Friday, August 2, 2019

30 Day Minimalism Game - Day 5

I'm back into this game.

Pendekkan cerita, game ni nice. Aku suka. Aku berazam untuk meneruskannya hingga hari ke 30. Tapi bukan setiap hari berturut-turut. Asal jalan. Asal minimal. Jom...

Buku ni bukan aku punya tapi aku jumpa atas meja aku. Kononnya nak membaca, nak praktis. Tapi.. Jadi aku letak di rak buku unit. Kongsi ramai-ramai, Insha Allah empunya buku dapat pahala.

Satu lagi buku, pun bukan aku punya. Simpan tuk acah-acah nampak seperti "guru pembina negara bangsa" bila atas meja ada banyak buku. Pindah letak di rak buku unit.

Sekarang, Ujian Pertengahan Semester (UPS) dimansuhkan di matrikulasi sejak 2015 (rasanya). Banyak juga perubahan silibus, tak relevan rasanya menyimpan. Panduan lain pun kemain banyak sampai tak sempat pun nak rujuk. Recycle.

Serpihan divider pun nak simpan kahkah. Tah apa motif. Mungkin pada awalnya aku berangan untuk dapat drawer lebih besar? Recycle.

Satu lagi benda yang aku simpan dengan tagline, "nanti nak guna".

Lima benda untuk hari kelima. Setakat ini apa yang aku perasan ialah tagline "nanti nak guna" tu menjadi salah satu punca aku menyimpan barang yang kurang memberi impak sebenarnya. Kalau betullah hari "nanti nak guna" tu tiba, percaya tak yang kau akan terlupa atau cari tak jumpa benda "nanti nak guna' tersebut. 

At the end, beli juga yang baru.