Thursday, June 28, 2018

Aidilfitri 1439H : Edisi Famili Kecil

Salam 7 Syawal dari Senaling,

Dah seminggu berhari raya rupanya, Alhamdulillah. Terindu-rindu juga dengan Ramadhan, terutama part ringannya kami sekeluarga beribadah selain part makan berpada-pada. Tapi seperti yang aku selalu cakap ngan students, life must goes on, yeahhhh indeed. Life must goes on!

Syawal pertama di rumah mak.
Syawal pertama selepas solat Jumaat, kedua, ketiga di rumah ipar.
Syawal keempat kembali ke rumah mak (sampai jam 5.00 petang) sebab sakan beraya sampai Tanjung Karang rumah saudara mara.
Syawal kelima dalam perjalanan balik ke Senaling (home sweet home) syukur dapat singgah 9 biji buah rumah. Tiba Senaling rasa nak demam, dua hari amik masa nak recover sepenuhnya. Hehe Sakan nau beraya.

Dah bertahun-tahun memang corak raya kami macam ni. Banyak hari di rumah sebelah suami. Sikit hari di rumah mak sebab saudara mara sebelah suami baaaanyak di kampung. Manakalah makcik pakcik aku sebelah mak banyak di Selangor dan sebelah arwah Abah berlegar sekitar di Negeri Sembilan dan Pahang.

Aku kerap-kerap jumpa pakcik makcik aku di luar waktu Aidilfitri berbanding suami yang memang tunggu Aidilfitri baru berkesempatan nak jumpa (tu pun ada yang ter miss) rumah kosong takde orang.

Dan buat julung-julung kalinya Aidilfitri tahun ni berjaya disambut penuh kesederhanaan. Minimal lebih kurang, untunglah aku, famili sudi support.

Raya Pertama

 Raya Kedua

 Raya Ketiga

Raya Keempat

... dan raya kelima boleh agak apa baju raya aku (kami sekeluarga). Puas hati aku, pakai berkali-kali. Cuma ada baju yang aku dan Amni tukar pakai supaya nampak lain sikit kunun. Baju baru ada lima helai ja, biru tua satu set dan baju ala 'kelambu' warna hijau pastel. Yang lain recycle baju tahun-tahun-tahun-tahun lepas. Dan takde siapa pun tegur kami pakai baju tahun 2016 (baju melayu silver kembar dan suami) 😀.

Kelebihannya banyak selain berjimat cermat, kami sekeluarga juga balik kampung berbekalkan sebiji beg baju sederhana saiz, dan beg galas isi toileteries dan geng seumpamanya ja. Takdelah sado tangan aku nak berangkut-angkut beg baju almaklum kampung laki-bini dekat-dekat. Tu pun ada baju yang dibawa tapi tak dipakai. Otak jadi relax chill  tayah fikir nak-pakai-baju-apa, nak-pakai-baju-mana. Serabutkan otak tuk pilih nak-makan-apa, nak-makan-yang-mana ja tahun ni. 

Alhamdulillah, sikit-sikit aku berjaya meminimalkan satu lagi bahagian dalam hidup kami ~ Aidilfitri dan Insha Allah Aidiladha kelak juga akan begitu.

Bahagia pulak rasanya Hari Raya kali ni walau pun cutinya pendek. Alhamdulillah. 

Friday, June 22, 2018

Jalinan Kerjasama KMNS-KMS

Salam dari Senaling,

Hari Jumaat (17 November 2017), buat pertama kali aku di KMNS, kami keluar gi kolej orang. Selama ni dah dua kolej juga yang datang melawat kolej/unit kami. Dalam masa empat tahun Kolej Matrikulasi Pahang dan Kolej Matrikulasi Melaka dah sampai wat lawatan muhibah pun ke sini.

Tahun ni tah apa mimpi Ketua Unit, dimasukkannya dalam takwim, dan aku lah penyelaras programnya. Aku dah leh agak apa kriteria yang menyebabkan aku dipilih menyelaraskan program ni. Mesti sebab aku ex-KMS. Aku seronok ja, senang nak berurusan sebab ramai gu kat sana.

Lima bulan sebelum nak pergi, dah bagitau siap-siap Ketua Unit KMS. Ketua Unit aku melahirkan kerisauannya kerana terlalu awal aku contact. Ulang-ulang beliau cakap, weiii awal lagi la. Kahkah.

Geng Pilah conquer bas awal.

KMS vs KMNS


Obvious sangat sayang kat aku. seplastik Larrie bekalan pulang.

Sampai unit KMS, aku buat macam unit aku. Riuh rendah unit aku kerjakan. Rindu ah ngan kawan-giler-ini. Tapi itulah, Negeri Sembilan memerlukan aku ecehhhhh. Macam-macam aktiviti kami rancang terutamanya bahagian RnD lah selain ilmu-ilmu ghaib yang lain.

Aktiviti paling top...


Ofkoslah shopping kepek di Fazz Kerepek, Banting. Siap tokei kerepek bekalkan kami macam-macam sebab beliau excited tengok bas KMNS. Anaknya dulu ex KMNS. Tu aje, bukan sebab bas kami design nya meletop atau rare.

Nah lanje gambar penuh bas KMNS yang jadi penyebabkan kami dapat kerepek free hari tersebut.

Entri paling lejen pernah aku post dalam blog ni. Tahun 2017 punya baru nak post hari ni. Baru perasan, sebab ada dalam draft. Hehe

Online Shopping : Lesson Learnt

Salam dari Senaling,


Entri bulan Februari, bulan Jun baru nak post. Nampak tak betapa gigihnya aku up semula entri ni supaya jadi peringatan selama-lamanya.

Aku beli barang atas talian melalui LAZADA yang pada ketika itu menghampiri Tahun Baru Cina. Ya, disitulah kesilapan yang aku buat (tak sedar) sebab jarang online shopping ehemmmm. Barang pulak dari Tanah Besar China, mesti faham apa natijahnya... kan?

Lambat sampai, tertunda, jadi miscommunicate antara penjual-LAZADA-aku. Pendek cerita, LAZADA pulang balik duit aku guna online banking. Dan aku beli semula barang tersebut tapi pada penjual berbeza (sebab tak jumpa cari penjual awal tu). Untung ja barang tu kurang desakan nak menggunakannya. 

Moral cerita, sila jangan buat urusniaga online dua minggu sebelum dan seminggu selepas Tahun Baru Cina. Stres nanti.

Monday, June 4, 2018

Merungut

Akulah ratu rungut tu. Dulu.
Sekarang, pun masih merungut.
Tapi lebih berhemah, beringat dan bersederhana.
Hajat dihati, tanak merungut lansung.
Macam tak realistik ja hajat tu.
Baiklah, aku merungut juga tapi diam-diam.

Paling hampir kejadian merungut melampau ni pada tahun lepas (2017). Kejadiannya ialah kami, pensyarah Sains Komputer di Negeri Sembilan kekurangan tenaga kerja selepas kawan-kawan seramai enam orang bergerak keluar untuk kebaikan. 

Mula tu aku nak chill, tapi bila mengajar banyak jam ditambah kerja-kerja tambahan, tantadaaaa masa tu lah aku mula melagukan lirik-lirik berbaur rungutan. Merungut, merungut, merungut, merungutttt... (nyanyi ikut bait lagu Selangit-Mas Idayu). 

Sampai satu tahap, aku belajar untuk redha dan percaya bahawa semua yang berlaku hanya untuk kebaikan kepada semua ahli unit umumnya. Sehingga ke tarikh ini, kami masih berdua belas, tanpa tambahan ahli baru. Alhamdulillah, memang benarlah perancanganNya. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mengetahui.

Terkini minggu lepas semasa minggu MPPB. Sedia maklum aku jadi mentor tunggal untuk menguruskan segalanya untuk mentee-mentee ku. Dalam dua belas pensyarah Sains Komputer, empat orang dari kami jadi mentor tunggal. Lapan orang lagi ada pairing. Disebabkan ada geng, aku pun chill ja. Tak merungut. Yassss!

Tiba hari kejadian, depan bilik tutor. Eh eh ehhhh... yang tiga kawan konon mentor tunggal satu geng tiba-tiba datang penyelamatnya. Sudahnya aku sorang-sorang ja yang terpilih menjadi tunggal selamanya. Masa tu, masa tu... aku dah mula rasa tak best. Mood dah mula goyang kiri kanan depan belakang. Aku dah ada rasa nak meroyan. Tapi untunglah sel-sel otak dapat berhubung dengan baik. Seperti tak berbaloi kau meroyan, tenaga yang ada baik aku gunakan untuk handle aktiviti. Be positive, Allah bantu.

Slowly aku cool down sendiri. Hikmah Ramadhan Kareem. Agaknya, maka nafsu amarah agak terkawal. Sudahnya aku handle sorang-sorang tung-tang-tung-tang. Sampailah part borang-borang-borang... Haaaa ini memang part paling renyah dalam sejarah pendaftaran pelajar baru. Saban tahun tak pernah gagal buat aku kerja lebih.

Tapi tahu apa? Semua 16 orang mentee berjaya melengkapkan semua borang. Adalah lima ke enam orang yang tersalah saksi, tersalah itu ini. Tapi semua minor mistake. Allahuakbar! Kiranya disuruh hantar hari tu pun aku boleh usahakan. Subhanallah indahnya dunia aku rasa.

Semalam, sekali lagi berita terbaru tergempar terviral aku kira. Kami tak dapat bonus raya dan wujudnya Tabung Harapan Malaysia. Tak dapat bonus, apa rasanya? Alhamdulillah, untuk aku, aku rasa biasa-biasa ja. Once diumumkan (oleh Incik Suami), aku kata takpelah. Kita masih mampu. Raya tetap on gitu. Cuma berfikir peruntukan mana nak guna untuk duit raya. Insha Allah ada. Tak banyak, sikit pun boleh kan?

Serius tak rasa apa-apa, beraya sakan in the term of  baju raya, selendang, kasut, kuih dan muih beraneka macam memang dah lama tiada. Pupus ikut umur ke faktor apa aku pun tak pasti. Untung je Amni dan kembar pon sama. Budak-budak ni hepi untuk makanan je. Material, memang kurang. Aku siap cakap ngan kembar, baju raya takde tapa ke? Kembar cakap... Tak apeeee.
credit pic from utusan.com.my
Tabung Harapan Malaysia. Ada tabung untuk negara okay. N.E.G.A.R.A. Wow! Comel pulak aku rasa. Hikhik. Alhamdulillah, sepanjang aku bernafas merasa juga aku akan sejenis kecomelan ini.Ini bukan double meaning. Membayangkan tabung, terbayang tabung Hello Kitty pink dengan mini mangga, mini kunci. Paling best, siap ada muzik bila masukkan duit syiling. Comel bukan?

Ada jugalah yang aku dengar, atau terbaca. Tiada bonus, tabung pulak muncul. Alhamdulillah Allah kurniai aku ketenangan tanpa rungutan menerima berita. Yang tegang tu, mungkin dah ada plan nak buat apa dengan duit bonus (sebab sepertinya pertama kali tak dapat bonus raya sepanjang perkhidmatan). Aku doakan, tegangnya sebentar, tenangnya lama selama-lamanya. Percaya selalu, Allah pemberi rezeki mutlak.

Ringgit tak dapat, tapi kesihatan, kekuatan, keselamatan, ketenangan, kenikmatan dapat! Insha Allah
Weeeiiii tambah sakan raya kita nanti 😀.