Sunday, March 10, 2013

Tangan Hijau @ Tangan Sejuk Atau Apa Saja Nama Seupamanya

Salam Dari Jugra, 

Memblog dari laptop. Dah lama tak guna laptop ni. Ingat nak kasi clear sumer fail sebelum di format semula. Tapi semakin di godek dan di belek, macam semua nak simpan. Nak delete terasa sayang. Aiyoooo...bikin pusing kepala nak pilih-pilih. Kang aku format ja nanti, senang citer. Apa yang hilang tu pandai-pandai la aku cari kat mana-mana nanti. Kan?

Di atas tu namanya set induksi. Kalau pembaca tersayang ialah seorang pendidik, pastu tahu apa itu set induksi. Kalau tak tau, silalah google tanpa was-was. Hari ni, aku tak gi jalan-jalan cari pasal seperti biasa. Jadi melepak di rumah merupakan suatu opsyen yang sangat tipikal. Nak ke gym seperti sesetengah orang, mungkin aku takan jumpa gym yang setara Fitness First di sini. Okay, sangatlah demand

Maka, dengan semangat membara dan sehangat api aku pun mulalah mengemas umah. Kemas punya kemas. Jumpa satu objek. Aku pandang dua puluh lima kali kat objek ni sambil geleng kepala kiri kanan enam kali. Terbukti aku hanyalah seorang manusia biasa yang hanya hebat lompat bintang ,tapi bila sampai satu kemahiran yang bagi sesetengah orang tahap kesenangan tu  mungkin sama tahap macam nak kopek kulit kuaci, tapi aku gagal. Ini bukan percubaan yang pertama. Ini mungkin percubaan kali ke 35. Ahhh aku sendiri tak kira sebenarnya.

Kemahiran apa? Perkara seperti di atas dirujuk. Ceh, ayat ta leh nak lari dari ayat-ayat surat kiriman rasmi. Tangan hijau maksudnya tanam pokok senang ja nak membesar bagai johan. Tak johan pun mungkin naib johan atau tempat ketiga. Aku ni tanam apa saja pokok, nak dapat saguhati pun ta tentu lagi. Eh, memang ta dapat rasanya. Seingat aku, tak pernah ada lagi pokok yang aku tanam hidup!

Aku pelik dan terasa keajaiban terjadi bila ada orang main campak, tekan, cucuk sesuka hati. Esok lusa tengok. Eh dah hidup, dah membiak. Ehhhhh. Aduh, jeles ai. Ada orang cakap kena senyum ngan pokok-pokok ni. Aku bukan setakat senyum, siap bercakap lagi tau. Dah macam apa je cakap dengan pokok. Akhirnya pokokku jadi cenggini. Tan ta daaaa...
Hati mana yang tak sayu. Tanam pokok taugeh je pun. Adoiiiii.


Alangkah bahagianya jika rumahku penuh ngan kehijauan seperti pokok-pokok kat atas. Pesanan tak kurang ringkas - Kalau aku tanam pokok jadi subur hijau macam ni. Tolong dan silalah terkejut. Aku merayu.^_^
pic sumbangan ehsan dari kekasih hati -------> talian internet

Aku syak mungkin ada doa-doa khas untuk menanam pokok-pokok ni. Aku mungkin tersalah doa kot. Tersalah? Hehe. Lebih kepada tak berdoa apa-apa rasanya. Baca Bismillah jerk. Hehe. Agak-agak kalau aku baca doa seperti di bawah ni, macam manalah keadaan pokok-pokok ku agaknya. 

Memang takde kaitan kan? Hehe. Lawak giler aku baca doa ni. Ketawa aku sampai bergenang air mata. Setakat bergenang je la. Kalau nak di buat hantaran meminang Puteri Gunung Ledang , setempayan air mata memang aku tak mampu. Hehe.

Oh, apa tadi? Kena wat kesimpulan ya? Kesimpulannya aku memang tak leh tanam pokok agaknya. Orang kata tangan panas. Mau tak panas, kerjanya mengadap komputer ja. Tu agaknya panas, kot. Alasan memang taleh pakai. Aku sedar dan aku tahu hakikat itu. Nak kena berguru ngan siapalah ni agaknya. Sapa sudi jadi tok guru aku, sila angkat tangan tinggi-tinggi. Aku janji akan belajar bersungguh-sungguh. Silalah kenakan bayaran yang berpatutan.

Tetiba teringat kat arwah abah. Abah tanam pokok terung dalam pasu pokok orkid yang kecik giler tu, siap berbuah lagi terung tu tau. Abah... T_T

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

4 comments:

eizra_one said...

sudah semestinya.mesti kena baca doa bila buat sesuatu.macam ceq bila nak tanam belih tu Bismillah dan selawat. Dah tu masa siram tanah tu cakap dengan tanah tu "cepat tumbuh ya" :-) walaupun ada sesetengah orang tak berapa percaya tapi bagi ceq ia adalah salah satu terapi bagi ceq..Tiap@ hari siram mesti sembang dengan pokok.Boh baja pun cam tu...Tak pe hana..cuba lagi tak rugi berbudi kepada tanah. :-) (bukan ke pokok tauge tak perlu tanam dalam pasu? ) :-)

HaNa said...

hehe...i guna kacang hijau tu...bukan kacang hijau tu tumbuh jadi taugeh ke? errrr...betul ke?

lin said...

wei... tanam taugeh, ko letak kat air je la kacang ijau tuh... hehehe... g tanye amni camne nak tanam taugeh.. :P

HaNa said...

Haha...dia punya pasalla aku gi tanam pokok taugeh kat pasu...aku bajet tumbuhlah kot pokok tu seidak2nya smpai dpt balik kacang hijau tu...tapiiii harammmm...^_^