Thursday, January 1, 2015

Bye 2014, Hai 2015

Salam dari Senaling,

Salam musim tengkujuh. Aku antara manusia yang sukakan hujan. Paling best masa hujan, lepak tepi tingkap (kalau di Jugra ada balkoni T_T) minum teh panas cicah biskut cap ping pong, mendengar irama hujan yang turun sambil mengalunkan bait lirik... "Listen to the rhythm of the falling rain...".

Tapi...Keadaan banjir di negara kita agak kritikal tahun ni. Feeling best tu automatik jadi terkeliru. Tak tau nak feel best ke nak feel worst. Aku hanya berdoa yang terbaik, sebab Allah Maha Mengetahui. Jadi aku rasa aku akan teruskan saja feel best tu... Sambung nyanyilah..."Listen to the rhythm of the falling rain...". (Ulang-ulang lirik tu ja sebab tu ja yang aku tahu...hehe)

Makin hampir kita dengan tahun 2015 rupanya. Bulan Disember 2014 adalah bulan yang awesome tuk aku. Tapi aku malas nak update berita yang awesome tu. Ah...mengaku sajalah yang aku memang malas. Pendek jadinya citer kan? Yang paling awesome ialah adik aku yang muka cam wanita Bosnia tu dah kawen. Akhirnya. Kisah cinta tragisnya akhirnya berakhir dengan satu ikatan sah yang suci lagi murni. Alhamdulillah. Tapi aku bukan nak kisahkan hal itu sebab gambar is nehi hai... Lambat nau nak upload pic. So entri ni nak citer sal reunion aku.

Reunion selepas 19 tahun meninggalkan alam persekolahan. Phewwww dah tua rupanya aku. Tapi tua dari segi umur jelah kot. Orang betulnya macam umur 19 tahun. Betulllll... aku tak tipu.

 Kan aku kata aku tak tipu...:P

Majlis berlansung di Hotel Ampang Point. Eh...itu nama kompleks yang dekat ngan hotel ni. Ya ampun. Hotel De Palma Ampang. Nyaris tadi aku nak mengaku aku ni nyanyuk. Hampir. Fuhhhh...Temanya pulak princess okay. Tema ta nak kalah. Paling best, reunion ini tuk batch kami, sumer girls. So, bergaya kaw-kaw sumer orang. Kalau ada boys, malas sket nak merapu cenggini. Mulut boys sumer mulut longkang. Kalau dorang laser boleh berdarah hempedu. Silap gaya, leh hancur batu kat dalam hempedu tu. (Kalau ada lah...)

Recently, I am good at acting...Ehemmmm

Pic kat atas ialah aku dan BFF. Rapat giler ngan makcik ni yang bertemakan Puteri Bandung malam tu. Satu skul, satu matrikulasi, satu U, penah duk Puchong sama-sama dan terkini kami di negeri yang sama. What a coincidence.
 
 
5 out of 9...9 navigators.
 
Jangan tak tau, walau pun aku nampak comel, aku dulu sebenarnya ialah samseng.

Siapa sangka, insan secomel ini...satu tika dahulu digeruni ramai.

Siap ada geng, siap ada nama, siap buat baju. Siap ada lambang, lambang lak sket punya seram...  kapal lanun. Tah mana t-shirt kapal lanun tu skang. Kali terakhir aku tengok, rasanya mak aku yang pegang. Wat lap sinki kat dapur.

Apa samseng-samseng ni wat? Oh...hanyalah sekadar samseng di dewan makan dan bilik TV. Cuba menegakkan hak kami ke atas ayam masak merah pada hari Jumaat dan perluasan kuasa di bilik TV. Satu-satunya senjata yang kami guna adalah kusyen kerusi di bilik TV asrama. Bukan parang atau sabit, pistol pun bukan. Digunakan tuk booked tempat depan-depan TV, Saturday Nite Movie setiap minggu okay. Samseng sangat kan? Korang mampu? Hehe

2 navigators tak dapat hadir sebab hal keluarga. Seorang duk jauh nun kat Pahang. Dan seorang lagi telah pergi mengadap Ilahi pada tahun ini setelah bertahun-tahun tabah bertahan. Tenanglah dikau wahai teman. Alfatihah buatmu Idawati Kamal Bashah.
 

Nahhhh...tis is us. Most of us become more beautiful compare to 19 years back. Sesetengah dari dorang tak berubah lansung. Tapi yang berdiri paling belakang, dua dari kiri tu transformasinya agak luar biasa. Betulllll... aku tak tipu.

Majlis ni bukan setakat makan-makan secara memvavi buta. Siap ada tentative program yang bukan sebarang. Persiapan bukan calang-calang. Memang respek habis dengan AJK Pelaksana sekalian. Dengan tanggungjawab bergalas di bahu, kerjaya lagi, keluarga lagi, ehhhhh memang respek habislah.

9 Navigators 1991 - 1995.
 
Seingat aku, ini ja gambar yang kami ada bersama-sama. Tak samsenglah kalu asyik nak amik gambar sama-sama kot. Aku ialah yang nombor tiga dari kiri tu. Skang korang percayakan? Kalau aku kata... Skang aku lebih comel berganda 5...Haha
 
Bye korang. ^_^

3 comments:

Anonymous said...

hahaha... giler la ko... mmg diakui ko nampak muda compared to kawan2 ko yg lain... ^_^

-mama nazmi-

Ana said...

hahaha..kan aku kata aku tak tipuuu...aku dah jauh baru nak akur eh? saja nak kasi aku tacing lettew...

Anonymous said...

hehehe... tapi, senyuman palsu ko pon tetaaappp same.. hahahahaha...