Salam dari Jugra,
Setelah 10 tahun meninggalkan negeri ini, akhirnya aku kembali menjejakkan kaki di sini. North Borneo aka Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Eh, tah napa rasa sayu lak. Haha. Sayu kali sebab duit terbang melayang-layang di bawa bayu. Kali ni aku ke sini bersama-sama dengan Amni, mak dan Anita. Bawa mak sebab dah janji nak bawa dia kalau bercuti. Bawa Amni sebab nak bagi dia rasa nek kepal terbang. Anita lak? Meh aku berpantun. Silalah beli pantun saya ya ~ ngeeee
Dia asalnya suh aku survey tiket gi Bali.
Dapat murah tanak lak gi.
Last-last aku beli tiket ke Sabah membawa hati.
Pastu tah macam mana terbuka lak hati dia nak ikut kami.
Anyway thank you friend for joining us. Thanks a lot. Dia bawa DSLR babe. Comel-comel sumer gambar aku jadinya. Haha. Siapa yang tak bahagia der. Aku dah la tak fotogenik (tapi comel realitinya), sekali jadi fotegenik lak bila ke Sabah. Ni yang rasa mo datang Sabah setiap bulan ni. Jom Nits! Haha.
Dapat tiket murah semurah-murahnya jam 6.45 pagi. Sampai Sabah dalam 9 lebih. Plan awal nak gi Pasar Filifin dan Muzium Sabah, sekali tu keta sewa lambat lak baru datang. Terpaksa tukar plan secara adhoc. Gi Tuanku Abdul Rahman Park ~ Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. Tapi disebabkan kami agaklah lambat. Dalam jam 11 di Jesselton Point tu, maka dapat gi satu pulau ja. Orang jual tiket tu suggest Pulau Manukan. So, layankan aje.
Di Jesselton Point sedang tunggu bot ke Pulau Manukan
Peace ta sedar diri jetlag ta habis gi, naik pulak bot! Wohooooo...Bersedia tuk kepala pusing nanti ye.
Walaupun aku pernah berada setahun disini, tapi ta sekalipun aku gi pulau-pulau kat Kota Kinabalu ni. Aku bayangkan pulau-pulau tu pantainya biasa-biasa jer. Sekali dah sampai ~ Mau nangis tengok. Punyala chantek weiiiiiii. Da macam Pulau Payar Langkawi. Air jernih. Ikan sumer leh nampak. Dan paling terkilan sekali ialah, aku tak bawa pun baju nak bermandi manda. Waaaaaaa. Meraung ja la tengok orang snorkelling.
View from Manukan Island face the Kota Kinabalu city.
Sampai jam 4 di Pulau Manukan. Bergambar, berfotografi, berposing dan bergaya. Ya sumer pun aktiviti yang sama. Oh ada masuk sikit gossip. Punyalah jauh bawa gossip sampai Pulau Manukan Kota Kinabalu Sabah bha ni. Punya eksklusiflah gossip tersebut.
Kami dah sampai Pulau Manukan..Yeay
Nits ajar aku guna DSLR dia. Asyik dia ja yang capture gambar maknanya penuh ngan gambar aku la kan? Ta puas hati la tewwww...Hehe
Jam 4 balik Jesselton Point. Lunch dan gi Pasar Filifin dan sekitarnya. Maka bermulalah sesi bershopping tuk emak dan Anita. Aku jadi pemerhati bebas.....dulu. Tengok mak haggle, dapat harga murah baru aku masuk campur. Masuk campur membeli. Hehe. Di pasar Filifin jual mende-mende seperti di bawah.
Mutiara memang banyak di sini
Mak memang expert tawar menawar.
Ikan bilis 1 kg RM18.00, udang kering 1 kg RM 36.00, seaweed 1kg RM10.00
Kraftangan
Jam 6 lebih di KK gelap uda. Perut lak lapar. Maka gi makan kat pasar malam belakang Pasar Filifin. Jual banyak seafood bakar. Pilih ja pa janji bayar lepas makan. Mak kata agak mahal. Aku? pakai bayar ja (tong-tong ngan Nits). Ikan susu bakar, sotong bakar dan rumpai plus 3 nasi RM50.00. Mahal ke tu mak?
Tukang pilih lauk tuk dinner. Muka berminyak, penat, letih, jetlag, sumer lengkap satu pakej.
Muka kelaparan atau kebuluran? Siapa dapat jawab betul dapat baca sampai habis. Ta betul pun baca jugaklah sampai habis, okay?
Habis makan sambung jalan-jalan kat pasar malam hari-hari dorang. Pasar ni memang aku biasa pergi dulu. Dulu aku rajin borong brokoli seplastik besar baru RM10. Kali ni tengok jer. Takan nak beli plak kan? Jumpa buah tarap. Katanya buah tarap ni leh jumpa di Sabah ja. Rasa macam...errr macam...macam buah tarap kali. Haha. Memang rasa dia special.
Pastu baru balik tempat penginapan. Hamek kau. Dari jam 5.30 pagi sampai jam 9.30 malam berjalan. Nits sampai bengkak kaki gitu. Aku lak taleh nak tido. Letih keterlampauan agaknya. Masa gi Vietnam pun sama cenggini. Dahlah sok bajet nak jalan jauh. Hadoiiiiii...Apakah?
To be continued...
Eh!TuAjelahKali.Bye!
5 comments:
seronoknya. saya tak pernah gi Sabah. sedih. sobs. teringin nak gi tengok laut biru tu. Tapi taknak snorkeling.takut. hehe
I want more
.more...more..hehehe
Leh ja g pulau tapi tak snorkeling namee.sightseeing...cantik view dia...sesuai la tuk pgantin baru...^_^
Silalah bagi sokongan yg tak berbelah bagi ya...hahahaaa...wei bandung cane?8 -11 mei...jommmm...ko dtg 9 hb pun ok...amik tket pagi2 buta..
manukan island tu mmg wat ku tertawan..i refer blog u ye syg..hehe. my trip coming soon..hehehe
Post a Comment