team. Tercapai hajat. Pun sebab kebetulan KAKOM kali ni menyediakan pelajar tuk SIPMA (Sukan Institusi Pengajian Tinggi), maka permainan basket tada. Yeah. Allah jualah perancang terhebat. Dalam aku kata aku tak nak aku tak nak Incik suami duk request tayah bawa team bertahun-tahun, ngam tahun ni KAKOM jadi cenggini.

Kali ni aku jadi Pegawai Penyelaras Permainan Bola Jaring. Bawah terik mentari lagi jugalah gayanya, tapi aku suka ja. Outdoor mean more oxygen. Allahuakbar, nikmat terindah tu.

Meeting pertama aku dah pergi, 50% faham 50% lagi aku tunggu hari Rabu baru aku study semula. Persediaan KAKOM dicelah-celah kesibukan tugas hakiki. Harus plan baik-baik sebab aku mudah stres kalau apa aku plan tak tercapai.

Tugas pertama aku buat semalam, join kontraktor ukur padang netball don't play-play.


Aku menyaksikan kontraktor berdua ni ukur padang ikut ukuran NBA. Yang tengah-tengah tempat C mula tu, aku yang tandakan pancangnya. Susah rupanya nak jadikan rectangle. Siap bagi tepukan gembira bila akhirnya dapat ukuran yang tepat dan betul. Pastu aku cabut, haha banyak plan hujung minggu perlu digapai.

Petangnya aku ajak kembar ke sini, check line, check lubang-lubang sudah diletak pasir or not. Petang semalam juga, datang kontraktor cabut dan pasang tiang netball, sambil-sambil aku dan kembar main apa-kebende-permainan-lari-lari-leh-tahan-penat-hoiii. 

Doakan cuaca indah-indah, segalanya dipermudahkan untuk lima hari berlansungnya KAKOM 2017 bermula 24 Ogos - 28 Ogos 2017. Amiinn.

Baru teringat tak bagi laporan pada PT Bola Jaring. Heeee...

Kalau ada rezeki pagi ni nak cycling. Jom...

Sunday, July 30, 2017

Perancangan dan Keazaman

Salam dari Senaling,

Tan ta daaaaaa...

Kalau baca entri lepas aku ada cerita perihal serabut-perut-tak-pasal-pasal-kerana-photobook, dan selepas aku menyemai perancangan serta membaja keazaman, akhirnya tercapai! Hari Ahad siap, hari Rabu lepas dah sampai, seperti yang diduga. Senyum panjang sampai telinga. Puas hati aku! Kawan-kawan cakap, sempat lagi tu aku buat photobook. 

Aku jawab, hendak seribu daya...😁

Kalau entri lepas aduan tentang serabut perut, entri kali ni aduan tentang tiba-tiba-jadi-malas-tak-pasal-pasal-macam-nak-kena-lempang. Korang pernah rasa macam tu? Aku pernah. Banyak kali.

Aku jadi malas bukan pada hari Isnin, Alhamdulillah Monday blues no no no... Ia selalu terjadi pada hari Khamis. Ada yang sama macam aku tak? Magiknya, aku boleh tahu bila mood malas tu datang, sampai aku boleh kata..."Haaaaa, dia mai dah", macam tu. 

Apa korang buat kalau jadi macam tu?

Pasrah? Redha?

Kalau aku pasrah dan redha makanya aku akan habiskan masa aku dengan smartphone main online game, layan Instagram, layan Facebook, sampai bateri habis. Bila bateri habis baru aku mula buat kerja. Bila buat kerja rasa menyesal habiskan masa dengan smartphone, impaknya? jadi semakin malas dan ulang main smartphone, bateri habis, menyesal... Patut ke tak patut kena lempang?

Jadi baru-baru ni aku menemui kaedah yang agak berkesan jugalah untuk aku. Kaedahnya lebih kurang sama masa aku serabut perut nak buat photobook. 

Start jadi malas, aku akan bercakap dengan diri sendiri (seperti berbisik jugalah aku bercakap, bukan dalam hati), dah sama macam alarm lebih kurang bagi warning supaya buat itu ini yang memang dari awal aku dah plan. Aku akan ulang-ulang cakap sampai aku sendiri jadi annoying. Bila jadi annoying, aku akan push diri untuk buat.

Aku akan senaraikan apa yang berjaya aku laksanakan pada hari yang 'malas' itu. Bila aku mula menulis aku akan perasan, eh malas-malas pun banyak juga yang aku dah berjaya buat ni. Bertambah sedikitlah semangat nak menyelesaikan perkara-perkara lain supaya list tersebut bertambah. Sudahnya lebih banyak perkara yang berjaya diselesaikan pada hari 'malas' berbanding hari yang 'rajin'. Kahkahkah

Petang hari tersebut, aku akan paksa diri aku bersukan. Paling cikai berjogging lah. Kalau aku memilih untuk mereput di rumah, memang tak jadi apa. Silap gaya Isyak jam 5.30 pagi. Tu yang sungguh-sungguh aku paksa. Alhamdulillah Incik Suami melayan. Merasalah cycling petang-petang lepas waktu kerja walau pun penatnya Subhanallah! Malam tu bolehlah bertahan sampai jam sepuluh tak pun sembilan, tidur pun lena, boleh bangun awal. Yeay!

Main smartphone? Hoih tetap main. Tapi aku akan limitkan masa. Kalau aku mula pegang phone jam 5.15 petang, biasanya 5.30 petang aku akan stop. Kalau jam 8.00 malam, 8.20 malam stop. Aku limitkan dalam 15 - 30 minit. Mula-mula dulu aku cuba nak berhenti terus, tapi sokmo tak jadi. Inilah namanya pasang impian yang tak realistik. Hehe. Alhamdulillah gaya yang tersebut di atas nampaknya menjadi.

Aku nga malas sebenarnya ni, tapi aku apply apa yang aku taip di atas. Alhamdulillah selesai satu entri (seperti yang dirancang, Alhamdulillah). Korang malas tak? Cer try, kot menjadi. Tidaklah sendu hujung minggu kau nanti.

Menyesal wooo kalau hujung minggu berlalu begitu sahaja. Daaaaa...  nak kemas-dapur-mandi-oiling-tido-main-games-makan-madu-...

Thursday, July 20, 2017

Photobook : Dari Mana Nak Mula?

Salam dari Senaling,

Pernah tak serabut perut tak tahu dari mana nak mula buat photobook ni? Aku selalu gitu, pastu mood down, pastu sendu tak tentu arah bila tengok banyaknya hoi gambar yang belum diabadikan dalam bentuk salinan keras (yakni hardcopy). Tak sapa pun suruh aku wat photobook, nak perap gambar digital sampai jadi tapai pon no hal, tapi sendiri rasa macam 'bestnya kalau di photobook kan'. 

Perangai macam... tuuttttttttt...

Oh, aku bukan nak bagitahu dari mana nak mula buat photobook. Kalau  yang itu, google ja guna keyword 'tips for creating photobook' melambak dah blog yang cerita. Entri ni lebih kepada aku sendiri atau mungkin ada species homo sapiens yang perangai macam aku yang sendu tak keruan untuk perkara kecil macam kuman ni.

Aku 'rasa'... haaa nampak, 'rasa' okay. Maknanya aku tak apply pun lagi kaedah ni tapi aku 'rasa' perkara pertama yang patut aku buat ialah

SET MASA. Apa-apa hal aku rasa aku kena set masa. Maksud; satu minggu satu photobook atau satu bulan satu photobook. Pilih yang realistik sikit supaya tak frust tak pasal-pasal (macam aku). Jadi aku pilih satu bulan dua photobook. Aim sungguh-sungguh setiap hujung minggu. Insha Allah dipermudahkan. Aamiiinnn.

Pastu PILIH PERISTIWA. Segala gambar-gambar digital yang kita ada mesti berdasarkan event kan. Contoh; Langkawi2017, Hanoi 2017, Raya2017 atau PD2016. Biasanya aku simpan dalam folder ada folder, dalam folder yang dalam folder tadi ada folder lagi. Kahkah. Yang fesyen simpan gambar macam aku mungkin faham. Contoh (lagi); dalam folder 2017 ada folder Hanoi2017, dalam folder Hanoi2017 ada folder HalongBay, CityTour dan sebagainya. Jadi set objektif berdasarkan peristiwa atau folder. Untuk dua minggu ni aku pilih peristiwa Raya 2017.

Next ialah SUSUN-SISIH-SIMPAN GAMBAR BERMAKNA. Bergantung pada saiz photobook kalau nak apply ala-ala 5S ni. Saiz photobook pilihan aku adalah yang paling kecil. Saiz mini 6' x 6'. Aku gemar  menyeragamkan barang-barang aku, jadi eksplorasi photobook aku dikira kurang adventure lah. Kalau pilih saiz mini cam aku, jumlah gambar yang paling ngam dalam 100 - 120 keping gambar. Saiz lebih besar mungkin lebih banyak gambar boleh dimasukkan. Gambar kurang jelas bolehlah di delete dengan kadar segera. Paling banyak aku delete ialah gambar-gambar yang menampakkan sisi tak comel diri sendiri. Hehe. Kalau banyak giler gambar-cantik-semua-pun-macam-nak-letak, bolehlah buat macam kaedah folder tersebut. Jadi satu event mungkin ada banyak photobook macam yang aku buat bagi Siri Kembara Cuti Sekolah. Sampai Part 6 gitew.

SUSUN-SISIH-SIMPAN GAMBAR BERMAKNA adalah proses yang makan masa yang lama tuk aku. Makan masa lebih dari tiga hari juga nak memilih. Nak mula buat, satu hari pun boleh siap. Tapi menu hujung minggu ialah nasi-telur-goreng-kicap je lah kan. Kalau dapat aktiviti ni bolehlah buat weekday. Kalau dapatlah. 

Aku rasa itu aje kot dulu. Kalau ada lagi aku tambah.

Satu lagi perkara yang boleh buat aku sendu tak pasal-pasal selain asyik postpone wat photobook ialah asyik postpone update blog. Pun tada sapa paksa suh update. Tapi kita suka nak baca semula momen-momen sengal yang pernah dilalui.

Acane tu? 

Daaaaa... nak standby solat Subuh dan bersiap kerja. Baju kerja tak gosok lagi ni wei! Bye


Saturday, July 1, 2017

Keputusan HLP Tahun 2017

Salam dari Senaling. Salam tujuh Syawal.

Remember? Aku ada kata di entri ni yang aku akan update sal keputusan HLP. 30 Jun 2017 yang lepas ialah keputusannya. Hanya klik pada link https://epenawaran.moe.gov.my/, isi kad pengenalan dan jeng jeng jengggg...

Tak berjaya. Alhamdulillah; sesungguhnya DIA jualah sebaik-baik perancang.

Sebagai manusia biasa, pasti ada rasa terkilan. Banyak kali aku bicara pada diri sendiri, pujuk ulang-ulang sebut DIA Maha Mengetahui. DIA rancang yang lebih baik untuk aku dan keluarga. Aku banyak berdoa semoga DIA berikan aku keputusan yang terbaik. Aku serah segala-galanya padaNya. Itupun masih terkenang terfikir terdetik kenapa aku tak dapat? Lemah lagi iman aku rupanya.

Buka Quran pagi ni, sambung baca surah An Nur, sampai ayat ke 38;

"...Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa batas"

Allahuakbar, sungguh kena ngan situasi yang sedang dihadapi. Rasa macam dipujuk pun ada. Selesai satu mukasurat, check WhatsApp, nah ada sorang lagi kawan PM, pun sama-sama tak dapat.

Macam tu pun, aku tetap gembira dengan senarai rakan-rakan yang dapat peluang sambung belajar dengan HLP. Ada yang lama dah minta, enam kali apply, tiga kali interview baru dapat. Hepi sangat bagi pihak, berkali-kali apply tu kot. Di KMNS, lima orang first time apply, lima-lima dapat interview, tiga orang dapat HLP. Tiga dari lima aku rasa macam WoW sangat. Seronok pulak tumpang bahagia orang.

Kalau ikut perancangan, aku memang ta nak minta HLP sehingga sampai tahun 2020. Aku nak cuba fokus pada perkara lain. Sampai tahun 2020 nanti, DIA izinkan memang aku akan cuba minta HLP sekali ngan pindah semula ke KMS sampai dapat. Tapi tak taulah pulak kot nanti gatai nak minta HLP lagi dalam masa terdekat. Yang pasti aku tanak ah pilih zon selatan. Zon tengah uda. Insha Allah ada rezeki interview dapat di Putrajaya, dekat sikit. Hehe

Dan sebenarnya, sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal yang lepas banyak rezeki Allah dah bagi. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun Amni dan kembar yang sangat-sangat membanggakan, prestasi hafazan Amni yang sangat baik, maklum balas dari guru-guru yang buat aku senyum lebar, tak tinggal sahur lansung, dapat Subuh berjemaah, dapat tarawih sepanjang Ramadhan di masjid Saidina Ali, anak-anak sangat behave sepanjang puasa dan sepanjang pergi menziarahi rumah saudara mara, mana-mana rumah aku plan nak menziarah-semua-tuan-rumah-ada-dirumah, punya mudah jumpa baju raya, lensa kamera sampai ngam-ngam last day aku kerja sebelum balik kampung, kami sekeluarga sihat walafiat, isu soto-mak-malam-raya-setel-ngan-aman, jalan clear balik kampung, clear juga masa jalan raya, belum campur lagi keputusan pelajar aku bagi PSPM II yang lepas bagi subjek Sains Komputer sehingga bertubi-tubi aku terima ucapan tahniah, siap minta tips, walhal yang cemerlang tu students tu sendiri sebenarnya. Pendek citer semuanya, segalanya DIA dipermudahkan.

Sangat banyak nikmat Allah bagi sampai aku rasa takut. Ibadat dah la sikit, minta macam-macam dan Allah tunaikan. Risau tak cukup ibadat nak ucap terima kasih, dan tiba-tiba sampai pada hal ehwal SEketul HLP, dirancangkanNya yang lebih baik tuk aku, aku dah meroyan. Apakah? Rasa macam nak silambam diri sendiri pon ada.

Ya Rabb, jadikanlah aku dan pada yang rajin baca entri ni sampai habis, seorang hamba yang sentiasa bersangka baik dan redha dengan ketentuanMu. PadaMu kami berserah. Aamiinnn.

Dah... Cukuplah dua puluh tujuh jam aku meroyan. Tak berbaloi lama-lama weh. Wat serabut perut ja. Sambung makan biskut semperit lagi bagus kot. Hehe

 Selamat Hari Raya semua :)

Sunday, June 11, 2017

Restoran Steamboat MAEPS, Serdang : Mini Reunion D'Navigators (lagi)

Salam dari Senaling,

Selepas kejayaan reunion di Langkawi, rupanya ada antara geng yang jeles tak dapat kumpul sama-sama. Sudahnya buat lagi sekali reunion. Kali ni buat majlis berbuka puasa, di Restoran Steamboat MAEPS, Serdang. Yusha plak yang handle. Alhamdulillah kali ni semua dapat berkumpul. Yeay.

Ada yang bawa famili, ada yang single. Tapi dah berjanji, kami akan duduk sama-sama. Family akan duduk asing-asing.

Asingla sangat. 

Aku kurang excited nak foodhunt sebab tempat ni dah banyak kali pergi masa kerja di Kolej Matrikulasi Selangor. Excited nak jumpa kawan-kawan yang lama sangat tak bersua muka. Dalam rekod paling lama ialah 21 tahun tak pernah jumpa. Kira last jumpa lepas amik result SPM 1995. Hoih lama!  

Oleh itu, takdela gambar makanan melainkan gambar kami bertujuh je la yang banyak pada hari tu. Tapi pada siapa yang belum pernah ke sini, aku cadangkan datanglah. Seronok sebab boleh main masak-masak. Kalau macam Amni dan kembar memang syiok sangat ah dapat merebus dan menggril macam-macam binatang. Sendiri. Independent gitu cuma kita perlu pantaulah sikit-sikit. 

Buffet pun ada jangan risau okay? Siap kambing golek menyambut di pintu masuk, nasi tomato, nasi berlauk, kuih muih dan macam-macam lagi lah. Teh tarik dia memang terbaik. Meleleh lak air liur mengenangkan teh tarik tersebut. Cisss...

Kalau ada anak kecil aku tak tau nak komen apa. Ikut pasangan maybe. Kalau species boleh bertoleransi, penyabar apa salahnya cari kelainan. Asyik cedok lauk, makan, cedok, makan, cedok, makan. Sesekali cedok, masak, tak masak-masak, air tak menggelegak lansung, (meja kamila tu). Meja lain awesome ja menggelegak kuah sup atau tomyamnya.

Tapalah, kan kata datang sini nak jumpa kawan lama kan kan kannnn?

Nasib juga bawa family, ada juga orang leh mintak tolong ketik gambar. 



Jenuh wooo nak buat gaya sebijik macam tahun 1995 ni. Berapa kali take. Tak jadi jadi. yang ini kira paling jadilah. Berpeluh-peluh ketiak masing-masing. Itu pun aku masih spoil tak berapa menjadi. Huhu 

Maka lengkaplah bertujuh kami ber reunion. Alhamdulillah dipermudahkan dan dilapangkan masa masing-masing untuk mengeratkan silaturrahim.

Friend till Jannah, Insha Allah

Doakan yang terbaik untuk kita semua. Bye...

Monday, May 29, 2017

Marhaban Ya Ramadhan Mubarak 1438H

Salam tiga Ramadhan,

Selamat berpuasa semua. Ramadhan kali ni excited sangat nak sambut. Paling excited setakat ini. Mungkin kerana menyambutnya ketika aku dan anak-anak sedang bercuti. Pendek cerita satu keluarga pun bercuti.  Allahuakbar. Seronoknya.

Ramadhan kali ni aku aim untuk macam-macam mende.

Aku nak cuba tingkatkan ibadah aku. Aim tuk dua perkara ja. (1) Solat di awal waktu. (2) Baca setengah muka kitab suci (sekali ngan tafsir) sebelum atau selepas sekurang-kurangnya tiga solat wajib. Tahun-tahun sebelum dua perkara dah jadi habit, tahun ni tambah lagi dua. Jumlahnya empat. Moga termakbul. Aamiiin.

Ibadah sunat; solat tarawih aku nak buat setiap malam (Insha Allah), ta dapat berjemaah, sendiri-sendiri pun okay. Nak buat solat qabliah dan ba'da, tuk isya'. Bersahur di akhir waktu supaya lepas sahur leh gi masjid solat Subuh berjemaah. Sementara cuti sekolah, nak buat solat sunat Isyra'. Nap mula jam 1230 onwards (supaya bila mula kerja aku tak jadi zombie di ofis). Nak jaga mulut, mata dan telinga. Insha Allah. Insha Allah.

Balik dari berbengkel tujuh hari di hotel (makan sedap-sedap hoiiii) dan sambung bercuti di Langkawi tiga hari, jisim meningkat. Dalam sejarah; enam puluh dua titik sembilan kilogram. Huhu. Maka untuk Ramadhan kali ni aku nak hilangkan lima titik empat kilogram. Setakat tiga hari (masuk hari ni) berpuasa, aku berjaya turunkan satu kilogram. 

Aku makan ja apa yang aku nak makan masa berbuka dan bersahur setakat ni. Nanti kalau nombor statik tak bergerak barulah aku akan ubah pola makanan aku. Untuk Ramadhan kali ni memang tak masuk gym lansung. Harap kekallah stamina sampai lepas raya nanti (logik ta?).

97.5% makanan tuk berbuka dan bersahur kali ni datang dari dapur rumah. Insha Allah. Dah lama aku praktikkan ni; sejak tahun 2012 kalau aku tak silap. Mencabar minda bila fikir menu berbuka dan bersahur. Kalah Sudoku. Post mortem tahun-tahun lepas, menu berbuka memang tak pernah berulang. Dalam kata ta tau nak masak apa, ta tau nak masak apa... Macam-macam juga aku (dan suami) masak.

Disebabkan bulan Ramadhan, kami sekeluarga memilih tuk mereput ja di rumah. Oleh itu banyaklah masa untuk aku buat macam-macam. Blog aku nak update setiap minggu. Photobook sementara cuti lagi aku nak buat satu hari satu photobook (setakat ni dah siap tiga, dah hantar production dua, satu lagi nga tunggu voucher RM1). Aku nak jadikan hari-hari aku hari yang bermakna. Ada objektif. Ada target perlu diselesaikan. Aku nak jadikan masa aku berbaloi baloi baloi baloi sebenarnya. 

Hidup bermakna bermula dari Ramadhan. Gitu tagline. Jom doakan :)

Selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bersahur, selamat beribadat.
Salam gembira semua. Bye...




Tuesday, May 23, 2017

Langkawi 2017 ~ Mini Reunion d'Navigators

Salam dari Senaling,

Hari ketiga kami di Langkawi, kami plan tuk wat Island Hopping. Sekali lagi aku booked di AB Travel di Pantai Chenang. Paling murah kami dapat RM25/person. Kalau survey sekitar Chenang rata-rata RM29, RM30, RM35 dan ke atas. Dua tahun lalu aku booked Pulau Payar trip pun di sini.

Kredit pic pada sharimahyahya.blogspot.my

Jam sembilan van akan amik kami di hotel. Tepat jam sembilan van datang. Punctual!


Pemandangan di jeti tempat kami menunggu bot sampai.

 Dalam bot uda. Tak lama menunggu. Seronok bila semua tepati masa.



 Dayang Bunting



 Jaga-jaga dengan monyet di sini. 

Aku memang seronok gi tasik ni. Air tawar kot yang menyebabkan aku seronok. Rasa segar. Tapi itulah, satu jam sebenarnya tak cukup tuk aku. Nak menyampaikan diri ke tasik ini pon ambil masa tujuh ke sepuluh minit (ikut kudrat). Nak laju sampai, doalah kena kejar ngan monyet. Aku yakin berdesup kau lari. Heeee

Kali ni ada bayaran masuk, murah ja RM3/seorang. Sewa jaket baru RM5, kalau nak terjun dalam tasik. Tanak terjun boleh berkayak atau naik solar bot. Ikut kehendak masing-masing lah. Ikutkan aku nak try semua. Tapi satu jam mana cukup.

Gaya paling santai di Tasik Dayang Bunting. Baring tadah muka pada pancaran matahari sambil wat peace.

Kedalaman tasik ni bukan calang-calang. Lebih kurang 45 kaki. Memakai life jacket adalah wajib di sini. Walau pun aku tahu berenang, aku sendiri tak berani terjun tanpa life jacket

Selepas tasik kita gi tengok Eagle Feeding Show.

Duk ja dalam bot, tengok helang sambar kulit ayam di sini. Kulit ayam tu pemandu bot kami yang bawa. Jadi jangan pelik mana datangnya kulit ayam. Banyak tul helangnya. Yang ni ja aku sempat capture sebab laju belaka segala helang ni terbang.

 Next destination  is Beras Basah Island with model swimming muslimah.

Best di pantai ni sebab air jernih dan ombak manja-manja gitu. Boleh swim macam dalam pool feel nya. Bezanya air kat sini masin.


Selesai swim, kami gi bawah jeti bagi ikan makan. Siap bawa roti. Kawasan di sini berbatu memang tak sesuai nak mandi. Kalau tak silap aku sea urchin pun ada. Ditusuk durinya menangis lagu hindustan beb. Kami cuba berdiri di gigi air dan campak roti. Datanglah segala ikan warna warni belang biru hijau sambar roti.

Seperkara lagi, di pantai ni pun ada monyet. Sama perangai macam di Tasik Dayang Bunting. Suka rampas makanan orang. Nyaris-nyaris roti kami durang nak rampas. Kelam kabut aku lari campak semula roti dalam bot. Hahaha Pastu barulah tahu nak sorok-sorok roti dalam beg. Indahnya kenangan 😂

Jam 12 kami kembali semula ke jeti tuk dihantar ke hotel. Untuk perkhidmatan dari AB Travel, memang aku bagi lima bintang. Tip top servisnya. Semuanya cepat. Takde edisi menunggu lama-lama berlaku. Puas hati.

Satu lagi kegilaan, pergi swimming pool hotel jam dua belas. Macamkan rumah dia jauh benar dengan swimming pool. Kok saiz Olimpik lagi, tu pun nak nak juga swim kat sini. Siapa lagi mampu melayan kegilaan ini kalau bukan kawan yang sama je gilanya. Haha

Kejap ja dalam lima belas minit di pool kemuadian kami balik bilik. Bersihkan diri, solat dan shopping time di pekan Kuah. Beli pinggan mangkuk, kuali, kain batik, minyak gamat dan cekelat. Rasanya tu aje, then ke Dataran Lang amik pic sama-sama barulah hantar Dz ke jeti. Feri jam tujuh. Malam tu tinggallah kami bertiga, tu pun masih gagah sambung shopping. Dapatlah t-shirt dan cekelat lagi. 

Lepas dinner, balik bilik packing barang sambil berdebar-debar sebab amik luggage 40kg tapi rasa-rasa beratnya lebih. Keputusan akhir? Memang berlebih pon. Tu pun muka konfiden bawak backpack macam 7kg kunun. 

Dengar-dengarnya AirAsia akan bertambah strict lepas ni. Stewardess ulang-ulang cakap dalam flight sal excess baggage ni. Iyolah, pasni beli 60kg teruslah. Tenang hati.

Tu aje rasanya. Yeay siap entri. No pending. Tahniah pada diri sendiri.

Bye 😀