Sunday, January 8, 2012

Kursus Pertama 2012

Assalam dan Salam Sejahtera

Buat entri semasa kejadian sedang berlansung. Ta mau tertunda kan?(nampak sangat ta fokus). Kursus ni namanya Kursus Pengaturcaraan C++. C++ tu ialah satu bahasa pengaturcaraan. Mau tau selebihnya? Sila Google la. Fakta paling menarik tentang kursus ni ialah ia diadakan pada hari sabtu, malam sabtu dan hari ahad.


Dalam ramai2 yg redha ni aku la yang paling redha
Dalam ramai2 yg fokus ni aku la yang paling ta fokus
(aktiviti sabtu dan ahad)

Kalau ditanya pa perasaannya ada kursus time weekend. Jawapan redha aku ialah aku OK. Ta marah tapi bahagia dapat timba ilmu. Serius redha. Redha tu kan ikhlas? Sekurang2nya kursus tu diadakan di kolej dan aku masih ta berjauhan dari anak2comelsekalian. Bayangkan member2 yang datang dari Johor, Melaka, N.Sembilan dan Kedah. Syukur kan? Tapi sebenarnya kalau diadakan di Labuan pun aku ta kisah sebab masa interbiu nak jadi pendidik da cakap akan akur dengan arahan. Jangan cakap ta serupa bikin eh...Lagi satu di Labuan coklat murah.

Mudah citer, ko marah, ko redha, ko stress kerja mesti dilaksanakan juga. Baik pilih bahagia, redha, gembira dan yang gud gud ja tuk melaksanakan tugasan tu. Senangkan? Hati lebih tenang. Tapi kalau ditakdirkan partner jenis yang ta memahami, bagitau dia baik2 ..."Oh sayangku, kalau ta suka ai gi kursus selalu, ai berhenti keja ya?". Tengok pa reaksi dia. Kalau stil ta berubah macam kayu... errrr selamat menangani stres dengan sukses ya.

Tapi kursus ni memang sangat berguna tuk ajar students nanti. Sangat2 berguna. Rugi sapa yang yang ta dapat hadir. Alhamdullillah diberi peluang untuk menimba ilmu. Dan penceramah, En. Amran pun sangat2 best bila dia ajar kami cara tuk mangajar. He is born to be an educator.

Tau pa yang paling best tentang kursus ni?
Makan Besar Free...Ho Yeahhhh....
(aktiviti malam sabtu)


Hasil keja budak nakal yang ta fokus...Ehemmmmm

1 comment:

Anonymous said...

hehehe...aku tgk dari jauh je.....

ns